"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Gardening And Plant Collection. Show all posts
Showing posts with label Gardening And Plant Collection. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Semai Adenium Dari Biji Benih..

Jangan bersedih lama-lama.. tak elok untuk TTC ian :)

Ok la.. nak share something yang menggembirakan. Last month mama ada beli benih adenium pelbagai warna dari Go Green ( sila cari group ni dalam FB), diposlajukan sampai kat post box hihi..

Owh bila dah dapat puas lah pula pergi cari macam mana cara nak semainya..hihi. Sebenarnya ada je cara dia dalam Go Green tapi tak perasan. Apa lah..hihi..

Kat gugel pun ada banyak version tapi lebih kurang je caranya pun. Jangan malas tau.. gi gugel eh..

Nak share kadar pertumbuhannya yang belum seminggu di semai :)




Harap sangat semaian ni sihat sampai boleh berbunga. Bukan apa.. takut kene cukai dek siput je huhu..

Berkebun memang mama sangat suka.. dikala hati sedih.. tengok lah bunga2 kembang pagi hari..insyaAllah mood akan menjadi baik..

Tak caya?
Try lah

Saturday, July 12, 2014

Ros Jepun..Meriah.. Comel..Santapan Mata

Semenjak-menjak demam ros jepun ( Japanese Rose) melanda March lepas.. dah macam addict kumpul macam-macam warna spesis ini. Dah tak reti nak kira ada berapa warna kat laman tai yang pasti banyak warna lagi belum ada..kihkihkih

Tanam untuk terapi mata sendiri je la. Share kat FB je dengan sape-sape yang sudi. Yang pastinya tanam RJ ni tak susah. Dia cuma tak suka air terlalu banyak,nanti dia busuk & lembik. Pastu dia memang suka matahari.. pukul 10 dia akan kembang bunganya.. then kene replant selalu. Baru dia akan cantik sentiasa.. tu je..

Yang ini 12 Julai punya.. dok snap dengan kamera..jadi berjam-jam dok kat laman. Bukan apa.. unik..cantik.. merah sangat2. Bagus untuk mata :)















Ok.. cantik kan..
boleh gi cari..kat nursery ada banyak..
raya mesti meriah laman korang nanti :)

Wednesday, October 3, 2012

Terapi Mata & Minda 03102012


Magenta kampung dilaman.. terapi minda pagi ini.. buat penghilang penat selepas sejam berjemur siapkan mengecat tayar..huhu

Banyak benda mama nak buat kat laman TAPI.. mampukah? Terdayakah? huhu
Semangat beso ni..

Thursday, July 12, 2012

Terapi Minda Pagi Ini 12 Julai 2012

Bagi mama.. memandang bunga yang cantik setiap pagi adalah terapi minda yang sangat mujarab. Tenang & damai..


orkid putih




Ros pengantin kg




anak dara ni tak diketahui nama dia.. ros




Orkid butterfly purple dot dot

Tuesday, March 6, 2012

Jambu Air..


Hasil dari laman sendiri. Takde racun serangga.. sangat segar dari laman..hingga tak sedar dicukai oleh cik burung2 sekelian..

Terima kasih ye cik burung sebab tak habiskan semuanya.. :D lain kali boleh share2 lagi ye..

Manis sangat kan cik burung.. walaupun musim hujan skrg ni..

Tuesday, November 29, 2011

Aktiviti Mengharvest Tebu

Aktiviti di laman rumah je.. mengharvest tebu-tebu sekelian sebab ada yang sampai dah tumbang kene tiup angin sejak2 musim hujan nih.. so.. jom !!






15 batang kesemuanya..




Incik hubby yang bekerja keras mengharvest. Mama dok tepi jek..tolong tengok walaupun dah tukar uniform hahaha...





banyak kan..? cukuplah untuk diminum sekeluarga. Kalau nak mesin semua pun mau penuh fridge dengan botol air tebu..


So, kami cuma amik 3 botol je. Yang selebihnya kami tinggalkanlah kat org yang mesin tu.. buat bayaran mesinkan tebu kami..


Sambil2 sedekah la kalau terlebih.. :D takpe..nanti tambah gemuklah tebu tu insya'allah..














Wednesday, October 12, 2011

Pagi Ini..

Semalam pagi2 lagi dah gelap kan..tak dapat nak jalan2 tengok laman. Dapat tengok dari sliding door jek la..

Tapi hari ni cepat2 amik masa sket kuar utk jalan2 tengok halaman. Tengok bunga..tengok pokok..tengok buah.. hehe..

Damainya perasaan..



suka sangat dengan pokok ni. selalunya kat rumah cina jek boleh jumpa. dah beberapa hari tak tengok..rupanya tengah meriah berbunga..bunga dia mcm riben dicarik2..comel..cantik..




pokok melur pun tengah banyak bunga.. lalu jek dah berbau harum.. baru lepas kene cantas nih..sebab tu cinonet jek kalau tak dah merimbun.. :)




Mintak tolong dengan mak.. alih pasu2 bunga kertas nih.. berat2 belaka




kolam ikan










transformation baru.. senang sok nak racun rumputnya..




pisang dilaman.. hukhuk..kecik jek tandan dia..jadilah..




Tebu memang meriah giler..




Limau purut..alhamdulillah subur wpun dalam tong jek





pelam yang 1st time berbuah..sebiji je pulak tu..sampai sayang nak amik..



Anak-anak rumput baru nak naik balik..almaklumlah musim hujan kan.. nasib baik ada laman..leh la jalan2 cuci mata. kalau tak ntah apa la yang mama nak tengok kat luar tu agaknya..

Friday, February 11, 2011

Cactus Collection - Always My Passion

Just to share something on my passion
Dah lama sangat menunggu cactus ni berbunga. Rasanya dah hampir 10 tahun tanam. Baru pernah sekali je berbunga. Tu pun sebelum mama kawen dengan abah dulu.

And kali ni ia berbunga lagi
Dan berbunga-bunga lah hati mama melihatnya di tepi tiang porch
Segarlah dan hiduplah dengan eloknya dikau disitu ye..


Thursday, February 10, 2011

Terkini Di Laman Belakang



Entry kali ni tak yah citer-citer lah ek..
layan gambar jek..

Wednesday, November 3, 2010

Kebun Kecil Mama..




Ini sebenarnya entry menayang gambar kebun kecil mama.. bukanlah rajin sangat menanam pun cuma sayang pulak tanah tu kosong jek..

Bila mama tanam2 macam ni pagi2 lepas abah gi sekolah tu ada la jugak mama keje nak cabut2 rumput ke pe kan..

Tengok tu..pokok lada mama tengah berbuah dengan begitu lebat sekali..sape nak lada angkat tangan..hehehe :)

Sunday, September 26, 2010

Hmmm... Segarnya Mata..

Hehe..dalam kerisauan melihatkan abah yang demam tak baik-baik nih..mama teringat pulak yang dilaman depan bilik ada pemandangan yang cantik..segar & berwarna warni. Terus snap 2 keping gambar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan sekelian..

Sekurang-kurangnya takdelah cerita pasal demam je ye tak.. Ha..cakap pasal demam ni, mama pun rasa macam nak demam dah dek menjaga abah demam tak baik-baik ni..risau..

Jom join layan gambar.. segar sket mata ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...