"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Mama's Sewing. Show all posts
Showing posts with label Mama's Sewing. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Bila Mama Menjahit Lagi..

Lama dah  mama tak menjahit. Setakat jahit seluar tetas tu biasalah kan..tapi menjahit yng memerlukan mama menggunting-gunting ni agak lama benti. Sampaikan langsir raya tahun lepas pun malas nak jahit.. hihihi

Tapi beberapa hari lepas, masa gi belanja kat giant tampoi, kami saja jalan2 kat kedai2.. cuci2 mata. Terberkenan kat kain cotton ala2 murah dot2 warna-warni. Mama beli 7 meter untuk buat baju sedondon dengan Tina. Tapi baju ni nak hantar kat orang je jahitkan lah :) hihi

Sebelum bayar, Tina sibuk nakkan kain gambar mickey mouse. Kata dia "nak bantal mickey.." , abah pun kata.. belilah.. nanti jahitkan yang simple2 dah la.. ok lah :)

Sejak beli, tak benti2 asik tanya.. bila mama nak jahit bantal mickey kakak?? So hari ni mama ada masa sket.. bentang kain..ukur bantal.. dan puaslah membelek sarung bantal beli tu.. camner dia jahit..

Bila dah dapat..maka mama pun nak jahit yang macam tu je lah.. 

So.. itulah hasilnya. Anak dara kecik ni ada 4 biji bantal. 1 besar bantal kepala, 1 sedang pun bantal kepala, 2 kecik untuk tutup telinga & peluk..okeh siap..

Tengoklah tu.. sukanya dia :D





Kain cotton murah je ni.. RM2.80 jer semeter.. tapi dah dia suka.. apa sajalah sayang oii..


Friday, July 1, 2011

Baju Kurung Tina : Hasil Pertama Tahun Ini.. Huhu..

Baju kurung dah siap.. percubaan pertama tahun ini..baju kurung ke-3 Tina yang mama buat. Hmm..masih perlu banyak kali latihan la.. sebab bila sesekali buat..hampir lupa banyak perkara..hish..


Jangan gelak tau..mama tau..memang tak begitu kemas pun..







Mama tak begitu mahir 'tikam leher' aduhai..berpeluh-peluh nak siapkan leher nih. tapi jadinya tetap kurang kemas..

Mama baru nak mula jahit manik berpintal kat leher baju.. tu ada sket yang mama baru start tu..







Cikgu nyonya mama ajar kelim lengan macam ni.. tapi cikgu buat cantik la..mama buat biaso la..saya budak baru belajar.. :)








Mama dah kata mama belum pandai 'tikam leher' tapi nak jugak buat sendiri. hmm.. mama perlu banyak latihan kat sini la. Tak cantik V shape dia..dah jadi U shape plak..tak kemas pun kelimnya

sesiapa ada cara senang nak tikam leher..tolong ajar.. camner nak bagi cantik. Aduh..sungguh la tak pandai

Ok.. dah trykan pun kat Tina. Semua ukuran seems ok..cukup keselesaan untuk badan montelnya tu..

Ini kain dia tak buat lagi..and 2 pasang baju kurung lagi to go..

huwaaaa...

Sunday, June 26, 2011

Boleh Ke? Jadi Ke?

Apa yang boleh ke? Jadi ke?

Ha..

Raya dah nak tiba lagi kan..Mama dah mintak nenek hantarkan kain pada tukang jahit. Off course la untuk jahit baju mama kan..

Tapi baju Tina..

Mama bercadang nak jahit sendiri..ye korang..jahit sendiri sekali lagi.

Tak tahu masih ingat lagi ke tidak. Tapi catitan masa belajar menjahit aritu masih ada. Lagi pun, dah pernah buat kan..so sedikit sebanyak masih ingat lagi la camner nak mengukur & memotong kain bagai tuh..

Masa n3 ni mama taip, mama baru je lepas mengukur, potong dulu kat kertas & dah pun memotong kain baju kurung cotton Tina yang pertama untuk raya tahun ni.

Kenapa pertama? sebab semalam mama & abah meredah Jakel mencari kain cotton untuk buat baju kurung Tina. Kami beli 3 pasang. 2 pasang kain cotton murah jek & sepasang kain cotton yang mahal sikit..warnanya.. hijau ceria, ala2 biru telur itik & yang mahal tu ikut warna tema raya tahun ni..iaitu ala2 purple pink

Mama potong yang pertama..hijau dulu. Siang ni nak hantar jahit tepi. Malas nak menyembat la korang..sakit tengkuk.

So lepas siap yang hijau ni..kalau segala ukurannya ok..baru akan proceed dengan 2 lagi kain tu. Hopefully mama rajin & sempat siap sebelum raya.

Lagipun mama berangan nak jahitkan manik pada baju kurung Tina tu nanti. Nak jahit manik kat baju raya mama lagi kan.. aih..come on mama..MAMA BOLEH!!

Langsir untuk ruang tamu pun kami dah beli sekali. Ruang tamu sahaja dulu. Konon2 nak buat konsep..lain ruang lain mood. So, lain ruang akan buat lain warna..

