"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Mee Sup Kaki Ayam .. Sebuah Kenangan


Menu lunch hari ini adalah Mee Sup Kaki Ayam & Leher. Masa sibuk masak tadi mama tak teringat. Bila dah masuk pinggan macam ni, terngiang2 pulak kat telinga suara seorang sepupu yang juga saudara susuan mama yang dah kembali ke rahmatullah..

Kisahnya..

Dia memang belajar kat rumah mama. Masa tu kami masih sekolah rendah lagi. Dan masa tu hidup tak lah senang. Jadi kami cerita2 pada suatu petang.

Mama : Nanti lepas periksa (exam) kita suruh mak (mak mama) masak best2 nak?
Arwah : a'ah kan kita makan sedap2 ye..

Kebetulan mak mama lalu, terdengar & tanya dengan dia apa benda makanan sedap2 tu?

Arwah : Mee dengan sup kaki ayam..

Masa tu kami dok gelakkan dia. Dalam banyak2 benda .. sup kaki ayam paling sedap rupanya. Dan lepas periksa sekolah waktu tu mak mama masakkan mee sup kaki ayam untuk dia. Berselera sangat dia makan.. mama masih ingat..

Tapi sekarang ni dia dah takde. Dia dah pergi tinggalkan kami beberapa tahun lepas kerana sakit misteri.

Dan menghadap sepinggan mee sup kaki ayam buat mama sedih. Dia dah pergi jauh. Semoga rohnya dicucuri rahmat..kami sentiasa ingatkan dia :)

Alfatihah buat Arwah Mohd Isyam Bin Jerkinin..

Saturday, May 26, 2012

TTC

Kalaulah anda perasan TTC ticker mama kat tepi tu.. nampak tak? See.. lama dah kan sejak keguguran. Saja je letak sebagai peringatan..huhu peringatan yang kekadang mengundang stress sendiri..

Hati naluri percaya, rezeki itu ada. Cuma masanya je tak diketahui. Apa yang boleh dilakukan.. usaha sebaik mungkin & berdoa moga dimakbulkan. Bukan tak irihati melihat & mendengar orang lain dengan senangnya "dapat" .. bohong sangat kalau kata tak kisah..

Almaklumlah umur dah angka 3 ni.. kesihatan nak kene jaga. Impian & harapan tetap hidup subur.. masih menunggu dengan sabar..

Apa la yang aku merepek nih.. ok la korang. Sebenarnya nak cakap.. doakan ye ..moga2 dengan doa2 kalian semua mengiringi.. cepat dimakbulkan.. amin..

Thursday, November 24, 2011

Terima Kasih Ya Allah..

Aku bersyukur atas apa yang telah Engkau limpahkan selama ini. Aku bersyukur Kau bukakan jalan ke pintu rezeki buatku.

Syukur kerana dengan kurniaan dariMu.. jalanku terbuka untuk memenuhi impian kami..

Berikan yang terbaik buat kami Ya Allah..


Mode : sangat gembira kerana berjaya mencapai sesuatu yang diidamkan. sebagai manusia biasa, masih ada lagi listing2 yang ingin dicapai.. perlu usaha lagi.. perlu gigih lagi.. alhamdulillah segalanya dari allah..

Tuesday, November 8, 2011

Aminkan Doaku Teman2..


" Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa dalam hatiku.. perkenankanlah permintaanku.. makbulkan doaku.. makbulkan doaku.. makbulkan doaku Ya Allah.. AMIN.. "

Saturday, October 1, 2011

Ooo.. Dah Pandai Komplen Ye..




Dua aksi Tina waktu kami pegi makan pizza minggu lepas. Nama & outlet pizza tu tak yah reveal la kan. Kang kene saman lak..huhu..

Tapi seriously say..memang menyedihkan la condition pizza dia. Dah macam kerepek weh..aduhai..

Sian Tina..dia makan sikit jek sebab keras. padahal sebelum sampai..dia la yang beriya2 sangat nak makan..

Outlet itu kami senarai hitamkan.. sorry!

Friday, May 20, 2011

Sabar Ye Mama..

Mama kan memang tabah..

Mama memang kuat semangat kan..?

