"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Greeting. Show all posts
Showing posts with label Greeting. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H



Semoga kita semua ke arah yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
amin..

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha

Buat semua kawan-kawan
&
Pengunjung blog Tina, Mama, Abah..

Kami ucapkan..




Thursday, May 17, 2012

Nukilan hati Tina Untuk Abah.. :)


Dia mungkin belum begitu faham.. tapi effort & kesungguhan dia sangat menyentuh hati kami berdua lebih2 lagi abah..

Mama guide & tolong sebutkan huruf ..dia yang menulis sendiri.. suruh mama buatkan "heart" sebab katanya.. tina tak pandai..

Syukur Ya Allah.. walau hanya dia seorang tapi hati seorang mama & abah sangat berbangga memiliki dia.. :)

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Mama!

Wohoho.. hari ini.. 21 Mac 2012 adalah birthday mama ye.. jadi hari ini nekad untuk buat birthday kek untuk diri sendiri.

Jom tengok hasil dia.. hihi









Dan malam ni tadi kami kuar makan kat Mama Chop papa Grill.. kat taman u jek. Kusmangat ramai orang tapi servis tak lambat. Okeh sangat..







ni Tina punya.. MERRYLAND





Mama punya.. BLACKPEPPER CHICKEN CHOP




Abah punya.. BLACKPEPPER LAMB CHOP..














Bil semua sekali campur air.. tak lepas pun RM50.00 wuhuhu.. ok lah rasa pun not bad. portion pun besar. kenyang la makan..

Pas makan terus balik coz kesiankan Tina yang tak sihat sangat tu.. itu pun jugak sebabnya tak gi makan jauh2.. :D



p/s - perasan tak bintik2 ciken pop Tina tu.. hari ni dah banyak dah keluar.. sian dia.. nnt mama buat entry lain pasal tu ye..

Friday, February 3, 2012

"Happy Birthday Abah Sayang"

hari ini 3 Febuari 2012 adalah birthday abah.. so after Tina balik sekolah & abah balik solat jumaat tadi..kami potong kek untuk abah..

Layan gambar2 jek la ek..




























Happy birthday Abah sayang. Mama & Tina doakan abah sayang sentiasa didalam lindungan & rahmat Allah. Mama & Tina sayang abah sangat!!

Saturday, December 31, 2011

N3 Terakhir 2011

Tak ada banyak sangat yang nak dicakapkan pun..cuma nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua pengunjung blog kami..

Semoga tahun baru memberi lebih makna, kebahagiaan, rezeki melimpah, keamanan & keselamatan sepanjang tahun..

Semoga kita menjadi ummat yang lebih baik dari tahun 2011.. lebih tabah..lebih taqwa hendaknya.. sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik!


~ SELAMAT ~
~ TAHUN ~
~ BARU ~
~~ 2012
~~

Saturday, November 12, 2011

11.11.2011 Punya Cerita

Ingatkan takde apa2 cerita di tarikh yang cantik ni. Rupa-rupanya kami menyambut kelahiran si comel ini pada tarikh itu. Si kecil ini sepatutnya lahir hujung bulan Nov ini tapi keadaannya menyongsang, jadi doktor nasihatkan ibunya menjalani caesar jek supaya kedua-duanya selamat..

Alhamdulillah.. NURREEN SOFFIYA BT MOHD ISMAILNOR lahir dengan selamat. Tahniah buat V & boy.. :)






Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha buat pengunjung TINA MAMA ABAH.. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan pada tahun ini mendapat keberkatan & hidayah dari-Nya..Amin..

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri Dari Kami Bertiga


Khas buat semua


"Andai ada tersilap kata, perbuatan & tulisan, sengaja & tidak.. Mama sekeluarga mohon ampun & maaf. Tak terniat menyinggung sesiapa dialam blog ini. Sekadar berkongsi kisah kehidupan. Semoga hari raya yang bakal menjelma ini memberikan sinar & kebahagiaan buat kita semua.. "




Minal Aidil Walfaizin

Sunday, May 29, 2011

Lela Lelord Birthday!

Entri ringkas jek ni..

Just to wish.. kawan mama yang jauh nun di Qatar sana..

Norlela Ali..

Happy Birthday Lord..

Semoga family kecilmu sentiasa dilindungi Allah..semoga lelord tabah mengharungi hari2 mendatang ye..

Incik darling kasi adiah pe tu?

hehe..

Monday, March 21, 2011

Happy Birthday To Me..

Haih..dah tambah umur..lupa birthday sendiri
bila hp berbunyi sebelum kul 12 tgh malam td terasa pelik
sape la yang hantar sms malam2 buta ni..

Rupanya
" Happy Birthday sayang..Muah!"

Dapat birthday kiss 4
hahaha...
Dah..lain2 citer esok jek
Jom tido!

Thursday, February 3, 2011

Happy Birthday Abah!









WITH LOTS OF LOVE..
MAMA & TINA NAK WISH
HAPPY BIRTHDAY KAT OUR PRINCE CHARMING FOREVER
ENCIK MOHD NOOR HISHAM B. JEMAIN

mama tak dapat nak belikan hadiah mahal
in fact dah beberapa tahun abah tak dapat hadiah birthday kan
but this year
i managed to bought a small gift
hasil usaha mama
biar kecil..biar tak branded
mama harap abah sudi terima


but ABAH
we love u more than you can ever think

semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
dirahmati & dilindungi ALLAH selalu
walau dimana abah berada
walau apa jua yang dilakukan
kasih sayang kami sentiasa bersama abah

WE LOVE U!
Happy Birthday..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tinggal 2010 Penuh Kenangan, Selamat Datang 2011 Penuh Harapan..

