"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, September 29, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST


Mama ditag oleh mama najla untuk join..JOM!!
Sape2 nak join jugak klik kat banner contest ok

+
+
+
+
+
+
+
+




Nama: Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Umur: 2 Tahun 11 Bulan Tarikh Lahir: 22 Oktober 2007
Kategori: 2B (Little Muslimah 3-6 Years)
Harapan: Semoga Qistina menjadi anak yang akan menyenangkan mama & abahnya, berjaya didunia & akhirat Insya'Allah..Amin



Mama nak semua blogger yang ada dalam list mama join contest ni..Jom ramai2!!

Monday, September 27, 2010

Majlis Akikah Mohd Adam Iskandar

18 September 2010 petang kami bergerak ke Jalan Jonit Muar sebab nak meraikan majlis akikah sepupu baru Tina, Adam yang sekaligus akan dipotong jambulnya. Kami sampai dah pukul 6 lebih. Majlisnya pulak lepas maghrib.. so lepas singgah tengok adam sekejap kami semua balik ke chalet yang disewakan oleh uncle amy..ayah adam untuk kami.

Bunyi macamlah jauh kan..padahal cuma sebelah rumah jek pun. Iya..chalet ni sebelah rumah nenek adam yang kat Muar.. siyes.. memang sebelah..


gambar pintu masuk ke Mann Chalet. Yang lain tu gambar kat dalam bilik Demang & gambar kat bilik mandi dia..





gambar atas kiri adalah bilik yang disewakan untuk MIL & FIL mama oleh ayah adam. Katanya bilik honeymoon hihihi...ada jakuzzi tu dlm dia..mama lupa nak tgk. Yang sebelahnya tu gambar bilik mama sekeluarga..bilik demang. Yang bawah tu pondok2 rehat yang cantik & nyaman. Yang bwh kanan, gambar pandangan depan Mann Chalet





ini dia gambar dalam bilik honeymoon tu.. katil bertiang..siap ada kelambu2 sekelian..




Last sekali haruslah gambo mama & Tina kan..abah takde..dia gi berbual2 dengan atuk adam kat rumah sebelah. So mama amik gambo sendiri..


Majlisnya berjalan lancar. Cuma kami agak kepanasan la kan. Maklumlah orang ramai..semua pun mengerumun kipas. Semua nak dok dekat dengan kipas jek. Habis majlis..kami semua makan & mama bawak Tina balik chalet baring-baring sebab letih berjalan jauh.

Sambil2 tengok tv tu kami terlena rupanya..

Hahaha..kata majlis adam iskandar kan..tapi gambar adam sekeping pun tak de..sorry dak adam..auntie lupa la nak amik gambo dak comel yang dah debab tu..

Sunday, September 26, 2010

Hmmm... Segarnya Mata..

Hehe..dalam kerisauan melihatkan abah yang demam tak baik-baik nih..mama teringat pulak yang dilaman depan bilik ada pemandangan yang cantik..segar & berwarna warni. Terus snap 2 keping gambar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan sekelian..

Sekurang-kurangnya takdelah cerita pasal demam je ye tak.. Ha..cakap pasal demam ni, mama pun rasa macam nak demam dah dek menjaga abah demam tak baik-baik ni..risau..

Jom join layan gambar.. segar sket mata ni..


Saturday, September 25, 2010

39.68 Darjah Celcius

Update terkini demam abah Tina

Pagi tadi nampaknya dah kebah panasnya..tup-tup tengahari tadi panas naik balik. Mama lap dengan kain basah & check suhu..ohoho..39.68 weh!

Sambil-sambil rebus barli, mama suh abah minum air panas suam & habiskan air kelapa dulu.. tengok macam mana malam ni..kalau tak ok kena bawak jumpa doktor jugak la balik semula ni..

Aduhai..risaunya...

2nd Contest Mama Rifqy


Contest anjuran Mama Rifqy oke..Sila klik banner contest untuk join jugak

v
v
v
v
v
v
My U & Me pic..

"Moment yang sangat bermakna kali pertama beraya bertiga. Sebab 2 tahun sebelum tu raya berdua je. Waktu ni Tina genap setahun. Teruja nak pakaikan dia baju kurung.. comelkan!"

