"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label School Journey 2013 2014. Show all posts
Showing posts with label School Journey 2013 2014. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Aktiviti Dalam Kereta

Dia memang addicted dengan buku. Bawak lah dia kemana pun.. tapi kalau nampak book store.. mula la gelisah. Tak dapat pun nak beli dek sebab buku2 yang jual dah ada.. jalan2 tengok pun jadi lah. Itu lah dia ni.. Kedai aci pun jadi je asalkan ada buku.. haih..

Ni aksi dalam kereta, nak pegi skolah agama. Khusyuk la sangat2 dengan buku..
 

Ha ni masa dah bgtau nak amik gambar. Cepat2 letak buku kat tepi. Posing entah hape2 je hihihi..


Sebelum kuar rumah nak gi skolah agama..

Apa yang mama abah usahakan sejak dia kecik nampaknya menjadi. Nak dia suka dengan buku. Pantang nampak buku.. :)

Bila kita nak buat library kat rumah kita ye?
Setting cantik2.. hmmm.. mama berangan hihihi

Sunday, May 25, 2014

Homework Time.. Homework Station

Penat ambil & simpan meja untuk belajar, mama mula fikirkan mana nak letak meja ni supaya tak perlu nak angkat & simpan setiap hari. Fikir punya fikir, makanya letak dekat ruang tamu kecil kami. Dekat dengan sliding door.. terang semulajadi..menghadap laman..


Ini view untuk hari ini. Masa untuk buat homework. Nasib arini tak banyak. hanya BM sahaja tapi banyak kene menulis.. huhu bm kan..

Hari ni kene menyalin teks dari buku teks, cari perkataan  " KATA BERIMBUHAN" & "KATA DASAR" dari teks lepas & buat pembetulan latihan lepas..




yang ini pembetulan latihan lepas..




Pemandangan biasa setiap hari kan. Esok last sekolah.. mesti berlambak keje sekolah menanti.. huhu..itu pun pemandangan biasa kan :)


Monday, May 12, 2014

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun

Rata-rata semua sekolah sekarang ni tengah exam week tak kira sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Sweetheart pun tak terkecuali..Dan yang menambah pening adalah bila exam sekolah kebangsaan & sekolah agama sama tarikhnya..huhuh..

Mama yang pening..

Jadual exam sekolah kebangsaan



Yang ni sekolah agama punya..

Macam ni lah..huhu.. mama yang pening. Mana tak nya, anak nak exam mama yang revision kan.. takpelah.. yang penting segalanya untuk anak :)

Tuesday, April 29, 2014

Mama Tolong Saya la..

Setiap kali jemput balik sekolah, tak kira sekolah kebangsaan atau sekolah agama.. mama mesti akan tanya apa Tina buat kat sekolah. Dan kalau ada apa-apa yang dia nak cerita..dia akan cepat cakap.

Jemput dia semalam.. dia bagitau kene inject & makan ubat cacing perisa strawberry. Memang merah lengan kene cucuk & kesan darah melekat kat lengan baju.. huhu.. muka merah-merah sembap sebab katanya dia nangis..hihi.. adoi la anak..

Satu lagi, katanya pensel warna "pink air" saya hilang. Siti Nor Aishah ambil. 



Bila mama tanya, kenapa tak mintak? kata Tina.. dia tak dengar saya cakap. Ooo.. maknanya dia dah mintak tapi kawannya ni tak pulangkan. Bila dia cakap lagi air mata dah bergenang. Means confirm dia tau sape yang ambil & dah mintak tapi tak dapat.

Mama cakap dengan Tina.. kita kene jaga barang kita baik-baik. Kalau bagi kawan pinjam, mesti check balik masa nak simpan. kalau kawan belum pulangkan, mintak. Tak boleh ambil barang orang. Allah MARAH..

Tina dengar. katanya dah mintak tapi saya tak dengar pun dia cakap. Means kawannya buat derk je la.. hihi

Tina kata.. mama tolong saya cakap lah..Then sambil nak tido mama fikir macam mana ye nak cakap kan. Ooo.. bangun subuh tu mama dapat idea.. jom buat macam ni..

