"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Bad Day / Tragedy. Show all posts
Showing posts with label Bad Day / Tragedy. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Aduhai Dugaan Betul...

Hish.. ni macam entri mengeluh je bunyi dia ek? Bulan-bulan terakhir nak habis bayar kereta ni memang sangat-sangat menduga kesabaran la. Bulan lepas kereta rosak.. bulan ni peti ais pulak yang rosak..aduhai..lemah betul

Actually abah yang tercucuk bahagian dalam fridge masa bersihkan.. apa lagi..kuar la semua gas dia. Mama rasa macam ada batu jatuh atas kepala tau...

Tanya kat kedai..kalau repair + isi gas maybe dalam RM200. Tapi tak hantar pun lagi.. berbaloi ke tidak nak repair dengan harga tu? Tolong..!!

Tuesday, February 2, 2010

Trauma : Malam Pertama : Lelap jam 5.30 pagi

Semalam adalah malam pertama kami 3 beranak tidur dirumah selepas kejadian tersebut. Seperti yang mama jangka, mama tak boleh melelapkan mata. Jadi mama online sambil membuat kerja-kerja rumah seperti melipat pakaian dan mengemas. Tina dan abah mama biarkan tidur nyenyak..

Jam 5.30 pagi barulah mama terlelap memandangkan tak sampai setengah jam lagi abah akan bangun utuk mandi dan pergi sekolah. Seksa mama rasa tapi.. hmmm...

Abah ke sekolah 6.40 pagi, dan 7.15 pagi kakak ipar mama iaitu mummy azie datang jemput mama dan Tina. Kami berdua akan berada dirumah mummy azie sehinggalah abah balik sekolah..sampai dirumah mummy azie, mama tidurmerehatkan fikiran dan badan seketika. Tina tak perlu dirisaukan sangat sebab ada mummy azie & kimi.. thanks mummy azie

Dan ketika post ini mama tulis, jam menunjukan 2.47 pagi.. dan mama masih berjaga..Allah kasihanilah kami...

Saturday, November 21, 2009

Insiden Cemas !!

Terlambat sikit nak update. Tak larat sangat semalam.. sempat buat sticky mode untuk kak yong je.

Actually semalam ada 2 insiden cemas berlaku. Mungkin mama terlalai sekejap la.. ye la..lagipun si comel ni dah semakin aktif kan. Meja makan pun dah boleh panjat, rak tv pun dah boleh panjat, drawer rak tv tu dia bukak satu-satu buat tangga naik atas rak tv..huarrgh....!!! nak jadi tarzan rasanya..

Ok, semalam masa mama tengah menyapu kat porch, grill mama tak bukak so Tina dok kat dalam aje. Mula-mula dia masih ada kat pintu lagi. Sekejap je..tengok-tengok dah hilang. Mama jenguk kat dalam rumah, dia tengah tengok cd barney. Mama keluar balik..

Baru je nak pegang penyapu semula, Tina datang kat pintu. Bila mama pandang dia, dia kata "umpah.. umpah.." . So mama tanya apa yang tumpah. Dia diam je tunjuk kaki dia yang basah. Mama cepat-cepat masuk tengok.. la...dia tumpahkan air dalam cawan kat depan tv. Mama marah dia, mama kata "kan mama dah kasi Tina air dalam botol..kenapa ambik yang dalam cawan?" .. "Tina jauh sikit mama nak lap. Jangan datang sini nanti jatuh".

Mama nampak dia masuk dalam bilik komputer, mama biar je la..dia memang selalu main dalam tu. Bila mama terperasan dia main pintu, pintu tertutup... mama cepat-cepat nak pergi bukak.."click" bunyi dia kunci pintu dari dalam. Alamak...

Sekejap tu dia dah menangis-nangis dalam bilik sebab tak boleh bukak pintu. Mama panik sekejap. Nasib baik teringat segala-gala kunci yang belum di asingkan ada dalam drawer almari solek. Mama pergi ambik. Masya'Allah..punya la banyak..

