"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Apa-Apa Aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-Apa Aje. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Ok.. Ini Jawapannya..

 Omak aii.. terlupa kat post jawapan kat soklan lukisan sweetheart aritu..
ampun..ampun..

Ok..kalau lupa apa post tu.. INI DIA..

Ok lah.. meh kita dengar sendiri apa jawapan Tina ye.. 

 

Budak-budak ni memang jujur kan..
dia lukis apa je ikut perspektif dia sendiri
 Yang pasti..gen melukis ini bukan dari mama 
kihkihkih..



Monday, May 12, 2014

Anda Bijak? Cuba Teka Ini..


Okeh.. 
Cukup besar kan gambar tu..
Itu lukisan Tina, sweetheart mama..
Jika anda bijak..
cuba teka.. 

1. Kenderaan apakah itu?
2. Lukisan no.2 tu berkait dengan lukisan no.1, jadi yang no.2 tu apakah bendanya?

Kihkihkih..

Thursday, May 8, 2014

Gambar Langit..

Tiap- tiap pagi bila reverse kereta keluar gate, selamat keluar je mesti nak tengok kanan sebab kanan tu arah matahari terbit :)

Mesti benti kereta tepi jalan.. sweetheart akan tanya..
"Mama nak buat apa?"
" Mama nak ambil gambar langit"
"Kenapa mama suka ambil gambar langit?"
" Sebab langit tu cantik.."
"Oooo.."




setiap pagi ada corak berlainan..warna berlainan..
Begitulah besarnya kuasa Allah..
SubhanAllah



sweetheart mama abah
Pinjaman Allah yang tak ternilai harganya
:)

Sunday, April 27, 2014

Jangan Buang.. Ada Gunanya :)

Mama kongsi post tentang COKLAT IQ COCODAMIA kan aritu. Kalau lupa tentangnya boleh klik link tu untuk baca. 

Yang mama nak cerita hari ni ialah tentang kotaknya yang cantik tu. Selepas semua coklatnya dimakan, mama masih simpan kotaknya sebab ia keras & cantik. Letak kat bilik pc sebab tak sure lagi nak buat apa.. 

Malam tadi mama dapat idea.. kotak coklat iq cocodamia tu, mama gunakan untuk letak brooch yang selalu guna.. senang nak cari, senang nak bukak kotak & takde lah sepah-sepah.. hihi..


Tu je nak citer.. hihi..
Manfaatkan bukan hanya coklat iq nya.. tapi coklatnya jugak :)

Saturday, February 8, 2014

Tetamu Kecil Kami..

Orang kata.. 
kalau burung bersarang kat rumah petanda rumah tu "sejuk"
itu orang kata..

Alhamdulillah lah kalau macam tu sebab sejak buka tahun baru.. dah ada burung bersarang di porch rumah. Mulanya dia cuma singgah & pergi untuk beberapa hari. Tetapi kemudiannya.. dia mula memperbaiki sarang yang rosak.. few days left.. akhirnya siap :)

Kehadiran dia setiap pagi tak menganggu pun.. dia akan berterbangan diantara pokok2 bunga. Fevret dia.. pokok bunga tongkeng :)

Then perasan yang sarang tu semakin memberat.. masih biar..tengok saja.

This few days nampak dia terbang pergi & balik memberi makan anak-anak dia :) sweet sangat.. dan masih begitu hinggalah post ini dibuat..

Ini sarang dia..



Burung yang ini lain ceritanya.. pagi semalam.. mama berjalan ke kolam ikan dari porch. kemudian saya alihkan pasu gantung orkid.. prrrr.. burung ni terbang. terkejut kot?

Bila mama dongak.. tengok atas nampak seperti sarang ranting2..

Aihh.. nanti mesti dia tak nak datang lagi.. :(

Petang sebelum hantar Tina sekolah agama..tinjau dari porch.. ahah.. dia duduk semula di sarang tadi :)

Sehingga petang.. mama dok usha dia dengan camera pun dia tak endah.. 