Warna tak leh reveal dulu la..tunggu kalau menjadi baru amik gambo ek.. gempak gitu..

Doakan berjaya ye misi mama ni korang..

p/s : macam mengulang sejarah..dolu-dolu mak mama jahitkan baju kurung mama..tak pernah beli sampailah bila dah keje.. so sekarang ni mama pulak menjahit baju Tina..history repeated himself kan..hopefully semangat mama sama macam semangat mak mama menjahit baju2 kurung mama lah..

Abah pun bagi semangat untuk mama menjahit baju kurung Tina.. thanks yang..

Tuesday, January 25, 2011

Task Ke-2 Telah Selesai..Alhamdulillah

Syukur.. kerja-kerja beading baju kakak ipar mama telah pun selesai. Dan tadi dah diserahkan pun pada tuan punya baju.

Dengan tajuk 'uniform kerja' mama tak boleh lah buat dia jadi macam 'baju raya' atas permintaan tuan punya baju sendiri. Just simple tapi cantik katanya..gitulah lebih kurang

Alhamdulillah tuan punya baju gembira dengan hasilnya. :) mama sebenarnya sebelum tu 'seram' gak nak dengar komen dia kan..almaklumlah..beginner beading jek..
tapi bila dia dah tengok..dia suka..fuh..lega..

Ok lah..ni gambar-gambar hasil beading mama yang tak seberapa tu.. tak lah grand pun..ala..korang tengok je la eh.. :)



(1)




(2)

Gambar (1) & (2) adalah lengan baju kurung..leher takmo katanya sebab bukannya nampak pun..pakai tudung..





(3)




(4)




(5)

Gambar (3) (4) & (5) adalah baju kebaya. Mama buat deading kat depan baju & lengan. Hehe tuan punya baju kata..dah tak payah beli brooch lagi dah sebab beading dia dah cantik macam brooch..hmmm... sukanya mama..

Alhamdulillah la mereka suka..nanti nak beading lagi boleh la hantar kat mama.. :)

Wednesday, January 12, 2011

Setelah Sakit Tengkuk Beberapa Hari..Siap Juga Akhirnya..

Sebelum korang tengok hasil jahitan mama ni..mama nak bagitau
mama bukannya nak menunjuk
tak niat nak riak dengan bakat yg kecil ni
mama tau mama cetek ilmu menjahit manik ni
tapi mama bangga dapat menyiapkan jahitan manik ni
khas buat MIL mama..Puan Zainab yang sangat memberi kepercayaan

MIL mama kata
tak mahu yang sarat barat
tak mahu yang mengelip-ngelip
jadi
ini yang terhasil
lagipun
ini je yang mampu mama buat

Masa mama serahkan semula bajunya
MIL mama sangat suka..
bila suruh cuba..
terus sarung baju tu
Alhamdulillah..MIL mama gembira dengan jahitan mama
mama pun gembira dapat menggembirakan dia
Thanks Mak..

Korang jangan gelak eh..tengok je tau..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
TADA!!



komen-komen bernas dialu-alukan
komen tak bernas tu boleh tapi jangan mematahkan semangat la..
tq..

Sunday, December 26, 2010

Selingan : Mama ada task baru ni weh..

Aduh..fenin mama..
Mama ni memanglah berangan-angan nak memahirkan diri menjahit manik. Bukan untuk apa..just nak puaskan hati sendiri.. pelbagaikan kemahiran sendiri je. Bermula dari 1st baju kurung Tina..hinggalah mama menjahit manik simple kat lengan baju kurung raya lepas..

Alkisahnya, MIL mama awal2 dah perasankan manik yang mama jahitkan kat baju kurung tina tu..tapi mama yang wat dek jek..malu sebenarnya..mama bukannya pandai. Itu lah pertama kali pegang jarum jahit manik & manik2 sekelian.. tu pun ihsan mak lang mama yang ambik upah menjahit manik untuk butik. So, koleksi manik dia melambak-lambak. Dengan muka tak malu mama bawak baju Tina gi umah dia mintak tolong dia ajar jahitkan..itulah mulanya..

Dan semalam.. kakak ipar mama yang keje kat SMC (sabah medical centre) balik.. mintak mama jahitkan manik kat hujung lengan baju kurung KPJ dia..aiseh..mama tak confident sebenarnya. Tapi kakak ipar mama ni angkut mama gi kedai manik..pilih2 dan serahkan keperluan menjahit manik kat tangan mama berserta baju barunya..aiyooh..

Malam semalam jugaklah mama tido kul 5 pagi men'try & error' manik-manik sekelian. Lama dah tak menjahit manik..lupa dah. So kene la amikbaju tina yang lama tu..buat contoh.

Petang tadi siap sudah 2 hujung lengan bajunya.. ohoho..patah tengkuk mama..ececeh..tipu jek..lenguh teramat.

Dan baru sekejap tadi dapat lagi 2 baju siap dengan manik2 sekelian..MIL mama punya pulak. Yang ini baju lama..baju tahun ni jugak la..tapi memang plain jek..tu yang MIL mama sibuk suh jahitkan maniknya..

