"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, April 30, 2010

Tina Kenapa Sayang?

Haih.. mama sebenarnya ada banyak tag nak kena ambik. Siap dapat wasiat lembu lagi. Tapi tengah takde mood betul nak amik award. Sabar ye kengkawan.. nanti akan ku ambil juga. Dah sejak awal minggu tido lewat semula..rasa lain macam sikit lah letihnya..

Bukan apa.. last week abah mama buat solat hajat. Nama terakhir yang disebut ialah nama Tina. Sebaik nama Tina disebut, abah mama kata bulu romanya meremang macam kulit nangka tapi tak dikisahkan. Solat hajat diteruskan. Semasa sujud tengkuk abah mama seperti diduduk sesuatu. Susah nak bangun balik.Sebaik mengucapkan salam kanan dan kiri, pandangan dibelakang abah mama gelap. Walhal bilik terang benderang.

Itu yang buat mama sedikit berhati-hati. Tambahan bila Tina terjaga malam dan bila ditanya..katanya "takut" sambil tutup muka dengan tangan. Bila kita paksa bukak, matanya meliar pandang sana sini sambil menangis. Isy..mama memang jenis yang takleh rasa kehadiran anasir2 asing nih so..mama risau.

So bila jadi macm tu mama bukak mp3 kat hp surah al-fatihah, ayat kursi dan yassin berulang-ulang. Selalunya hingga hampir subuh barulah mama tutup. Nampaknya bila begitu Tina tido lena ..

Bila mama tanya abah..dia kata takde pape. Kami dah bawak Tina gi urut badan. Kot-kot la dia sakit badan sebab hari minggu lepas jatuh kat rumah nenek tuta dia..lebam dagu terhantuk bucu meja.. pecah bibir tergigit..berdarah banyak..

Selepas berurut mama sengaja mintak bidan tu jampikan sedikit air untuk mama campur dengan susu dia..kata bidan tu Tina terperanjat sebab jatuh, tetegur (eh korang tau ke bahasa nih..hehehe) dan Tina memang takutkan sesuatu sebab dia nampak sesuatu (apa tu? korang rasa apa?)


Kalau mama tanya Tina .."Tina takut apa semalam sayang?"
Tina akan jawab mcm ni.. " Takut abang cangkung"
Mama pelik.. siapa abang cangkung yang Tina maksudkan. Sebab anak SIL mama pun kena macam ni jugak.. melambai & mem'babai-babai' abang.. pergh..kalau korang..korang fikir apa?

So..on & off dia macam tu sepanjang minggu ni. Tak tau nak wat pape..mama bacakan ayat kursi 3x telinga kanan, 3x telinga kiri, 3 kali ubun2 dan 3x untuk seluruh badan. Itu lah saja usaha kita. Org2 kata jangan takut..nanti benda2 halus ni lagi suka. Serius mama bukannya takut. Mama risau dan mama tak suka benda2 tu menganggu ketenteraman tidur Tina.. mama tak suka..

Kalau ada sesiapa yang tau ayat2 yang bagus untuk menghalau syaitan..sila kongsi ye dengan mama..TQ

Wednesday, April 28, 2010

Puas Kami Mencari... Disini Rupanya!

These past few days kami dok sibuk mencari SIDIA ni ha.. habis semua kawan-kawan mama tanya ada nampak tak DIA ni. Semua orang kata senang nak jumpa DIA.. tapi.. kenapa mama cari tak jumpa?

Apa ke bendanya? Ni ha..
v
v
v
v
v
v
v



Si Barney ni la ha!

Dari JJ Bukit Indah ..merayap sampai ke semua level yang ada kedai toys kami pegi. Giant pun kami redah jugak. C4 pun kami masuk tapi hampa..

Waktu tu si Tina ni dah macam radio rosak dah.."nak barney tak? ulang-ulang tak berenti2.. Aduhai.. kesian betul..bayang barney langsung takde. Barang-barang dia mcm pinggan, beg, botol air, bantal tu ada la..tapi Tina tak nak pulak..

Akhirnya pencarian kami terhenti kat kedai souvenir sebelah McD tingkat bawah JJ taman u. Tu pun tinggal seekor je RM29.90. Bawak Tina gi tengok..mula2 dia seronok pegang..peluk..tiba2 barney tu menyanyi lagu I LOVE U.. dicampaknya ke bawah. Dia takut.. kihkihkih..

