"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia 2010. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia 2010. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Lans Koperal Nur Ain Qistina? Eh..Macam Nama Tina je..

Betul..mama jumpa Lans Koperal nama sama dengan Tina..masa cuti-cuti Mesia hujung tahun..tak caya?
Tengok gambar ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ha..ni..
sama tak?



uiskh..cute sungguh la.. Pakai baju uniform adik mama ni..ada hati la nak jadi polis kot satu hari nanti..insya'Allah sayang..




personally..mama suka sangat gambar pakai topi polis nih.. :)


another one..




ini anak saudara mama..anak dara adik mama..nama Nurul Ain Zulaikha. Tua setahun dari Tina




itu je nak kongsi kat entri kali nih..hehe..

Thursday, January 6, 2011

Sambungan Cerita Cuti : Sehari Di Zoo Taiping

Tiket masuk:
Dewasa RM12/person
Kanak-kanak RM8/person

Kalau nak murah..
Masa dia mintak ic kat kaunter beli tiket tu, tunjuklah ic orang perak sejati..hehe dapat diskaun gitu..tak caya?

Kami punya tiket adik ipar mama yang beli. Dia kan anak perak. Jadinya tiket tu jadi..
Dewasa RM8/person
Kanak-kanak RM5/person
gitu..
tiket da ntah mana la..kalau tak boleh tunjuk bukti.. hehe

Layan la gambar-gambar di zoo taiping ni. Tengah tak rajin nak menaip sebenarnya..hehehe..



Didalam gambar mama je yang tak ada ye..sorry..mama jadi camerawoman lah..





Kat sini tempat train berhenti. Dan kat sini jugalah ada tempat untuk ambil gambar dengan ular sawa. Kami tak lepas peluang. Walaupun ngeri la jugak..tak mahal..sekeping gambar 5R siap cuci sekali cuma RM10 sahaja







Yang ini kat pintu luar ye.. jual fridge magnet bentuk-bentuk haiwan. Cantik-cantik belaka. Mama beli juga sikit sebagai cenderahati untuk diri sendiri & mereka-mereka yang ditinggalkan..hehe

Rasa macam nak beli semua jek..kang jadi zoo pulak peti ais kat rumah..kuangkuangkuang!


Ada zoo bistro jugak untuk menjamu selera tapi kami tak cuba pun sebab ada plan makan-makan ditempat lain



We're Here!!
Akhirnya niat membawa Tina ke zoo taiping terlaksana..






Tengoklah si minah kecik ni..suka betul dia. Kami paling lama kat kandang gajah sebab Tina suka kat situ. Walaupun mula-mula tengok gajah tu dia macam takut jek..hehe. Bila kita ajak amik gambar..ekor mata asik la tengok gajah je..mungkin dia tak sangka yang gajah tu besar kot.. :)

Keluar dari zoo sebenarnya nak ke SINI sebab nak tengok INI, alangkah sedihnya sebab impian tak terlaksana. Nak ke tempat ni kena pagi-pagi. Pukul 830 pagi tiket dah dijual.kena take turn pulak nak sampai ke destinasi..

Paling sedih..tiket hanya dijual hingga jam 3 petang atau lebih awal dari itu. Tiket terhad. Kalau hujan..tak sesuai nak kesana okeh..

Tempat apa tu? ha..dah tengok kat link dia kan..takpe lain kali ada kesempatan boleh la pergi..

Wednesday, December 29, 2010

Reban Ayam Double Storey? Korang pernah Tengok Tak?


Mama dah tengok dah..1st time secara live. Ladang ayam ni kepunyaan bapa mertua adik mama. Kebetulan waktu kami datang ayam-ayam sedang dalam proses dijual. Jadi owner ladang ajak kami tengok.

Dibina jauh dari kawasan penempatan manusia..lebih tepat kat tengah ladang kelapa sawit. Agak jauh.

Masa kitaorang sampai dah pun ada lori ayam menanti giliran. Yang dah siap isi pun ada..yang dah jalan pun dah sudah..so dapatlah tengok proses org jual ayam. Leceh gak kejenya. Tina pulak sibuk nak masuk reban ayam jek..kata dia ayam tok wan (panggilan pada bapa mertua adik mama) comel

Dah ayam berusia 38 hari kan..memang la comel. Ayam2 ni ayam daging.

Bestnya .. masa nak balik kami dapat ayam free!! sembelih & siat kulit kat situ jugak. Balik..kami berpesta barbeque ayam..

