"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Parenting Circle Drypers. Show all posts
Showing posts with label Parenting Circle Drypers. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Misteri Parcel GD Express


Mula-mula pelik bila dapat kad dari GD Express.. sebab mama takde beli apa2 online yang akan dihantar melalui GD.. hmmm... call for 2nd delivery tapi dalam hati masih tertanya2..hihi 

So today, parcel arrived safely :) tengok kotak je dah senyum.. its parcel dari Drypers Malaysia. Hadiah 2nd Parenting circle untuk tahun yang ke-6 kalau tak silap.. 

Tina lah yang paling happy coz ada sticker cantik2 untuk deco bilik. Berkotak2 dah mama & tina dapat hadiah dari drypers ni tau.. since Tina umo 8 bulan more or less..


Hadiah sememangnya menggembirakan kan? hihi.. Tina happy..mama happy

Actually dengan hadiah dari drypers ni bukan sahaja Tina yang merasa pakai. Dengan diaper yang banyak sebelum ni kami dah hadiahkan pula kepada orang lain.. termasuk mereka yang memerlukan. Thats why mama suka hadiah diaper..

Terima kasih 
Drypers Malaysia!!

Friday, January 27, 2012

Hadiah dari Star Letter Drypers parenting Circle..untuk yang kesekian kalinya..

Dah kabo dah kan.. dapat 2 star jek kali ni.. tapikan..1 star pun hadiah dia dah kusmangat banyak. Boleh save banyak giler dah..

Sampai cik abang yang hantar tu pun dah kenal sangat-sangat sebab selalu hantar parcel dari drypers ke rumah ni.. hihi

Setiap kali dapat, Tina la yang paling gembira. Sibuk nak bukak2 kotak bagai walaupun dah tau isinya drypers..huhu

Kali ni dapat hadiah tambahan sebab gambar kami sekeluarga tersiar dalam parenting circle mereka. So dapat extra drypants.. yeah!

Layan gambo jek la ek..







Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Ramadhan : 2 Star Letter Lagi Untuk Mama & Tina


Apa perasaan korang kalau dapat mail yang kat depan sampulnya tulis mcm ni? hmm.. terasa macam vvip plak :).. Makin hari makin improved mail dari SCA Hygiene ni.. makin cantik even sampulnya pun.. org yang menerima pun rasa dihargai.. :)




Actually ini ialah PARENTING CIRCLE edisi terbaru dari drypers. Kiranya ni edisi ke-2 untuk tahun 2011 la. Mama dah dok menunggu PC ni dari awal bulan lagi sebab mama dapat tahu awal bulan ogos drypers akan start sent out PC.. tak sabar weh menunggu.. tak sabar nak tengok ada dapat STAR LETTER lagi ke idok.. huhu..



JENG..JENG..
2 star lagi untuk mama & Tina.. huhu..manyak syiok ooo...!!



(1)



(2)

Hantar agak banyak jugak response tapi 2 je yang terpilih..alhamdulillah la kan..banyak la tu 2 star. Banyak la jugak hadiahnya yang nak sampai nanti ye kan.. wallah syiok..


Then mama nak kongsi la sekali kat sini..apa-apa yang terbaru dari SCA & Drypers dengan korang-korang semua. In case la ada yang tak aware kan. Bukan semua orang dapat hardcopy PARENTING CIRCLE nih.. jadi kepada korang yang ada baby.. sila la baca sampai habis entry mama..hihi



YANG PERTAMA :


LAMAN WEB DRYPERS TELAH DILANCARKAN.. jadi silalah luangkan masa jenguk site drypers ni. Apa ada kat sana? Tu kene la korang tengok sendiri.. sape ada baby lagi la berbaloi2 gi jalan-jalan kat laman web ni..

Klik DRYPERS




YANG KEDUA :

DRYPERS dah ada kelab sendiri okeh.. :)
Kelab yang vogue ni diberi nama DRYPERS HAPPY FAMILY CLUB

Yang ni sesiapa pun boleh join sebab ianya terbuka kepada semua. Korang leh nampak kan apa requirement yang diorang perlukan?
Okeh..sila daftarkan diri & anak kesayangan anda sekarang..




YANG KETIGA :

Ini yang paling best.. Drypers pun akan melancarkan SET PENJAGAAN BAYI mereka sendiri. Ada 5 item yang akan dilancarkan. Khabarnya set penjagaan bayi ini boleh didapati di MYDIN selewat-lewatnya OKTOBER ini.. so korang watch out..

Mama pun tak sabar nak tengok live set ni. dalam gambar nampak sangat menarik. Kene beli & cuba.. apa perasaannya pulak kan.. Walaupun mama takde baby kecik..tapi mama ada baby beso..hihi. Mama masih lagi belikan Tina set penjagaan bayi lagi..especially mandian & shampoo. Kalau wipe plak..jangan citer. Memang sejak Tina lahir sampailah sekarang stok wipe memang tak pernah habis.