Setiap ujian & dugaan tu ada hikmahnya

Aturan Allah itu memang indah untuk setiap hambanya

Bersabarlah


Walau dihati sedih

Tapi wajah harus selalu tersenyum



Sabar ye Mama.. Rezeki Allah untuk Mama dah tertulis..

Mama hanya perlu usaha lagi.. doa lagi..




p/s - sori ek kengkawan.. mood sedih sket..

Friday, May 6, 2011

Ini Entri Rindu Mama & Tina

Siyes..
Rindu sangat dengan abah & mak
Tina pun rindu sangat dengan mak & atuk

tiap2 hari sebut
"Tina nak pegi rumah zulaikha..Tina nak cari mak.."

kalaulah korang..camner korang rasa?
Mama rasa mata ni bergenang air jek setiap kali Tina menyebut..

Dia sangat rindu..
Tapi apa mama boleh buat sayang..
Perak tu bukannya dekat..




Gambar pengubat rindu kami..latest pic malam sebelum mak & abah aik bas ke perak..

Saturday, March 19, 2011

Hai coklat "buy 1 free 1"

Belanja barang dapo gaji aritu..kitaorg ada beli coklat..
jenama & lokasinya dirahsiakan ye..kang kene saman plak

Coklat tu kembar 2..
tulis.." buy 1 free 1"
sebab dah biasa makan coklat tu..kitaorg beli la
harganya takdelah murah sesangat..murah la sikit

balik je..terus la simpan coklat tu dalam peti ais
satu papan coklat tu dah habis mama makan tau..
tetiba petang ni terasa nak makan coklat lagi

masa bukak tak perasan..tengok seali lagi..alamak..apasal coklat ni ada kuar sisa2 atas dia
ala..ala mcm tengok sisa anai2 atas kayu gitu
mama tunjuk kat abah

pastu teruslah koyak plastik coklat yang sebahagian lagi tu..
kusmangat..sepapan coklat serupa keadaannya..

hmm.. kalau macam ni punya cerita..sape nak disalahkan ni..
hilang mood nak kunyah coklat

kalau korang2 nak beli & makan coklat hati2 la ye..
tak pulak la sangka..
BUY 1 FREE 1
tu..
dikasinya yang free tu sepapan coklat yang rosak

Last2..kita pengguna juga yang rugi..
takpe..itu pengajaran
lain kali lebih berhati2..
ingat ye korang!

Thursday, March 17, 2011

Kadang-kadang Terasa Macam Diri Ini...

Dah putus asa.. dah letih mencuba
dan
alasan-alasan yang sewaktu dengannya
dan
kadang-kadang hingga terlupa..
rezeki itu rahsia Allah
tapi
keinginan untuk menambah ahli keluarga baru tu kadang-kadang sangat menyebabkan hati ini stress..

Tolonglah dengar kawan-kawan..
Mama dah letih mencuba & mengharap keajaiban berlaku

Mungkin rezeki cuma seorang agaknya..
Mama terima seadanya
Terima kasih..syukur ya Allah atas kurniaan
yang seorang ini..

Mama dah letih
Mama dah letih
mama dah letihhhhh...

Thursday, February 10, 2011

OO Kedekut Ye.. Tak Pe Nanti Tuhan Balas

Ni entry meluah perasaan
marah pun ye.. geram pun ye..

Actually mama & abah baru first time menuai tebu dari laman rumah. Kusmangat banyak la jugak. Dah dipotong ukuran sebelah tangan setiap satu hampir 10 batang lebih jugak. Takkanlah nak gigit cam masa kanak-kanak dulu kan. tentu tak sesuai.

Jadi mama & abah ingat nak mesin la tebu tu. Cadangnya nak pergi la mana-mana gerai jual air tebu, mintak diorang mesinkan. pastu bayar la. Senang kan.

So hari ahad aritu kul 12 lebih tgh kami pun keluar la bawak tebu yang dah siap sisir kulit & basuh tu. Tak lupa bawak botol jugak nak isi air tebu nanti.

First sekali kami ke gerai jual air tebu depan maybank taman u. Abah pun keluar la tanya.. nak mintak mesin kan. Tau apa kakak jual air tebu tu jawab. Dah la sombong allahurabbi..
dia jawab 'mesin tebu rosak' padahal dia tengah sisir kulit tebu tu!!