Hihi.. seronok sangat ada penghuni comel di halaman :)


Sunday, December 30, 2012

Saja La Tu.. :)






Saja la tu kan.. dah lama tak menepek gambar sendiri kat blog.. Ni masa nak gi jemputan kawen kat Rini Hill last week..

Gambar sebelum masuk tahun baru kan.. aduhai..hahaha.. nak jugak...

Sekarang ni serba serbi malas.. sampai nak touch up muka sendiri pun dah naik malas..


Monday, November 5, 2012

Dora Oh Dora..

Ni citer few weeks ago. Tina mintak kami carikan dia buku "Hello Dora follow the reader level 1" ..perghh mana nak cari? 

 So kami menjelajah beberapa kedai buku besar.. popular.. bookstore..bawak dia meround. Tapi kata dia takde.. "keep searching" katanya.. addehh.. poning mama abah..huhu 

Lastnya.. kami ke Jusco Bukit Indah.. masuk popular.. dan dia duduk membaca..membelek buku ni.. sebab dah penat mencari.. 

Siap mintak permission.. " mama.. can i sit here?" adoyai.. so bersilalah dia disini tak bergerak2.hukhuk

Masalah negara dia ni adalah..kalau masuk kedai buku..teramatlah payah nak ajak keluar. Dia suka.. sebab dalam ni dia boleh dapat banyak buku .. macam2 kan.. jadi banyak la sangat alasan dia kalau kita ajak keluar.

Korang pun mesti nak tau kan.. apa buku yang dia cari sebenarnya..??







Sebenarnya yang dicari adalah benda ini.. :) 



Adoyai nak.. mahal & payah nak dapat ini disini sayang oii.. Ada beberapa kartun lain punya buku macam ni kami jumpa. Tapi dora memang takde jumpa.. huhu

Over the sea senang la nak cri material macam ni.. sape nak gi obersi??? angkat jari.. huhu

Sian tina..

Sunday, March 11, 2012

Testimoni Dari Tuan Tanah Qees Collection

Mama start makan Catalyst VCO Softgel bulan November 2011. Tak lama lepas diperkenalkan oleh Lela Lelord & makcik abah ..

Then Bulan Decembernya pula mama amik Catalyst Collagen bersama-sama dengan VCO tu. VCO tu makan pagi 2 biji.. collagen tu makan malam..1 sachet..









Catalyst collagen ni sangat sedap. Ia dalam bentuk serbuk berperisa berry. Baunya pun best. Cara makan pun senang jek, tuang la masuk mulut..kemam2 bawah lidah sampai cair.. akhiri dengan minum air suam atau pun jus buah.. senang kan..





Ini Catalyst VCO softgel.. jangan tak tau.. hihi pun telan jek dengan air putih.. senang





Ini gambar testimoni mama bersama AURA PUTERI & AURA PUTERI GOLD, tapi masa ni mama belum makan VCO & collagen lagi..

AP & APG pun mama sangat suka sebab buat kulit nampak semulajadi cerah & membantu mengurangkan masalah2 kulit.. sape2 berkenan nak tau leh tanya dengan mama ye.. hihi




Ini gambar paling baru pada 10 Mac 2012.. selepas 6 bulan bersama AURA PUTERI GOLD, 4 BOTOL CATALYST VCO SOFTGEL, 3 KOTAK CATALYST COLLAGEN & 2 YEARS PLUS COCOA COLLAGEN POWER PLUS..

Masuk angka 30-an ni kene la ambil berat hal2 kesihatan. VCO ni memang untuk overall health & beauty. Kesannya tak de la nampak lepas sebotol makan tapi kesan tu makin la makin ketara jika kita consume berterusan..

