"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, March 31, 2010

Nurul Izham's Shoppe 1st Giveaway


Nurul Izham's Shoppe is having their 1st giveaway! So.. nothing to wait..jom join ramai-ramai..
sesape nak join jugak click je kat contest banner tu ye..senang je..

Titt.. Titt.. Posmen Datang!

Encik posmen ni datang waktu mama tengah pegang pinggan..siap-siap nak suap Tina makan tengahari.. tetiba mama terperanjat bila Tina berlari menerpa pada mama sambil tunjuk pintu..

Mama pun terus jenguk dekat tingkap masterbed.. ohh encik posmen datang..tina terperanjat rupanya dengar bunyi hon titt titt dia tu.

Mama pun letak pinggan dan terus buka pintu dulu.. kemudian baru amik kunci hehehe..takut encik posmen tak tunggu mama. Bila mama sampai kat gate jek.. encik posmen tanya.. " mama ain qistina?" ..mama angguk je. "sign, ic dengan nama ye"..


Siap jek dia pun bagi parcel pada mama.. hmmm.. heran gak.. sape hantar? aku ada menang pape ke?..

Masuk umah jek Tina sibuk nak kan parcel..mama tengok belakang parcel tu..owh... mama zakwan la yang hantar sebab dia kata mama menang early bird untuk contest sleeping cutie. Owh..bestnya..

Mama bagi Tina yang bukak parcel dia.. then.. hadiahnya ialah...........................


Tada..!! set pinggan, mangkuk & cawan plastik untuk kanak-kanak dari IKEA..kaler orange tu!

Tina sangat suka okeh dengan hadiah ni. Tak kasi langsung mama pegang. Dia kata "tina punya"..pergh.. mama nak simpan pun tak kasi..sentiasa letak kat mana dia duduk..

Anyway..thanks a lot to mamazakwan sebab sudi hantarkan early bird ni untuk Tina.. kalau menang nanti hadiah dia sure best gak kan!

Tuesday, March 30, 2010

Contest 2010



Jalan..jalan..cari contest..hehehe..
Ini contest baru mama jumpa..dari blog baby-iman
Oh ye..sesape nak join sila click contest banner ye..

Gambar Contest Pilihan Mama..

v
v
v
Nama: Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Umur : 2 Tahun 5 Bulan
Asal : Skudai Johor
Nama Pengirim : Nor'Aisah Abdan (sha@mama tina)

Jom Join!
P/S - Blog ini disable right click.. pape masalah dengan mengopy gambar contact mama ye..tq

Sunday, March 28, 2010

Aktiviti Sewaktu Hujan..

Sejak awal minggu lagi abah memang sibuk memanjang. Pergi sekolah pagi.. dah nak maghrib baru sampai kat rumah. Banyak kerja katanya. Mama dengan Tina memang takde masalah tinggal berdua siang pun.. cuma kenkadang tu terasa gak takut. Maklumlah area jalan kami ni agak sunyi sikit siang hari. Semua orang kerja kan..

Dan dari awal minggu jugaklah..setiap petang akan hujan. Around pukul 3 macam tu..mula dah gelap.. dan kadang-kadang mama berkejar angkat kain kat penyidai luar. Yelah, bila basuh tuala ke seluar sekolah abah.. kena nak jemur kat luar. Kalau tak lambat kering. Walaupun selepas peristiwa hampir dipecah rumah tu, mama kureng sangat keluar siang hari waktu abah takde. Kalau keluar pun sekejap sangat la.. cuma sangkut baju yang dah siap hanger kat penyidai luar..tu je.Baju Tina dan undies..mama sidai kat dalam je..

Oh ye..lupa pulak nak citer, masa mama kemas-kemas bilik belakang pagi tadi mama terjumpa sticker deco yang beli dulu. Ada balance satu design roses belum dilekatkan. So, masa hujan petang tadi mama ajak Tina lekatkan sticker tu. Tina seronok sangat tau.. meniru cara mama menampal sticker tu.. tengoklah..






