"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Berita Keluarga Sana Sini. Show all posts
Showing posts with label Berita Keluarga Sana Sini. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

11.11.2011 Punya Cerita

Ingatkan takde apa2 cerita di tarikh yang cantik ni. Rupa-rupanya kami menyambut kelahiran si comel ini pada tarikh itu. Si kecil ini sepatutnya lahir hujung bulan Nov ini tapi keadaannya menyongsang, jadi doktor nasihatkan ibunya menjalani caesar jek supaya kedua-duanya selamat..

Alhamdulillah.. NURREEN SOFFIYA BT MOHD ISMAILNOR lahir dengan selamat. Tahniah buat V & boy.. :)






Thursday, May 19, 2011

Mama Dapat Anak Saudara Baru ... Girl Lagi!


Hoho.. Alhamdulillah

Adik ipar mama yang kata doktor mustahil mengandung seumur hidup tu dah pun bersalin anak ke-2

So, mama dapat anak saudara girl sorang lagi

Anak 1st dorang pun girl jugak kan.. setahun tua dari Tina jek


So

Baby ni.. Nama dia kalau tak silap mama la..

NUR IZZAH ZAHIRAH BINTI NORAZLI

Berat Lahir : 3.35kg

Lahir Pada : 14 Mei 2011


Comel kan..pipi dia tembam kan..hehe..

Bila la nak gi Bagan Serai tengok baby baru nih..aih..

Wednesday, February 9, 2011

Majlis Himpunan Kasih Keluarga KHAJ




4&5 Febuari aritu mama, abah &Tina ada majlis himpunan kasih keluarga kiyai haji abdul Jabbar..di masjid KHAJ, pontian.

Ini adalah perhimpunan besar-besaran keluarga sebelah MIL mama. And mama ni bukan orang yang bertauliah nak bercerita pasal family yang besar ni jadi korang layan gambar je la ek. Mama cite sket2 jek


ini tempat perhimpunannya




ini gerai utk keturunan Hajah Khadijah..gerai kami la tu..




Baca sket2 profile family yang besar ni..keturunan yang atas2 tu boleh tahan dasat gak gempaknya.. Tuan Guru Hj Ahmad Shah ni pun pernah menjadi kadi besar johor tau.




gerai ada banyak..maklumlah keturunan ramai kan..tak dan nak snap semua sbb hp tertinggal dalam kereta. Dah nak balik barulah pegi amik hp..dapat snap beberapa gambar je la




pemandangan dibelakang masjid. Diorang gotong royong masak kat sini. Siap tumbang lembu 2 ekor kalau tak silap!

Sebenarnya ramai wajah-wajah yang abah pun tak kenal. Mama apa la lagi kan. Dan ramai jugak yang jumpa kawan masing-masing. Berkawan-kawan, rupanya org tu sedara sendiri tapi masing-masing sesama tak tau.

Ada jugak yang jumpa anak murid mcm kakak ipar mama. Anak murid dia dari keturunan yang sulung. Memang seronok tengok begitu ramai orang. Nasib baik je mama tak jumpa sesiapa..hehe..so confirm mama memang keturunan yang lain la kan..tak la tersangkut paut dengan keturunan abah..haha

Tina jatuh 2 kali kat dataran masjid tu..luka2..dek kerana excited sebab ramai sangat orang kan..

Terima kasih lah bagi pihak abah & MIL mama sekeluarga kepada penganjur yang bertungkus lumus merancang perhimpunan ni. Walaupun belum sempurna sepenuhnya tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dimasa akan datang.

Usaha anda sangat dihargai.. Thumbs Up!

Friday, November 26, 2010

Hujung Tahun... Musim Pindah Rumah Ke Pe?

Yang mama cakap ni bukan keluar kat paper ke pe..cuma situasi dalam keluarga adanya ye :)

Last week, kakak ipar mama yang 2nd pindah rumah. Tak jauh la..selang jalan jek. Dalam satu taman..tapi dah namanya pindah rumah..dekat camner pun tetap nak guna lori jugak kan.. :) huhuhu

Kerana perpindahan itu..mama & abah dapat untung..kami dapat beli perabot rumah kakak ipar mama dgn harga yang berpatutan. Antaranya.. 2 almari baju 6 kaki, satu set tilam & divan super king serta 1 peti ais 517 Liter jenama sharp. Tilam & divan tu standard hotel punya tau.. untung..untung..