Aiseh..tetiba terasa cetek pulak ilmu menjahit manik mama.. so apa cite..mama mem'browse' yahoo mencari rujukan. Ala..kat tenet ni memacam ada..nak ngan tak nak je cari. Hmm..sedikit sebanyak ada la dapat idea yang mudah2..

Adehh..tahap kekonfidenan masih rendah ni.. malu nak tunjukkan hasil jahitan..aduhai..

Wednesday, August 25, 2010

Bila Mama Mula Menjahit Semula...

Ha..dah nama pun nak raya kan? Mama pun seperti orang lain jugaklah sibuk nak tukar langsir baru jugak. Tapi mama jahit biasa-biasa jek la. Actually last week dapat flyers Jakel yang tengah sale, mama ajak kakak ipar mama pegi tengok2 langsir. kebetulan kakak ipar mama tu pun mencari langsir jugak untuk ganti day curtain dia yg dah reput hihihi...

Kali ni mama pergi tanpa abah tau. Abah bawak Tina gi jalan-jalan tengok rumah uncle amy kat setia eco. So mama dapatlah menenangkan fikiran memilih langsir kat jakel sana..hahaha...

Puas memusing-musing dalam jakel, akhirnya mama amik jugak langsir yang RM2.80 semeter, after less. Kalau tak harganya dekat RM5++ jugak la. Ikut bajet la kan. Ukur baju dibadan sendiri..ukur langsir kat rumah sendiri la..takkan umah orang pulak. Oleh kerana nak sangat try buat sedondon dengan alas meja & bantal kecil maka mama amik 30 meter lebih. Takpe..yang lebih-lebih sket tu ada la menda yang nak dibuat nanti..hehe

Dari sehari ke sehari puasa..tak siap2 langsir mama..untuk satu tingkap pun tak leh siap..Allah..malas sungguh la. tetiba satu malam lepas berbuka, MIL mama bagi plastik beso kat kakak ipar mama. Ingat apa..rupanya langsir day curtain dia dah siap jahit seh!.. apa cite mama nih? MIL mama tanya.. langsir along dah siap? hahaha...dengan muka tak malu mama cakap..belum lagi la mak..malas betul nak menjahit. MIL mama senyum jek. Katanya, bila mood datang..jahit sebanyak mungkin sbb kang ilang mood dah..memang kirim salam la nak pegang mesin lagi..huahuahua...

Perghh.. dengan bersungguh-sungguhnya mama pun menjahit..dan menjahit. Update setakat hari ini..

Langsir tingkap depan - siap
Langsir tingkap bilik (masterbed) - siap
Sarung kusyen kecil x 6 biji - siap
Alas meja kopi - siap
Langsir bilik komputer - belum
Langsir masterbed - readymade (beli je..)
Langsir 2nd bed - pun readymade
Langsir tingkap singki - siap
Langsir Sliding door - satu hapa pun tak jahit lagi..huhuhu

Untuk info, day curtain tahun ni disponsor oleh mak mama from avon. Ni langsir umah mak sebenarnya.. mak kasi jek. Cantik wo..warna light peach. So, mama cuma perlu merajinkan diri menjahit night curtainnya sahaja okeh..jangan la pemalas sgt..

Nak share gambar hasil jahitan la ek.. bangga tau menjahit langsir rumah sendiri..kepuasannya terasa hingga hujung kepala bila siap pasang sekali..hahaha..betul..mama dah pasang langsir raya!! Ala.. nanti mama jugak yang terkejar-kejar pasang langsir sorang kan..baik pasang sekarang.. sila la tengok hasil jahitan mama ye..yang tak seberapa tu.. jadilah .. kena jaga bajet kan.. Fuhh..nasib baik boleh gak menjahit..kalau tak nak pakai langsir apa agaknya umah ni?

























So, camner? Okeh tak? Sila tinggalkan komen anda di kaunter pesanan ye.. TQ..

Wednesday, August 5, 2009

Baju Kurung Tina Yg Pertama Dari Mama...



Sejak belajar aritu, mama dah lama tak pegang mesin jahit. Asyik sibuk dengan rumah & Tina je.. tapi lepas mak kasi lebihan kain baju kurung, mama tiba-tiba teringin nak cuba jahit sendiri baju Tina. Banyak yang mama dah lupa.. asyik salah je.. tapi atas dorongan abah..mama teruskan jugak. Abah banyak bagi komen-komen membina..inilah hasilnya..

Sempat pulak lagi mama belajar jahit manik yg paling basic untuk baju Tina ni. Nek Lang Tina yang ajarkan..takde la susah pun tapi untuk first timer susah jugak la nak agak jarak..


Kain baju kurung ni lagi la lawak..siap dah salah jahit lagi tu..bukak balik... tapi untuk Tina punya pasal mama siapkan jugak. Abah kata ok cuma lain kali kalau ukur getah kain untuk Tina biar lebih sikit..sian nanti kalau sempit kat pinggang dia.. tapi abah kata yang ini ok la..cantik..




Cantik tak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...