Tapi akhirnya mama & abah decide beli jugak la barney tu sebab dah penat kan mencari. Mama tunjuk barney tu kat Tina.. dia lari jauh2..hehehe...lupa nak amik video kalau tak mesti syok..

Lepas mama kasi Kimi anak SIL mama main setengah jam, barulah Tina nak barney tu. Berebut la pulak!! And then sekarang ni pantang tak nampak.. "barney Tina mana?"



ini gambar fresh from oven ek..baru pagi ni snap..tengoklah tu..senyum simpul

Monday, April 26, 2010

DiMana Mama Beli AQUADOODLE?

Hai selepas post AQUADOODLE tu ramai pulak yang bertanyakan dimana nak beli. Mama lupa pulak nak bagitau kat dalam post aritu. Kesian pulak kat kawan2 blogger mama yang tertanya2.. ok lah..mama bagitau semua orang yang berminat la ye..

Dengar.. Dengar ... Dengar...

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat nak beli AQUADOODLE, sila search nama LITTLE TWINKLE kat dalam facebook masing-masing. LITTLE TWINKLE ni takde website ke blog ke..dia cuma jual kat dalam facebook aje.. ADD la dia..dah tengok lah item jualannya..

Harga AQUADOODLE tu (masa mama beli ye..) RM35.90 sahaja. Tambah dengan standard courier.. (itu kena tanya..penjual..) adalah dalam RM40++.. diulangi okeh..masa mama beli. Takut pulak harganya berubah dek perubahan harga shippingnya ke ..mana la kita tau kan.

Oh ye..sedikit pesanan dari LITTLE TWINKLE ye.. add lah dia dalam facebook anda, inform padanya yang anda berminat dengan AQUADOODLE dan anda tau mengenai Aquadoodle dari mama tina ..(nor'aisah abdan) promote la mama sikit..hehehe...Dia akan tag anda bila AQUADOODLE sudah sampai stok ke tangannya.. ok..senang je kan..

Semoga kawan-kawan mama sekelian puashati.. Jom galakkan anak-anak menulis & menconteng dengan AQUADOODLE!!

Selesai dengan aktiviti promotion..harus ada gambar Tina..kan blog Tina..ek..

Ok..meh tengok gambar-gambar Tina dengan Aquadoodle lagi..hehehe kali ni dengan abah sekali enterframe..pasal abah pun seronok melukis untuk Tina guna Aquadoodle..Jom layan..


sambil baring pun jadi..dah kata dah tangan ke lain..mata ke lain..apa2 la nak asalkan bahagia





sibuk suh abah lukis lizard la..rama2 la..ulat bulu la..fish. elephant, snail, bunga, semut..hehehe abah pandai lukis..mama dia..hanyut..





tekun abah melukis layan anak dara dia..actually abah pun sukakan Aquadoodle nih..





Owh..tekunnya..




pose untuk mama..alahai..cayangnya!

Sunday, April 25, 2010

Suatu Tengahari Yang Sunyi...

Kalau mama gi collect daun bawang & daun sup kat laman belakang apa mama nak buat? Ya betul!! masak sup.. so alkisah tengahari yang sunyi tu mama masak sup ditemani si comel tersayang..Tina la..sape lagi..


Pastu konon-kononnya nak letak egg tofu ni sekali sebab Tina sangat suka ini. Tapi bila mama dah kuarkan dari peti ais..check date dia..ALAMAK dah expired la weh... sian Tina. Tak pe eh sayang..nanti kita beli yang lain ye..

Yang ini fresh from the kitchen ek. Gambo atas dapo lagi ha.. masa ni tengah lembutkan carrot & kentang. Mama kena sangat berhati-hati ye kengkawan sebab Tina ada berdiri kat sebelah ni ha. Menunggu mama dukung dia..nak tengok katanya. Alahai.. mama fobia lah nak dukung tengok menda2 panas ni nak oii... kang dlm pinggan kita tengok ye...

Ha bila mama cakap macam tu..macam nilah rupanya dia..merajuk la tu..

Jangan la merajuk...mama takut tragedi lama berulang kembali la yang oii... mama sayang sangat kat Tina..tak mo Tina sakit ok..

Siap je mama ajak sicomel ni mandi dulu..dah siap pakai baju..dah wangi..dah jom makan nasi & sup ayam.. taadaa..ini dia..


