"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Koleksi Baju. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Baju. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Tina The Dora?


Hehe..Tina The Dora ke..Dora The Tina ke.. sama je kan
Baju Dora ni adalah hasil 'rayapan' abah & mama kat uptown masa gi KL end of last year. Penat tau berjalan..berpusing cari baju dora..ni je la yang kami jumpa.

Suka giler Tina dapat baju nih.





Peace!.. suka sangat buat jari macam ni tau kalau mama ambik gambar dia..Ni gambar masa pagi..lepas mandi..pakai baju sumer..siap sepitkan rambut lagi tu ha..almaklumlah rambut 'Goldilock' Tina tu dah panjang. Kadang2 menganggu dia suap makanan..kadang2 sampai masuk2 mencucuk telinga..hihihi




Sepit Mickey Mouse..RM1 per pcs beli kat U-Mall. Ingat mama nak menambah koleksi sepit2 dan pengikat rambut sekelian..nantilah..si comel ni agak cerewet pilih sepit..siap nak suruh dukung2 nak tengok sepit2..

Mama tengok anak dara kawan2 lain mcm mamanajla & mama zara tengah giler kan princess..tapi Tina belum lagi la nampaknya. Dia tak pandang pun princess..sebab dia tengah angau dengan Dora.. barney.. toy story..

Tina..tina.. :)

Tuesday, September 7, 2010

Yahoo.. Sampai Dah


Ini t-shirt muslimah yang mama beli. Cantik t-shirt ni. Tangan cekak.. ntah kenapa teringin sangat nak pakai t-shirt macam ni.. :)
baru sampai depan gate tengah minggu lepas pun..

Monday, August 30, 2010

Tina Suka Ini !!!



Semenjak dua menjak ni Tina sangat kemaruk pakai baju character kartun. Semuanya dia nak dari Mickey Mouse, Ultraman, Pooh, Doraemon, Ben 10 dan macam-macam lagi yang buat mama sakit kepala bila beli baju.

Mujur jugak mama jumpa set baju & singlet kartun nih. Tak mahal pun. Murah jek. So, boleh beli lebih sikit. Tina ni bukan boleh aci tau, bila teragak jek sesuka hati dia nak pakai. So kalau ada 2 pasang tu kira selamatlah dari dia moody & menangis. Murah je pun..

Yang ini batch terbaru mama beli. Kan sekarang tengah kemaruk Mickey Mouse punya character, so semuanya pun nak mickey mouse jek..







Diatas ini adalah diantara batch terbaru baju kartun yang mama belikan untuk Tina.. semuanya boleh dipadankan dengan seluar 3/4 atau pun dipakai berasingan. Tapi Tina biasanya nak pakai satu set sekali.

Dan jika ada para pengunjung blog mama yang membaca post ini berminat nak mendapatkan baju-baju seperti yang mama belikan Tina ni, atau nak tanya apa-apa mengenai baju-baju ini bolehlah tinggalkan jejak di komen box ataupun chat box mama

Mama bukanlah bukak online business pun cuma kalau ada yang berminat bolehlah mama cuba dapatkan untuk sicomel anda..

Eh..dah macam promo pulak. Hmm.. dah anak tengah kemaruk kartun kan, terpaksalah cari alternatif yang murah untuk menjaga kepentingan ekonomi keluarga hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...