Kalau mama nak je mama sindir dia balik..abis tebu yang disisir tu nak gigit dengan gigi ke kak?

Geram sangat la..dengan sesama org melayu islam pun kedekut nauzubillah.

Dah la..kita tinggalkan cerita kakak tu. Biar tuhan jek balas. Hamek kau!

So mama & abah turun slow2 ke area lain. Di tepi jalan, nampak lagi orang jual air tebu. Kami berhenti lagi. Abah keluar bertanya. Doa-doa orang tu nak la mesinkan.

Yes..abang tu sudi nak mesinkan tebu kami!! Thanks abang..

Altogether dapat 2 botol 1.5 L dan 1 botol besar minute maid pulpy..jadilah. Dah syukur banyaknya tu. Kami bawak balik rumah MIL mama sebotol 1.5L tu bagi semua orang rasa. Bangga tau bagi orang rasa hasil tanaman sendiri..

Lagi 1.5L & botol minute maid pulpy tu freeze kan dlm peti ais nak bagi mak & abah mama rasa sebab tebu tu dulu abah mama yang tolong tanamkan. Mama & abah jaga selepas tu.

Terasa berbaloi usaha menjaga, bersihkan & baja tebu tu. Calar balar tangan kena daun dia. Dan berbaloi jugak abah hampir sejam lebih menyisir kulit tebu pagi tu.

Seteguk air tebu tu menghilangkan semua penat!

Last but not least..ini lah gambar insan yang baik hati itu..



Yang baju greenish tu ye ..yg baju putih tu abah..

Sunday, January 16, 2011

Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Berlaku...Bersabarlah..

Ini entry memujuk hati sendiri je ni..
sabarlah mama
sabarlah abah
sabarlah Tina

* Maaf ye kawan-kawan..mama ada masalah perasaan sket nih..huhuhu

Saturday, January 1, 2011

Apa Masalah Dia Nih?

Bukan citarasa malaysia..bukan bukan.. haih entahlah..dah 2 bulan berturut2 ni mama rasa lain macam. Lepas je 'temanku' yang baik..karib tu balik..(haih..teman bulanan tau) seminggu dua selepas tu mesti badan akan rasa sakitsana sini..seluruhnya plak tu. Selera hilang.. perut sakit..terasa ada 'rama-rama' terbang kat dalam..

Selalu terfikir...mama salah makan ke? Dah la anginnya terasa puting beliung kat dalam perut..aduhai..ntah apa lagi nak mama makan biar terasa selesa. Kesimpulannya..memang tak berada dalam keselesaan langsung

Nak kata 'teman baikku' itu nak singgah lagi..aik? bukan baru singgah seminggu dua lepas ke?
wohoho..mama confuse nih..
kalau korang2 pernah kena macam ni
atau
tau apa nak dibuat bila kena situasi macam ni..
bagitau lah mama..
Macam2 dah mama telan..
tapi bulan ni pun kena jugak macam ni..
confuse..confuse..
apa masalahnya nih?
Sape tau..?
angkat tangan..taip komen sket..
tq..
:)

Friday, November 26, 2010

Bersalahkah Mama Andainya...

Mama rasa marah pada seseorang..mungkin beberapa orang
bersalahkah mama andainya..
rasa marah bersarang didalam hati bertahun lamanya
begitu kerasnya hati hinggakan
melihat jasad terbujur kaku pun hati masih begitu
sejuk..sesejuk ais..
tiada sebarang perasaan..tak rasa apa2 pun..


Kerana apa yang mereka lakukan pada mama & keluarga..
hati ini tertutup sudah untuk perkataan "MAAF"
biar sudah bertahun bersalaman raya
hati masih berkata "TIDAK"

Tuhan..
Lembutkan hati mama..
tak mahu jadi patung tak berperasaan
tapi..

Mama cuma manusia biasa
yang punya rasa marah dalam hati

Kalian..kalian yang pernah menyakitkan hatiku..
MAAF kan aku
hati ini masih degil
entah sampai bila

Habis..
kalau korang pun tak pernah mintak MAAF
camner la nak dimaafkan..?
Dunia..dunia..

Thursday, October 28, 2010

Kenapa???

Addehhh...
Ha..kenapa la beberapa hari ni badan rasa lesu jek..sakit sana..sakit sini..rasa macam badan ni tak tentu arah je.

