"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Thursday, July 25, 2013

Bila Dia Melukis Dengan Paint Lagi..

Tina melukis lagi dengan paint semalam.. nasib baik mama perasan..sempat jugak amik video lively dia melukis mcm mana..


 

Sangat kagum dengan apa yang dia buat :) .. mama pun tak pandai rasanya nak buat macam ni tau. Mama paling tak suka lukisan..paling tak suka melukis..huhu

Tina melukis dengan paint setiap hari.. mungkin itu cara dia mahirkan jari-jari dia kot..entahlah..

Mama ada snap-snap gambar jugak tau :)











Mama dengan abah dok belakang sambil amik video..perhatikan dengan perasaan yang tak dapat nak digambarkan.. betapa anak kecik macam ni berbakat buat macam ni kan..

Alhamdulillah..

Ini real hokay :D


Tuesday, July 23, 2013

Oops.. Bukan Yang Tu La.. hihi


Kerana kata nak cucuk buat blood test.. ramai yang tersalah anggapan..huhu.. cakap pulak KK (klinik kesihatan) lagi ramai yang anggap tang "tu"

Maaflah.. tak sengaja.. tapi mama memang cakap yang benar. Mama kene buat blood test kat kk pagi tadi. Tapi blood test tu adalah full check up untuk kesihatan sahaja.. bukan nak check yang lain ;)

Mama ada gi kk awal puasa aritu.. masa tu demam & selsema.. tapi mama pegi bukan sebab tu pun. Mama pergi kk sebab nak tanya tentang fertility check up atau bahasa senang dia.. nak tanya pasal kesuburan..

Jadi dokte yang mama dapat pun dokte pompuan.. bagus juga. Senang nak tanya pape kan. 

So dokte pun tanya lah segala macam soalan dari menses sampai pregnant Tina & keguguran.. segalanya lah gitu senang citer. Lepas tu baru dokte explain.. dalam kes mama, tak boleh lagi nak klasifikasikan sebagai secondary infertility sebab baru je keguguran tahun 2010.. kiraan tahun belum cukup nak masuk tang situ. 

So, mama cakap lah.. mengambil kira faktor umur.. dah sampai border dah nih.. i should be worry sebab teringin nak ada anak sorang dua lagi la kot..huhu

Thats why dokte suggest blood test untuk full check up kesihatan tu sebab kata dokte kalau badan kita tak cukup sihat.. kita takkan menghasilkan ovum yang sihat jugak. Sebab tu susah nak mengandung. Eh.. susah ke? huhu.. mama punya kes tak lah susah .. few times dapat double lines tapi tak sempat bertahan melepasi 1st trimester.. tapi just mama & abah je tau hal tu..

so sebab tu nak check..

Above all.. sebelum kita nak tau subur ke tidak.. kita kene tahu kita cukup sihat ke tidak. Ayat dokte tu yang buat mama setuju nak blood test..

thats it.. dah buat blood test pagi tadi.. result will be collected 30th july 2013 jam 10 pagi..
 
Hope everything takde pape masalah.. doakan ye.. :)

Friday, July 19, 2013

Kuih Keria Keledek Pemanis Mulut Ramadhan 10

Untuk sehari lagi berjaya mengelak ke bazar ramadhan. Awal pagi masa hantar Tina ke kindie mama dah menjengah ke pasar taman u.. cari keledek sikit.. Cadangnya nak buat kuih keria keledek :)



Resepinya ada di SINI ye
Mama masih menggunakan resepi yang sama je cuma bezanya kali ni dah tak payah menyukat2 sangat dah. Dah boleh agak dengan tangan je adunan tu ..ececeh.. hihi

Sebenarnya ramadhan macam ni la pentas membuat percubaan-percubaan memasak & buat kuih.. hihi.. 8 tahun kawen kene la upgrade diri sendiri sikit-sikit kan.. kalau dulu-dulu baru kawen nak goreng mee pun tak pandai.. hihi..sungguh.. tak tipu..

Satu kepuasan memasak untuk suami & anak.. bila mereka suka makan.. mama jadi kenyang serta merta ;)

Lauk untuk hari ni mama tak masak baru, cuma panaskan lauk semalam je.. permintaan abah & Tina. lagi pun tadi mama hangkut semuanya berbuka kat rumah mil.. 