Sambil mama nak mencuba kunci, Tina dah menjerit-jerit nangis dalam bilik. Bertambah panik la mama. Mama capai hp dan call abah.. dapat tapi putus. Mama call kawan cikgu dia. Sebab abah memang bagi satu atau 2 nombor kawan-kawan dia incase mama tak dapat call dia. Mama cakap kat abah, Tina terkunci dalam bilik komputer... abah suruh mama rilek dan try kunci satu-satu..

Aduhai..dengan Tina menjerit-jerit panggil mama...mama macam dah tak pandai nak cuba yang mana satu dulu. Mama cakap dengan Tina.. " Tina jangan nangis..mama nak bukak pintu la ni. Tina diam dulu". Yang Tina pun macam faham..dia terus diam..tapi masih terus panggil..." mama.. mama... "

Kali ke 3 try..pintu terbukak..ya Allah.. leganya. Tina keluar bilik terus peluk mama. Mama pun peluk dia.. "Tu la..lain kali jangan nakal.." mama cakap kat dia. Mama pun dudukkan dia atas sofa, bukak baju dia yang basah kena air tadi tu. Mama cakap kat dia " Tina jangan turun, mama nak lap air kat situ (tangan tunjuk depan tv). Kalau Tina turun nanti Tina jatuh"

Belum pun tangan mencapai kain buruk kat dapur.. Mama dengan suara Tina nangis. Mama cepat-cepat berkejar.. Ya Allah..dia dah jatuh terlentang kat tempat dia tumpahkan air tu.. rupanya dia nak ambik botol air dia. Kuat betul dia nangis, sampai hilang suara. Mama peluk dia, gosok kepala dia yang jatuh tu.. bila dia dah diam mama letak balik dia atas sofa. Bagi puting dengan air. Dia diam peluk dolphin dia..

Mama pun teruskan mengelap air yang tertangguh td tu. Siap lap dengan air..dengan dettol.. lap pulak dengan kain kering. Pergh..siap..

Mama bawak Tina gi bilas badan sebab air yang dia tumpahkan tu air oren sun-up.. salin baju, salin diaper..buat susu..baringkan. Pukul 11 dia dah tidur..biasanya nap dia pukul 12.30tgh..tak pe la..penat agaknya..

Malam tadi badan Tina suam.. mungkin dia terkejut sebab jatuh. Mama bagi ubat..pukul 10.30 mlm dia dah lena. Bila tengok muka dia tido..kesiannya.. I say sorry to her, give a kiss and my tears is there... sedih..

Luckily pagi ni badan dia tak panas dah.. nanti bila free mama & abah nak bawak Tina gi urut kat tempat biasa tu.. mungkin badan dia sakit-sakit..

So, this is a lesson untuk mama..

~ Jangan letak air dan makanan atas meja makan. Lebih-lebih lagi yang panas..
~ Kena lebih monitor Tina sebab dia dah semakin aktif memanjat-manjat..
~ Tutup semua pintu bilik yang kosong. Bilik air & toilet tu sudah pasti..sentiasa..
~ Kena lebih peka dengan alatan-alatan dalam rumah.. kadang-kadang yang tak sangka pun boleh bawa bahaya pada anak
~ Ini paling penting.. abah memang pesan , JANGAN BUAT KERJA KAT LUAR BILA TINA SORANG-SORANG KAT DALAM. JANGAN BUAT KERJA-KERJA GARDENING BILA BAWAK TINA MAIN KAT LUAR KALAU MAMA SORANG JE. TAKUT TINA MAIN KOLAM. Ok abah..ni mama sangat ingat. Sebab Tina pandai duduk kat tembok kolam abah...

Mama pesan kat diri sendiri dan yang lain jugak...

Monday, July 20, 2009

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut ... Dapat Dari Mana?


Gambar si comel kami yang dah sihat.. happy sangat temgok dia senyum dan bermain mcm biasa

14 Julai

Malam itu kami jalan-jalan ke Jusco Taman U.. saja je jalan bawak Tina. Tina suka sangat sebab da boleh berlari-lari tanpa rasa panas. Kan beraircond.. sebelum balik mama beli aiskrim kat McDonalds. Tina makan lebih dari separuh cawan tau. Mama dapat sikit je.. semuanya ok jek hinggalah tengah malam tu.....

