"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Qistina 2015. Show all posts
Showing posts with label Qistina 2015. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

Exam = Demam

Last week lagi, most of the school dah start Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tapi sekolah sweetheart tak start last week. Diorang start tadi.. selasa 19 Mei 2015 , 20, 21 .. cuti hujung minggu dan bersambung last daynya hari ahad nanti.

Sekolah agama pula memang selesai last week. Alhamdulillah. 
Sweetheart ni.. kalau korang tak caya..korang tanyalah sendiri. Mama setiap kali exam..setiap hari mama akan tanya..
" Macam mana exam hari ini? susah ke senang?"
Korang tau..setiap kali juga jawapan dia adalah..
" ok.. senang.."
Huhuhu.. tanya lagi..
"Buat habis tak?"
Jawapan standard dia ialah..
" ye.. buat habis.."

Ok lah nak.. assume ok sajalah sehingga dapat result nanti ye hukhukhuk...

Satu yang ketara, sweetheart dan exam ni macam tak berapa nak ngam tau. Sebab apa mama kata gitu.. setiap kali exam.. dia akan demam..selsema.

Bukan sekali.. sejak dari kat Nuri dulu lagi. Sampaikan tengah-tengah minggu exam kat Nuri, dia dicutikan teacher dia sebab demam. teacher kesian.. huhu..

Kali ni pun sama.. sehari sebelum dia dah nampak letih2 gitu.. malamnya terus selsema .. addehh.. Dah berjaga2 sebelum minggu exam lagi. Eh.. tak jugak.. Nape eh.. aura exam tu kuat sangat kot ye..

Malam ni complete set.. badan panas & hidung berair..

Pembantu penyelamat keadaan.. QASEH GOLD JUNIOR akan di on kan setiap 4 jam sekali. Pengganti ubat demam selsema ringan ye..


Pastu, tambahan.. dekat tempat tidur dia mama letakkan bekas yang berisi bawang yang dibelah dan sapukan kunyit hidup yang dibelah ke batang hidung dimulai dengan selawat. Baca kat mana ntah, mama lupa.

Sapukan vicks kat tapak kaki & pakaikan stokin.. pun salah satu petua yang selalu buat dulu2.. Sejak2 jatuh cinta dengan QASEH ni dah jarang buat sebab dah jarang dia kene selsema. Sesekali kene tu buat jugalah.. petua kan.. dapat ringankan selsema ok la.. tak kurang pun no harm buat.. :)

Malam ni dia dah tidur awal. Sengaja setting mood tidur tu awal2.. biar dia rehat..rehat badan..rehat otak.. recharge tenaga.. 

Sayu je tengok muka dia tidur.. tertanya-tanya.. kenapa ye exam=demam?

Dia tak tahu mak & atuk ( mak & abah mama..) nak datang tengok dia weekend ni.. Mungkin itu dapat meredakan ketegangan minggu exam kot. 

Have a good rest my sweetheart..
bangun esok dengan ceria.. lebih gembira & rasa lebih sihat

Hai lah exam week..



Thursday, April 16, 2015

QASEH GOLD JUNIOR Pilihan Terbaik Untuk Sweetheart



Sweetheart kami yang sebelum ni selalu tak sihat.. demam la..Kalau demam, tinggi2 suhu, kalau batuk berkahak lendir yang sangat ambil masa nak hilang. Puteri specialist tu macam playground dia dah..huhu asyik gi situ je.. kalau selsema sekali pakej alahan dan rongga hidung membengkak.. susah nak bernafas

Jadinya tidur malam akan terganggu, bangun pagi kurang tenaga, kurang fokus kat sekolah dan kurang semangat nak buat aktiviti..


Itu dulu.. sejak jun 2014  kenal QASEH GOLD JUNIOR, kami dah pilih untuk tak tukar2 lagi supplement dia. 





Dia kini alhamdulillah jarang sangat demam teruk, jarang batuk yang lama dan jarang sangat kene selsema . Tidur malam alhamdulillah lena, bangun pagi semangat bertenaga, fokus kat sekolah semakin baik, pencapaian semakin memberangsangkan & selalu bersemangat nak buat aktiviti terutama hari tak sekolah..mesti nak ajak exercise di taman atau jalan2 ke mana2..bookstore fevret dia. Kalau masuk macam nak tido situ huhu..

Koleksi botol-botol QASEH kami..

 

Sweetheart memang jarang sangat ada masalah sembelit sebab dia memang makan sayur & minum banyak air masak berSOLE

 


Alhamdulillah.. selawat..doa mintak yang baik2 & suap QASEH GOLD JUNIOR dengan penuh kasih sayang. Allah bagi pinjam sorang je ni.. Maka jagalah elok2..buat yang terbaik..


Nak tau tentang JUNIOR.. meh pm whatsapp 017-7820007



Sekian :)

Wednesday, March 25, 2015

Hadiah Untuk Markah Exam Yang Terbaik..

Ada orang.. bawak balik paper exam dengan markah bintang2 berkelipan. Hihihihi.. Dia tanya.. 

" Mama, teacher kata good. Mama kata good tak?"

Mama jawab.. " Good la ni.. "

Sweetheart.. " Boleh dapat hadiah la kan?"

Mama.. " ye lah.. boleh.. kan mama dengan abah dah janji"

Wah sejak hari dapat paper exam, dia menuntut tak sudah2. Nak cari hadiah kat Toys R Us je pulak tu..huhuhu..

Hinggalah beberapa hari selepas itu.. rajuknya jadi panjang. 

Tak leh tangguh lagi lah dah.. kene bawak dia pegi jugak..

See.. the happy face..



Itu je yang dia nak pun..

Harap2 hadiah kecil tu dapat bakar semangat sweetheart mama abah untuk usaha lebih lagi. Dan dia tahu.. setiap kali dia berusaha luar biasa, ada ganjaran untuknya..

Dah dapat itu.. tak ada benda lain dah yang dia nak buat lagi kat situ.. dia nak balik & nak main mainan barunya.. itulah masalah nya..

Hihihi..pasal.. mama & abah kunun nak jalan2 cuci mata..
aish..

Asalkan tujuan disempurnakan.. alhamdulillah..
kami gembira tengok dia gembira

Friday, January 30, 2015

Biar Dia Buat.. :)

 Kalau tahun 1 dulu, semuanya mama yang tuliskan. Semuanya tulisan mama. Tapi tahun ni mama "dera" sweetheart sikit..hihi..

"Dera" apa? Ni ha..



Hihihi.. caiyok sayang :)

Monday, January 5, 2015

Beg Ngaji..

Alkisah..
Beg ngaji sweetheart yang lama dah koyak. Aritu masa atuk ada sini, atuk dah tolong jahitkan. Sekarang ni koyak semula. Biasalah korang.. beg dah lama. Zaman-zaman dora popular dulu lagi..

Banyak kali dah sweetheart "berbunyi" .. 
"Bila kita nak beli beg ngaji baru mama?"

Hua..hua.. asyik lupa. Sebab tahun ni tak payah beli beg sekolah baru, makanya lupa jugaklah ke beg ngaji tu sekali lagi.

Malam ni tadi saja bawak sweetheart jalan-jalan.. Kusmangat.. dia nampak beg frozen. Haa... beg ngaji baru. 

Beg frozen tu macam 3D.. kepala Elsa & Anna tu terkeluar tau..bukan sekadar lukisan..huhu. Lepas ni makin rajin ngaji ye sayang :)

Demam frozen.. nakkan baju frozen kompem je tak de saiz. Makanya beli la stationery, beg.. jadilah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...