Lepas siap tampal tu.. mama pun suruh Tina posing. Nak ambik gambar dia ni memang sangat susah nak dapat pose yang cantik sebab dia ni suka sangat buat expression muka yang pelik-pelik. Nak dapat senyum yang ayu..aduhai tersangatlah mencabar keimanan..

Penat cakap.."Tina diri kat sana.. tengok mama..senyum.." Lebih 10 kali tak dapat gambar cantik.. ada saja aksi peliknya..

Akhirnya.. mama dapat pose ini..yang mama rasa tersangat cute..

Abaikan dinding belakang tu ye.. itu learning wall Tina tu. Tempat mama tampal segala jenis learning aid dia. Anyway..cantik jugak nampaknya wall tu bila dalam gambar..hehehe..puji hasil kerja sendiri..wahahaha...


Dan ini beberapa lagi pose sicomel mama..




Ha..dan yang ini pose muka pelik dia la ni..ada banyak..mama dah delete tadi..ni tinggal sekeping jek..


Mama terasa macam photographer pulak hari ni. Sampai malam tadi ni ha Tina masih ulang-ulang sebut.."senyum..senyum".. Hehehe... abah yang tak tau citer jadi pelik..hehehe...

Oh ye.. nak tengok apa lauk Tina makan tengahari tadi... hehehe..mama kan tak pandai masak. tapi mama tau masakan macam mana Tina suka..so.. mama masak itu untuk Tina hari ini. Berselera sungguh dia menghirup kuah sup sayur mama..

Dalam ada egg tofu, brocolli dengan carrot.Masak biasa-biasa je..yang penting..dengan cara yang sihat ok..

Saturday, March 27, 2010

MOBS & Luvable Kids Store : FUNNIEST KIDS PHOTO Contest

MOBS & LuvableKids Store is jointly running a
'FUNNIEST KIDS PHOTO"

http://luvablekids.blogspot.com/



http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/03/mobs-luvable-kids-store-funniest-kids.html

Show them your most funniest kids photo to win attractive prizes. To read about this contest just click at the above link..tq..

V
V
V
V
v
v
v
v

My Lil funniest photo..

Name :Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Age :29 Month
Birth: 22 October 2007
Hurry.. dateline on 31st March 2010..

Insomnia Ke Trauma?

Ya Allah..tolonglah aku ni...

Camnie..lately mama dah kembali tak boleh tidur malam. Macam biasa..kalau boleh lelap pun selepas pukul 4 pagi..huhuhu terseksa tau sebenarnya menjadi jaga kepada 2 insan tersayang ni.. Biasanya mama akan online selepas Tina tido. Boring online mama lipat kain baju yang berlambak-lambak tu ke..lap lantai ke.. pastu online la balik...tukar-tukar macam tu je.

Mama betul-betul dah jadi 'jaga' tau dalm rumah ni.. jap-jap kang mama check dan jenguk kat tingkap..tengok kereta kat porch..tengok area koi pond..dan tengok area terrace sana. Kalau kat belakang pulak mama akan berdiri tepi tengkap belakang.. dengarkan mana tau ada apa-apa yang pelik.

Kalau gi pakar psikologi dah sure sangkut dah mama nih.. mungkin trauma pecah rumah masih berbaki. Mama pun tak tau nak cakap camner.. kadang-kadang tersangatlah mengantuk tapi cuma akan terlelap hingga jam 2 pagi sahaja. Kalau nasib tak baik sebelum tu dah terjaga..

But something yang wat mama sayang sangat kat abah.. bila dia tengok mama dah terlelap awal, dia takkan ganggu..apalagi kejutkan mama sebab dia tahu mama sangat susah nak lelap malam. Tapi..naluri seorang ibu kan.. mama pasti tersentak dari tidur yang selena mana pun bila mama dengar suara Tina. Tak kira la..dia haus ke.. mimpi ke mengigau ke.. mama akan bangun check diaper dia.. dia pans ke..sejuk ke.. kembung ke..