Bila orang tanya.. cantiknya kulit.. pakai apa?.. jawapan mama adalah yang kat atas tu. Mungkin ramai akan kata, banyaknya nak kene telan.. patutlah kulit cantik. Hmm.. mama rasa kita berusaha untuk cantik dimata kita sendiri & dimata suami serta anak. Itu lebih penting. Bila suami kata.. "mama cantik kan kakak.." Mama sangat puashati.

Lagipun.. bila usia makin bertambah.. kita kene cuba ubah hidup kearah lebih sihat. Mama tak nafikan mama dolu2 tak pernah pun exercise.. jauh sekali nak jogging ditaman.. tak ada la dalam kamus hidup...

Tapi tahun ini mama & abah bertekad untuk sebolehnya meluangkan masa bawak Tina exercise kat playpark sekurang2nya sekali seminggu. kami berjogging, jalan pantas, melompat2.. sambil berpimpin tangan berbual bila dah penat. Sebelum balik kami bawak Tina main buaian.. main panjat2. Dia sangat happy & menunggu2 setiap sabtu atau ahad untuk aktiviti itu.. :D

Sihat & cantik itu adalah pilihan kita.. jadi terpulanglah pada tafsiran masing2..

Jadi jika ada yang berminat dengan produk2 yang mama amalkan.. boleh contact mama.. hihi nak jugak promo tu.. :D

Sunday, December 11, 2011

Kami Dah Selamat Sampai..

Assalamualaikum...

Kami dah selamat sampai balik kat rumah maghrib semalam..

Kita cerita2 tentang cuti nanti kat next post ye..

:D

Thursday, December 1, 2011

Kami Bercuti ye..

Ok lah..mulai hari ni 1 dec sehingga sekurang-kurangnya 10 dec.. kami sekeluarga akan bercuti. Doakan perjalanan kami selamat pergi & balik..


Jumpa lagi.. :D

Sunday, November 13, 2011

Terjawab Akhirnya : Kenapa susah dapat susu Nespray 3+


Ini lah sebabnya.. nespray 3+ nak tukar packing. Ntah apa benda la.. aritu siap call toll free nestle pun siap tak mengaku yang nak tukar packing. Dok kata raw material tak cukup la ..apa la..

Cakap nak tukar packing baru kan senang.. kita pun faham..

Wednesday, October 19, 2011

Passion


Masa mama kecik2 dulu, mama sangat giler dengan buku.. and so as my lil princess now. Kalau bawak berjalan.. terpandang kedai buku..mesti nak masuk. Pusing2..belek2 buku even tak beli..

sometimes kesian jugak.. mama & abah kalah.. belikan jugak. Walaupun dia belum berapa pandai nak sayang barang..minat & passion dia tu buat kitaorg kagum..

Bak kata nenek dia..my MIL..
" kalau budak lain..bolehjadi bila kita tolak dia msuk kedai buku..dia hapah takmo. Tapi Tina ni..dia pulak yang tarik tangan kita masuk kedai buku.."

Hopefully kami dah semai minat yang mendalam.. amin..

Thursday, October 13, 2011

Kami..

Hmm.. pepagi ni enjin lom panas. Ditambah pulak dek gas yang tetiba habis..hish..tergendala semua perancangan pagi mama tau.. mencik tul

So, apa kata tepek gambar sblm kuar minum malam tadi..



mama& tina





..kami..


tu je nak share.. :)

p/s - gambar hari ke 20 menggunakan set JRG 3 in 1.. hasilnya hmmm...

Monday, October 10, 2011

Aduhh.. Sakit Gigi

Morning semua..

Allahuakbar.. sakit gigi la. This week berturut2 dia punya denyut memang menyakitkan. Sib baik mak abah mama ada kat sini..hari ni nak gi klinik gigi jap lagi kang..

Kang pape akan diupdate..

Wednesday, September 28, 2011

Bagaimana Nak Detect Hidden Camera di Bilik Persalinan Pakaian & Bagaimana Nak Detect 2-Way Mirror!!!

