"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Aktiviti Kami. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kami. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Di Tepian Sungai Semangar..

Cuti sekolah kali ini tak dapat nak kemana. Cuti yang tak panjang, ditambah dengan homework, diparahkan lagi dengan abah yang nak kene buat tuisyen kat sekolah.. huhuhu.. kami dirumah je. Nak jauh sket, kami bawak sweetheart balik Petri Jaya, umah mak abah :)

Dalam perjalanan balik tu abah dah plan2.. mengajak teman memancing. Siapa lagi nak teman kan.. isteri tersayang ni lah yang teman ke hulu ke hilir memancing. Dan disebabkan yang meneman tu mama, maka tempat memancing yang nak pegi pun kene pilih2. Memancing berteman lelaki sama lelaki tu lain juga kan. Maka kami pilih lah tempat memancing yang dekat2.. area2 yang kami mahir & biasa pegi..

Mana?
Bawah jambatan sungai semangar :)
Sebab, Kampung Semangar ni tempat letaknya sekolah rendah mama dulu. InsyaAllah mama tahu tempat ini. Pernah jalan sampai ke hujung2 kampung dulu2 masa sekolah2.. ikut kawan2 balik rumah..
InsyaAllah ok tempat ni..


 Tenang je kan.. sejuk je rasa kat sini..

Berada disini ingatkan mama dengan kenangan-kenangan zaman sekolah rendah. Kawan-kawan dah ramai berhijrah & bekerja diluar..

Tapi memori itu tetap kekal disini :)


 Tenang je air dia.. tapi AWAS tau.. dimana-mana pun kene berhati2 selalu..

Setiap kali ke mari memancing tak pernah tak dapat apa-apa. Walau pun ikan kecil..mesti dapat. Sejak akhir2 ini kalau ke mari mesti dapat udang. Tak la banyak sampai boleh jual tapi bak kata abah.. dapat "lesen" huhuhu..

Kunjungan kali ni kami tak lama kat sini. Sekejap je. Dapatlah seekor anak tenggalan & seekor udang. Abah ajak gerak ke tempat lain. Jangan tanya kenapa. Bila hati dah tak enak.. jangan tunggu lagi. Segeralah beredar :)

Ni je yang sempat..anak tenggalan tak dan pulak nak snap..lupa..


Pemancing yang happy dapat memancing..


Sungai Semangar ni banyak je hasil kalau anda rajin. Biasa mak & abah pesan ikan patin sungai untuk adik pun dari pemancing2 yang turun ke sungai inilah..

Bak kata abah.. mana2 sungai pun mesti banyak ikan. Antara dapat dengan tidak je..huhuhu..

Tapi ingat.. dimana pun memancing, kene berhati2 ye.. bukan hanya ada kita kat situ.. 

Kadang2 time ramai.. memang penuh tepi2 sungai ni masing2 memancing. Tapi kami pegi ni hari biasa..cuti sekolah.. para pemancing tak ada.. keje..tu pasal sunyi jek..

Ada yang nak pegi sini.. sila..sila..

Monday, March 9, 2015

Lawatan Pertama Ke Panggung Wayang : The Spongebob Movie - Spongebob Out Of Water

Sweetheart ini tak pernah jejak panggung wayang. Kami memang tak ajar & tak pernah bawak. Alkisahnya kami pun tak minat tengok wayang huhuhu..

1st time kuo gezet pasal movie spongebob kat wayang tu, sweetheart pertama kalinya berbunyi ajak kami tengok. Mulanya kami tak berapa kisah..tapi tengok dia asyik dok ingatkan..kesian pula. Tambahan..dia dah besar dah..boleh je kot behave kat panggung kan.. :)

Last saturday, kami pun bawak lah dia ke TGV Bukit Indah. Sambil2 usha tiket movie tu..ingatkan sekejap..lama rupanya. Orang punyalah ramai. Ingatkan nak tengok yang pukul 1.45pm punya tapi tak sempat dapat tiket.. jauh lagi woo beratur. So decide amik kul 3.40 je.. meantime tu kami jalan2 dulu kat Aeon..

Makan jap kat KFC.. sepanjang masa mulut tak henti dok tanya.. tak terlepas ke kita nak tengok movie kang ni? Aihh..huhu.. excited ko..