One night few weeks back..waktu mama terjaga..abah duduk kat sebelah mama. Terperanjat jugalah kan.. he just sit and look at me (he said) .. Mama tanya kenapa? Abah kata abah tak sampai hati nak kejutkan mama.. tapi abah dah sangat mengantuk.. kata abah mama tidur lena sangat. This happen waktu selepas kejadian pecah rumah tu la.. we all ganti-ganti tidur so siapa yang tidur boleh tidur dengan lena sebab ada yang sorang lagi berjaga.. its true! mama & abah buat macam tu..

Last night abah ada cakap dengan mama.. maghrib tadi abah terperasan beberapa orang warga asing lalu dipejalan kaki sebelah rumah. Ada yang berbasikal jugak.. Hmm..ini buat mama akan terus jadi 'jaga malam'. Apalagi bila my SIL pun bagitau ada warga asing yang berbasikal setiap pagi berkelakuan seperti memerhatikan rumah-rumah yag nak dijadikan mangsa.. hai...

Dunia hari ini semakin menakutkan.. manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya..

Mama bukanlah kata bila mama berjaga takde apa akan terjadi but... kalau mama berjaga at least I can hearout if something happend surrounding my house..tu je..

Mama kena balik rumah mak mama untuk tidur yang betul2 tidur.. Nasib baik mereka faham.. dan mama takkan diganggu wpun bangun lewat.. Tina pun baik sangat..kalau kat rumah mak mama, bangun jek dia terus cari mak kat dapur.. sometimes tak sedar bila dia bangun..

Ya Allah... dugaankah ini?

Friday, March 26, 2010

My Cuppies!



Apakah perasaan anda melihat cuppies yang cantik-cantik kat atas tu? Hehehe..mama sebenarnya nak menayangkan cuppies yang mama terima dari kawan lama mama di universiti dulu..

Mama sebenarnya sangatlah teringin nak dapat cuppies sebagai birthday cake.. dengan tak malunya mintak kawan mama buatkan. Saja mengusik dia sebenarnya tapi.. bila dia sudi nak buatkan untuk mama..alahai... syoknya.. she grant my wish!!

Dengan bersusah payah dia menghantarkan cuppies ini kat rumah mak su nya untuk mama ambik..hehehe... thank you is...

Cantik sangat kan.. cuma dia cakap sorry coz pelapik kotak dia dah out of stock so dia alas dengan surat khabar jek. Hehehe.. mama no problem punyo lah..yang penting orang ikhlas bagi..


Tengoklah pulak si comel nih.. dari dalam kereta dah sibuk.. "mama..mintak mama punya.." . Sampai jek kat rumah apalagi bila mama bukak je kotak nak ambik gambar cuppies sekelian.. dia pun enterframe sekali..

Tercuit-cuit cream cake tu. Mama pun kasilah kat dia sebijik dengan sudu sekali. mama bagi yang ada tulisan..dia taknak rupanya dia nak yang gambar bunga ..mungkin sebab dia tengok cream lebih la tu..hehehe...

Abah pun gelihati tengok gelagat si comel ni. Yelah..baru first time jumpa cuppies kan.. agak excited sikit la..ye Tina ye..

Tina sebenarnya tak suka sangat dengan cake. Dia lebih berminat dengan creamnya sahaja. Dia makan sikit je cuppies ni pastu sibuk suap kat abah..


Bila mama suruh pose je..muka maintain nakal okeh..tapi tangan tetap mencuit cream masuk mulut. Tak sabar sangat nampaknya..

One more thing ..bila mama nak simpan cuppies ni..dia tak kasi. Dia pegang la kotak cuppies ni dengan dua tangan. Bila mama tanya.."Tina nak yang mana? Mama kasi.." Dia tak tahu nak pilih yang mana..semua cantik kot pada mata dia..hai.. kecik-kecik dah confuse nak pilih..Tina..Tina..

Today, waktu entry ini mama buat..cuppies tu masih ada lagi dalam peti ais.. hahaha... mengaku je la..mama sayang nak makan..kihkihkih...

Bila mama tanya abah.. sedap tak cuppies ni..abah kata sedap. Katanya lagi kawan mama ni dah boleh bukak kedai..

To kawan mama..Puan Ismaliana .. thanks again ye.. Mama happy sesangat dapat cuppies nih. Terima kasih lah sudi buat cuppies amal nih... mama doakan bertambah maju tempahan cuppies dimasa akan datang ye.. Insya'Allah kalau teringin lain kali mama tempah pulak ye..