Mama jumpa ini di facebook. Di share kan oleh seseorang. Mama malas nak translate la..so baca omputih ni jek la ek..hihi..Penting jugak ni. Kadang2 kita terlepas pandang benda2 kecik macam ni. Jangan biar orang lain sesuka hati ambil kesempatan atas sikap tak perasan kita tu ye..



How to Detect Hidden Camera in Trial Room?


In front of the trial room take your mobile and make sure that mobile can make calls........

Then enter into the trail room, take your mobile and make a call.....

If u can't make a call......!!!!

There is a hidden camera......

This is due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer......


Please forward this to your friends to educate this issue to the

public......To prevent our innocent ladies from HIDDEN CAMERA...........


Pinhole Cameras in Changing Rooms of Big Bazaar, Shoppers Stop?


A few days ago, I received this text message:

Please don't use Trial room of BIG BAZAAR there are pinhole cameras to make MMS of young girls.

So, please forward to all girls. Also forward to all boys who have sisters and girlfriends.


Don't be shy in forwarding this message. Because its about protecting the integrity of all girls & ladies.







HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR?


When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms.


It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at?


CONDUCT THIS SIMPLE TEST:


Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror.


However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do.


This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass.


Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms.


Share this with your sisters, wife, daughters, friends, colleagues, etc.

Saturday, September 24, 2011

Koleksi FM Mama..

( 1)

FM upin tu special sket sebab lama cari tapi susah nak jumpa.. yang lain tu FM jugak tapi lebih kepada Tina punya alat bantu mengajar..gitu weh..





( 2 )

Yang ini koleksi haiwan2 peliharaan.. bali dia mesti la kat zoo kan. Zoo mana? Zoo Taiping.. haiwan2 ni boleh gerak2..goyang2 kalau kita buka pintu peti ais.. hihi





( 3 )

Gambar unta tu FM hadiah dari Lela Lelord aka MamaNajlaa
Yang kecik atas belah kanan tu.. hadiah dari Dieya..FM dari Istanbul
Yang bawah dia pulak FM dari Universal Studios Singapore.. kakak ipar mama bagi





( 4 )

Yang kumpulan FM ni pulak beli kat Bukit merah Laketown.. ada macam2.. so..pilih jek



FM korang banyak tak? Korang suka kumpul FM tak?

Mama baru nak mula mengumpul. So sesiapa nak gi jenjalan.. gi over the sea ke.. bagi la tau..mama nak kirim FM.. ngeeeee...

Thursday, September 8, 2011

Hohoho.. Demam Raya



Huhu.. nak mengupdate blog pun terasa sangat malas.. tekak sakit, hidung perit, selsema, kepala sakit, pinggang sakit..isy..semuanya sakit la nih.. gara2 beraya agaknya. Maklumlah beraya kan..segala macam versi rendang masuk perut..air batu berjug2 telan..huhu tu lom kuih raya berbiji2 lemon.. :)

Sudahnya.. badan memberontak..demam la..

tunggu elok la baru update ek.. doakan mama cepat sihat..tq

Friday, August 12, 2011

COCOA COLLAGEN POWER PLUS (CCPP) >>> Memang Terbukti Khasiatnya


Ramadhan tahun ini mama berpuasa & ambil 1 sachet CCPP setiap kali bersahur. Dan mama paling gembira dengan hasilnya kerana ..ha..macam ni ceritanya..


Ramadhan setiap tahun adalah ujian paling hebat buat mama sebab setiap kali ramadhan.. dari 1st day sampailah menjelang raya mama akan kene ulser mulut. Org kmpung cakap..mata ikan. Dan yang mama kena ni bukanlah pulak mata ikan biasa2 jek.. yang sebiji2..tu pun dah menyakit & menyusahkan nak makan..nak cakap..gosok gigi kan?

Tapi yang mama kene ni mostly lebih dari 5 biji sekaligus. Kadang dia tumbuh dekat2..hingga bercantum2 pulak akhirnya.. sudahnya bibir boleh rasa sampai terjuih pulak menahan sakit. sungguh..tak tipu.