Mungkin sebab tak cukup tidur malam la kebelakangan ni. Sejak-sejak akhir ni mama asyik terperanjat je tido malam. Terperanjat oleh bunyi-bunyi yang entah apa-apa. Bila dah terperanjat je kompem la mama berjaga hingga azan subuh. Lepas abah gi sekolah je mama akan tidur tak hengat dunia..tapi kunci jam la untuk keselamatan..

Hajat dihati nak keluar mencabut rumput-rumput yang menyakitkan mata & hati tapi badan kata "no..no..no" tak larat nak keluar.

Mama benci betul bila terasa macam ni. Otak nak buat itu ini tapi badan kata tidak..mungkin mama perlukan rehat yang cukup..ohoho..deepavali kena balik umah mak mama la..mama nak rehat & tidur puas-puas..nasib baik mak mama faham kan..dia tau mama tak tidur lena waktu malam kat rumah sendiri..aduhai..

Nak update cerita2 & gambar2 Tina sangat banyak tapi I just cant do it..I am too tired..mintak maaf la kat kwn2 yang datang menziarah..mama tak dapat nak jalan-jalan rumah kengkawan sementara waktu..mama tengok ada kawan2 baru yang datang menjengah..nanti mama jalan-jalan ke blog anda ye.. maaf sangat-sangat..

Kepada yang beri sokongan terhadap QEES COLLECTION mama ucapkan terima kasih banyak2.. mama sentiasa alu-alukan komen membina dari kawan-kawan sekelian..

~ there goes my mood swinging~

Sunday, July 4, 2010

Mama Keguguran 11 Minggu

Memang dah ditentukan.. kandungan kali ini bukan rezeki mama & abah..bukan jugak rezeki Tina untuk dapat adik. Sekadar dugaan buat kami. 'Dia' hadir hanya seketika dan dia diambil pergi tanpa meninggalkan pesan.

29 Mei 2010
Mama ke klinik mengesahkan kehamilan selepas membuat ujian kehamilan sendiri dirumah. Doktor di poliklinik penawar kota tinggi mengesahkan mama hamil 5 minggu. Kami semua gembira..

26 Jun 2010
Mama ke Klinik Bersalin CS Koh untuk scan sekali lagi. Tetapi kali ini doktor mengesahkan yang janin tidak dapat dilihat didalam scan. Hanya sarung janin yang kosong dapat dilihat oleh doktor. Doktor menetapkan 2 minggu lagi untuk scan yang seterusnya.. kami keluar dari klinik dengan tanda tanya..

1 & 2 Jun 2010
Mama dapati ada cecair kecoklatan keluar dengan agak banyak. Mama agak curiga jadi mama & abah decide untuk scan sekali lagi. Tapi kali ini di Poliklinik Keluarga di kota tinggi.

Doktor di poliklinik keluarga mengesahkan bahawa kandungan mama hanya tinggal sarung yang berusia 11 minggu. Janin didalamnya sudah tiada. Doktor pasti yang mama sudahpun keguguran. Cuma darah & segalanya belum turun sepenuhnya sebab mama tak bleeding pun lagi.

Masa doktor sedang menerangkan kepada mama & abah, tina sibuk bertanya pada doktor..
Tina : takde ke?
doktor : takde sayang.. dah tak ada dah
Tina: baby sembunyi ke?
doktor : (hanya senyum)

Doktor minta kami tunggu seminggu lagi. Bagi tempoh supaya 'ia' turun sendiri. Minggu depan, jika hasil scan menunjukkan sarung itu mengecut, doktor akan memberi ubat supaya ianya boleh turun semuanya dengan selamat.

Tetapi doktor pesan, sekiranya mama demam maka mesti secepat mungkin ke hospital supaya d&c dapat dibuat segera.

Dan ketika post ini mama tulis, mama baru sakit perut sikit-sikit .. darah & lendir berserta sesuatu yag kelihatan seperti tisu basah yang hancur keluar sedikit demi sedikit tanpa rasa sakit. Mama tuam perut dengan batu sungai, minum air kunyit dan makan jamu supaya apa yang ada dapat keluar segera.