Buka ramai-ramai..sekali jalan je semuanya habis.. suka hati :)

Jumpa lagi esok..

Rahsia Surah Al-Kautsar


RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

 BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

Resepi Roti Pizza Berkeju

Ni semua hasil menggoggle.. hihi
resepi asal dapat dari SINI

Yang ni versi mama ye.. :)

Bahan-Bahan:
Roti - pape roti pun takpe, jangan roti kacang ke roti jagung ke sudah..roti kosong
Sosej - berapa banyak terpulang
Sos - sos apa terpulang, cili ke tomato ke.. ok je
Mayonis
Cheese - pape bentuk & jenama pun takpe
Mentega @ Majerin
Mixed vege (kalau ada)

Tapi yang gambar atas ni mama guna wholemeal yang buku tu tau.. kene potong slice sendiri..

Cara-Cara :
- potong roti anda ikut suka..potong jangan nipis sangat

- rebus dulu sosej dan potong mengikut kesukaan

- Sapu roti dengan majerin @ mentega, susun sosej, mixed vege (kalau ada), picitkan mayonis, picitkan sos dan akhir sekali tabur@susunlah cheese anda. Nak banyak boleh..nak sikit pun boleh je

rupa sebelum dibakar



- Bakar dalam oven sampai cheese cair




Korang cubalah.. lepas ni susahlah nak cari roti terbuang lagi hihi

Thursday, July 18, 2013

Juadah Ringkas Ramadhan Ke-9

Alhamdulillah juadah ringkas siap jua menjelang berbuka :)
Tak ke bazar lagi tau .. belum jejak bazar sehingga hari ini.. bravo!

Tumis kacang panjang


Sotong Masak Hitam


Roti Pizza Berkeju (Home Made)


Begitulah.. berbuka ala kadar. Masakan isteri tu lebih sedap kan abah? hihi
Mama senang hati tengok Tina senyum lebar bila nampak roti tu atas meja.. memang fevret dia tapi mama tak pernah buat. Selalunya beli je kat giant.. :)

Kali ni mama buat khas untuk sayang-sayang mama :)

Juadah Berbuka Ramadhan ke-8

Alamak.. semalam lupa post entry..
Alhamdulillah.. berjaya untuk tidak ke  bazar ramadhan sehari lagi..

Pening fikir menu.. tapi akhirnya abah jadi ice braker.. nak makan masak lemak kobis.. jadi mama tinggal lengkapkan tempat kosong dengan padanan yang sesuai jek hihi..

 




Padanan sesuai dah jumpa.. maka ter rajin pula membuat cucur udang tembam nih :) hihi


Cuma sos dia kali ni mengelat sket..guna sos pencicah keropok lekor jek.. alhamdulillah sesuai sangat :)
kata abah.. dah boleh jual.. ececeh.. 

Menu korang apa?

Tuesday, July 16, 2013

Kisah Tina Berpuasa & Menu Berbuka Ramadhan Ke-7

Syukur..
Untuk sehari lagi berjaya menyelamatkan diri dari membazir duit di bazar ramadhan.

Puas sebenarnya memikir dengan incik abah.. kalau ke bazar tu apa nak dibeli. Kesudahannya.. mama kata tak payah pergi. Masak kat rumah sudah ..huhu

Pukul 4 lebih dah ke dapur sebab hari ni abah nak ajak berbuka puasa kat rumah mak tun aminah.. Ok.. puas bersilat-silat kat dapur.. ini je la hasilnya..

Ikan Cencaru Bakar & Air Assam


Cekodok Pisang


Nasi Goreng Kampung

Nasi goreng kampung tu permintaan Tina yang puasa. Sian la sangat sebenarnya tapi dah beberapa hari dia ok je. Dikejut sahur dia bangun tapi tak mahu makan nasi. Cuma nak susu je sebotol. Mama ni tak zalim la weh.. dah dia tak nak makan apa-apa masa sahur.. mama tak berani nak strict sangat. Risau dia tiba-tiba pening sebab lapar ke pe kan.. kang susah plak diri sendiri..

Hari ni tadi.. sahur sebotol susu, balik sekolah dah baring je.. dia mintak susu & makan. Tapi mama kata puasa.. boleh susu je sebotol. Makan nasi nanti malam. 