Pukul 3.20 kami naik balik ke TGV..
3.30 kami jalan masuk terus lah.. rilex2 kat dalam dulu.. :)



Posing-posing sebelum masuk movie..







Posing sebelum movie bermula




Ni curi snap.. last2 part kat movie



Sweetheart sangatlah puashati. Cuma tak dapat tengok 3D la.. sebab waktu tayang 3D pukul 6 petang. Lambat sangat nak tunggu..

Boleh la mama & abah lupa nak belikan popcorn wakakaka.. haih la anak.. mama & abah pun tak biaso tengok wayang ni sejak bercinta2 dulu lagi ha.. Lupa ..

Tak pelah.. ada rezeki next movie kita beli popcorn la ye..huhuhu..

Sape nak bawak anak-anak digalakkan.. yang minat spongebob..memang best arr melayan..hihi..

Tuesday, February 24, 2015

Sepetang Di Taman Rekreasi Sg. Rambah, Pontian

Aktiviti tak well planned. Abang ipar ajak bawak anak-anak memancing kononnya. Jadi kene cari tempat yang senonoh sikit ye sebab anak i is pompuan..huhu..

Taman Rekreasi Sg. Rambah ni pun kami tak pernah sampai. Tak ku tahu pun kat mana letaknya huhu.. alangkah sadisnya..

Padahalnya letak nya kat jalan yang biasa lalu je...hihihi. Malangnya gambar jalan masuk tak ambil.. ai lupa yu.. huhu

Jom ah layan gambar-gambar :)

Diorang ni memancing kononnya.. tapi tak lama dapat memancing, air semakin surut.. aloo.. wrong timing lerr..






Bila air dah surut..apalagi..aktiviti ber photoshoot lah kita kan. Jadikan kenangan indah. Menanti sunset..tapi tak sempat nak sunset lah..dah penat..huhu..



Lepas tu kami ada buat photoshoot istimewa kihkihkih.. tak caya?
Jom tengok..






Pantai Rambah memang punya scenery yang sangat2 cantik. Tak heranlah waktu kami kat sana bercouple2 pengantin buat photoshoot.. Menjelang rembang petang lagi lah cantik.. sungguh..

Ada masa mama nak pegi lagi untuk snap sunset rambah.. tentu oshem kan..

Suka sangat this picture.. 


Will be back soon.. :)

Friday, February 7, 2014

Mari main Cat

Skudai panas berdenting .. siram pokok kat laman 2 kali sehari pun macam takde pape je. Sehari dua ni mak abah ada kat rumah. Jadi ada lah kawan nak ke laman petang-petang..

Sejak semalam dok keje menghabiskan cat putih yang berbaki. Lama dibiar sayang pulak kalau keras. Entah apa yang nak dicat.. pusing punya pusing.. batu bata pemisah laman & bongkah kayu kengkunun nak buat stepping tu dijadikan pagar deretan pasu-pasu ros.. makanya dicat putih semuanya.. :)

nampak bermaya sket laman..

Ada banyak benda nak dibuat.. entah rajin ke tidak..huhu




Saturday, July 6, 2013

Aktiviti Sabtu..

Hari ini kene duduk rumah sebab abah sekolah. Ada hari sukan. Nak ikut tak terlarat.. plus malas plus ada banyak baju nak basuh.. Alasan sebenarnya hokeh..hahaha

Hari ni mama bagi tina bangun lambat.. syok dia berselubung bergulung2 dalam comforter hihi. Bangun je mintak breakfast roti telur.. ok la.. kami breakfast roti telur berdua beranak..

Settle session buat keje sekolah.. mama biarkan dia main apa dia suka.. tu tengok gambar.. dia duduk dalam bilik dia.. fevret spot dia la tu sebab semua plush toys & buku ada kat sana. Ni amik gambar curi2 ni.. hahaha..

Buku..buku.. & buku lagi..