Mama pesan, nanti tunjuk kat Siti Nor Aishah tu.. suruh dia baca. Cakap..mama yang pesan. Tina angguk & muka nampak riang. Mungkin dia terasa beban nak fikir apa nak cakap tu dah hilang kot..huhu

Dan ini abah yang suruh tampal..supaya Tina sentiasa ingat untuk check pensel warna dia setiap kali nak simpan..


Jadi la kotak kaler pensel tu bertampal-tampal dengan pesanan..huhu


Balik sekolah tengahari tadi, mama tanya.. dapat balik tak kaler pensel "pink air" tu?

Tina kata dapat..sambil senyum. Bukan pada Siti Nor Aishah la mama.. pada Siti.. (siti apa ntah..mama lupa..).. ooo ok..



Then mama pesan lagi, kawan tu bukannya nak ambil. Tapi dia lupa nak pulangkan lepas pinjam. So lain kali check semua pensel warna, barang dalam pencil case.. sebelum simpan. Kalau hilang sempat nak cari. Tapi kalau dah cari..tanya kawan..takde jugak..takpe.. jangan nangis pulak! Balik mama carikan ganti..Ok..

Haraplah dia faham..

Actually mama faham.. Tina jenis yang susah sangat nak bukak mulut mintak barang dia kat orang lain walaupun dia sangat sure itu dia punya. Mungkin sebab bila dia bercakap kawannya tak berapa faham. Almaklumlah.. anak mama tu vocab & ayat bm dia tak sebaik kawan-kawan lain.. huhu cakap BM tunggang terbalik.. tapi takpe ye sayang.. mama tau hati Tina baik macam abah.. ;)

Selesailah kes..

Monday, March 17, 2014

Alkisah Check Mata..

Sebelum naik sekolah, disember lepas dah pegi check mata.. ok cuma nak kene jaga sebab dokte kata power silau menunjukkan tanda nak naik. Power cermin tak yah citer lah sebab 2 line paling bawah dia memang tak nampak & dokte pun takmo nak bagi sampai ke tahap itu. Kata dokte budak kecik tak guna sampai sekecil itu.. ok lah.. dokte lebih arif kan..

March dah pun. Kami saja bawak pegi check lagi sebab  nak tau macam mana keadaan kerabunan selepas 3 bulan sekolah.

Seperti biasa.. 2 line paling bawah memang langsung tak nampak. Dokte masih tak nak beri sampai ke situ sebab kalau bagi sampai habis tulisan kat check board tu.. akan mencecah 400 atau lebih. Dokte kata yang dia pakai sekarang tu pun dah cukup tinggi untuk budak seumur dia.. sian kan..

Power silau naik lagi 25 menjadikannya hampir 100 dah. Tapi spek tak perlu tukar. Appointment semula adalah disember 2014 nanti ..

Bila dokte berbual-bual dengan Tina.. then dokte bagitau kami, dia seperti sedikit stress. Sian kan.. 

Dokte bagi surat untuk bagi pada cikgu jika cikgu tak nak letak dia duduk dia bahagian hadapan. Tapi sekolah kebangsaan dia memang duduk depan pun. Awal masuk aritu abah dia ada tanya.. mana dia duduk dalam kelas? Mama siyes tak tau sebab tak pernah naik ke atas sana. Hantar kat bawah saja. Kata abah, kalau dia duduk dibelakang, abah nak jumpa cikgu.. ok lah.. 

So masa amik duit bantuan RM100 tu.. berkesempatan naik jemput dia dikelas. Dan dia memang duduk didepan. Mostly yang pakai spek duduk di antara barisan pertama hingga tengah gitu.. ok lah kan.

Yang menjadi masalah adalah sekolah agama. Dia memang duduk dibarisan paling belakang. Macam mana mama tau? Mama perhatikan dari jauh..dah jumpa ustazah tapi alasan ustazah, susun budak ikut nama peperiksaan. Mama cuma ingatkan ustazah yang ini budak rabun. Mintak jasa baik supaya pantau tahap dia boleh melihat whiteboard. Korang faham2 lah kan.. pukul 2 sampai 3.30 tu matahari terik. Orang tak rabun pun pandang whiteboard silau..apalagi yang rabun.. wallahuaklam.. kita pun pernah jadi murid kan..