Hehe...ME pulak la..

As of mama check nuff mama arini..hahaha..sungguh teruja ekeh kerana mama sudah dapat satu ME (Metered Earning) pulak!.

Macam dah lengkap dah pun nuff mama..kot la.. cuma perlu naikkan traffic sket lagi la kot..supaya nuff mama tu BE & ME nya boleh bertambah-tambah dengan jayanya!

Friday, September 24, 2010

Abah Demam!!!

Haih..abah demam. suhu panas dia 39.28 darjah celcius tau..panas giler. Terus mintak MIL mama hantar dia pegi klinik sebab balik skolah jek muka abah dah merah padam kepanasan.

Dokte kata abah kena hujan. Mintak seorang makcik buatkan air penawar pun makcik tu kata kena hujan panas & abah tak terus mandi. Memang abah ada kena hujan pun balik sekolah. Mama suh dia mandi dia takmo..lambat2 sampai la petang..tu la dia..degil..

Bila ada yang demam macam ni..kita jugak yang tak senang duduk kan..biasalah..isteri & ibu. Harap2 cepatlah abah sembuh..

Thursday, September 23, 2010

"Sweet & Cute Baby 'Exploration Time' Contest"


Contest ini anjuran MamaLieyna ye kengkawan. Kalau nak join sila klik banner

*
*
*
*
*
*
Gambar contest pilihan kali ini adalah..


Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Umur Anak : 2 Tahun 11 Bulan

"gambar ini diambil ketika Tina berusia 11 bulan. Baru bertatih. Caught in action ketika tengah main aquarium atuk dia"

Wednesday, September 22, 2010

Kurma Dari Qatar



Fresh kurma ni jauh datangnya..dari Qatar tau..
thanks to mama najla sebab sudi poskan sikit untuk mama waktu mereka balik beraya aritu.

Mama balik raya awal kan..so masa mama balik rumah, kurma ni dah sampai hampir seminggu..bukak je ada yg dah rotten sket tapi baunya wangi..

Excited punya pasal, mama basuh sebiji yang kuning & mama gigit. Teringin punya pasal la kan..adehh..kelat rupanya. Hahaha... at least dah lepas keinginan kan.. :)

Terima kasih banyak2 to mama najla.. siap kasi fridge magnet gambar unta dari Qatar lagi ha..
Thanks a lot..

Aksi Ceria Si Manja

Sila klik pada banner untuk join ye..contest anjuran
http://syamila02.blogspot.com

Tadaaa.. pic pilihan hati mama
v
v
v
v
v
v
v
v


Nama Si Manja : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Umur Si Manja : 2 Tahun 11 Bulan

Done!

Tuesday, September 21, 2010

Aiseh.. Kena Jugak

Minggu ni sibuk betul dengan cerita 'malware' sampaikan kat mana2 blog pun cerita pasal ni. Tak sangka pulak malam ni blog mama pulak kena..hish..

Thanks tu mama najla sebab bagitau mama yang dia tak leh masuk blog mama sebab ada serangan malware..

Amarannya cenggini..
The website at sha-noraishah.blogspot.com contains elements from the site mama-syafi.blogspot.com, which appears to host malware – software that can hurt your computer or otherwise operate without your consent. Just visiting a site that contains malware can infect your computer.
For detailed information about the problems with these elements, visit the Google Safe Browsing diagnostic page for mama-syafi.blogspot.com.

Perghh.. nasib baik mama najla tu inform sepakej.. sekali dengan online scan..hahaha..zapp!! terus scan after buang mama syafi punya blog dari list. Mintak ampun la mama syafi ye.. terpaksa.. nanti add balik..

Mama ada provide widget untuk online scan tu kat sebelah kiri nun..ha..silalah scan blog anda jugak ye!

Baby Raya Baby Bergaya Contest

Contest anjuran Ibu Batrisya
Penaja bersama hadiah contest oleh :
Mummy Ryan
Mamaiqbal
Maisyz collection

v
v
v
v
v
v



Nama anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Umur Anak : 2 Tahun 11 Bulan
Tarikh Lahir Anak : 22 Oktober 2007
Email : mama_echah@yahoo.com.my

Itu Semua Tuhan Punya Kuasa ...