Mama & abah terima.. ini bukan rezeki kami. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Tapi apa yang mama tahu,mama tak sedikit pun menyesal dengan keguguran ini kerana mama dah buat yang terbaik 'untuknya' sejak tahu mama pregnant. Adalah rezeki yang lain nanti..

Thanks to Mummy Azie sebab belikan baju pregnant yang cantik untuk mama.. ada rezeki nanti lain tahun mama pakai ye..

Kisah 2nd pregnancy berhenti disini..

Thursday, July 1, 2010

Dia ... sahabatku

Diwaktu kita bersedih, ada rupanya orang yang sudi bertanya khabar setiap kali..setiap hari. Tak pernah jemu bertanya tentang apa saja yang menyesakkan fikiran dan hati. Kehadiran dia seperti sebuah bantal besar yang empuk.. sesuai untuk apa saja termasuklah dipeluk bila menangis

Dan diwaktu mama susah hati, susah fikiran.. rupanya dia sudi meluangkan masa mendengar dan memberi kata2 semangat. Juga mendoakan yang terbaik buat mama. Tak cukup di FB.. bila-bila masa mama sms pun dia sedia menjawab. Betapa baiknya hati dia..

Mama tak nak announcekan namanya disini tapi mama tau bila dia membaca post ini, dia tahu post ini untuknya..khas untuknya. Walaupun dia jauh tapi mama rasa dia macam sentiasa ada disini..

Terima kasih yang tak terhingga.. bersyukur sangat bertemu semula dengan kawan yang baik ini walaupun hanya di alam maya & alam sms.. semoga ada kelapangan untuk berjumpa kembali seperti suatu waktu dulu ya.. Thanks a lot..

Saturday, May 8, 2010

Lagi Pasal Peti Ais

Aiseh.. pagi semalam mama call kedai..kan katanya petang akan bagitau dah siap ke tidak. tapi masa abah pegi tanya kat kedai..petang tadi la.. dah katanya sabtu malam la pulak..adeh..mana satu la tokey nih.. darah naik dah nih dengan orang yang main-main macam ni.. geram betul la aku!

Tu satu cerita.. dari RM180 dah naik jadi RM200 pulak dah.. kang nak sampai hantar ntah jadi berapa pulak.. isy kalau ikutkan hati mama.. kena jugak tokey ni kang. Saja je mengambil kesempatan dalam kesulitan ye..nanti kau.. ini petama kali & terakhir la kau dapat duit aku ye..LEPAS NI JANGAN HARAP!!!!

Sakit hati la dengan orang-orang yang macam ni.. please la..

Friday, May 7, 2010

Mama Rindu..!

Peti ais mama. Ye la mama rindu peti ais mama yangs edang rosak kat kedai nu. Pagi tadi call kedai kata tokey dia, peti ais tu dah siap repair cuma belum cuba on balik. Nak kena check sama ada sejuk ke tidak..

Alahai.. rimas betul la takde peti ais nih. Terasa pentingnya peti ais mama yang antik tu. huhuhu... dengan barang-barang yang biasanya dalam peti ais kena letak dalam besen..2 besen pulak tu.. aih...cepatlah sihat peti aisku!

Tuesday, April 6, 2010

( Just didn't find the right title for this entry...)

Memulakan blogwalking malam ni mama ternampak post title dari mamazakwan.."tulis entry sambil nangis" tak buang masa mama terus klik dan baca.. ia membawa mama ke blog ini.. mama tak pernah ikutinya tetapi mama terus membaca apa yang membuat mamazakwan menangis..that must be something..

Inilah post yang sangat menyedihkan itu... disini..

Even mama tak tahu siapa empunya blog ini..mama juga sedih membaca kejadian yang menimpa keluarganya..menimpa arwah puteranya.. Dzafri Hisyam.. Alfatihah..

Buat empunya blog.. anda memang seorang ibu yang tabah.. saya percaya Dzafri menanti anda disyurga kelak.. Dia hanya dipinjamkan Allah dan kini Allah telah mengambilnya semula untuk kembali ke sisi-Nya..

Tak sedar..mama turut menangis. Kejadian ini tidak terduga oleh akal sihat kita.. bagaimanakah ibu ini menghadapinya.. entahlah.. berikan dia kekuatan Ya Allah..

Alfatihah buat arwah Dzafri Hisyam..