Next week..abang ipar mama yang sulung kat KL pulak nak pindah rumah. Pindah depan rumah jek..hehe..dekat. Tapi macam mama cakap..dah namanya pindah..macam mana pun tetap penat..tetap serabut la..Dan yang ini tak tau la dapat menolong ke tidak ye..sebab abah masih kursus..lagipun jauh..kat KL..

Before end of december pulak abang ipar mama yang 2nd nak pindah rumah. Dari pontian ke setia eco.. pun jauh gak la kiranya. Katanya memerlukan lori 8 tan untuk angkut barang one shot..tarikhnya masih samar2..akan diberitahu kelak..

Hahaha..yang kelakarnya adalah adik ipar mama yang bongsu..dek kerana asyik nak kena mengangkat barang2 adik beradik pindah..dalam satu sms dia tulis apa tau..
"nasib baik adik beradik cuma 6 orang je..kalau ada 10 orang..gua yang no.10..faham2 je la.."

pastu dia tulis pe tau..
"aduhai...sedih tul la..nepal pun hari ahad cuti tau... "

Hahaha....orang lain cuti sekolah musim kenduri kawen..musim cuti2 mesia.. kami ni..musim pindah rumah pulak.. :)

Orang lain yang pindah rumah..orang lain pulak yang sibuk mengemas tak sudah2..hihihi

Tuesday, September 21, 2010

Itu Semua Tuhan Punya Kuasa ...

Mama terima berita yang menggembirakan tengah hari ni. Adik ipar mama yang disahkan doktor tak boleh mengandung seumur hidup kini telah mengandung untuk kali keduanya. Alhamdulillah sangat-sangat.. syukur.. semoga bertambah bahagialah hidup mereka sekeluarga...

Monday, August 23, 2010

Sepupu Baru Tina.. Muhd Adam Iskandar


Introducing..sepupu baru Tina yang lahir 12 Ogos 2010 (02 Ramadhan)
Congratulation untuk Uncle Amy & Auntie Yus
atas kelahiran yang dinanti-nantikan selama beberapa tahun
Muhd Adam Iskandar B. Mohd Nor Azmi
dengan berat 3.55kg
di Klinik Bersalin CS Koh

Hehe..comel kan..pipi dia kembung tahap gaban nih..

selamat berpantang untuk ibu dia..auntie yus
selamat menjaga ibu berpantang & baby baru untuk ayah dia..uncle amy
selamat tak cukup tido untuk kedua-duanya..hehe
yang penting segalanya telah selamat
Alhamdulillah..syukur

Tuesday, March 2, 2010

Restoran Merdeka & Sepupu Baru

cantiknya muka..nak gi mana tu yang oii..



si ulat buku mama & abah..kat mana pun tak kisah janji ada buku..sejuk perut mama mengandungkan Tina tau..



Hari sabtu lepas kami semua lunch kat restoran merdeka yang dekat dengan RTM tu. Kakak ipar mama aka mak long Tina dapat promotion..naik pangkat.. CONGRATZ MAK LONG! ..so dia belanja anak-anak buah dia kat ofis lunch dan kami pun menyibuk-nyibuk sama..hahaha...

Lunch buffet dari pukul 12 tghari sampai 3 petang tu bermenukan nasi beryani & nasi putih. Lauk pelbagai dari asam pedas sampai ke sambal belacan. Siap dengan rojak, buah dan kuih muih serta aneka bubur. Not bad..boleh dirasakan sedapnya. Kuih-kuih pun cukup masin, manis & lemak.. kami puashati lah makan kat situ.

