"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, May 29, 2013

Big Bad Wolf Books Expo di Danga City mall

 Terima kasih kat jiran sebelah rumah yang bagitau pasal BBW ni. Kalau tak..ruginya mama & abah tak tau. Jiran bagitau semalam petang, so abah ajak gi pagi tadi :)

Target kami nak bawak mama & abah's books lover yang sorang ni ha..dari bangun tido sampai dalam kereta ..sampailah kat danga city mall tak henti-henti tanya pasal buku.. addehh..



 Ni gambar sebelum masuk..


entrance..

Didalam expo tu jangan ceritalah.. dengan manusia..dengan buku.. seronok betul berada dalam himpunan buku2 murah :) weee...




Sampai mama dah sakit pinggang berdiri..gilir-gilir dengan abah menunggu tina cari buku. Jadi waktu bergilir-gilir tu kami ambil peluang cari buku kegemaran masing-masing lah kan..

Mama cari buku pasal rose tapi takdelah pulak.. hampa sket disana :( 
tapi takpe.. buku lain ada :)




Okeh.. nak balik dah.. hampir sekotak juga hihi
Berbaloi-baloi sebab rata-rata harga buku memang murah disana. Biasa tengok kat kedai buku memang mimpilah nak dapat harga mcm tu..

Owh.. books lover.. expo ni sampai 2 JUNE 2013..
so.. masih banyak masa nak pegi cari buku-buku korang & buku-buku untuk anak2 jugak..
heaven!!

Tuesday, May 28, 2013

Kek Coklat Kukus Kembali..

Dah seminggu dua juga abah sebut nak makan kek coklat. Mama teramatlah malasnya hukhuk..tapi tetiba harini datang lak mood rajin..kononnya la.. hihi

Maka menyelongkar dapo tengok apa bahan yang ada. Nasib baik semua yang diperlukan tu ada weh.. :) makanya bermulalah aktiviti..

Ni kek coklat masih baru di angkat dari dalam kukus tradisional mama..hihi





Bila mama merajin nak topping dia.. macam ni lah rupa dia :)
siap ada coklat rice lagi ha..



Harap2 memenuhi keinginan tekak abah :)
I feel great today

Untuk resepi lengkap yang mama gunakan sila klik SINI

Family Lunch @ Aroma hijrah..

 Actually ini kisah April aritu..punyalah bersawang..sampai nak end of may baru nak publish hihihi
Kami beramai-ramai naik KL sebab ada sepupu abah punya wedding kat shah alam

Makanya ini cerita waktu nak balik dah..
MIL request nak makan makanan arab tapi nak yang disini.. Aroma Hijrah :)
Korang jangan la tanya ni kat mana..mama tak tau
korang guna gps sure sampai punyalah :)




Us.. ni ada yang takde dalam gambo nih.. :)






Okeh.. and the oshem food is here :)





Sedap sangat-sangat. Tak lah terlalu pure arabic.. ada rasa2 kemelayuannya sket. Sebab tu mama kata lain.. mmg sedaplah :)

Restoran ni punyalah ramai manusia.. huhu..


Tapi alhamdulillah..servis dia ok 
walau customer dia ramai giler
kalau korang nak makan makanan arab.. meh la datang sini..
gerenti puashati punyalah :)

Thursday, May 2, 2013

Mee Goreng Mama For Lunch.. Bole Gitu?

 Dari semalam terfikir-fikri nak goreng mee.. kebetulan gi belanja barang dapo yang membuat kami meround setengah JB.. hhaha.. 

Jadi dah beli siap2 bahan2 nak goreng mee semalam. Cuti makan nasi kita hari ni ye.. bole ke? hihi

Mama bukannya pandai sangat memasak pun..peh tu dah nya sesekali je menggoreng mee ni makanya ambil masa agak lama jugak lah. Sekali nak try & error lada kering yang beli semalam..takut terkena yang pedas giler tu kan.. kang ternganga..

Mee goreng ni biasa jek just ada sotong sket, fish ball sket, daging sket & sayur-sayuran mcm taugeh & sawi.



Perghh tengok rupa catwalk dia mengancam sungguh kan.. tapi alhamdulillah rasa pun ok.. hitam sangat sampai telur pun tak leh nampak dah hahaha...





Ini my montel punya mangkuk.. licinnnn... waaa.. berbunga2 hati mama tau macam ni. Tapi Tina ni dia base nasi.. kang jap lagi kene masak nasi la jugak :)

Korang lunch apa harini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...