Tina tido sebaik kami balik rumah. Tengah malam dia terjaga menangis-nangis.. mama terperanjat sangat kepala Tina panas sungguh. Mama dengan abah berjaga sambil letak tuala lembap atas kepala Tina, lap kaki dan tangan dia.. takut sangat temperature tiba-tiba tiba tinggi ..nanti boleh membahayakan otak dia pulak..

pukul 5 pagi Tina terjaga dan menangis-nangis. Nak bagi dia diam mama bukakkan cd fun song factory. Tina suka .. ketawa-ketawa sampalah dia tertido semula. Pagi tu abah amik cuti sebab pening kepala.. yela..tak tido sampai pagi.

Bila kami siap-siap nak gi klinik, Tina ok pulak.. badan dah tak panas. Pelik la pulak.. So kami tak jadi gi klinik..balik umah nenek tun aminah Tina makan nasi goreng banyak. Walaupun setiap kal suap dia menangis tapi masih nak makan. Apa yang mama perasan, Tina kurang menyusu kurang makan dan kurang minum air. Bila nak bagi air dia akan tolak dan nangis..

Malam tu Tina meragam lagi... tapi tak sepanas malam semalam. Menangis dan air liur dia meleleh-leleh keluar... kami pelik. Tina ni sakit mulut ke apa? Mulut dia ada ulser ke? Tapi kami decide nak gi klinik esok siang je la..


15 Julai

Air liur Tina meleleh-leleh tahap kritikal.. dashat sangat.. ada bintik-bintik kat tangan dan kaki.. mama pun sms abah, ajak abah gi klinik hari ni jugak. Lagipun harini dia meragam tahap gaban. Mama tak dapat nak buat apa kerja pun.. Tina nangis je arini.. risau mama. Menyusu pun cuma sekali siang.. sekali malam.. tu pun puas pujuk..







Ubat-ubat Tina ...










Tina lepak lepas makan Ubat ... Tak susah pun bagi Tina makan ubat, senang je kan Tina kan...









17 Julai

Hari ni Tina dah ok sikit. Dah nak makan.. dah nak minum.. cuma susu je yang kurang lagi. Mungkin susu buat mulut dia sakit balik kot. Tapi kalau mama bagi air yang sejuk dari peti ais Tina suka. Lagipun doktor suruh bagi Tina makan dan minum apa je yang dia nak, asalkan dia nak makan dan minum.



Petang tu abah & mama ajak Tina gi Jusco Bukit indah. Kami bawak Tina makan kat A&W sambil-sambil makan ice cream. Tina suka sangat. Yela kan..dah berapa hari Tina tak jalan-jalan. Gi umah nenek pun tak..takut jangkit kat kimi pulak nanti..susah..



Tapi hari ni 21 Julai... Tina dah sembuh sepenuhnya.. dia dah happy macam selalu. Mama lega sangat..

Saturday, June 27, 2009

Kenapa Ni??


About last week mama terperasan yang tapak kaki Tina mengelupas. Dua-dua belah kaki pulak tu. I dont know why but may be Tina alah dengan lantai tiles kot. Teruk jugak mengelupas ni... Wah..mama pun pening coz try letak bio-oil and lotion tapi tak ada apa-apa perubahan pun. Apa lagi ye..
A-hah ... hoping that apa yang mama buat ni takkan memburukkan keadaan kaki Tina..mama sapu jek dengan Ellgy..krim untuk tumit mengelupas tu. Produk tu sebenarnya untuk orang dewasa tapi mama tak de pilihan lain la..tu je yang ada kat rumah. Ting!! letak selama 2 hari bertutut-turut.. kulit tapak kaki Tina dah kembali seperti biasa. Sukanya hati mama.. so mama dah tak letak lagi la ellgy tu..cuma mama terus letak bio-oil jek.. Hmmm... dah cantik balik tapak kaki Tina!!