I'm Not In My Mood... Sorry..



Pergh..tajuk entri tersangatlah..hehehe... bukan apa..sebenarnya mama dah beberapa hari ber'blog walking'. Kehulu kehilir..atas bawah..tepi tengah mencari contest-contest menarik untuk dijoin. Memang tersangatlah banyaknya contest sedang berlangsung cuma...

Mama betul-betul takde mood nak join. Ada yang dah mama buat separuh jalan.. mama deletekan.. ntahlah, takde contest yang sangat menarik perhatian tu yang jadi sangat malas nak join..sorry ye penganjur-penganjur sekelian...hehehe

Bila nak datang balik mood bercontest nih? .. Wallahuaklambissawap...

Thursday, March 25, 2010

Jalan-Jalan di JJ Taman U

Hehehe..jalan-jalan beli sayur sebenarnya... si minah kecik ni tengah selera makan so mama excited sangat nak masak. Bukan beli benda2 sangat pun..beli sayur biasa-biasa dengan ikan sikit je..

Ingatkan tu je..abah belanja makan kat Rasamas.. alahai..ingat best sangat.. iklan punyala gempak. Mintak tu tak de..mintak ni takde.. apa benda la...sampai tak semangat nak amik gambar hidangan. Tak de la sedap sangat.. makan sikit dah jadi muak..wek.. masak guna instant..ketara sangat rasanya..

Layan gambar Tina je la.. macam-macam aksi si Tina ni kat dalam restoran rasamas tu..






Oh ye..abah belikan kek secret recipe untuk mama sebab semalam belum beli kek. tapi lupa ambik gambar la.. sorry.. kek coklat indulgence..yum yum...thank you yang!

ATIQAH SWEET GIVEAWAY

aDa AyAt WaJiB NiH DaRi PeNgAnJuR.. bUnYi DiA mAcAm Ni.. :

"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com/ ..JOM-JOM!"


Tuesday, March 23, 2010

Beautiful Blogger Award..

Saja jalan-jalan kat blog sue ..sebab tengok tajuk post terbaru dia ialah 'beautiful blogger award' ..hmmm... so nak jugak la tengok apanya beautiful blogger award tu.. tup-tup rupanya ditag oleh sue..untuk award ini...time kasih sue.. cantik ke saya nih..hihihi...

Award ni perlu dipasskan kepada 15 org cantik yang lain.. hmm .. banyak tau 15 orang tuh. Ada ke mama 15 orang dalam bloglist? Dan inilah dia 15 orang yang cantik tu..sila la tepek award ni dengan bangganya diblog anda ye..


Okeh..sudah siap pilihanraya..sekarang mama kena tulis 7 perkara tentang diri mama pulak ye..

1. seorang SAHM (stay at home mom) yang tak berapa pandai memasak tapi demi org tercinta..masak jugak!
2. Teringin sangat nak buat sesuatu @ belajar sesuatu untuk menambah pengetahuan & kemahiran..contohnya buat & hias cake ke.. belajar folk art ke..
3. Suka dengan buku..apa-apa buku pun lah. Latest.. tengah giler dengan majalah laman impiana...pergh..teringin nak cipta laman tersendiri..
4. Cuma ada 2 adik beradik sahaja..sikit kan..
5. Suka online..bukak facebook.. kan skarang tengah musim main farmville & cafe world..
6. Teringin nak ada lappy sendiri...eceh..macam la wat business gaban..
7. Tekanan darah agak rendah..memang sejak azali..

Okeh okeh..yahoo..siap dah..

Celebration ke?

Actually mama memang tak harapkan apa-apa untuk birthday kali ini. Almaklumlah keadaan kami yang masih tight budget ni tak mengizinkan untuk celebrate beriya-iya.. mama faham.. Tapi syukurlah sebab ada jugak la celebration tak rasmi ..