Sebelum pergi iqraq.. dia datang tutup muka dengan bantal.. hulurkan botol susu & cakap..
"Mama.. boleh tak bagi saya susu 1 botol lagi je.. lepas ni sudah.. tunggu malam.. "

Kalau korang.. aduhai.. mama tak sampai hati. Mama bagi juga susu sebotol. Lepas menyusu dia sendiri hantar botol ke dapur & tutup pintu dapur.. very good girl

Lepas tu tak berbunyi lagi sampailah mama sibuk2 memasak berbuka..

Berbuka pun dia cuma makan 2 mangkuk nasi goreng yang dia nak tadi tu.. sebotol air masak.. sekeping roti bersapu milo & after 1 jam berbuka.. 1 botol susu..

Tak apalah.. kita buat slow2 ye sayang.. :)

Monday, July 15, 2013

Menu Berbuka Puasa Ke-6

Mama tak sihat.. 
batuk, selsema, tekak sakit & demam
tapi alhamdulillah walau sekejap-sekejap terasa pening-pening, mama masih mampu memasak juadah ringkas untuk kami berbuka.
Alahai.. menu untuk 3 orang je kan.. simple-simple je



Buah melaka ni teringin dari aritu..awal puasa tapi asyik tertangguh. Tak nak ngences..mama buat juga tapi dah takde sun nak makan.. dah tak ingin. 
Buat sebekas kecik je pun.. jadilah




Daging masak lemak cili padi dengan kentang. Kumbah-kumbah dalam peti ais jumpa daging bulan lepas punya.. tak banyak pun. Ada lah dalam 2 penumbuk mama je. Cukuplah untuk lauk berbuka & sahur nanti. Kentang tu adalah benda yang mesti.. kang ada yang merajuk plak tak jumpa kentang

See..simple kan menu mama arini..
tekak masih tak sedap.. gatal & sakit
Harap-harap cepatlah sembuh.. seksa berpuasa dalam keadaan macam ni

Doakan mama cepat sihat ye..

Wednesday, July 10, 2013

Masterpiece : Melukis Gunakan Paint di Lappy .. Tak Sangkanya Kami..


Entah bila masanya dia belajar melukis dengan menggunakan paint. Mama tak perasan. Cuma by one day mama terserempak dia tengah melukis dekat lappy. Thats why dia suka mengadap lappy dia berjam-jam. 

Bila mama perhatikan.. dia akan buka 2 window kecik.. satu bukak youtube dan satu lagi bukak paint. Letak sebelah menyebelah. Yang tu pun takde sape ajar..dia buat sendiri. I dont know how she know.. tapi memang kami tak ajar pun. 

Then after bukak 2 window sebelah2 tu ..dia akan tengok youtube & melukis sekali.. macam tu.

Same goes to gambar yang bawah ni. Nampak tak belakang tu ada windows satu lagi. Gambar ni belum siap lagi. Mama snap gambar ni sebelum abah ajar macam mana nak tulis nama dia kat atas lukisan ni. Sebelum ni dia akan menulis secara manual..

This is really oshem kan.. siap ada kaler-kaler lagi. Sebelum ni takde versi kaler-kaler.. black & white je.

She did know how to make the background. Dan dia nak background tu lain-lain kaler.. thats why dia buat partician.. how did she know all this?? Youtube i guess..

Mama memang tak pandai lukis.. freehand ke paint ke.. memang kayu.. may be Tina ni ikut abah.. sebab abah melukis lebih cantik lebih elok dari mama. Tapi bila abah tengok lukisan Tina kat paint ni.. abah pun kagum.. things really small tapi cukup sempurna.. tengok tu siap ada tocang poney lagi ha.. addehh..

Tulisan yang tu abah yang ajar.. ok..yang ni siap dah ni..

Wanna see little cute montel girl who draw this?
ok..

This is her..
Our cute montel girl
How i wish that i could have this kind of artistic hand & talent ha.. hihi

Very Good Job Girl..

Saturday, July 6, 2013

Aktiviti Sabtu..

Hari ini kene duduk rumah sebab abah sekolah. Ada hari sukan. Nak ikut tak terlarat.. plus malas plus ada banyak baju nak basuh.. Alasan sebenarnya hokeh..hahaha

Hari ni mama bagi tina bangun lambat.. syok dia berselubung bergulung2 dalam comforter hihi. Bangun je mintak breakfast roti telur.. ok la.. kami breakfast roti telur berdua beranak..

