"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Ubat. Show all posts
Showing posts with label Ubat. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Test Gula ..

Ingat lagi tak pasal penawar penyakit kencing manis, darah tinggi & jantung menurut perubatan islam yang mama post kat SINI aritu..

Mama janji nak update kan.. apa perkembangan kencing manis abah mama selepas amalkan 7 biji kelapa tu.. means 2 minggu lepas lah lebih kurang..

Gambar ehsan yahoo images..

Mama belikan abah mesin ini.. khas untuk check gula dia. Tapi dia tak operate menda ni sendiri la.. mama yang buatkan.. dolu2 kan berangan nak jadi nurse..kihkihkih..

Tapi pasal 1st time guna accu check ni mama tak teringat nak snap gambar result..huhu..

Tapi result yang dapat dari accu check ni adalah 16.5mmo/l dengan pagi tu abah tak makan apa2 or minum apa-apa pun lagi kecuali air suam

19 December 2013 - 26.9 mmo/l
5 Januari 2014 - 16.5 mmo/l

Jauh juga kan perbezaan? Hmm.. serasi nampaknya kaedah ni.

Tapi bukan hanya kelapa ini usaha kami..

1. Tukar beras kepada FAIZA HERBAPONNI.. instead of beras biasa

2. Elak makan nasi selepas jam 8 malam..

3. Kawal lauk-lauk juga, amal berlaukkan peria katak.. seminggu sekali mcm tu. Lauk-lauk berlemak pun dikurangkan sebab once gula tinggi boleh lead kepada penyakit-penyakit lain

4. Banyakkan minum air suam, air bercampur titisan limau nipis  & jika minum air bergula pun.. sudu gulanya kami kurangkan

5. Mintak abah  bergerak mengeluarkan peluh.. buat keje sekeliling rumah

Sedikit sebanyak itulah yang kami usahakan. Alhamdulillah berhasil.. berkotak ubat kencing manis masih elok tersimpan.. :)

Menunggu untuk fasting blood sugar test nanti 13 Januari.. dua-dua abah & mak. Walaupun mak takde apa masalah, tapi tak salah kan nak pastikan semuanya ok :)

To those yang nak mencuba.. boleh lah mencuba.. kami dah cuba & ianya memang berkesan. Mengurangkan paras gula darah..

Thursday, December 19, 2013

Penawar Bagi Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi & Masalah Berkaitan Dengan Jantung Menurut Perubatan Islam

Kebimbangan menghambat hati bila kebelakangan ini abah mama berubah. Bukan berubah apa tapi dia nampak letih, kerap ke tandas, hilang selera makan & tubuh badannya nampak susut. Katanya dia sihat tapi fizikalnya tak berkata begitu. Abah kita kan.. tentu kita perasan apa pun perubahan :(

Bila check up kat klinik kata gula dalam darah tinggi.. 28.1 perghhh.. risau tahap diva okeh. Terus call abah & mak mintak diorang datang umah. Nak bagi puashati, mama nak jugak bawak abah & mak check up semula kat Klinik Kesihatan Taman Universiti..

So, kami pegi.. yes..memang betul.. gula dalam darah abah 26.9 aduh weh.. terus dapat ubat, dapat appointment untuk fasting blood sugar & appointment jumpa dokte 2 bulan lagi..Febuari 2014 nanti.. Tapi dokte masih positif, itu blood sugar non fasting..tak boleh diambil kira sangat tapi bila dibandingkan dengan mak punya blood sugar baru 4.9 je, kat situlah nampak TERSANGAT TINGGINYA..

Muka abah berubah.. mama perasan hal tu. Oh tak suka tengok reaksi itu.

Masa jumpa dokte, mama yang masuk untuk dengar semuanya..baik turn mak mahupun abah. Nak puashati kene tanya sendiri & kene dengar sendiri dari dokte..

Nak tenangkan hati abah & hati mama sendiri.. cakap juga..faktor umur..faktor pemakanan.. semuanya menyumbang ke arah itu. Then mama cakap, thats why mama tak kasi diorang makan nasi lewat malam.. thats why cakap jangan lupa minum susu, jangan lupa supplement.. buat keje keliling rumah

One more thing yang mama tambah dalam pesanan kali ni.. buat kerja hati2.. jangan sampai tercedera atau terluka.. dalam keadaan gula dalam darah sedang tinggi.. sangat tak cun kalau luka kan.. hukhuk.. Ya Allah.. Mama risau sebenarnya!!

Tapi dalam youtube jumpa ini..



Jadi kami cuba.. mudah je kan..bahan-bahan dia ada 3 je 
KELAPA MUDA (isi dalam yang mcm hingus tu), 
SERAI 3 BATANG SETIAP BIJI 
7 BIJI HALBA SETIAP BIJI KELAPA


Kami baru cuba kat abah mama dua biji. Kene buat 7 biji kelapa dengan berselang 2 hari setiap biji. Tapi lepas tu kene check lah untuk tahu hasilnya

Untuk kelapa pertama, abah bangun banyak kali malam sebab katanya tekak rasa kesat. Bila di ludahkan, kahak hijau berketul yang keluar

Yup, sebagai anak mama tak boleh lah patah semangat. Gula tinggi boleh dikawal. Itu mama cakap kat abah mama. But kene disiplin. Gula dalam darah yang tinggi itu bahaya. Boleh menyebabkan banyak penyakit berkaitan yang lain.

Baca kat SINI

So insya'Allah nanti mama akan update perkembangan kadar gula dalam darah abah mama tu.. Semoga abah tak apa-apa.. luaran dia nampak ok tapi hati mana tak risau bila diri tu kita tahu ada penyakit kan.. semoga Allah melindungi abah & mak selalu..

hukhuk.. din like this kind of feeling okeh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...