Mama terima berita yang menggembirakan tengah hari ni. Adik ipar mama yang disahkan doktor tak boleh mengandung seumur hidup kini telah mengandung untuk kali keduanya. Alhamdulillah sangat-sangat.. syukur.. semoga bertambah bahagialah hidup mereka sekeluarga...

Raya Ke-3 >>> Kota Tinggi

Pagi raya ke 3 kami mulakan operasi beraya kat sebelah mama pulak. First kami ke kampung abah mama di kg sepak hulu. Tinggal adik beradik abah mama jek kat sana..raya pun kejap-kejap jek.. 3 rumah settle.. Layan gambo mak mama & Tina sebelum gerak beraya..


Tina & Mak..masa ni belum keluar rumah lagi





The only baju gaun untuk raya tahun ni. Tengok hidung tu..tengah merah sebab lukanya dah terkopek. Tangan maintain okeh..pegang duit raya

Lepas raya kg abah mama, kami ke kg mak pulak. Raya rumah mak long jek dulu. Sebab dahulukan saudara tua. Yang lain kemudian lah..Pastu..jom kita kerumah ummi diella.

Kat rumah ummi diella mama dah request awal2 nak makan laksa. Pergh..permintaan dikabulkan. Sebab masa raya pertama diorang datang rumah mama, siap dah pesan dengan mak mama lagi tu..jangan tak jadi datang sebab mak teh mama (mak mertua ummi diella) nak buatkan laksa..yahoo..

Tapi maaflah gambar laksa takde tau. Camner boleh lupa pun tak tau. Teringat bila pinggan laksa dah kosong jek..hihihi... makan 2 kali tu..sedap sangat. Thank you mak teh.. muah!

Tapikan..mama ada amik gambar-gambar kuih raya ummi diella tau.. ni dia..


hihihi...jangan marah ye diella.. cantik2 kuih diella..

Ha..tahun depan kalau ada sesape nak tempah kuih bolehlah contact ummi diella..hihihi...

Hmm..tengah-tengah kami melepak2..mak usu mama sampai. Dengan anak-anak dia semuanya..masa diorang makan, mama & abah curi anak dia kejap amik gambo..ni dia sicomel yang debab tu..








Mama & Abah bergambar dengan baby alisha, 5 bulan..ehem.. ada rupa nak tambah sorang lagi tak?


Malam jugak baru kami gerak dari rumah mak teh & ummi diella.. seronok berkumpul berbual2..balik rumah dah penat..mandi..dan zzzz....

Monday, September 20, 2010

Pembukaan Qees Collection





Mama mengumumkan pembukaan QEES COLLECTION yang menjual baju-baju bercharacter kartun seperti Mickey Mouse, Tom & Jerry & Wonder Pet untuk kanak-kanak

Kepada semua kawan-kawan di alam maya.. jemput datang ke blogshop mama ye..sila klik banner

Hanya beberapa item yang baru diupdate. More to come soon!

Segala cadangan & komen sila tinggalkan di comment box ye..terima kasih

Sunday, September 19, 2010

Cerita Raya Ke-2 .. Masih di kg parit baru, pontian

Raya ke 2 menampakkan sinar matahari yang sangat panas okeh.. aduhai..tak terlarat rasanya. Hari ini abang ipar mama akan balik berapa di kampung mertua dia kat muar. Kami pun nak balik ke kota tinggi pulak. Tapi sebelum tu sempat jugak beraya ke beberapa rumah family & atuk-atuk sekelian.

Balik dari beraya petang tu..mama dah sangat keletihan. Mama mandikan Tina. Dia sanggup berendam dalam baldi sebab cuaca terlalu panas. Mama cuma pakaikan dia singlet set jek. Buatkan susu.. dia minum 3 botol. Bayangkan satu botol 8oz!!

Setengah jam lepas tu mama ajak Tina baring2. Penat sangat kan..tak lama pun dia terus terlelap dah. Lama rasanya kami 2 beranak tido sampaikan abah balik dari belanja barang MIL pun mama tak sedar. Bangun terasa macam 'ngong' sket sebab tido lama hihihi...