Sunday, June 14, 2009

Tina Tak Sihat

This week memang minggu yang mencabar kesabaran betul. Tina demam, bila demam dah sembuh dia kena cirit-birit pulak. Dah la macam tu..mama beli diaper brand Diapex bulan ni..Tina alah pulak dengan diaper tu. Habis kelengkang dia melecet dua-dua belah. Padahal baru pakai tak sampai 5 keping pun. Apa lagi..bila dia mula cirit-birit hingga 6 kali sehari..makin parah la tempat yang melecet tu.

Mama cuba letak cream C9 kat tempat tu..melecet makin teruk. Mama cuba letak Allano pulak..2 kali mama letak..2 kali jugaklah Tina terkencing just after mama letak Allano..menjerit-jerit..terlompat-lompat and menonggeng kesakitan. Hush..macam mana ni..risau..


Lastnya malam semalam mama bawak Tina pergi jumpa nenek ru dia kat skudai. Nenek ni bidan yang urutkan mama masa bersalinkan Tina. In fact nenek ni jugaklah yang selalu mama pergi masa mama pregnantkan Tina dulu. Nenek ru urut..Tina diam je. Rupanya Tina tetegur dan terperanjat sikit. Sebab tu la najis dia warna hijau lumut, berlendir dan berbuih. Tapi nenek ni pun moden jugak. Dia suruh mama bawa Tina jumpa doktor untuk refer pasal perut Tina tu.

Mama memang nak bawak Tina jumpa doktor Chum pun. Tapi on saturday klinik tak bukak. So kena tunggu arini. Doktor Chum nbagi ubat air untuk cirit-birit, serbuk garam untuk setiap pagi dan malam serta garam berubat untuk campur dengan air masak..harap-harap Tina cepat sembuh. Tak sanggup tengok dia menjerit-jerit sakit setiap kali mama nak cuci punggung dia..kesian sangat...
Hang on ye Tina..mama cuba sabar 400% untuk Tina..mama sayang Tina tau..Cepat baik ye sayang..

Tuesday, March 24, 2009

Tina's Wound Updated Picture


Kulit Tina yang melecur tu dah terkopek semua. Ini gambar yang terbaru. Tina recover very fast than I think. Sekarang ni bahagian ini dah mula gatal. Malam tidur Tina asyik garu je. Lotion Amway tu masih mama letak lagi. Bio-Oil will be apply very soon..

Anyway.. mama rasa lega sangat. Luka ni dah sembuh..

Friday, March 13, 2009

Bad Day ( Updated) - 3

Ini gambar melecur kat tangan Tina pada hari jumaat 13/3/09. Masa mandi pagi tadi mama dah dapat tanggalkan 2 ke 3 keping kulit mati kat luka tu. Tina tak tunjukkan rasa sakit pun masa mama tanggalkan, dia cuma tak suka mama pegang dan belek tangan dia yang melecur tu lama-lama. Cepat baik ye sayang .... mama sayang Tina..

Thursday, March 12, 2009

Bad Day ( Updated) - 2



Ini gambar melecur kat tangan kiri Tina hari ini. Nampaknya dah semakin pulih. Kalau mama sentuh dan buang sedikit kulit-kulit yang mati pun dia tak kisah. Dah tak sakit kot. So now mama kena ambil inisiatif untuk rawat parut pulak. If can, mama tak nak ada parut melecur tu kat sana. Kesian tangan Tina..malu dia nanti besar. Thinking of nak gunakan Bio-Oil. Tapi tak cakap kat abah lagi. Pun belum tengok apa content Bio-Oil tu, ok ke kalau guna kat scar baby.. Mama tak nak la pakai guna je..nanti ada side effect lain pulak nanti...


Buat masa ni mama cuma sapu lagi Aloga Gel dari Leesa Formula dan sapu krim C9 untuk lembutkan kulit-kulit mati yang masih melekat.



Lihatlah wajah buah hati kami ni... comelnya dia..





Tuesday, March 10, 2009

A Really Bad Day For My gal.....

Panic Incident Happened Last Week....




My poor baby girl... Last week abah balik kota nak jumpa mumy n tina la... so petang friday 2 abah sampai petang....penat sangat...zzzzz fallen assleep... around 7 pm mama kejut, tina ada sebelah abah...menangis... mama cakap tangan kiri tina kena Air Panas..Oh my god...!!

kesian nya tina ...menangis..abah tengok tangan dia dah melecur .Sedihnya abah tengok...