Pergilah klinik setiap tahun..dokte tetap bagi ubat yang sama jugak..takkan pun baik hingga tamatnya ramadhan. Sebab mama biasa alami panas dalam yang sangat tinggi. Ditambah apabila puasa..kita kurang minum air..itu amat menambah perencah panas dalam yang dah sedia tinggi tu la kan.. huhu

Last few years.. 2002 ke 2003 punya ramadhan paling menguji bila mama kene ulser mulut yang merebak hingga ke hidung. Dah tak rupa ulser..rupa kudis pulak. Tapi ia adalah ulser yang bercantum2 & merebak. Aduhai..tuhan je yang tahu sakitnya.. sampai2 kwn2 ofis..bos mama sendiri pun ngeri melihatnya. Bila kene aircond kat ofis..kusmangat bisanya tak usah cerita..

Mama tak tahan sangat so mama gi klinik.. dokte pun sangat terkejut tengok hidung mama..huhu sampai mcm tu sekali tau. Bila gi ofis mama tutup lah dengan tuala good morning sebab rupanya sangat lah hodoh.. kene angin pun sakit.. asyik org tegur jek..mama tension..

Dokte bagi ubat sapu yang mama ingat namanya sampai bila2.. "gula labu" warna kuning oren mcm warna labu masak. Bila terasa ulser tu kering..mama sapu dengan gula labu..sejuk & lembap..so kuranglah sakitnya..

Baiknya bila? beberapa hari lagi nak raya..ia menyusut & sembuh mcm tak tinggal kesan langsung..



Tapi ramadhan tahun ini memang mama bersyukur kerana sehingga hari post ini mama buat.. tak ada pun lagi tanda2 rasa2 yg akan kene ulser.. mungkin berkat dari pengambilan CCPP setiap hari.

Pemakanan puasa..sama je mcm tahun2 lain.. tapi seronoknya ramadhan tahun ini sebab mungkin tak perlu melalui fasa ulser yang menyakitkan..

Letih tu biasalah..nama pun puasa kan. Tapi mama tak alami panas dalam & kurang air yang teruk. Rasa sihat & kurang rasa nak pitam bila tengahari.. :)

Banyak lagi khasiat dia yang mama dah rasa sepanjang pengambilan hampir 1/2 tahun.. segan nak share sebab banyak kepada dalaman2.. sape2 nak tau kita boleh citer2.. cari mama kat FB pun boleh..lagi senang

Ramadhan tahun ni memang besh!

Alhamdulillah Ya Allah.. setelah lama aku diuji setiap ramadhan.. tahun ini KAU berikan penawar melalui CCPP.. Alhamdulillah..Alhamdulillah...



"Mungkin juga ulser tu adalah cara Allah menghapuskan dosa2 kecil mama.. mama redha.. wallahuaklam.."

Thursday, August 11, 2011

Salam Ramadhan




Hish..dah nak masuk ramadhan ke 12 baru nampak muka puan punya blog ni ha. Hihihi..maaflah lama sangat tak update sebab kebizian & kemalasan melanda..huhu

Mama tengok semua org pakat tepek menu berbuka kat post.. cuma mama yang tak dan nak snap gambo menu2 sekelian. Selalunya nak dekat2 buka tu bizi.. almaklumlah kami sekeluarga berbuka kat rumah MIL.. berkumpul reramai kan..korang faham2 je la..

Kalau mama buat BW pun kdg2 malas tul nak tinggal jejak. Takpelah.. mama silent reader jek la kalau mama tak sempat letak komen tu... :)

Tak terlewat lagi nak ucap salam ramadhan kan.. ikhlas dari mama, abah & Tina. semoga dibulan yang penuh dengan berkat ni..kita semua berjaya menambah saham2 akhirat masing2..

p/s : tu gambar terbaru mama & tina sebelum puasa.. sejak2 dah masuk set ke-2 guna Natural99.. hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...