Saturday, April 24, 2010

Review: Menulis & Menconteng Dengan AQUADOODLE

Few days ago mama ada pesan AQUADOODLE untuk Tina dari Little Twinkle. Bila dapat confirmation mama terus bank in payment dan esoknya dapat sms, AQUADODLE akan di courier. Dan hari ni ia dah pun sampai. Hehehe sukanya!


inilah dia bungkusan AQUADOODLE tu..





bila dah bukak..nampak lah macam ni..




ini pen AQUADOODLE.. ink dia air je..senang kan..





pastu..tu tulis je la..takyah takut conteng dinding punye lah..





complete set AQUADOODLE..


Bila mama bagi kat Tina AQUADOODLE nih..dia suka sangat. Dia kan suka menconteng. Jom tengok aksi dia dengan menda ni..

mata ke lain..tangan ke lain..janji conteng. dia bukan kira..




AQUADOODLE ni cukup besar untuk duduk atau baring menulis diatasnya..






Dan mama sangat puashati lah dengan AQUADOODLE nih. Eh, macam promote pulak..hehehe..takpe lah credit to Little Twinkle kan sebab jual produk yang bagus macam ni.

Jadi.. ibu2, mama2, mummy2.. AQUADOODLE ni sangat sesuai untuk anak2 yang sedang suka menconteng dan menulis macam Tina ni. Tak payah takut dia menconteng dinding pun. Cuma isikan air dalam pen dia..there it goes! dah boleh bagi anak menulis & menconteng..

Sekian untuk produk review kali ini hehehe... saja nak share barang yang bagus untuk anak je. SHARING IS CARING kan..

Thursday, April 22, 2010

Susu Apa Lepas Ni?

Dapat e-mail pasal susu tadi buat mama terfikir, hmmm... lepas ni Tina nak minum susu apa ye? Sebab Tina sekarang minum Lactogen 2 untuk 6 bulan hingga 3 tahun. Tapi Lactogen 3 pun hingga 3 tahun je.. so camner?

Tina sangat cerewet dengan susu formula. Dari lepas breastfeed dulu dia cuma boleh terima susu Enfapro A+ sehinggalah dia berumur setahun 2 bulan kalau tak silap. Lepas tu kami ingat nak teruskan dengan Enfagrow A+ tapi Tina takleh terima Enfagrow. Dia sembelit teruk.

Dan pencarian susu terhenti bila kami cuba Lactogen 2 kat dia. Abah kata rasa Lactogen 2 sama dengan rasa Enfapro A+

Banyak brand kami cuba sebelum Lactogen. Sebutlah apa je jenama susu..semua kami dah cuba. Dumex, Wyeth, Dutchlady, Dugro, Nugro, Nan, Sustagen, Gain, Mamil, semua jenama Abbot, semua jenis susu soya.. dan macam2 lagi lah..

Jadi lepas ni nak minum susu apa Tina ni? Continue dengan Lactogen 3 sampai bila-bila ...boleh ke? sesuai ke? Tapi kalau nak tukar..susu apa yang rasanya sama dengan Lactogen? Haih... sape2 ada cadangan diluar kotak..sila masukkan dalam kotak ek..tq





Tag Selongkar Handbag

Mama ditag lagi. Kali ni bukannya 1 tapi 2 tag sekaligus. Tamak tul mama najla nih la.. hehehe. Okeh la.. tengah mood melayan tag ni..mari kita siapkan tag selongkar handbag nih.. Nasib baik sekarang ni mama pandai bawak hbag dah..kalau tak kelaut la jawabnya tag ko ni lord!


Ini handbag mama yang terkini. Handbag murah below rm50..hehehe.. pandang sekali masa tu..sangat berkenan. Jom tengok apa ada dalam dia..


Kuang..kuang..kuang.. segala macam khazanah dunia ada kat dalam ni.. yang korang nampak ni surface atas je..yang bawah dia..wallahuaklam.. jom tengok lebih dekat isinya..


kahkahkah... surat panggilan exam 2 minggu lepas pun masih ada tau...



Dari kiri ye:-
purse hello kitty (jangan gelak.. mama suka design dia)
cermin mata ( tak mengaku rabun tau..tapi bawak jek la..)
Wet wipe
Kaler merah tu bekas cincin
Gelang mak datin
Brooch
Jam hantaran tunang
Dlm plastik tu aksesori sandal crocs Tina
Tisu
Sepit rambut
Pen-drive
Nivea punya Lip treatment
Pantene Hair mask
Yang putih bulat tu krim gatal untuk Tina
Pen
Perfume Tommy Girl


Barang-barang yang selalunya ada dlm handbag tapi gambarnya mama tak ambik ialah :
Tuala good morning
Pampers
Sepasang baju Tina


Haih..sape mama nak tag ek? Ha..
siti mrsdjones & Zai

Jangan malu..silalah selesaikan tag anda ye!