20hb.. kakak & abg ipar mama datang dari pontian ke rumah. So kami keluar makan beramai-ramai dekat jalan bentara, tun aminah. Yang ada cuma mummy azie & anak2, abg amy & kak yus serta mama, abah & tina je. Habis makan pun dah pukul 11 lebih. Barulah abah cakap kat semua yg esok adalah birthday mama..hahaha...jamuan tak rasmi pertama.

21hb, abah & mummy azie serta anak2 nak breakfast bersama. Mama tak nak ikut sebab malam tu mama tak boleh tidur. Pukul 5 pagi baru lelap.. tapi pukul 8 abah kejut bagitau mummy azie & kaka Lina ajak breakfast sama.. nak belanja birthday mom sarapan! Dengan toyanya mama ikut gak. Tapi tak boleh breakfast banyak sebab pening kepala..mama ngantuk sebenarnya so sebab tahan mengantuk..kepala jadi pening.

Habis breakfast kami jalan-jalan sekejap kat pasar pagi.. taman u..

Balik dari breakfast, mama mandi sekali lagi..basuh rambut..terasa segar..Lepas mama mandi abah bagi mama sesuatu. Ingat kan apa..rupanya hadiah birthday..sandal crocs..Thank you yang!

Ini birthday present dari abah & tina untuk mama.. cantik & cute sgt bila pakai

Then kami gerak ke pontian pulak..nak tengok baby aisya (baby jihan & poji yang baru lahir). Kami sampai sana dah tengahari.. dapat makan tengahari percuma okeh..sedap lauk..thank you makcik & bak lan..

Lepas tu kami gerak ke rumah abg amy & kak yus.. mama lom pernah singgah rumah sewa diorang pun..so singgah tengok2.. siap makan tebu la..goreng pisang la..nugget la..keropok la..kuih siput goreng la.. isy..macam-macam..

Pukul 5 petang kami gerak ke Setia Eco Garden nak tengok rumah abg amy & kak yus yang baru jek dapat kunci 13hb lepas. Cantik sangat surrounding setia eco tu..

Pukul 9 mlm kami sampai kat rumah.. mama dah sangat penat..tina pun penat..siap dah mengaruk2 dalam kereta sebab tak cukup tido. Mama mandi.. tina mandi..sapu minyak yuyi..pakaikan tina baju tidur.. pukul 11 malam tina dah lelap..abah pun..hehehe...mama juga rupa-rupanya...

Hehehe... layan gambar crocs Tina & abah ek..

Abah belikan Tina jugak sandal crocs.. button hello kitty dia mama lupa pasang masa ambik gambar..



Untuk diri sendiri.. abah punya crocs.. susah tau nak cari saiz sandal & kasut abah.. hanya brand yang mahal2 sahaja ada..pergh... pitam mama kalau mencari kasut abah..


Apapun..terima kasih pada semua yg wish..kat facebook ramai sgt wish..tak tertaip kat sini. Untuk abah & Tina.. I LOVE U!!

Monday, March 22, 2010

Let's play! 29-month-old

Article ni mama copy dari babycenter..


Written for BabyCenter Malaysia

Number oneDay tripper

You don't need to leave the house to have a great day out. With a little imagination you and your toddler can travel far and wide… from the comfort of your own bed.

Skills developed: imagination, language
What you will need: pillows and cushions can help build your "car"; a paper or plastic plate is useful as a steering wheel.

Turn your bed into a car with the help of some cushions and pillows. Ask your toddler if she would like to drive (if she does, give her the paper plate to use as a steering wheel) and where she would like to go. Favourite day trips include the zoo, the jungle, the seaside, the farm or even a safari. Now off you go. Your toddler will probably want to supply the "brmm-ing" noise of the car so it will be down to you to provide the running commentary of where you are going and what you can see. Is that a monkey in the tree or could there be a snake in the grass?

Number twoFollow the trail

Create a trail for your toddler to follow, using an unravelled roll of toilet paper. Upstairs, downstairs, inside or outside… To make it even more fun leave some "treasure" at the end of the trail.