Settle session buat keje sekolah.. mama biarkan dia main apa dia suka.. tu tengok gambar.. dia duduk dalam bilik dia.. fevret spot dia la tu sebab semua plush toys & buku ada kat sana. Ni amik gambar curi2 ni.. hahaha..

Buku..buku.. & buku lagi..




Tunggulah abah balik.. kot tak penat dia bolehlah keluar.. kalau penat..wassalamu la ..dok umah je ..huhu

Friday, July 5, 2013

Kindie Excursion 2013

Hari ini hari excursion.. dan tahun ini excursion adalah ke Hello Kitty Park, Nusajaya.. wahh.. excited betul budak montel nih.. Almaklumlah.. nak gi excursion siap dapat kasut baru.. botol air string yang baru..

Hahaha.. kasut dah tak muat.. cepat betul kaki dia memanjang. Kasut yang beli raya tahun lepas dah tak leh masuk dah ..huhu. Botol air string tu sengaja beli baru sebab nak cari yang lebih kecil sket.. nak silang kat badan nanti tak berat :)

Abah belanja :)







Mereka gerak lebih kurang pukul 8.40 pagi.. Nanti pukul 3.30 petang baru masa menjemput :)

Have fun dear!!

Wednesday, July 3, 2013

Nak Buat Jugak : Puding Lapis Oreo Bercoklat

Kerana resepi yang tetiba menjadi famous nih.. mama teringin jugak nak buat lah. Kebetulan oreo Tina memang ada stock hihihi..


Ni gambar puding bila dah sejuk.. masa ni baru nak masuk dalam peti sejuk ni.. hihi

Dan inilah rupanya bila ia dah cukup sejuk untuk dipotong..


Lastly.. rupanya bila sudah dipotong.. cantik ..menarik & rasanya.. nyaman ditekak.. heaven bila tergigit oreo.. siyes :)



Ni resepi dia.. mama kopipes jek dari blog Ayu..

Jom, semak resepi Heavenly milo &  Oreo Jelly (Agar-agar Milo Lapis Oreo)
Resepi asal Ros HomeKreation.
BAHAN-BAHAN
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (mama pun  pilih 1 bgkus agar-agar putih mcm Ayu)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170gm gula (nak kurangkan boleh je. mama buat 150gm)
1 tin susu cair 400g ( derhaka..mama ada setengah tin jek..)
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  6. Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..

Senang je kan..
Selamat mencuba tau.. pssttt... resepi ni Dato CT Nurhaliza pun cuba tau.. hmmm.. nyaman tak nyaman la kan.. :)

Monday, July 1, 2013

Jelas Sudah Segalanya..

Setelah beberapa lama tertangguh.. akhirnya tercapai dalam erti kata mama paksa jugak abah bawak tina ke eye specialist. Mama rasa dia rabun tapi ramai orang kurang percaya. Bila tengok something suka mengecilkan mata.. simptom rabun kan.. tapi ramai yang nafikan dengan ayat2..

"tak lah.. bukan rabun.. dia silau kot tu" 

Ayat macam tu lah melengahkan lagi appointment dengan eye specialist. Tapi mama yang berkeras.. nak jugak bawak gi check. Rabun ke tak tu lain cerita yang penting check up dulu..

Ada sorang sepupu abah bawa anak dia check up kat puteri and it cost about RM200+.. so its ok lah..kami dah dapat info cost dia kan. But kakak ipar suggest kami gi satu pakar mata kat area-area JAKEL lama.. deret-deret ARIANI.. ada satu katanya. Tapi dia tak sure boleh ke tak. Just go and ask je lah kan. Tak boleh kita teruslah ke puteri.. macam tu lah mama cakap kat abah..

Tak susah nak cari klinik tu.. senang je. Masuk simpang kat Ariani tu dah nampak..

Memang boleh check mata budak kat situ..Ha.. masa registration & menunggu nama kene panggil.. tengoklah apa budak ni buat.. dia takut..


Tutup kepala & mata dengan tuala.. hihi mama bawak tuala tu sebab takut dia nangis jek..

Sampai giliran check up.. kusmangat Ya Allah susahnya nak suruh dia letak dagu dia kat machine dokte tu. Aduhai anak.. dekat 15 minit nak buat menda itu saja. Kalau tak letak dagu & standing still memang tak boleh accurate la benda tu.. Allah..