Wednesday, April 21, 2010

Pukau

Hari ni nak cerita lain sikit. Bukan pe, semalam dapat la menengok WHI (wanita hari ini) sebab Tina tak tengok cd barney dia. Dorang cite pasal pukau dizaman moden. Siap ada uztaz lagi tu ha jemputan dorang. Bagus la kupasan dorang tu. At least tau la jugak mama yang pukau ni bukannya dengan 'manderam' jek tapi dengan renungan mata pun leh jadi jugak.

Ustaz tu kata :-

~ pukau biasanya digunakan untuk tempoh masa singkat..hingga 20 minit je
~ orang yang dipukau biasanya sedar tapi tak boleh buat apa-apa


Dan cara nak sedarkan orang yang kena pukau ialah dengan menggunakan limau. Bau limau ke..minum air limau ke..

Ustaz tu ada bagi cara nak mengelakkan kena pukau tau.. ini mama dapat sebab salin cepat2. kalau ada yang tersalah..sape2 yang tau sila betulkan ye..

DOA

1- satu ayat dari surah Yassin. Ayat mana mama tak sempat tengok lagi tapi ayat tu yang ada "sadda... sadda" tu. Cara bacanya ialah diantara 2 "sadda" tu.. berdoalah agar terhindar dari ilmu jahat seperti pukau. Ini untuk elakkan pukau dari depan dan belakang

2- Surah Al-A'raf ayat 17. Ini untuk elakkan pukau dari kiri dan kanan

Ustaz ni sarankan kita gunakan "minyak kasturi putih" yang banyak terdapat dipasaran untuk elakkan pukau sebab katanya takkan nak bawak limau pegi bank kot kan..



Nota Toyol:-

~lebih baik berhati-hati kan..bukannya orang-orang 'kita' je yang pandai guna pukau ni. Pendatang-pendatang asing pun pandai guna. Sebab tu orang kadang-kadang pelik..negro boleh guna ilmu pukau!!.. tak mustahil pun. Ustaz tu kata..ramai dah kena..berhati-hatilah

~ Mama ada terbaca tapi lupa kat mana.. amalan zikir selawat syifa' pun boleh melindung diri dari ilmu-ilmu jahat macam pukau nih..


Blogger Friendship Award >>>5-FIVE-KHAMSAH- :)


Dengar sini.. dengar sini...!!! Mama dapat award lagi kuang..kuang..kuang.. & kali ini Blogger Friendship Award dari kawan-kawan tegar ku iaitu.. mamanajla & mamamya. Thank You kengkawanku.. dengan bangganya mama tepek award ni kat blog..

Ada syarat pulak tu nak tepek award comel ni kat blog...haih..
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
a) Ayang - ni hubbyku yang panggil.
b) Along - mak abah & seluruh keluarga mertua yang panggil
c) Mama - for sure Tina yang sebut
d) Saloma - sorang pakcik kat tempat keje lama yg panggil..nape? ntah ..mana tau..
e) c'cha - bekas2 bos2 mama yang selalu panggil nama ni.. skarang dah tak keje, nama ni simpan dalam frame ek..


2- FIVE important dates in your life
a) birthday daku - 21/3
b) birthday abang sayang - 3/2
c) birhday my lil princess - 22/10
d) tarikh nikah & sanding - 19&20/11
e) pindah rumah baru - 7/4


3- FIVE things that you done yesterday
a) Semua keje rumah
b) suap Tina makan
c) FB & Blogging
d) telefon mak & abah
e) jalan-jalan rumah kakak iparku..


4- FIVE ways to be happy
a) Tina happy
b) jalan-jalan dengan abah & Tina
c) tanam bunga, tanam sayur..owh...
d) tengok hasil tanaman menghijau, berbunga2 cinta..
e) telefon mak & abah


5- FIVE favourite movies
a) upin ipin geng
b) Titanic
c) syukur 21 - citer wayang pertama masa bercinta dulu hehehe
d) Gerak Khas the movie - citer wayang ke-2 bercinta..pas tu tak de wayang2 dah..
e) Nagina - syok wo! citer ular


6- FIVE favourite hobbies
a) surf internet - fb & blog
b) gardening
c) belek majalah deko
d) membaca
e) jalan tempat yg best2 mcm ssf.. ada byk menda nak tengok..