Skills developed: discovery, independence
What you'll need: one roll of toilet paper

Try not to let your toddler see you as you walk around the house, gradually letting the toilet paper unravel behind you. You can make the trail longer by making it go round the edges of a room, or make it interesting by doubling back on itself at times. When you've decided where the trail ends, tear off the paper and weigh it down with a book or heavy object. You can leave a small surprise - like a box of raisins, stickers or a favourite toy - as "treasure" at the end of the trail. Show your toddler how to follow the trail as closely as possible, picking it up as he goes.

Sunday, March 21, 2010

Happy Birthday Mama!





Bertambah umur mama setahun lagi.. dah melepasi tangga 30 tahun..
mama tak harap apa-apa.. cukuplah dengan melihat keluarga kecil mama.. insan -insan yang mama sayang..
abah.. tina..
bahagia bersama mama..
Mama dah tak perlukan yang lain..bersama mereka berdua
hidup mama lengkap
Mama sayang abah.. mama sayang tina..

Tuhan..berikan daku peluang melihat anakku menjadi manusia berjaya

Saturday, March 20, 2010

Alkisah Mandi Besen Lagi?

Tina sebenarnya dah lama wean off mandi besen nih. tapi sejak balik rumah mak mama arituh dia dah mula request nak mandi besen semula. Mula-mula dulu saja dengki kat dia. kata la besen tak de.. dia sanggup masuk dalam baldi semata-mata nak mandi. Risau pulak dia jatuh masa mandi dalam baldi maka mama pun suruh abah keluarkan besen...

So setiap kali nak mandi dia akan request bukak baju awal-awal sebab dia nak mandi besen. So, mama pun tak leh la nak buat keje pape okeh..kena dok depan pintu bilik mandi tengok dia main air dalam besen. Bukan pe, kang jatuh..menyesal pulak..

So far mama cuma letak sedikit air jek la.. agak-agak tenggelam buku lali dia dah la.. pastu letak sabun sket..bagi berbuih.. bagi la kat dia segala jenis cawan & botol kosong..leka la dia main air..

Bila mama dah bosan tunggu..mama mandikan dia..sabun-sabun semua..gosok sana gosok sini..pastu cakap la.. "sekarang masa cicak nak mandi pulak"... confirm dia cepat jek keluar dari besen..lap badan..hehehe...

Ni ada sedikit gambar seksi anak dara mandi besen. Abaikanlah gambar pancing kat belakang tu..abah baru balik memancing aritu..lom sempat basuh pancing..tina sibuk nak mandi...

suka sangat buih sabun..




sukanya dia!! Bilik mandi ni tak besar sangat so sebab tu la mama takut tina jatuh masa keluar dari besen..bukan pe..kang terhantuk lak kat dinding..da la bilik mandi ni memang tiles..takut licin..

Friday, March 19, 2010

Sleeping Cutie Contest


Contest anjuran papamamazakwan ni mama terjumpa masa blogwalking. Salam perkenalan lah buat mama zakwan yek.. kita nak join contest jugak!

Kategori Baby Gurl..

(......)

V
v
v
v
v

Gambar contest pilihan hati mama..

Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Tarikh Lahir Anak : 22 Oktober 2007
Email mama : mama_echah@yahoo.com.my


Lagu dodoi mama untuk Tina..

"Lailahaillallah..lailahaillallah..lailahaillallah..muhammadurrasulullah..

sayang..sayang..tina sayang

anak mama yang cantik dan bijak

tidurlah sayang pejamkan mata

mama dodoikan.. "

(irama lailahailallah..)

kepada yang nak join click pada contest banner ye!

Refreshment..

Jumaat lepas mama, Tina & abah balik kampung mama. Rindu sangat dengan mak & abah. Diorang pun rindu dengan Tina. Disebabkan abah ada meeting selepas solat jumaat, maka kami terpaksa bertolak balik lewat petang. Sampainya pun lambat la..

Lambat pun lambat la..mama peduli apa..yang penting mama sampai kat kampung..rumah mak. Bukan apa..lama dah tak balik sebab abah sibuk dengan urusan sekolah..