Sebab sebelum tido tu mama dah siapkan beg-beg & barang2 sekelian yang nak diangkut balik ke kota tinggi.. abah dah pun siap-siap masukkan beg dalam boot kereta. Mama pun apalagi..terus lah basuh muka dan salin baju.

Seelok-elok kitaorang nak gerak, masuk 2 kereta kat laman..pergh..tak sempat lari..adik MIL mama sekeluarga dah sampai..paman seman, auntie ogy serta anak2 & mak edah, paman omar serta anak-anak. 15 orang ada kot. MIL janji nak masak2 so tak sampai ati nak blah camtu jek. Naik balik tolong masak2 dulu..

Kul 8 lebih..kami pun gerak balik ke kota tinggi umah mak mama...yahoo...kita sambung cerita besok la ek. Mama letih sangat rasanya ni..

Psst...gambar raya kedua takde la..raya umah org tua2 ..hihihi malas nak amik gambo..

Misteri Nusantara DiMalam Raya Pertama

Ha..macam yang mama janjikan pada post lepas ek.. pada malam raya pertama di kg parit baru pontian, kami semua dok kat beranda depan rumah sebab menghantar kakak ipar mama yang nak balik ke sebelah suami dia di KL. Masa tu lebih kurang pukul 8 lebih ke pukul 9 kot kakak ipar mama tu gerak ke KL

Sebaik kereta hilang dari pandangan, abah pun mula membakar sebijik mercun bola. Bergegar jugak la kuatnya kan.. jadi MIL mama suruh abah main jauh sikit dari rumah. Sebab takut baby adam terperanjat kan. MIL mama beriya2 suh abah main kat jambatan (umah parit baru ni ada jambatan sebab kena lintas parit besar)

Abah pun pergilah main kat sana. Kami masih dok situ jugak. Mama, kak linda, mak long & MIL mama sekali. Kami dengar & nampak 2 bijik mercun bola meletup. 3 bijik mercun lagi tak meletup pulak tapi kami tak syak apa2

Sekejap tu abah kambali ke beranda sambil mengelap-ngelap pipi dia. Sekali mama tengok..eh..darah la.. so kami semua ketawakan abah sebab kami mati2 ingat dia kena mercun bola. Tapi abah nafikan. Abah kata abah kena 'baling' dengan 'seseorang'.. hmm.. lagi la kami gelak.. pandai je nak tutup kesalahan kami ingatkan...dah main mercun..

Tiba-tiba dalam gelak2 tu kak linda, kakak ipar mama bersuara mintak pen & kertas. Sekali dia mintak dengan hubby dia..hubby dia terlambat sket datang. Dia bersuara..mintak lagi. Kali ni nada suara dia dah lain macam. Mama signal kat abah.. abah angguk.. ooooo..owh owh.. ayo.. kakak ipar mama ni dah 'kerasukan'. Memang dia jenis yang lemah semangat sket.. mama tak rasa apa2 cuma mama tengok dia agak pelik la masa tu.

Mama pun terus dukung Tina & naik atas rumah. Inform kat MIL mama.. berkejar MIL mama turun ke beranda sambil tutup pintu. So, mama tak nampak apa jadi kat bawah tapi kata MIL mama. kak linda menulis sesuatu atas kertas. Sekejap tu mama dengar suara abah jerit 'air'.

Dalam kelam kabut, MIL mama naik atas rumah amik air dlm mangkuk. Jap lagi abah naik pakai baju & kain pelekat. MIL suruh abah amik wuduk dulu. Mama memang tak tanya atau tegur apa2.. tengok jek

Then MIL mama cakap, kak inda masa tak sedar tu menulis tulisan jawi kat atas kertas. Tapi tulisan tu tulisan jawi ejaan lama dulu2. Yang ditulisnya adalah ...

"Minta anaknya hantar air al-fatihah ke jambatan"

Jadi abah pun pergilah.. ditemani FIL mama ke jambatan. Kami memang terkedu dengan kejadian tu. Nasib baik masa tu baby adam tak menangis..

Lepas abah hantar air tu.. darah pada luka kat pipi berhenti. Walaupun sebelum ni memang darahnya tak padan dengan luka. Luka tu kecik jek tapi darah dia terus keluar walau dilap. Memang tak padan la darah dengan lukanya..