Jumpa lagi ustazah kerana kata kawan-kawannya dia ada kene marah sebab menulis lambat. Ustazah mengaku marah sebab dia menulis salinan dari white board terlalu lambat. Mama dengar je dulu.. then mama cakap kenapa menulis dirumah takde masalah..tak perlu bantuan pun. Ustazah terdiam. Ha.. there you go.. tapi mama mintak lah ustazah cuba pantau dia. Mungkin dia dah terlalu penat dan dia stress asyik kene marah. Ustazah ketawakan okeh.. " dia stress ye.." kalau tak sabar dah kene lempang ustazah ni kang ..dalam hati la.. Dia sendiri rabun..then takkan dia tak faham keadaan budak yang rabun kot?? pelik la naluri keguruan cikgu sekarang ni.. Takpelah.. i do my best.. mintak dia do her best supaya tina tak ketinggalan.. tu je..

Layan gambar eh.. 1st time curi2 snap masa dia tengah check up..





Klinik Pakar Mata Chandra, Tampoi Indah

Anak dan abah dua-dua rabun :) , kene sediakan peruntukan untuk spek diorang hihi.. Almaklum.. abah punya spek pun paling murah menjangkau RM400 dan ke atas. Tina punya murah lagi sebab spek biasa. Dia belum tau multicoated bagai lah kan.. hihi.. tapi RM130 ke atas jugalah bergantung pada bingkainya..

spek abah dah mula calar multicoatednya.. dah kurang boleh fokus. Plan nak tukar & akan survey untuk tina sekali la kot. Tina dah tukar spek sekali sebab spek tu jatuh & patah bingkainya. Nasib baik cermin dia selamat.. So sekarang ada 2 spek. Satu dipakai..satu lagi simpan dalam handbag mama untuk spare incase pape..sebab kalau bukak dia akan tak nampak.. 

Pasni abah kene invest kat mama handbag yang tahan lah.. nak simpan segala harta pusakan kat dalam.. hahaha..ada kene mengena ke??

quote mama untuk abah :
"Untuk orang yang rabun, cermin mata dia lebih penting dari duit dia yang tersimpan banyak dalam bank"

Hahahaha...

Wednesday, February 19, 2014

Beg..

 Jemput sweetheart balik sekolah kebangsaan tadi tergerak nak tunggu betul2 depan gate. 
Sekali nampak dia sedang heret beg tak disandang kat belakang. 
Cepat2 masuk & tengok.. 
" beg saya dah terpatah dah mama"
 laaa... penyangkut beg dah terpatah.. patutlah tak disandang.. diheretnya. Tengok2 tapak tangan & jari2 montel tu merah2 dek mengheret beg dari kelas.. patutlah lambat je turun. huhuh..entah macam mana dia turun tangga dari 1st floor tadi..ngeri membayangkan..

Part ni la yang patah tu.. sebelah kanan

Jadinya.. alternatif terbaik adalah guna dulu beg lama mama.. tu je yang ada nak oii..


Throwbacktime..
Ini backpack mama masa study kat Uitm Segamat dulu..
Diploma sampai degree.. beg ini sangat berjasa :)
Beg macam ni dulu dah mahal dah untuk mama sebab kami bukan orang senang.. syukur sangat dah dapat beli beg ni. Jadi mama jaga elok2..

Baru je sebelum naik sekolah 2014, mak keluarkan beg ni suh mama bawak balik.. mana lah tau kot Tina memerlukannya nanti katanya.. :)

Glad that beg ni ada disaat yang tepat..

Tapi beg ni kecik sket space dia.. tak sesuai sangat. But syukur sweetheart mama abah tak banyak soal..kata guna beg ni.. dia ok saja..

Mama cakap..
" kita tak sempat nak beli beg baru hari ni.. esok kakak sekolah guna beg mama dulu la ye.. nanti abah balik kita pergi beli beg baru"

Jawab dia..
" Ye.. saya guna beg mama lah. Ini beg mama sekolah kat Uitm ke?"

Mama jawab..
" ye sayang.. dulu mama guna beg ni.."