Friday, April 2, 2010

Inikah Sikap Seorang Suami Yang Dikatakan Pelindung Isteri?

Mama sedih betul mendengar cerita seorang saudara sesama islam... yang kini sedang berpantang bersalin anak ke-5. Dia bukan mengadu, sekadar meluahkan kekesalan yang bersarang dilubuk hati. Hendak dibiarkan sahaja.. takut makan dalam nanti bentan pulak kerana berfikir terlalu banyak..

Kisahnya bermula apabila dia tersedar telah 'terhamil' anak ke-5 nya. Digunakan bermacam cara ketika terlambat datang bulan supaya benih tersebut tidak bercambah. Tapi tuhan tidak mengizinkannya. Mama hairan ketika itu.. mengapa beriya-iya benar tidak mahukan kandungan itu. Mama nasihatkan padanya, sekiranya usaha kali terakhir ini tidak berhasil juga.. biarlah kandungan tersebut membesar. Ia mahu hidup..mungkin.

Setelah melalui proses bersalin yang agak panjang sakitnya, dia melahirkan puterinya yang ke-5.. bererti dari yang sulung hingga ke-5 semuanya puteri..alhamdulillah. Mama org pertama diberitahu dan dikirimkan MMS gambar sicomel..

Mama sempat melawat dan menghadiahkan sebuah termos.. atas permintaannya 2 minggu selepas dia melahirkan. Tapi termos sudah mama hantarkan lebih dulu sebelum dia melahirkan.. bimbang dia memerlukannya. Waktu itu dia nampak sihat. Tidak ada sedikit pun calitan duka diwajahnya.. atau mungkin mama tak perasan..

Dua tiga hari lepas mama dapat tahu cerita sebenar... setelah dia menyembunyikannya sekian lama....

Suaminya sudah mula hilang kisah terhadap rumahtangga dan anak-anak sejak dia melahirkan. Bahkan yang paling menyakitkan hati.. sebiji ubat pun tidak langsung dibelikan untuk siisteri ini dalam tempoh berpantangnya. Makan lah ubat hospital yang entah berapa hari.. begitu sekali kejamnya seorang suami.. Yang sangat, mama sedihkan.. dia mengusung bayi yang berumur tak sampai sebulan ke Econsave untuk berbelanja barang dapur setelah barang didapur habis tanpa dipedulikan sisuami. Hairannya.. si suami ada ikut sekali tetapi hanya membodohkan diri melepaskan tanggungjawab. Kata siisteri.. bila tiba dikaunter bayaran sekali lagi si suami hanya buat bodoh tanpa mahu membayar sesen pun!

Ya Allah.. kenapakah ini berlaku? Dan si isteri yang sangat sayangkan keluarga.. mengeluarkan duit yang disimpan sekian lama untuk membeli ubat bersalin..membayar harga barang-barang belanja hari itu.. alangkah murahnya harga diri seorang lelaki seperti ini dimata mama..

Bila mama tanyakan baru-baru ini..dia cuma tersenyum manis mengatakan.. itu semua memang dah dijangka.. perangar sisuami memang begitu sejak kelahiran anak pertama.. dan ada sumber pula mengatakan sisuami kini bermain kayu tiga dibelakang isteri sejak berkenalan dengan seorang 'ibu ayam'. Tapi kata isteri.. tak ada bukti untuk itu, jadi tuduhan tak boleh sembarangan.. hai..alangkah mulianya hati isteri ini.. menitik air mata mama mengenangkan nasibnya..

Tak pernah sekali mengadu.. apalagi kepada keluarga suami. Di mata keluarga suami..sisuamilah suami misali.. paling baik dalam sejarah.. dan siisteri hanya tersenyum manis.. luka hatinya hanya tuhan yang tahu..

Inikah agaknya harga sebuah cinta seorang suami? Agaknya dunia sudah nak kiamat.. hingga manusia sudah hilang perikemanusiaannya..

Ya Allah.. tunjukkan lah jalanmu buat suami ini.. rawatkanlah luka hati isteri yang baik ini.. Isteri ini sudah lama didera perasaannya oleh suaminya sendiri..Berikan kekuatan kepadanya supaya lebih tabah mengharungi hidupnya Ya Allah..

~ to someone I care.. I will be here if you need a shoulder to cry on..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...