Malam tu pun aman jek..takde kejadian pelik berlaku lagi. kami semua tidur dengan lenanya..

Tengahari raya kedua, abah dengan abang sulung dia pergi ke jambatan untuk ambil betik. pokok betik tu betul2 dihujung jambatan. Dorang memang berniat untuk tengok apa 'makhluk' yang ada kat situ. 'Makhluk' tu menunjukkan diri sebagai seekor ular hitam. Abang ipar mama kata..'makhluk' tu adalah jin.

Pengajaran cerita:
kadang-kadang kita lupa sebab kita tak nampak kewujudan 'diorang' ni. Walaupun begitu abah kata, kita cuma taat & takutkan Allah sahaja. Tapi dalam masa yg sama kita kena la percaya & hormati yang makhluk Allah yang lain turut berada diatas muka bumi ini...


Saturday, September 18, 2010

Cerita Hari Raya 2010 - Episod Parit Baru, Pontian

Alkisah raya tahun ini mama sekeluarga beraya dirumah family abah di Parit Baru, Pontian Johor. Gilir-gilir kan.. so 9hb kami dah bertolak balik ke kampung parit baru. Dengan berpuasa, mengemas rumah yang baru siap dibina memang sangat mencabar keimanan..hehehe.. mama duduk mengisi kuih dalam balang dan duduk membungkus hidangan yang nak dihantar ke rumah-rumah je. Rilek sket la..curi tulang.. :)

Pagi raya abah & para bapa sekelian pergi ke mesjid sembahyang sunat hari raya tapi yang ibu-ibu tak ikut pun. Mana nak ikutnya.. anak-anak sekelian tak mandi lagi. Maklumlah bilik mandi ada 2 je yang comel2.. kena amik turn. Jadi kami dahulukanlah orang yang nak pergi sembahyang raya. Diorang dah pergi maka mama pun cepat-cepat siapkan Tina dan bersiap untuk diri sendiri..

Balik sembahyang raya masing-masing berterabur buat tugas masing2. yang melayan anak-anak la..yang sibuk menyiapkan kamera untuk photo session la.. yang lebihnya masih kat dapur menyiapkan hidangan dimeja makan

Apa pun, tradisi family abah ialah bertakbir anak beranak dipagi raya. Didahului oleh atuk, diikuti oleh abang ipar yang sulung, yang kedua, yang tengah, kemudian abah dan diakhiri oleh adik ipar mama.

Selesai bertakbir, atuk memberi nasihat & peringatan kepada anak-anak, menantu & cucu sekelian. Habis itu.. maka bermulalah upacara bersalaman. Yang pertama.. isteri2 bersalaman dengan suami masing-masing. uiskh.. berderai-derai air mata masing-masing.. hehehe..termasuklah mama & abah. Siap berpeluk-peluk bagai nih.. hahaha... drama betul la.

Kemudian, barulah bersalaman dengan seluruh ahli keluarga. Bermula dengan atuk, nenek, kakak ipar yang sulung dan seterusnya. Kami beratur mengikut turutan siap dengan cucu-cucu sekelian sekali. Yang kecik macam Tina & kimi pun kami ajar bersalam. Yela walaupun diorang ni belum faham tapi Tina bagus jek sebab dia ikut apa yang mama & abah buat. .. :)

Dan sessi bergambar-gambar bermula.. mama tunjukkan gambar keluarga sebelah abah..

Berdiri dari kiri : Mama, kak linda, kak yus & baby adam, kak azi, kak leena, atuk, nenek, pak su, kimi & abg sharif, abah, abg aid

Duduk : Awisy, Tina, Opie, Danial & abg amy







Tahun ni tema maroon ek.. cuma ibu-ibu sekelian je yang tak maroon menyala sebab nak matching dengan family masing-masing.



Lepas sembahyang jumaat, kami pun gerak beraya ke rumah saudara-saudara yang tua kat kampung tu. Ada 3 ke 4 buah rumah jugak yang diterjah. Balik rumah sudah sangat penat okeh.. malam tu ada kejadian misteri nusantara berlaku...sambung part 02 la..ek..tunggu

Sebelum tu.. layan gambar raya Tina, mama & abah dulu ye..