Tunggulah abah balik.. kot tak penat dia bolehlah keluar.. kalau penat..wassalamu la ..dok umah je ..huhu

Wednesday, May 29, 2013

Big Bad Wolf Books Expo di Danga City mall

 Terima kasih kat jiran sebelah rumah yang bagitau pasal BBW ni. Kalau tak..ruginya mama & abah tak tau. Jiran bagitau semalam petang, so abah ajak gi pagi tadi :)

Target kami nak bawak mama & abah's books lover yang sorang ni ha..dari bangun tido sampai dalam kereta ..sampailah kat danga city mall tak henti-henti tanya pasal buku.. addehh..



 Ni gambar sebelum masuk..


entrance..

Didalam expo tu jangan ceritalah.. dengan manusia..dengan buku.. seronok betul berada dalam himpunan buku2 murah :) weee...




Sampai mama dah sakit pinggang berdiri..gilir-gilir dengan abah menunggu tina cari buku. Jadi waktu bergilir-gilir tu kami ambil peluang cari buku kegemaran masing-masing lah kan..

Mama cari buku pasal rose tapi takdelah pulak.. hampa sket disana :( 
tapi takpe.. buku lain ada :)




Okeh.. nak balik dah.. hampir sekotak juga hihi
Berbaloi-baloi sebab rata-rata harga buku memang murah disana. Biasa tengok kat kedai buku memang mimpilah nak dapat harga mcm tu..

Owh.. books lover.. expo ni sampai 2 JUNE 2013..
so.. masih banyak masa nak pegi cari buku-buku korang & buku-buku untuk anak2 jugak..
heaven!!

Tuesday, March 19, 2013

Monday Blues Semalam..

Semalam hari yang agak memboringkan..  tak tau la apasal..sebab panas ke agaknya. Lepas Tina balik mengaji.. mama call abah suh balik cepat lah kalau takde pape.. anak ajak kuar ke mana2.. boring weh..

So, 1st kami gi minum cendol & makan goreng2 kan taman u.. pastu Tina tak mo balik lagi.. dia nak gi jusco. Sebab panas berdenting petang2 hari.. kami ke jusco sejukkan kepanasan.. 

Tina kalau tak menyinggah MPH memang tak sah.. masuk2 je dia dah hilang kat rak.. aduhai.. tengok2 je.. dah duduk dengan buku dah.. tuu :)




Dia ni memang suka membaca & pantang nampak buku mahupun kedai buku..huhu tak masuk tak sah..



Kadang-kadang terfikir nak buat macam ni kat rumah.. mesti dia suka kan.. tapi laratkah nak menyusun buku setiap hari??? hahaha...

Nantilah.. abah dia berangan nak buatkan mini library untuk kami :)  moga niat murni abah tu dapat ditunaikan nanti ye :)

Sunday, November 11, 2012

Mari Berinai Meraikan Bulan Anniversary - November






Rutin tahunan.. tapi tahun ni paling melampau okeh..hihi berinai 10 jari kaki & 10 jari tangan. Tak cukup dengan itu.. siap ajak tina berinai sama..

This coming 19th November adalah Wedding Anniversary mama & abah Yang ke 7 ..

Anything special???

 <<<<<<<>>>>>>>

Monday, February 20, 2012

Dekat.. Tapi Tak Pernah Pun Sampai.. Jom Exercise!




Hutan bandar.. dengan rumah tak sampai 10 minit perjalanan.Boleh kan tak pernah pegi langsung. Sampaikan Hutan Bandar tu dirasmikan pun mama boleh tak tau.. orang dok pasir gudang boleh tau.. ntah pape tau..

Jadi jumaat malam tu.. kami dah berjanji dengan tina nak pergi exercise sabtu pagi. Tina kan sejak2 sekolah ni memang bangun pagi.

So.. kul 7 dia dah bangun.. dengan semangatnya nak mandi dan nak gi exercise.. huhu.. Siap2 lebih kurang jek kami pun pegi..

Umang aii.. ramai orang. Parking full house. Sib baik masa kami sampai..ada kete nak kuar.. selamatttt...

Jom layan sket2 gambar.. tak jauh sangat jalan sebab 1st day kan.. tina tak biasa lagi. so kami cuma strolling suku daripada hutan bandar tu jek.. pemanas la katakan..









like this picture sangat2..
























berazam nak pegi lagi every week yang either sabtu ke ahad.. sambil2 jalan2.. hirup udara pagi yang segar.. segarkan minda :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...