7- FIVE favourite people
tak 5 ah.. semua pun favourite. Kang letak 5 je ada pulak yang kecik ati kang..susah..


8- FIVE favourite places for vacation
a) tempat2 yang penuh dengan tanaman mcm cameron tu..sejuk..nyaman..
b) tempat yg selamat lil princess bermain & bergembira
c) berangan nak gi tempat yg ada salji real..bila la agaknya..
d) alam semulajadi mcm air terjun tapi tak suka nyamuk & segala jenis menatang
e) pangkor - tempat honeymoon!


9- FIVE reasons you answers the survey
a,b,c,d,e - sebab nak completekan syarat award


10- FIVE persons to tag
Lily Azliyana - mama zara
siti mrsdjones
mama syafi
zai
Riena - mama aneesa

Monday, April 19, 2010

Gambar-Gambar Tina Di Puteri Specialist.. Check-up







Aksi-aksi Tina di depan ruang menunggu klinik Dr. Catherine Tham.. ramai orang masa tu. Kena Tunggu lama jugak. Tu yang si minah ni tak senang duduk. Jalan sana jalan sini..

Lepas tu, kitaorang gi..


Tampoi Branch ye.. sebab nak belanja Tina makan KFC. Mama & abah nak makan mee hot plate.. yum yum..

Tengok aksi si minah ni waktu makan..




uiskh..sedapnya milo ais & KFC... nak makan drumstick aje..tapi bukannya habis pun. Sambil2 abah suap kuey teow hot plate..banyak jugak dia makan.. comot2 semuanya..hehehe..


Anyway, bila doktor check melalui hidung Tina, dia dah selsema lebih kurang 2 atau 3 minggu yang lalu. Cuma masalahnya selsema dia tak keluar meleleh tapi meleleh ke dalam berkumpul dibelakang rongga hidung. Bila tidur, meleleh ke tekak. tekak jadi gatal. Tina batuk dan muntah. Lebih kurang macam tu la kronologi dia.

Jadi doktor bagi ubat alahan untuk simpanan. Ubat alahan tu ada 2 jenis; minggu pertama 2 kali sehari dan minggu kedua malam sahaja, ubat batuk dan ubat kahak. Kata doktor catherine lagi, ubat alahan Tina tu mama & abah boleh beli kat farmasi so dia bagi lengkap dengan kotaknya supaya senang nak cari. Yelah.. consultation fee dia je pun dah mahal kan untuk datang selalu semata-mata nak ambik ubat.

Tapi doktor pesan, kalau sekiranya minum ubat2 yang dia sarankan tu secara intensif.. tapi tak jugak berkesan maknanya kena datang semula ke puteri. Check-up balik dan dia ada ubat lain secara semburan. Cuma Tina belum sampai ketahap nak guna ubat tu lagi. Ubat alahan secara minum masih berkesan. Thank You doktor!


Baru

Kali ni mama tak nak cite panjang-panjang lah sebab nak post gambar botol air & botol susu baru Tina je.. hehehe..nak jugak tu..




Both botol air & botol susu ni mama beli kat Pasaraya Kini, Kota Tinggi sebab tengok botol air & botol susu kat Jb mahal sangat. Tak ada yang murah dari RM9.90 walaupun tak berjenama & tak BPA Free.. pergh. So balik kota weekend aritu mama ajak mak mama & Tina merayap cari menda-menda ni..

Tak de la penat berjalan mencari pun.. both RM6.99 each. Berbaloi la.. brand Fiffy.. sebenarnya nak buang botol susu yang guna sekarang. Jangka hayatnya dah nak tamat..dah dekat 6 bulan guna..

Wo..Tina suka botol susu ni..lain dari yang lain kan..

Thursday, April 15, 2010

Berhati-hati & Berwaspada..

Mama ternampak post kat blog Ibu Damia tentang kejadian alarm rumah dia (sensor siling) berbunyi. Siapa nak baca tengok kat SINI ye.. Baca tau..

So mama teringat lah kisah kejadian hampir pecah rumah kami awal tahun ni aritu.. kesian Ibu Damia..masih terkejut. Sama macam mama..masih trauma hingga ke hari ini..

