Rasa sekejap je masa berlalu..
sweetheart 1 tahun vs 7 tahun
Banyak yang berubah kan
Orangnya tetap sama..
masih bertiga jugak
:)
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."



Actually masa adik mama sekeluarga balik bercuti kat rumah mak mama aritu, diorang ada buatkan Tina baju kurung yang satu saiz dgn anak saudara mama yg sorang tu la.. zulaikha. Tak sangka pula diorang ni satu saiz.. ngam ngam jek baju ni.. tengok tu ..comelnya..
Tina kan memang suka buat facial expression bila mama amik gambar dia.. mama suka sangat tengok dia pakai baju kurung.. ayu sangat..comel sangat..kebetulan baju ni tak panas kain dia, Tina tak banyak songeh pakai..okeh jek dia..

Sian abah kan..masa ni kepala abah panas giler. tampal jek la dengan kool fever tu, letak tuala lembap.. tengok la muka dia..siannya..
Malu-malu kucing pulak..tau la comel pakai baju kurung..
Jambangan Bunga Baru Ku..
Jambangan ni kat umah mutiara rini, khas untuk hari raya. Bukan mama wat, mak yang buatkan. Mama lom expert lagi la..
Yang ini pun sama, mak jugak buatkan. Cerialah sikit rumah comelku ini ada bunga kaler kuning n oren..
Lihatlah bunga-bungaku sudah pun kembang!
Ni bunga carnation merah, cilok 2 pasu kat rumah mak teh masa pergi beraya aritu. Masa tu lom ada bunga lagi. Sekarang dah keluar dah bunga dia..cantik kan. Mama letak sebelah pintu masuk.....WELCOME!
Ni pulak orkid yang mama dan abah beli masa pameran orkid kat Danga Bay bulan 6 aritu. Masa beli tu satu keratan RM12. Balik je mama terus tanam.. hehehe.. dah keluar bunga jugak..letak kat beranda sliding door..hmmm....puas hati tengok
Yang ini pulak bunga kemboja merah. Beli masa bulan 4 aritu, tak de bunga pun. Letak kat porch, tak naik-naik..daun banyak tu jugak. Mama terbaca kat dalam majalah laman impiana..pokok bunga kemboja perlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga, so mama angkut, alih kat tengah halaman. Bunga ni kembang tepat-tepat hari raya..Ini pulak aksi memanjat Tina yang terbaru.. dia senyap-senyap main kat ruang tamu..sekali tengok je dah sampai atas kerusi dekat telefon. Dah siap mengomel-ngomel ntah apa-apa kat telefon. Cepat-cepat suruh nenek jaga-jaga kat dia..mama ambil hp terus panggil dia and snap gambar..ha! dapat..