Buffered Earning Yang Pertama!!!

Masa sebelum cuti raya..tengok menda ni takde..







Yelah kan..selama ni hanya tengok jek orang-orang lain post pasal diorang dapat BE nih. Mama tumpang gembira je la..sendiri punya masih 'zero BE'

Sekali tergerak hati nak check pagi buta nih..eh..mama pun dapat la..

Hehehe...so takdela mama jeles lagi..sebab mama pun dah dapat..

Friday, September 17, 2010

Kesan Tragedi Sehari Sebelum Raya..




Macam nilah teruknya keadaan hidung Tina pada hari raya pertama.. lebam dibatang hidung & merah kehitaman melelas di hujung hidung..kesian sangat

Mujur Tina tak meragam. Kemana sahaja kami beraya..semua bertanya tentang hidungnya yang nampak sangat teruk..

tapi takpe..anak mama & abah tetap comel & cute kan..

Tragedi Sehari Sebelum Raya..



Inilah yang mama kata tadi..tragedi sehari sebelum raya..

Pagi 9hb .. sebelum bertolak ke kampung parit baru, pontian.. kaki Tina tersandung comforter dan jatuh tersembam kearah sofa. Pijar dia menangis. Bila mama tengok, rupanya batang hidung dia terhentak pada kayu frame sofa & hujung hidung melecet teruk tergeser pada kusyen sofa tu. Kejadian berlaku kat rumah mummy azie..kakak abah

Pada masa tu mama panik jugak. Mujur tak ada darah yang keluar..cuma bintik2 darah dibawah kulit hidung. Aduhai.. lama jugak dia menangis..kesian betul

Masa gambar ni mama ambil, batang hidung yang terhantuk tu belum bengkak lebam lagi..

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Semua..


Buat semua kawan-kawan blogger & facebook
Tina, Mama & Abah ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Blog Tina, Mama & Abah akan bercuti panjang sempena hari raya
Panjang umur..diizinkan Allah
kita bertemu lagi selepas aidilfitri ye..
Jaga diri & keluarga baik-baik
Jaga kesihatan.. makan berpada-pada
dan berhati-hati dijalanraya..
Assalamualaikum

Tuesday, September 7, 2010

Yahoo.. Sampai Dah


Ini t-shirt muslimah yang mama beli. Cantik t-shirt ni. Tangan cekak.. ntah kenapa teringin sangat nak pakai t-shirt macam ni.. :)
baru sampai depan gate tengah minggu lepas pun..

Monday, September 6, 2010

Setelah Lama Mama Menanti ... Akhirnya..


ini edisi lepas..yang baru bukan gambar nih.malas nak snap gambar,pinjam kat en.yahoo jek


Siapa yang minat membaca Majalah Laman Impiana..angkat tangan!! Mama dengan abah angkat tangan dulu ek... bukanlah dah bertahun tapi ada la 2 ke 3 tahun kebelakangan ni. Lebih tepat lagi sejak-sejak kawen & berangan nak beli rumah sendiri ni..ececeh..betul..

Ala normal kan, semua orang ada keinginan nak ada taman macam yang kat dalam Laman Impiana tu kan..jangan bohong..puasa ni..tuhan marah.. :)

Mama dengan abah sejak awal tahun ni memang dah pesan dengan aci kedai buku tempat abah selalu beli buku dari zaman abah kecik-kecik dulu lagi..supaya simpankan Majalah Laman Impiana untuk kami setiap keluaran. Jadi tak payah takut terlepas edisi pun. Aci tu akan simpan sampailah kami datang..thank you aci.. :)

Yang keluaran bulan ni.. kami dah nampak kat Jusco aritu..so hari jumaat aritu abah dah pegi beli kat kedai aci..mama tengok maljalah tu dah ada dalam kereta..senyum jek la mama.. wadah pengisi kebosanan kami kan..

Dan sehinggalah malam tadi bila mama membelek Majalah Laman tu..terpandangkan kat mukasurat yang depan-depan tu..ala-ala surat pembaca tu la kan. Ayat satu email tu macam mama kenal..macam pernah baca.. tak tengok pengirimnya ni, mama terus baca sampai abis la.. dah sampai bawah..ha..memang sama la..