Dan kepada sekelian blogger-blogger.. mama harap sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada dengan persekitaran rumah kita siang mahupun malam. Sebelum tidur eloklah periksa semua pintu dan tingkap serta onkan alarm (jika ada).. Jangan lah tidur mati sangat. Nanti ada apa-apa susah pulak. Dan last sekali jangan lupa berdoa dan bacalah al-quran sebelum tidur supaya sentiasa dilindungi Allah..

Itu ajelah yang kita mampu buat. Sebab, kalau orang dah niat jahat tu.. akan guna apa cara pun untuk capai hajat dia.. minta dijauhkan...

Blog Mama Sudah DiJelajah Oleh En. Ben... TQ

Allah..tuhan aje yang tau betapa panasnya malam ni. Mama terjaga pukul 2.30pagi.. buat susu sebotol untuk Tina. Siap jek dia menyusu (mesti tunggu dia menyusu ok.. jangan sumbat je susu pastu tido ke..wat keje lain..kang lain jadinya...) mama pun capai tuala dan bersiram sekejap. Panas teramat.. tak tahan.

Selesai sudah..mama pun mula la online... hehehe..dari satu blog ke satu blog mama jalan. Sampai kat blog En.Ben, hah..mama browse2 gi kat 'jelajah blog' after baca n3 terbaru dia..yuhuu..haluu..mama nampak nama blog mama disana..dalam n3 dia! Hooray!! DISINI

Terima kasih kerana sudi turun melawat kawasan ye En. Ben.. mama menghargai sangat bantuan dan komen En.Ben tu. TQ TQ TQ....

Aiyoh..suka giler ada org wat n3 untuk kita ek. Gitu rupanya rasa dia...


Wednesday, April 14, 2010

Jemput ..Jemput..

Petang semalam hujan anjing & kucing tau kat sini. Sangat Lebat. Kilat memancar-mancar. Uiskh.. banyak setan kena fire nih. Dan kat dalam rumah.. sebuah kipas kecik terbakar sudah kena kilat..huhuhu... sedih tul. Dah la nak me'repair' kena tunggu abah mama datang..nak ganti baru..alahai.. not this month budget la..

Yang abah pulak tak balik-balik lagi dari sekolah. Mama call dia tanya, abah kata dia tunggu mak (mak dia la..) amik dia sebab tersalah lock stereng kete. Huh! camner leh jadi macam tu..ha macam ni citer dia.. kami guna kereta kaka abah sebab kereta abah masuk workshop. Jadi pegi sekolah pagi tu abah tengok kat seat belakang ada stereng lock. Dia guna jek la. Sekali tu..masa nak balik..hah sudah..tak boleh bukak pulak. Abah call kakak dia..hua hua hua rupanya lock tu kuncinya dibawak tuannya gi meeting kat kelantan.. abih tu camno? Kena la mak dia amik dia...

Dah tau macam tu mama pun pusing-pusing dalam rumah.. apa nak buat untuk minum petang ek? Perut cam lapar.. tapi tak nak makan nasi.. Pop! owh.. buat jemput2 pun best nih..

Kali ni mama saja nak buat jemput2 bawang ikan bilis tapi bawang & ikan bilis dia mama tumbuk separa halus. Bajet tu nanti rasa dia lebih syok.. mama buat bukanlah banyak pun. Cukuplah untuk kami bertiga makan sampai kenyang..hehehe


ini jemput2 nya tapi masa snap gambar..dah makan separuh hehehe... tak sabar..terliur sangat


Siap aje mama pun mandikan Tina dulu..then dah cantik2 dan wangi2..ajak dia duduk makan jemput2. Tina ni sebenarnya pemakan macam abah dia. Lebih2 lagi kalau makanan yang buat dari tepung macam lempeng, jemput2 dan kuih muih..

Tengah dia syok makan jemput2 cicah dengan tomato sos..mama snap beberapa gambar..


khusyuk betul mencicah jemput2 dengan tomato sos.. sampai tak perasan mama amik gambar dia..




hehehe...comotnya budak comel nih..


Kemudian tu mama sempat pulak capture video sikit. Suka sangat tengok Tina makan. Berselera betul nampaknya. Cara dia mencicah sos tu.. pergh... unik & tersendiri..penuh gaya.. tak caya tengok video ni..




uhuu..last part video tu berbunyi la guruh sekua-kuat alam..Tina memang takut dengan bunyi yang kuat2 nih..so dia nak sembunyikan kepala dia la tu kat mama..