Tahun baru sempat mama, abah & Tina sambut kat rumah sendiri buat kali pertama. Kitaorg sebenarnya baru je balik dari rumah mak mama. Jalan jammed kat depan kemayan city hingga lah kat depan giant skudai..aduh..penuhnya..

Sib baik abah cepat bertindak, kami membelok ke sutera mall..fuhh!! selamat dari terperangkap. 5 minit sebelum countdown tahun baru kami dah selamat sampai..alhamdulillah..

Apa azam tahun baru? Terus terang mama tak pernah berazam sepanjang tahun baru dalam hidup. tapi tahun ini mama seperti dapat semangat baru. Mama nak jadi isteri, ibu, anak, menantu,ipar & ummat yang lebih baik dari tahun lepas sekurang-kurangnya..insya'allah

Semoga rezeki menambah ahli keluarga menjelma dengan semangat tahun baru ni. Mama harap2 sangat. Kesian Tina main sorang-sorang.

Selamat tahun baru sayang..selamat tahun baru sayang mama.. love u both very2 much..i do!

Friday, November 19, 2010

Our 5th Wedding Anniversary

Hari ini..19 November 2010..jam 5 petang tadi maka genaplah 5 tahun usia perkahwinan mama & abah. Tak sangka begitu cepatnya masa berlalu.

Mama ingatkan abah lupa..tapi rupa-rupanya abah pun ingat. Tengah malam tadi dia dah wish happy anniversary.

Rancangan nak makan-makan terpaksa ditunda sebab Tina tak sihat. Bimbang pulak bawa dia keluar malam2 dengan cuaca tak menentu ni..

5 tahun sudah berlalu..lot more years to come
harap2 mama & abah akan tetap tabah mengharungi
cabaran hidup berumahtangga
bersama-sama
selamanya

sha'M .. Dulu, Kini Dan Selamanya..

Thursday, October 21, 2010

Happy 3rd Birthday Nur Ain Qistina






3 Tahun dah pun berlalu.. pada tarikh ini, jam 1:10 tngahari .. 3 tahun yang lalu mama baru je lahirkan Tina. Masih ingat lagi suasananya.. cemasnya.. dan kegembiraan yang mama rasa bila tengok Tina pertama kali.. bahagia sangat sayang..

you are a big girl now.. patutnya mama dah kasi Tina adik dah..tapi tuhan kata Tina masih belum boleh ada adik lagi..so mama & abah ada Tina je la kan..

Mama nak Tina sihat selalu. Mama tak mau tengok Tina sakit. Rajin-rajin belajar.. jadi anak yang solehah. Yang menyejukkan mata & hati mama & abah ye sayang

Mama & abah usahakan agar dapat berikan yang terbaik untuk Tina & kami juga doakan Tina dapat segala yang terbaik dalam hidup.

Banyak sangat yang mama nak tulis..nak cakap.. tapi airmata mama turun lebih banyak la sayang. Sebab mama sangat bersyukur yang mama ada Tina sebagai anak mama yang comel..yang cantik..yang baik dan selalu buat mama bahagia.

Mama & abah mintak maaf kalau ada benda yang kami belum dapat beri buat Tina ye.. nanti mama & abah usahakan ye sayang..

Bila mama marah..abah marah sebab apa? sebab mama & abah sayangkan Tina. sayang sangat-sangat tau..

Mama rasa tak de perkataan yang paling canggih nak bayangkan..betapa mama & abah sayang..sayang...sayangggg...sangat-sangat kat Tina
we love u so much
Tak ada apa yang lebih penting dari itu

Dan..kalaulah Tina faham apa yg ada dlm hati mama & abah
hanya kasih & sayang untuk
NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM
~buah hati kami~

coretan hati seorang mama & abah

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Semua..


Buat semua kawan-kawan blogger & facebook
Tina, Mama & Abah ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Blog Tina, Mama & Abah akan bercuti panjang sempena hari raya
Panjang umur..diizinkan Allah
kita bertemu lagi selepas aidilfitri ye..
Jaga diri & keluarga baik-baik
Jaga kesihatan.. makan berpada-pada
dan berhati-hati dijalanraya..
Assalamualaikum

Tuesday, August 31, 2010

Kibarkan ..




SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN
KE-53


org johor haruslah kibarkan bendera negeri johor jugak kan..
Kat gate rumah pun abah ada kibarkan bendera2 ni jugak. sampaikan org skynet yang datang hantar barang kata..
" semangat betul kak"


Mama tau la rumah mama dah macam kedutaan je rupanya kan tapi ada mama kesah? hehehe

Bersama-samalah kita memerdekakan diri kita..

Thursday, August 26, 2010

Selamat Hari Lahir Buat Abah Mama.. En. Abdan Bin Sariman

Hari ini 26.08.2010
adalah hari lahir ke 62 untuk abah mama..

selamat hari lahir abah
semoga sihat selalu dibawah lindungan-Nya
Jaga kesihatan baik-baik
Along & Icam sayang abah
Tina sayang atuk

Dari:
anak, menantu & cucu mu..



Ni la abah & mak mama





Ini pula keluarga kecil kami..yang baju melayu purple tu adik mama, wife & anak dia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...