Dekat tengah malam baru balik rumah semula..kekenyangan makan ayam bakar..
semuanya cari bantal..
zzzzz


Stream Bath Di Parit Hj. Amin

Sambung cerita cuti2 mesia ek. Lepas je meround kat pekan parit buntar esoknya kami Parit Hj. Amin pula. Kat sini ada perkhidmatan stream bath ala-ala tradisional. Mama kenal gitu2 je la dengan wife owner dia tapi adik mama memang baik dengan dia. Berketurunan cina, tinggal dalam kampung orang melayu..tapi come out with stream bath idea yang sangat bagus untuk menjaga kesihatan

5 tahun dulu masa berbual2 dengan owner tempat ni, dia memberitahu yang bahan bakar adalah tempurung kelapa yang dibeli dari sekitar kampung saja tetapi setelah tempat ini mula terkenal dikalangan masyarakat sekitar, tempurung kelapa diimport dari Thailand untuk menampung kekurangan.

Duduk dalam stream bath room ni, bagi sesapa yang tak biasa memang agak 'melemaskan' la. Maklum..hawa panas sahaja kat dalam tu..sampaikan tarik nafas tu hawa panas berbau serai wangi menusuk hidung. Kalau selsema kompem boleh sembuh punyalah.

Mama masuk dengan mak & abah mama. Adik ipar mama nak masuk tetapi hanya selepas kandungan 6 bulan je yang boleh. So dia kena tunggu kanak-kanak kat luar. Sebelum masuk dinasihatkan minum air halia yang disediakan tuan punya..dimasak guna dapur kayu jek tu..

Setiap 15 minit kami keluar sejukkan badan dan minum air. Lepas 3 kali keluar masuk mama dah tak leh tahan dah..panas!! Mama kuar minum air lagi sambil jalan2 kat sekitar.

Dikelilingi sawah padi menghijau, tanaman sayuran, air terjun buatan, pondok dan kolam ikan membuat empat ni sangat nyaman. seronok duduk kat situ..





Jangan bimbang, kemudahan tandas & tempat bilas badan ada disediakan. Home made lagi..guna kayu..air dia sejuk giler..

Owner ni ada bagi mama site untuk dikunjungi..kalau korang berkenan nak baca bolehlah tengok kat :
http://www.bicycle-adventures.com/sauna-in-malaysia.html
&
http://www.bicycletouringmalaysia.com

Mama kalau datang perak mesti nak ke sini walaupun sekali..hehe..best!
Kalau korang datang perak especially ke bagan serai atau parit buntar..singgahlah recharge korang punya energy sambil keluarkan peluh 'jahat' hahaha...

Saturday, December 25, 2010

Candid Cuti..


Mak mama kata..gambar tengah-tengah (zulaikha & Tina) tu macam gambar mama & adik mama masa kecik..hehe..

Candid gambar ni masa tengah bersiap2 nak pergi makan malam rumah besan mak & abah mama la.. ada lagi gambarnya..mana ntah..tak jumpa pulak dicari..hehe

Mr. DIY?


Hehe..Mr DIY shop ni kami jumpa kat Pekan Parit Buntar, Perak. Masa 1st lalu..malam..tak sempat singgah sebab anak2 dah penat. Esoknya kami pergi lagi sebab masing2 teruja nak tengok apa yang ada dalam Mr DIY tu

Bila dah masuk..hmm..ok la puas hati. Ala-ala kedai serbaneka. Macam-macam benda ada. Murah2 jugak. Dalam melilau-lilau tengok barang tu..Tina terjerit-jerit sebab dia jumpa beg baby BJ & beg Riff ( barney collection) harganya pun murah..baru RM21 each je. Tapi tak sesuai la untuk Tina sebab beg tu besar.. tina kecik..hehe

Last2 kami pancing dia dengan buku2..ha..lupa terus dia pasal beg tu. Sampai 3 ke 4 naskhah buku berlainan dia ambik. Sukahati la nak..janji bahagia..

Sempat jugak kami ke Gedung hari2..besar gedung hari2 diorang tau..kat situ dapatlah baju sekolah abah 2 helai..seluar slack sehelai..harganya amat berpatutan..

Yang lain2 biasa2 je..just jalan-jalan sekitar pekan..walaupun pekan dia kecil..tapi dah membangun la daripada 5 tahun lepas yang mama pergi..mama suka pekan ni..hehe..

Friday, December 24, 2010

Kami Ke Baling, Kedah Dalam Masa 1 Malam je.. Giler tak..


Memang kedengaran agak gile tapi memang betul kami buat macam tu. Hari pertama berlalu tanpa aktiviti sebab keluarga mertua adik mama datang melawat kami. Kami dijemput makan malam dirumah mereka. Specialnya..bapa mertua adik mama yang memasak.. terima kasih kat dia sebab luangkan masa memasak untuk kami. Bukan apa..bapa mertua adik mama tu sibuk orangnya..