Beberapa hari dirumah mak sempat la mama balik kampung mak..tengok adik bongsu mak yang bersalinkan anak ke-5 nya 28 Febuari lalu. Hehehe..NORMAIALISHA nama baby tu. Bukan normaizira..pandai jek aku! Beberapa hari jugak mama berulang balik kampung tengok baby sambil bagi peluang kat Tina bermain dengan sepupu-sepupunya dikampung. Seronok tengok Tina pandai berkawan. Cuma..budak-budak tu dah biasa berpanas kan..Tina tak biasa..so habislah 60% leher Tina kena rashes dan kesan seperti terbakar yang agak teruk. Mujur dia tak menggaru sepanjang masa. Mama sapukan krim rashes sebamed.. dan nampaknya rashes tu beransur sembuh.

Sempat jugak mama bawak Tina ke klinik. Appointment klinik Tina sebenarnya 23/3 tapi mama bawak seminggu awal. 23 tu dah naik sekolah, nanti abah dah sibuk dan tak boleh hantar mama balik kota lagi. Timbang Tina naik.. 12.6kg turun 200g dari masa kat puteri specialist aritu. But overall..graf pertumbuhan Tina masih cantik bentuknya. BIdan kerajaan tu pun tak banyak soal.. siap jek timbang..mama pun bawak Tina balik.

Sempat kami menghadiri jemputan kahwin.. bukan satu tapi 2.. selamat pengantin baru la buat anak pak imam - azreen&sri dan jugak anak kawan mak mama.. lela & boy.. cantik pengantin. Tina pun makan dengan berselera sekali kat sana.

Hari ini 18/3, mama & tina ikut abah ambik anak murid dia yang kursus kat Savannah Hills Tiram, so kami terus balik la selepas hantar dak2 tu balik rumah diorang. Sungguh budiman abah..memang guru sejati lah..orang lain dah hilang bercuti..abah masih menguruskan hal sekolah.. semoga dapat balasan setimpal ye abah!

So sebelum balik tadi mak mama beri duit pada Tina.. pesan kat Tina supaya belikan kek birthday mama 21/3 nanti..huhu..terharu diriku ini.. ingatkan mak lupa..Terima kasih mak..

Sampai kat rumah dah malam..layan tina tengok barney & upin.. pukul 11 mama ajak dia tidur. Dia mintak susu.. mata dah nak terpejam tapi mula buat kerenah. Dia kata gatal la..kaki sakit la.. menangis sampai muntah-muntah susu..geram betul mama. Lap kan dia lebih kurang dengan tuala.. sambil abah bersihkan hidung dia yang penuh tinggalan sisa muntah..dia dah tidur. Mama cepat-cepat pakaikan baju, sapu minyak kat kaki tangan, perut & belakang.. suruh abah tengokkan kaki Tina sebab tadi dia jalan lain macam jek. Risau pulak mama kaki dia kenapa..kenapa ke..mana la kita tau.. Tapi abah kata macam tak de apa-apa..hmm..mama nak bawak Tina gi urut pagi esok. Better gi urut & check..mana tau kaki dia sejuk ke..lenguh ke.. sebab tak reti dok diam sekejap pun.

Bila abah & Tina tidur..mama pun ambik kesempatan online..hmm.. ok lah..sambung nanti ye..

Friday, March 12, 2010

Bonding Moment With Opah Contest


Contest "Bonding Moment With Opah Contest" ini adalah anjuran bersama
cherishlovetogether & syasyacreative

dan
foto contest pilihan hati mama adalah yang ini..






Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
DOB Anak : 22 Oktober 2007
Nama Mama : Nor'Aisah Binti Abdan
Nama Opah : Siti Rubiah Binti Kano
Umur Ketika Gambar Diambil : 6 Bulan



Siap...! kepada yang nak join sila click kat contest banner ek!

Contest Aksi Menarik Si Comel Bersama Floater


Mama terjumpa blog izan & contest ini dari My-giveaway, and.. nak join gak..hihihi..
dan gambar sicomel mama bersama floaternya..adalah..

........
......
....
..
.
.
.




Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham Umur Semasa Gambar Diambil : 2 Tahun 2 Bulan


Okeh ya Izan.. semua syarat saya dah penuhi..
Sesiapa yang lom join..jom la..click kat contest banner ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...