Dia jawab lagi..
" cantiklah beg mama, saya nak pakai lah esok.."


Then on the day jugak.. pas maghrib kami keluar pergi tengok2 beg sekolah..
Dia memang tak banyak soal. Tak kira beg apa pun kami pilih. Kaler apa pun kami pilih..
Bila suruh sandang.. dia sandang je.. tanya ok tak?
jawabnya.. ok
Ya Allah.. sejuk perut mama nak oii


Buku budak-budak sekolah sekarang kan.. memang banyak :)
beg tak boleh cecomel beno..tak muat..

Tuesday, February 18, 2014

Melentur Buluh - Asuhan Menabung


Sejak sekolah bermula..
Maka bermulalah episod pelajaran yang baru..
" Menabung"

Dulu ajar dia tak feeling sebab tak pegang duit belanja sekolah kan..
Kali ni dia feeling menabung sebab dari duit belanja harian dia..

Dia seronok nampaknya..
hari2 akan masukkan lebihan duit belanja :)

Saturday, January 18, 2014

Mari Baca Jawi..

Bagamana nak mahir jawi?
Rasanya kaedah sama macam kita nak mahirkan membaca rumi jugak la kot ek..

Mama sebenarnya mencari kaedah terbaik nak mahirkan Tina membaca jawi. walaupun nampak dah link mengaji dengan baca jawi tu memang ada..

Kaedah lama yang terkesan adalah jadikan ia rutin.. lama-lama akan mahir..

Nak sangat dia lancar membaca tulisan jawi sepertimana lancarnya dia membaca english & bahasa..
 




video ni snap as penanda.. mama guna buku jawi yang masa di tadika nuri.. kene bermula dengan huruf Alif semula..

Ni hasil 3 sessi membaca jawi sejak pagi hari ini..
alhamdulillah..

Bukan tu saja.. terpaksa bukak muqaddam balik tu.. sebab dia lupa bunyi huruf yang atas, bawah, hadapan..haih..

Mama kene sabar banyak-banyak nih..
hihi

Tuesday, December 31, 2013

Taklimat MUS Sekolah Agama

Dengar taklimat lagi, kali ni sekolah agama punya session. Murid kene dibawa berpakaian sekolah. 

See..our sweetheart.. :)





Posing-posing sebelum pegi.. hihi biasalah tu kan.. ini kenangan tau.. takkan kembali lagi. Jadi kene at least snap2 gambar..

Sampai kat sekolah belum pukul 9..hantar Tina naik ke kelas dia dulu..



Snap jugak gambar sekeping dalam kelas.. buat kenangan. Malu sebenarnya.. kang over plak ustazah tengok kan..hihi

Then bagitau kat Tina..mama dengan abah nak kene dengar taklimat dekat bawah je.. dia agak cuak sebab ada satu boy nangis kat belakang sana huhu.. tapi cepat2 cakap..takmo nangis..mama kat bawah je pun. Kang dah habis taklimat mama amik kakak..

Mama tinggalkan je.. jangan tengok lama sangat.. kompem nangis kang..hihi

Taklimat mula dalam pukul 10. Dalam 11.15 macam tu anak-anak dibawa turun pada ibu bapa masing2. Ada sessi ikrar penyerahan anak ke sekolah.. ha gitu..




Selesai :)
Jom balik..



Esok
 1 Januari 2014 
sekolah akan bermula..
Sebuah perjalanan & pengalaman baru buat mama, abah & Tina juga
Owh 2014 please be nice to us ok :)

Thursday, December 26, 2013

Harinya Semakin Hampir..

 Pagi tadi daftar sekolah agama. Prosesnya cepat & tak menunggu-nunggu. 
Ustazah kelas pun kami dah jumpa. 
Harap-harap semuanya berjalan lancar disekolah agama nanti ye sayang.. mama tunggu kakak :)

She will look like this
cute
adorable

Tapi mama makin risau!!
uwaaa...


Ya Allah.. permudahkanlah segalanya buat kami dan dia. Sesungguhnya hati ini sangat risau memikirkan yang dia akan memulakan sebuah perjalanan baru dalam hidupnya..

Semoga kakak kuat semangat macam mama & abah ye sayang.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...