Tengok2..

:) betullah..itu memang email mama..ta sangka pulak email mama terpilih untuk disiarkan. Mama ni ada satu habit yang lawak tau.. mama sangat irihati tengok email ke surat orang lain ke terpilih untuk tersiar dalam majalah ke..buku ke.. nanti mama nak jugak terpilih & tersiar. Kadangkala bukan dapat apa-apa pun tapi rasa puashati & seronok bila terpilih & tersiar tu..hehehe..lawak kan..

Kat bawah tu kata..setiap email & surat yang tersiar akan dapat hadiah buku dari alaf 21. so kita tunggulah buku apa agaknya yang mama akan dapat.. :) tak sabar pulak!

Laman Belakang.. Batch Terkini





Ini semua gambar-gambar batch terkini projek menanam sawi dihalaman belakang. Subur & sihat menghijau nampaknya. Cuma serangan siput pergh..tension..tak terkawal langsung. Ini sikit je..sebenarnya banyak lagi yang dah 'terkorban' jadi santapan siput. Biarlah..dah rezeki dia nak buat camner..

Dan sahur pagi tadi mama ambil 3 pokok untuk ditumis buat hidangan. Cukuplah..makan berdua je kan. Pokok sawi ni masih kecik tapi sebab nak balik umah mak mama..bimbang bila balik dah tak dapat tengok pokok sawi ni lagi.. siput makan..

Hmm..hijau-hijau kan..sungguh... sayang sangat nak ambik.. :)

Sunday, September 5, 2010

Sahur Pagi ini...


gambar pinjam kat yahoo..hehehe meriahnya bunga matahari nih.
.


Mama bersiaran dari rumah MIL pagi ni. Tido sini malam tadi sebab abah takde. Abah teman MIL balik rumah kampung malam tadi lepas terawikh. So, mama terpaksalah tido rumah MIL sebab mama kan penakut nak tinggal dengan Tina je kat rumah lepas kejadian pecah rumah awal tahun aritu..

Bangun sahur macam biasa..kunci jam..bangun sendiri..masak nasi. Mama tak biasa makan nasi sejuk untuk sahur. Rasa tak sihat jek. So, macam manapun mama tetap akan masak nasi. Pukul 4.45 mama dah start makan dah. Lauk daging berbuka semalam jek la..pepagi nih tak lalu la nak makan lauk macam-macam..

Sambil berjalan-jalan blog kengkawan sekelian.. mama bukak FB jugak..main game hahaha...time Tina tido ni la nak main game dan bersukaria..bukan apa..kang dia dok mengacau jek..hehehe...tangan cam sotong tekan itu ini.. :)

Siang sket kang nak balik rumah la.. banyak keje2 rumah yang lom settle pun. Nak membasuh lagi..esok lusa nak balik rumah mak mama dah.. 7hb Tina klinik kat kota..aih.. sarung kusyen sofa pun tak basuh lagi..

Saturday, September 4, 2010

Jalan-Jalan Tengah Malam..Eh..Awal Pagi La..

Ha..lepas berbuka kat rumah MIL semalam, abah konon-kono nak mencari mentol & peralatan lampu untuk dipasang kat rumah MIL yang kat kampung. So, pukul 10 kot camtu kami keluar ke kedai dekat-dekat Tun Aminah je untuk tengok2 tapi banyak kedai dah tutup. So, kami teruslah menghala balik ke mutiara rini. Singgah kat kedai RM2 yang kat depan taman. Abah survey-survey harga barang.Pastu abah ajak jalan-jalan tau..ke Tesco..sebab Tesco kan tutup pukul 1 pagi weekend..

Balik rumah salinkan baju Tina yang basah peluh..buat susu dan ambil botol air..mama salin t-shirt pastu terus ke Tesco.. Sampai Tesco dalam pukul 11.20mlm..hehehe..tak ramai orang pun..aman jek jalan-jalan waktu macam ni. yang ramainya pekerja tengah susun-susun barang.