Yang tak syoknya Tina asyik nak berjalan kesana ke mari. Mama & abah kena makan gilir-gilir. Pulaknya surrounding restoran tu adalah kolam besar ala-ala tasik.. pergh..mau terjun anak daraku dalam tasik kang.. Abah komplen..tak dapat makan puas-puas sebab terganggu dek kenakalan Tina. Sorry abah... nak buat macam mana..macam tu la cara makan orang ada anak kecik..


~~~~****~~~~****~~~~




There you are! Selamat melihat dunia sayang.. Ini ialah sepupu baru Tina yang lahir pada 27 Febuari 2010 di Hospital Kota Tinggi jam 10 pagi. Anak ke-5 nek usu Tina ni baby girl dengan berat 1.8kg sahaja. Tapi baby ni sihat dan mereka berdua dah dibenarkan balik 28 Febuari.

Mama, abah dengan Tina je yang belum tengok lagi baby ni. Mungkin cuti sekolah nanti baru kami nak balik tengok baby baru ni.. hehehe...lama tak dukung baby...

Baby ni namanya belum ada lagi ..kalau tak silap mama..nama yang disimpan nek usu NORMAIZIRA..

Tuesday, January 26, 2010

1st Birthday Party Nur Iman Batrisya ( acha)


Tina ni taknak pakai baju lain dah..ini jugak padahal baru jek beli dalam perjalanan...gasak la nak..


Sabtu malam.. 23 Januari 2010 kami ke Felda Bukit Tongkat Kluang meraikan harijadi pertama Nur Iman Batrisya (acha) puteri Diella & Ady..

Kami dijamu dengan laksa johor, sate, kek, buah tembikai, ada nasi impit ke lontong ek.. fuh..sedap-sedap belaka..

But so..sory ek ini je gambar yang ada. Mama tak nak potong diella punya post..Mana la post pasal birthday ni Diella..cepat la buat!

Monday, January 25, 2010

Berita Duka Keguguran Sepupu Mama...

Mama baru terima sms berita sedih tentang keguguran sepupu mama malam ini.. Mama dapat berita beberapa minggu lalu yang dia disahkan mengandung 2 bulan. Tup-tup malam ni dah admit hospital pulak dah..

Makcik mama yang bagitau, wiwi dimasukkan ke hospital petang tadi selepas jatuh didalam bilik mandi. Katanya terperanjatkan tikus. Mama memang dah banyak kali tegur dia sebab bilik mandi rumah dia tu memang agak licin walaupun berselipar.

Mama harap wiwi & suaminya Boy bersabar, belum rezeki lagi agaknya. Yang penting wiwi cepat sihat dan boleh cuba mengandung semula.. kami semua doakan... Jangan sedih ye..ada rezeki lagi yang lain nanti..

Mama dengan dia memang rapat. Cuma sejak dia kawen ni kitaorang agak slow sikit. yelah..dah ada tanggungjawab lain. Mama tak dapat balik nak melawat dia.. sebab abah sekolah..

Jaga diri eh wi...

Saturday, January 24, 2009

Announcement .. A New baby Girl Is Born ..!

she's cute, she's adorable and she is a girl!!

Tina dapat sepupu baru! Baby girl yang belum diberi nama ni lahir pada pagi 23 Januari 2009 di Hospital Kluang dengan berat 3.2kg

To Ady & Diela






Welcome to a full of joyful & happiness world


p/s : selamat jaga baby, selamat tak lena tido, selamat berjaga malam, selamat berkenalan dgn diaper, selamat mengantuk gi keje..dan macam-macam selamat lagi la..hehehe memang selamat betul..

Friday, January 16, 2009

Happy 52nd Birthday Mak..

proudly to say that this is My Mom ..super duper great mom in this world


glitter-graphics.com

Selamat Hari Lahir yang ke-52 mak.. semoga sentiasa sihat dan gembira bersama kami. Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan rahmat dan kebahagiaan sepanjang hidup...We love you Mom!

p/s : Tina pun panggil nenek mak..kan Tina kan..
p/s : HAPPY BIRTHDAY to Marhaini Kano (mak busu) on 18th January 2009..love you too..


glitter-graphics.com
glitter-graphics.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...