Nak suruh dia tengok dalam lubang hitam tu punyalah payah.. then kami kata dalam tu ada gambar.. picture of a house dokte kata..barulah dia nak tengok.. berinteraksi dengan dokte in english.. baru dapat buat proses tu smoothly..

Okeh siap.. dokte sangat impressed dengan english dia.. cara dia converse.. dan sangat terkejut jugak dengan power rabun dia. Geleng kepala dokte cakap kat kami.. 

Bila dokte kata.. you know.. rabun dia reach 300 and above. Allah! Kami lagi lah kan terkejut.. fuh.. Dalam hati mama terus berkata.. Ya Allah macam manalah anak aku tengok benda selama ni.. apa yang dia nampak.. apa yang tidak.. kabur ke apa ke.. hanya dia yang tau..

Terus pulak pakai spek lubang tu.. nak bagi lagi exact lah power dia dengan silau bagai kan.. lama jugak.. baca alphabet ulang-ulang kali..

Siap itu.. kene pakai pulak spek lubang2 tu dengan power yang sepatutnya dan suruh dia berjalan-jalan dalam klinik.. sambil tu dokte kata kat kami.. 

Normally if the power is not right.. children will want to remove as soon as possible but you see.. she's ok with it.. aah tau..memang tina tak sibuk nak bukak.. tp dia sibuk membaca macam2 chart yang ada dalam bilik dokte tu..

then bila dia terpandang alphabet yang dia baca tadi tu.. dia cakap.. eh.. the alphabet is upside down lah.. hahaha..

Bila mama tanya.. kene guna spek sekarang ni dokte? Dokte kata.. yes.. have to. I dah buat sheet untuk dia. you bawak je pergi kedai dan buat. Make sure buat the cheapest one je dulu sebab i nak you bawak dia datang balik on December nanti sebelum sekolah buka.. kita nak kene tengok balik how she's doing with that..

Dokte kata genetik tu mungkin menyumbang tapi all those gadjets yang paling banyak menyumbang ke arah budak-budak menjadi rabun..so dokte nak kami control gadjet dia & bawak dia buat outdoor activities selalu. kalau tak dapat pun at least once a week supaya dia boleh berjalan, main basikal dan tengok greenery.. tak lah asyik tengok laptop & tab sahaja.. tv & cd sahaja..

Ok.. kita kene ubah cara disitu ye.. kepada yang rasa2 terkena.. sila ubah cara hidup anda..


Alhamdulillah lah.. kami dah dapat selesaikan satu hal. Keluar bilik dokte.. tunggu bil pulak.. Owh my.. total cost untuk checkup RM80.00 

Then kene pergi kedai cermin mata yang boleh buat within few hours je. Maknanya kene cari kedai yang ada stock lenses.. Malas nak gi jauh..kami balik ke Tun Aminah saja..pusing kat situ..



Ini di SIN MING OPTICAL.. sini ada stock lens. Buat kat sini je lah.. Tengoklah tu..sempat lagi buat cheeky face

Dalam jam 3 ke jam 4 macam tu kami gi balik kedai tu untuk ambil spek Tina yang baru..

For the 1st time in life dia pakai spek betul.. aiyoo mama pulak yang sedih :(

Cina kedai spek pyn terperanjat tengok power spek dia woo.. huhu.. sebab umur kecik sangat lagi. But lepas ni hopefully boleh reduce the power or at least dapat takmo bagi naik lagi pun dah cukup baik.. kesian kat my montel..hukhuk..

Kene cakap betul-betul kat dia.. sekolah kene pakai spek so that you can see everything very clear. Dia balas balik.. oo so that i can see all my friends ..sambil senyum. Macam manalah dia tengok alam ni selama ni agaknya kan. 

1st time dengan spek tu dia sibuk pandang kiri kanan.. baca nama kedai..nama jalan.. tanya itu tanya ini.. mungkin sebab dia dah boleh tengok banyak benda yang jauh2.. barulah perasan yang dunia ni ada banyak warna cantik-cantik kot..huhuhu..

Oh ye.. kalau ada yang nak gi check mata anak masing-masing boleh gi klinik ni..

Fees affordable la.. banyak beza dengan tenpat lain kot ;)
dokte pun baik..

So tengoklah insan-insan yang mama sayang sangat-sangat ni..


Another new episode untuk Tina baru je bermula.. we'll do the best for you sayang..promise..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...