"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Thursday, September 19, 2013

Anugerah Brain Booster - Buat Buah Hati


Terjumpa produk ini semasa browse pasal produk Anugerah.. looks good :), kebetulan mencari "sesuatu" untuk membantu kecergasan minda si buah hati mama kan..

Produk ni menepati ciri-ciri yang mama perlukan sebab..

1 - bukan dalam bentuk pil @ coklat sebab Tina susah sket kalau kita nak suruh dia makan pil2 nih..vitamin c pun macam nak suh telan racun..huhu.. plus.. kalau benda yang dia kene makan ..kunyah2 ni dia memang banyak alasan..

2 - berasaskan pemakanan sunnah & Al-Quran..

3 - Ok la..senang nak cari & harga berpatutan

Ha..jangan lupa plak.. bila dah bagi brain booster macam ni kene la follow up dengan revision kat rumah jugak.. kalau tak.. telan sebotol sehari pun takkan ada hasilnya..huhu.. peringatan untuk diri sendiri la tu mama weh..

Ok la.. nak baca lebih lanjut boleh gi site diorang ni ye.. sila..sila

Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak kan.. macam tu lah juga mama & abah..:)

Sunday, September 8, 2013

Terurai Sudah Rindu..

Tengok gambar je pun saya pasti anda dah boleh agak kan.. betapa rindunya dia pada abah.. :) , Mama ingatkan tak ada sessi air mata.. ehh.. ada rupanya..

Buat bapa2, ayah2, papa2 walid2, daddy2 sekelian.. anak ni kadang-kadang kita nampak diorang macam tak kisah pun bapa dia ada ke tak .. tapi jauh disudut hati mereka.. akan tetap terasa bila anda tak ada disisi.. lebih-lebih lagi jika berpisah berhari-hari..

Boleh mama nampak lebarnya senyum sampai ke telinga..manis lebih dari madu lebah tualang gitu la.. dan masih terbawa-bawa lagi perasaan takut kene tinggal sebab jika kami sebut abah kene "work jauh" lagi.. nada suara dah lain..muka dah merah..

Hihihi.. macam tu lah kan.. budak-budak.. :)

Wednesday, September 4, 2013

Tragedi Rindu Yang Kritikal..

Bukan tak pernah kene tinggal.. tapi tak pernah kene tinggal lama. Bukan abah tak pernah gi kursus tapi biasanya kursus balik hari je.. or kursus dekat yang boleh balik rumah

Tapi kali ni agak lama.. 4 hari.. tak boleh balik sebab jauh.. merentas negeri..

Isnin 2 september,

Abah gerak awal pagi dari rumah. Waktu dah siap2, abah kejut tina.. cakap nak pegi.. dan dia takmo bangun..takmo tengok muka abah jugak. Pas cium2 dia abah angkat2 barang..

Mama kejut & ajak dia salam abah.. payah sekali nak bangun. Bukan dia tak sedar dah.. tapi dia memang tak nak hantar abah ke pintu.. Pujuk lagi.. dia bangun juga..

Salam & peluk cium abah, dia dah bergenang air mata.. Allah.. 

Lepas abah pegi, dia sambung tido sebab isnin tu dia cuti.. demam sejak semalamnya..Bangun pagi tu.dia ok je lagi  . Mungkin sebab baru pegi pagi tu kan.. malamnya pun dia ok..cuma asyik tanya kenapa abah belum balik.. 

Abah call.. dia masih ok

Jalan terbaik..ajak tido cepat sket..


Selasa 3 september

Bangun pagi dah tanya abah..  dia dah start nangis dah..mama ambilkan kain pelekat abah kat bilik bagi dia.. tengok lah tu apa dia buat..



Puas menangis.. dia ok.. sepanjang hari memang on off bertanya itu dan ini tentang abah.. sabar je lah melayannya..

Tengahari & petang abah call.. dia ok je..

Malam tu..maghrib je dia start balik dah 


 Menangis & menangis.. mata bengkak-bengkak dah.. abah call pun digasaknya menangis kat phone.. 

Lama juga nak bagi dia tenang..asyik bertanya & bertanya.. soalan yang sama juga..

Ringkas cerita .. dia bagi nombor macam ni..
1 - malam ni, tido
2 - bangun pagi esok gi skolah
3 - petang gi ngaji iqraq
4 - malam, tido lagi
5 - bangun lagi ..sekolah lagi
6 - ngaji iqraq lagi
7 - malam abah balik

itu je dok diulang-ulang tak jemu-jemu.. 

Ok sket, ajak baring-baring je.. tak lama dia tertido..selamat 


Rabu 4 september

Bangun pagi dah start tanya & cerita pasal abah. Mama tak layankan.. terus ajak siap-siap nak gi skolah.. nak turun kereta sempat tanya.. mama hari ni nombor berapa? Ooo hari ni no.2..

Petang nak gi ngaji tanya lagi.. mama, ni nombor berapa? Nombor 3..

Tengahari & petang abah call.. dia ok je.. siap cakap, malam nanti saya nak cakap dengan abah lagi tau. Saya tak nangis dah..

Maghrib menjelang..

Datang kat mama dan cakap..

" mama, cuba mama tengok..mata saya ni ada air lah.. "

baru je nak tengok.. alolo.. dah peluk dah.. nangis okeh..sama macam maghrib semalam.. lagi abah call.. dengar suara abah lagi kuat dia menangis..katanya " saya tak payahlah cakap dengan abah.. nanti saya sedih"

Kritikal okeh hari ni.. lama betul dia menangis..





Abah hantar gambar kat phone mama.. dia siap besarkan sampai satu skrin & letak kat pipi.. aduhai..meruntun jiwa mama okeh.. anak..anak..

Penat menangis dia dah pun tertido tapi tidurnya tak lena malam ni.. mengigau entah apa..

Cepatlah abah habis kursus.. cannot tahan la weh nak handle this..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...