Baby beso macam Tina tu kalau makan korang faham2 jek la rupanya camner kan..dlm kete ada sebotol wipe..dalam handbag ada wipe..dlm beg baby dia pun ada wipe. Sebab kdg2 bukn Tina jek guna..mama & abah pun guna sekali.. :)







Yang ini close up gambarproduk terbaru. Menurut info yang mama dapat dari Drypers, sape-sape yang namanya memang dah ada dalam database drypers.. kalau korang sign in DRYPERS HAPPY FAMILY CLUB ni.. 1000 applicants terawal akan dapat 2 produk terbaru iaitu wipe & head o toe wash sebagai hadiah..

Diingatkan ye.. hanya mereka yang ada dalam database drypers sahaja.. yang baru nak mendaftar.. rasanya tak eligible untuk dapat hadiah ni..

So, kalau mama cepat..mama mesti boleh dapat. Jadi mama dah siap2 poskan borang semalam lagi..hihihi..




YANG KEEMPAT :


Dalam PC edisi baru ni kan memang dah disediakan SUDUT KREATIF.. Bagi ibu-ibu yang perlukan idea2 kreatif dalam menarik minat simanja untuk makan solid food.. boleh lah refer kat sini. Menu & cadangan yang diberi bukan sahaja berkhasiat..tapi juga mudah dibuat.




Last but not least.. my drypers baby.. qistina


Bila mama terima PC.. dia pun akan sibuk sama. Yelah PC ni memang cantik & menarik minat kanak-kanak tau rupanya.. jadi Tina memang akan sibuk membelek sama.

Bagus kan..bukan hanya dapat hadiah & info2 berguna tapi mama dapat menarik minat si comel drypers mama ni kepada buku & bahan bacaan.. :)

Ini memang gambar spontan snap..

Okeh lah korang..till the next post ye.. :)

Tuesday, May 10, 2011

Seperti DiJanjikan : Gambar Tina Dalam Parenting Circle Drypers & 3 STAR LETTER Lagi..

Ingat lagi tak pasal phone conversation dengan Drypers psl dorang nak guna gambar Tina dalam "parenting Circle" baru diorang? Ala..entri dia kat SINI

Dan seperti mama janjikan, akan buat post pasal itu bila copy PC mama dah sampai kan? Ha..PC nya dah sampai dah last week.

Kat bwh ni la gambar Tina dalam PC tu. Gambar ni diletak betul2 kat bawah respond mama yang berjaya dapat "star letter".. hehe happy sangat tau. Kali ni mama dapat 3 star letter lagi. Hmm..banyak la hadiah bakal menjengah pintu rumah..suka la Tina



Gambar Tina dengan meja tulis dia..baru siapkan susun ABC block.. harap maaf..gambar disnap guna hp cap kucing mengiau kelaparan..so agak blur sket..



Gambar ni sebenarnya dipilih daripada blog mama. Gambar Tina tu kat entri INI..
Macam mana boleh terpilih??? Entahlah Mama pun tak tau korang. Rezeki kot.. :), walau macam mana pun mama bersyukur sangat2.. seronok korang tengok gambar anak kita dalam newsletter.. hihi






Gambar yang atas ni pulak adalah Parenting Circle Drypers yang berwajah baru. Cantik & menarik sangat kan.. Kalau dulu kat bahagian depan sekali ni ada petikan kata2 para ibu bapa pengguna yang terpilih tapi kali ni kat depan sekali ni penuh dengan info tentang peraduan-peraduan yang dianjurkan drypers bukan hanya di Malaysia Tapi juga di Singapura.

Terdapat juga info tentang hadiah sampingan bagi yang membeli produk drypers. Contohnya, kali ni bagi pembelian Drypantz, pembeli akan dapat buku aktiviti berserta stensil sebagai hadiah.. menarik kan..

Juga untuk PC tahun ini diwujudkan sudut kreatif dimana para ibu bapa boleh menghantar idea kreatif masakan mereka untuk dikongsikan bersama ibu bapa yang lain. Bagi PC kali ini idea membentuk roti menggunakan acuan yang menarik dipaparkan.. memang sangat menarik korang. Cantik sungguh roti dia..comel jek.. anak2 mesti suka & teruja nak makan.. :) idea yang sangat bagus.. mesti ramai yang nak tau kan?

Kalau korang yang tak dapat PC nak tau..korang komen kat bawah post mama ni..nanti mama usahakan untuk buat satu post mengenai sudut tu kat blog..

Ok la korang, mama tengah happy2 nak tunggu hadiah dari Drypers ni. Sambil2 baca PC baru..& nak cari idea untuk respond untuk keluaran PC yang akan datang pulak. Kalau terpilih lagi ..nnt boleh dapat hadiah lagi.. :)

Oh ye.. Terima kasih diucapkan kepada team parenting circle drypers kerana sudi memilih & menepekkan gambar Tina yang comel tu dalam pc mereka. Mama, Tina & Abah sangat menghargainya.. Kalau ada berkenan gambar Tina & nak tepek lagi..hoho mama no hal.. suka jek!

Senyum & Tungu lori skynet hon hantar hadiah
*wink*wink*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...