Masa ni abah dah balik dah tapi masih kat luar polish cermin kereta. Mama & Tina makan dulu la..So takde apa aktiviti la petang tu sampai malam sebab hujan anjing & kucing tu sampai ke Isya' baru reda...

Aduhai.. Tag Kasut Ke?

Haih..mama dah lama tak buat tag tau. Tengok-tengok dalam comment box ada orang tinggalkan pesan.. surh amik tag kat rumah dia .. sape nih? Kawan mama Puan Ismaliana yang buatkan cuppies birthday aritu tu..eh eh eh... takkan lupa kot..

Dia ni pun satu la.. tag pasal kasut tu. Dah la mama ni orang paling 'rajin' beli kasut.. malu ai.. nak publish gambo kasut tau.. BUT hmm... Is..ini jawapan tag ku ye!



Oh Kasut..


Ini kasut jalan ye. Fresh from oven nih..birthday present dari hubby tersayang mama. Kasut CROCS ni sangat selesa, warna pun warna favourite mama. Jadi kalau rasanya nak pegi tempat-tempat yang takkan bukak kasut, mama pakai la kasut ni. Lagipun mama suka keluar pakai jeans & t-shirt je.. so kasut ni memang selesa dan selamat even untuk berlari mengejar Tina dalam Giant, C4 ataupun Jusco..





Hah.. ini pun untuk jalan jugak tapi untuk lebih sempoi la. Beli kat Maidin je ni RM9.90 tapi dah makan tahun gak dah ni. Kalau tak pakai CROCS tu mama pakai yang ini untuk keluar jalan-jalan.. Oh.. sebelah lagi Tina sedang pakai tadi..malas nak mintak so snap sebelah je la..




Ini pulak untuk berjalan dalam rumah. Dari living ke bilik ke bilik tv ke bilik komputer dan berhenti di pintu dapur. Oops.sampai situ saja ye. Ini mama beli..eh..dulu mak belikan kat air Itam masa belajar kat segamat. Harga RM25 sahaja. Lama wo simpan selipar ni.. 5 tahun lebih dah ni. Sekarang ni tak dan sangat nak pakai sebab Tina suka 'pinjam'




Yang kuning cerah ni khas untuk di dapur sahaja ye tak boleh lebih. Bila dah biasa pakai selipar ni tapak kaki mengada-ngada sikit..bila tak pakai rasa semacam je sejuknya..



Last sekali..yang ini untuk keluar ke halaman tak kira halaman belakang atau depan. MARCO tau jenama dia.. pun sangat selamat. Tak kira apa keadaan..insya'Allah takkan jatuh punyalah. Maaf ..kotor sikit sebab baru lepas pakai..tadi gi melawat sayur-sayuran & bunga-bungaan mama.

Nampak besar sikit sebab ini bukan saiz mama.. saiz abah..tapi asal boleh la..jimat sikit dua-dua orang boleh pakai..hehehe



Okeh..siap sudah tag kasut. Pada siapa pulak nak mama passkan tag ni? Jap eh.. mereka yang bertuah adalah...

Mama Zara , Siti MrsdJones & Sue

Okeh..selamat menjawab Tag!

Tuesday, April 13, 2010

Jom Intip 'Rumah' Sidia..

Sejak duduk rumah ni setahun lepas, mama selalu tengok-tengok kat halaman.. tak ada burung yang sudi datang buat sarang kat pokok-pokok mama.. tak sudikah agaknya memeriahkan halaman rumah mama ni ek?

Akhirnya sebulan yang lepas.. mama dengan bunyi bising kicauan burung dari tingkap masterbed..sangat kuat. Mama mengintai perlahan-lahan nak tengok apa berlaku kat porch sana.. Hah! sekawan burung sedang sibuk mengangkut helaian rumput kering membentuk sebuah sarang tepat dihadapan tingkap sliding masterbed. Memang mama ada pokok gantung kat sana tapi tak sangka kat situ diorang berkenan..

Sekarang sarang tu dah siap. Tuannya pun berulang alik setiap hari. Gembiranya hati.. dapat dengar kicauan burung tiap-tiap pagi..syok tau!

Nak intip 'rumah' si dia tu tak? Jom..




Betul-betul kat depan tingkap... syyhh.. ni tuannya masih ada kat dalam tau..baru tadi sblm amik gambar dia masuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...