"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Beli Online. Show all posts
Showing posts with label Beli Online. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

ZALORA For The 1st Time

Orang lain lama dah kenal ZALORA, beli dari ZALORA tapi mama ni baru 1st time nak cuba beli. Kenal ZALORA ni lama dah la. Skodeng site diorang pun lama je dah. Tapi just tengok-tengok je la. Bajet takde masa tu hihi..

Kali ni.. abah bagi voucher.. sekali tengok.. voucher ZALORA la wei!!!..

Mula-mula abah cakap, try la tengok dulu kat website.. boleh ke guna voucher tu. So mama pun try lah dengan gigihnya. Pegi website ZALORA dan try klik satu baju. Pastu try masukkan voucher tu.. Yeay!! boleh. Maknanya voucher tu valid lagi :)

Tapi bukan baju tu yang mama beli.. mama out lepas test voucher tu hihihi..

Then after few hours baru mama pegi balik website dan tengok semua yang berkenan. Cari yang betul2 berkenan. Korang pun faham kan.. beli baju online ni kita kene cari measurement dia.. ukur dulu dengan kita :)

Then, I've decided nak ambil yang ni

So then, teruskanlah pembelian sampai check out. Guna voucher ye. So hanya perlu bayar postage sahaja. Dan postage hanya RM5.00. Tu pun perlu cash pada deliver sahaja nanti.. hmmm.. tak menyusahkan tau. Lagi senang coz, nanti your baju dah sampai depan mata baru you bayar. Ha..gitu lah..


10 Dec 2014 - complete order
11 Dec 2014 - parcel sent out deliver by TAQBIN

Tapi masa tu mama takde kat rumah. Jiran sebelah yang ambilkan & tolong bayarkan RM5 .. sungguh senang weh shopping kat ZALORA. patutlah iklan menjerit2 hahaha...


Ini parcelnya..

Bajunya belum dirasmikan lagi. Baru acu try test je. Alhamdulillah tak salah pilih saiz. tak salah pilih material. Dan tak menyesal lah shopping dengan ZALORA :)

Tq abah sebab bagi voucher tu ye..

Next time bolehlah cuci mata kat ZALORA lagi kan :)


Wednesday, April 30, 2014

Saya Suka La Tudung Mama...

Kisahnya bila setiap kali mama beli tudung baru.. Dialah dulu yang suka sangat nak pakai.. dia lah dulu yang pilih mana satu dia punya..hihi.. hai lah anak.. 

Dia kata..
" Yang dua ni mama punya .."






" Yang ini saya punya tau.."


Hahah.. 
itulah sweetheart saya :)

Thursday, April 24, 2014

Pengalaman Pertama Berurusan Dengan Lelong Dot Com Dot My

 Kami ni dah rata mencarikan " baju" si Acer Iconia sweetheart.. sana sini tanya semua kata takde jual. Last week kami ke Danga City Mall, tanya kat kedai Acer.. pun takde jugak. Hampeh tul!

Sudahnya masa gugel-gugel kat internet mama terjumpalah beberapa web yang jual "baju" si Iconia nih. Tapinya online purchasing la kan. Risau tak fit bila beli.

Banyak kali lah tengok & tengok.. akhirnya abah bagi green light.. " mama beli online je lah.. penat dah kita cari. Kesian tab tu togel jek" so mama pun beranilah..

Pilih satu antara yang beberapa tadi tu.. dari lelong dot com dot my. LINK..

Ber PM dengan seller dalam 2 hari jugak. Ye lah kita nak la tau benda tu ready ke pre-order ke kan.. then fit ke tidak A500 dengan A501.. 

Okeh.. settle.. mama pun decide beli dengan dia je lah. Place order kat lelong dan Pm seller semula..sekali je baca dia punya PM.. katanya kami dekat. So tak payah pos pun boleh tapi kami kene gi ambil by hand lah di tempat yang di janjikan :)

Tak setuju lagi..mama tanya abah dulu.. bila abah kata ok.. baru mama kata kat seller ok.. setting masa nak jumpa..

Saat post ini ditulis, Acer Iconia sudah berbaju baru.. :)


Abah selalu ingatkan mama supaya berhati-hati.. :) dan seller itu pun sangat berhati-hati.. 

Misi mencari " baju" Iconia selesai dengan jayanya..
Terima kasih Lelong Dot Com Dot My..

Thursday, May 3, 2012

Selalu Sangat Jatuh Cinta..

Mama jatuh cinta pada roses kembali. Hukhuk.. dulu-dulu pernah jatuh cinta & beriya2 tanam tapi dek kurang ilmu.. hampir 90% kiok begitu sahaja..

Sekarang ni mama dah jumpa group orang2 yang cintakan roses kat facebook. Banyak ilmu mama dapat dari sana.. bagus betul!

Hasilnya..



1st time beli pokok ros online weh!! Alhamdulillah pokok ni sampai dalam keadaan segar & sihat walafiat pun..pasu kecil tu GREEN APPLE & pasu besar tu DIJON





yang ni hasil rembatan kat nuseri pasar peladang skudai.. namanya belum dipastikan




Ini pun hasil rembatan dari nuseri yang sama jugak tapi dah dikenalpasti namanya.. FRILL WHITE






hahaha.. susah kalau dah jatuh cinta nih kan.. :D


Tuesday, September 7, 2010

Yahoo.. Sampai Dah


Ini t-shirt muslimah yang mama beli. Cantik t-shirt ni. Tangan cekak.. ntah kenapa teringin sangat nak pakai t-shirt macam ni.. :)
baru sampai depan gate tengah minggu lepas pun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...