Lepas makan malam dalam lebih kurang pukul 9.30 malam, kami bertolak ke kolam air panas ulu legong, baling kedah. Mesti ada yg tanya..kenapa tak pergi siang2 je? Ha.. ini mama pun baru tau..orang mandi air panas memang la waktu malam. Mana ada orang mandi kolan air panas siang hari.. hihihi...

Mama rasa perjalanan yang ditempuh tu sangat jauh..tapi sebab malam hari..tak nampak la sangat.

Akhirnya pukul 12 tengah malam kami sampai ke destinasi. Fuhh..punyalah ramai ummat manusia kat sana. Macam pesta air. kecik besar tua muda..seronok mandi. Kami pun apalagi..pergi tukar baju..dan..debush masuk air..AWW!!! panas seh.. terlupa pulak itu kolam air panas..hahaha









Tengoklah wajah2 kesayangan mama tengah seronok mandi air panas. Ini gambar dekat kolam kanak-kanak je. Abah kena ganti-ganti dengan mama untuk watch out Tina & Zulaikha (anak saudara mama) mandi.

Actually boleh nampak live wap panas dari kolam2 ni kecuali kolam kanak-kanak. Tapi kalau rakam dengan kamera for sure tak nampak la wapnya.

Dari 1st kolam..mengalir ke kolam2 seterusnya airnya bertambah suam. Pilih la kolam mana berkenan dihati..tahan kepanasan hihihi.

Kolam ke-2 besar..macam ada 2 kolam jadi satu. kolam ke tiga ada 1 je dan seterusnya kolam ke 4 dan kolam ke-5 iaitu kolam kanak-kanak. Ianya seperti sebuah U-turn.

Dan mama sempat lihat kolam pertama. berpagar besi. Wap panas keluar dengan banyaknya..huhu..tak berani la nak dekat.

Ramai pengunjung yang ambil kesempatan lelapkan mata kat pondok-pondok yang ada disekitar kawasan kolam. Dan disekeliling kawasan tersebut juga terdapat banyak homestay disediakan. Pilihlah saja ikut kemampuan poket :)

Puas mandi manda. Anak-anak dah menggigil kesejukan di pagi buta yang hening tu..kami salin pakaian. Tina mama pakaikan sweater set. Dalam perjalanan semua orang terlelap kecuali mama, abah mama & adik mama yang memandu lah for sure.

Dalm perjalanan pulang, kami melintasi lereng bukit perasannya. Adik mama cakap, bukit tu adalah sempadan Thailand. Kampung disebelah sana sudah pun kawasan negeri Thai. Memang sebelum tu kami bercadang masuk ke sempadan tapi atas nasihat kawan adik mama yang menjaga sempadan, kami dinasihatkan tidak melintas sempadan kerana keadaan sudah kembali tak aman. Bunyi tembakan boleh jelas kedengaran katanya.. uisy..takutlah..

Kami sampai semula di kuarters IPD Krian pukul 6 pagi. Semuanya penat..masing-masing tak sempat bersihkan badan pun..terus cari bantal..zzzzzz

Biarlah Gambar Menceritakannya.. :)

Kalau nak cerita tentang seronoknya cuti-cuti malaysia tahun ni..memang tak boleh habis punya. Jadi..diringkaskan cerita, mama uploadkan koleksi gambar-gambar percutian..cerita yang ringkas2 je ek..nanti ramai pulak yang bosan. Jadi biarlah gambar menceritakan segalanya..


Tina dalam perjalanan..tak reti dok diam. Sekejap kat depan..sekejap kat belakang. Sekejap nak susu..sekejap nak roti la..air la..macam-macam. Maklumlah perjalanan ke Bagan Serai, Perak mengambil masa 9 jam dari rumah mak mama kat kota tinggi. Kami gerak pukul 7 pagi
1 Disember 2010



sempat kami berhenti rehat di R&R. Kesian pulak kat abah yang memandu tanpa henti. Bagi dia luruskan kaki..merokok..dan berjalan-jalan hirup udara segar. Tina pun suka la dapat turun tanah.. lari sana sini..



Akhirnya kami sampai kat kuarters polis IPD Krian pada pukul 5 petang. Adik mama & anak saudara mama yang sorang tu dah sedia menunggu kat bawah flat. Nasib baik rumah dia 1st floor jek..masih la nampak tanah..hihihi...

Malam tu semua orang kepenatan mengharung perjalanan jauh. Makan ala kadar kat rumah aje pun. Lepas makan kami borak-borak..almaklumlah kan..lama tak jumpa. Tak awal jugak la mama tidur sebab Tina tak mo tido pun. Dia dah puas tido dalam kereta. Diam tak diam pukul 12 jugak rasanya baru mama tidur.. bual2 dengan adik ipar mama yang sedang pregnant anak ke-2. Kami sebaya sebenarnya.. jadi berbualnya macam kawan baik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...