Kesian..Panik...Sedih..Geram...semua perasaan ada...taknak bayangkan lagi...it really hard for me to accept that...

Mama nak buat susu...tina menangis nak ikut to kitchen...so mama dukung & bawak dia.

While holding tina, mama tuang air panas dalam botol...Budak tengah nakal...Tina pun grab botol...mama tarik botol (main tarik2..) tertumpah...Mama ingat tak kena tina n at that moment tina tak nangis lagi.

Suddenly, Tina meraung....menangis...then baru mama perasan...long sleeve baju tina basah...kena Air panas.Coz of that long sleeve la...effect burn kat tangan tina really worst. ADVICE TO ALL PARENTS... BEWARE n BE CAREFULL!!! Don't event think to hold ur baby while doing things involving any danger!..PLEASE!! AVOID Such Circumstances!!

Nak buat camana ...dah kena...but pity to tina...at least we learn our lesson....and hopefully all of you out there too..






Saturday....still had a sad face after 24 hours...and its really shows...







What kind of damage can it done to our baby...Don't even think about it PLZ!

Sunday's picture. Its getting better



Sunday's Picture. Tina always put her hand up as she think that we might touch it.But lively seen better and Tina play as usual..


This is monday's picture. Better than yesterday




*********************************************************


Thats abah story. And this is mine. Above everything mama kesal sangat sebab terlalu careless..

Actually dari siang hari jumaat lagi Tina dah sibuk nak ajak jalan. Tapi hari hujan..tak boleh nak kemana. So mama letak Tina dalam kereta atuk je..biar dia main-main sambil tunggu abah sampai dari jb...

Masa abah sampai Tina suka sangat. Asyik nak dukung je dengan abah. Sebab abah penat..tak jadi nak bawak Tina kemana-mana. Lagipun hujan masih turun lebat. Sambil main-main dengan Tina abah terlelap..

Masa Tina nak susu..abah masih tidur. Nenek pulak tengah solat maghrib. Atuk ntah kat mana..mama tak ingat. Tina nangis-nangis nak ikut mama buat susu. Sebab tak de orang yang nak layan dia..mama pun bawak dia pergi dapur.

Lepas mama tuang air panas sikit dalam botol susu, mama letak kat atas tin susu. Ingat nak letak air masak. Tapi tangan Tina lagi cepat. Dia capai botol susu but mama cepat-cepat pegang sama botol susu tu. Takut tumpah.Kan air panas. Tapi Tina tarik botol and .... for couple of second dia tak nangis. Mama ingat tak kena dia. Rupanya kena kat lengan baju. Sekejap tu Tina dah menjerit nangis....

YA ALLAH ..kena rupanya! Mama panik..tak tau nak buat apa. Tina masih atas dukung lagi. ..

Then bila nenek datang..tengok Tina tangan dia dah merah kulit dia dah melecur..nenek cepat ambil telur utk sapu. Everything happend very fast...

Bila mama bukak baju Tina..tengok lengan kiri dia..aduh..banyak nya melecur. Tina nangis tak henti-henti ..masa ni lah abah baru terjaga sebab mama kejut dia.. dia lagi la panik..

Then teringat yang mama ada beli aloevera gel..cepat-cepat sapu kat tangan Tina.. But hampir sejam ke lebih dia menangis sampailah dia tertidur..

Bila Tina dah tidur..mama nangis puas-puas. Sebab careless la Tina jadi macam ni. Kalau mama tak dukung dia masa buat susu mesti tak kena..I really cant forgive myself.. I am careless!!!

Almost a night jugak la mama menangis bila tengok Tina tidur..betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku..But thank GOD malam tu Tina tidur lena as long as mama tak letak gel kat lengan dia. Bila letak gel dia akan merengek..

Mesti semua orang salahkan mama kan.. yes I know I am careless..

Abah.. I am so sorry..

Tina..mama mintak maaf sebab buat Tina sakit. Mama janji it wont happen again ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...