Lama jugak kami jalan-jalan.. oh ye..beli minyak masak sekali..asyik terlupa je nak beli. Yang kat rumah dah tinggal sikit sangat dah. Nk goreng ayam sekali lagi pun tak lepas.

Lepas bayar kami terus balik..masuk je rumah mama tengok jam dah pukul 1 pagi..hehehe.. tak lama lepas tu Tina dah tertidur dah penat agaknya..hehehe...

Friday, September 3, 2010

Kata Tak Nak Pegi Tapi..Lastnya Pegi Jugak

Ini cerita majlis berbuka hari ini. Dah dari semalam lagi abah ada cakap kat sekolah dia ada anjurkan majlis berbuka untuk budak-budak sekolah & kakitangan sekolah. Mama actually malas nak pegi. Bukan apa, takut cikgu-cikgu lain tak bawak wife pun..malu la mama kang. Dan mama sebenarnya tak nak la dikata 'mengekor' jek mana abah pegi. In case sometime dia memang patut pegi sorang kan..

Tapi bila mama cakap dgn MIL mama, MIL mama suruh mama teman abah pegi. Takut abah kena ngorat hahaha.. takdelah.. Yelah, kata MIL biasanya kalau majlis berbuka cikgu-cikgu memang bawak wife & anak.. so mama boleh la pegi pun..Masa kat umah MIL tu mama memang cakap.."tengoklah mak.."

Pagi..sebelum abah gi sekolah dia tanya mama lagi untuk kesekian kalinya..nak pegi tak. Last-last mama cakap jek..pegi. Cerialah sikit air muka dia..hahaha..

Pukul 4 lebih dah gerak sebab pukul 5 agendanya dorang nak khatam quran dulu. Sesampainya kat sana memang dah ramai..kata budak sekolah..memang la ramai kan..harus! So mama sesalam-salam dan teruslah menolong apa yang patut.

Ni satu lagi..nak amik gambo-gambo sekelian malu la pulak.. sudahnya tak amik sekeping pun gambar. Sabo ajelah..

Gitu-gini..menu nasi biryani lauk ayam, dalca & acar darat. Ada kuih talam, karipap, donut, dan ada la beberapa benda lagi. Dorang ni berbuka buat air bandung..lemahnyo den. Mama memang anti air sirap bandung ni..tak suka!! Nasib baik ada air teh suam..kalau tak ntah nak minum air apa agaknya..

Pukul 9 malam gerak balik sebab nak amik encik waja kat bengkel. Hantar semalam. Brek problem, wiper problem & regulator pintu. Semuanya tu adalah tanda-tanda tak sihat untuk dibawak beraya. So, kenalah repair dulu..makan gak RM400++ aduhai..nak raya2 nih..macam-macam dugaan la..nasib baik shopping raya Tina & mama dah selesai. Mama sikit jek. Tina la yang lebih. Abah mengalah tahun ni.. buat baju melayu baru je. Walaupun sebenarnya abah ni patut kena beli baju untuk beraya.. abah ni makin sihat badannya sejak-sejak puasa ni..tapi bajet tidak mengizinkan. Dapat memenuhi untuk Tina tu pun dah syukur.. anak-anak yang nak beraya kan..

Balik..tunggu mekanik hantar kereta kat rumah MIL.. makan-makan sikit jamah.. pastu terus balik. Sampai je rumah..mandikan Tina..salin baju tidur..buatkan susu & dia lelap tak lama lepas tu. penat sangat la kot.

Mama pun cepat-cepat mandi..terasa segar rasanya kena air.. tengok blog sekejap ni ha.. pas ni bolehlah tido.. huhuhu kang pukul 4:15am dah nak kena bangun masak sahur pulak..ok lah..penat la..

Wednesday, September 1, 2010

Contest - Memek Muka Si Manja


Mama nak join contest dari Ibu Akil nih.. specially invited by Mama Najla..TQ lord..
Rasanya semua requirement mama dah ikut
dan ini

v
v
v
v
v
v
v
dipersembahkan..gambar contest mama..





Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Umur Anak : 2 Tahun 10 Bulan
(gambar diambil semasa anak berumur 7 bulan)

Boleh ye Ibu penganjur? Tak kisahkan umur berapa masa amik gambarnya..

JOM JOIN..KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...