"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Belajar Bersama Tina. Show all posts
Showing posts with label Belajar Bersama Tina. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Tina : Masterpiece Januari 2013



Lukisan tangan menggunakan pen oleh si anak dara montel. Lukis melukis ni memang warisan dari abah ye.. mama memang takde langsung gen-gen melukis ..seni2 nih..

Tak dapat nak tau apa yang dia lukis. Sejak-sejak asyik melukis power puff girls ni macam-macam je bentuk lukisan dia buat. 

Jari-jari montel tu dah lembut la tu kan..hihi

Saturday, October 13, 2012

Masterpiece Di Pagi Sabtu

Pagi sabtu yang sejuk.. tak leh nak kemana sebab abah ada event. Jadi mama & Tina bergolek2 lah je kat katil pas abah pegi. Bila Tina boring..dia mula la bongkar laci buku..laci soft toys akhirnya dia kejut mama suh bukak tv..hihi

Sat lagi dia kejut.. "Mama.. bangun.. dah siang.." hahahaha... mama nak bangun lewat sket pun tak leh tau :D so mama pun dengan mamai2 bangun la.. kemas2 apa patut.

Sat lagi dia panggil.. "Mama.. comel tak kakak lukis?" .. mama terus amik phone nak snap gambar tapi dia cakap.. "Mama cakap la dulu comel ke tak?" .. " Comel sangat sayang.. mama amik gambar kakak dengan lukisan ye.." "ok" kata dia.. "kakak senyum macam abah tau.." dia kata lagi.. hihi ok la nak oii..





Ni la lukisan dia.. jarang2 sangat dia nak melukis macam ni..


Bila mama tanya..

Mama : Yang besar tu sape?
Tina : Ni kan mama.. comel kan?
Mama: saya.. comel..yang kecik tepi tu sape?
Tina : yang tu kan kakak .. sebelah mama tu..
Mama : Habis yang kat atas tu sape?
Tina : Tu kan abah.. kat atas gambar kakak..

Ok lah nak.. tak leh bayangkan jari2 gebus tu melukis2 macam ni.. comel sangat2..Mama tak tengok dia melukis sbb tengah kemas.. :) rugi sangat rasanya

Friday, September 28, 2012

Latihan Spelling & Ejaan Untuk Exam

This week dapat list spelling & ejaan untuk exam yang bermula 1st October ni. Maka skrg ni setiap hari mama gigih ajak Tina buat latihan spelling & ejaan supaya dia boleh buat masa exam nnt. Bukannya mudah nak suruh dia ingat 12 words tu, at least bila hari2 buat then dia boleh familiar la sket..tak la blur nanti..

Sian sebenarnya..kecik2 dah ada exam. But thats the way they learn things...jadi semua orang pun hadapi benda sama.. hope she can face it one more time this year


 Ini 6 perkataan untuk ejaan

Ini 6 words for spelling..


So far cuma tinggal few words yang dia kurang yakin. The rest should be ok insya'Allah
And mama ada this weekend untuk revision sket.. wuhuu..




Monday, September 3, 2012

Funny Doll House Play Set

Benda ni di kenen setiap kali gi pasaraya.. tengok..belek.. selama2 tidak kat rak. Pernah dia mintak tapi rasa mcm dia takkan main lama. So pujuk2 & tak beli..

Tapi sejak2 dia pandai main kitchen set.. fried egg set.. abah lembut hati nak belikan anak dara dia play house :)

Senyum sampai telinga la dia :D sebab dapat apa yang dihajat. Tak sabar2 nak balik main.. Ni beli kat Uda Ocean (kot..lupa nama) yang kat Danga City Mall , harga RM49.90 kot. Hehehe..mama tak tau harga sebab abah yang bayar.. ngeeee..












Ooops!! lupa nak kabo.. mama suruh mak potongkan sket rambut tina. Sebab mama rasa dah panjang sangat. Nak cuci amik masa, nak keringkan amik masa.. sian dia. So mama suh mak potongkan sekadar boleh ikat, kang kalau pendek sangat kembang pulak mcm afro..kihkihkih...

So, hari2 nak cuci pun tak de hal. Sebelum ni 2 hari sekali kene cuci. Almaklum sahajalah namanya pun budak. Berpeluh kuat. Rambut cepat masam..

So skrg ni nak sepit saja pun boleh kalau nak gi skolah.. :) senang sket keje mama.. sebab pagi2 nak ikat rambut saja amik lebih dari 5 minit..huhu.. rambut gulung2 kan..faham2 je la mcm mana nak sikat tak mo bagi dia sakit.. :)

Friday, July 13, 2012

Jom Buat Homework Ngan Tina

Misi menyiapkan homework sebelum balik kampung malam kang :)

Nasib baik Tina memang mood elok ..nak duduk lama buat homework. Sayang dia :D











Ni homework jawi




English Thematic





Ejaan yang semakin baik nampaknya. Tapi ada moodnya.. kadang2 dapat telur jugak hihi


Mood sangat happy sebab homework Tina dah siap makanya boleh berhujung minggu dengan tenang :)

Happy weekend semua!!!

Monday, July 9, 2012

Progress Menulis : Homework Buku Biru

Every week mesti ada homework. Weekdays kadang2 je.. kalau ada pun keje kat skolah yang tak sempat siap je biasanya

Tapi, dengan homework je la dapat mama nak trace apa progress Tina dalam menulis & memahami apa yang teacher dia ajar kat skolah..

Homework matters memang mama yang handle... hihi mama.. faham2 sajalah ye :D












Ni homework buat perkataan dari suku kata.. yang ni masa buat abah ada sama. Nampaknya Tina faham arahan. Semua words adalah idea dia. Mama & abah membantu untuk dia menulis. Bantu hintkan phonics untuk huruf yang dia tak dapat..

Untuk menulis dengan elok ikut garisan tu masih tak lepas lagi. Sukahati dia je atas ke bawah especially kalau buat "S" hihi.. takpe..slow2 nnt mama anajr ye Tina..

Tapi mama puashati tengok hasil tulisan ini hari ini.. dia buat lebih baik hari demi hari. Kene praktis lebih.. untuk lebih baik

Good Job Sayang Mama..

Monday, April 9, 2012

Dah Ada Improvement.. Alhamdulillah



Alhamdulillah.. hasil usaha sikit2 mama.. akhirnya dapat tengok angka 0 tu berubah jadi 1.. walaupun hanya 1.. mama puashati & bangga dengan Tina..

Good job sayang!

Friday, March 30, 2012

Cer Korang Tengok ni..

Cer korang tengok lukisan ni baik2..




Ha.. dah tengok kan? Korang rasa Tina ni nak lukis apa sebenarnya. Tak dapat nak tangkap kat otak ..apakah bendanya ini.. kata dia backyardigans..

korang tau ke backyardigans? ..hihihi.. kartun..tak tau gak? gi search kat youtube..

Hai la Tina.. sampai ke sudah mama fikir.. tapi tak dapat gak nak bagi nama kat lukisan nih. Takpelah nak ye.. at least dah ada kemajuan la tu..

at least mama tau dah la.. pergerakan wrist & elbow dah ok sket la.. dah mula nak lembut..Hah.. ada jugak gunanya membeli board nih. tak mahal.. kat kedai RM2 je.. tapi harganya RM8.50

Sejak2 dapat board nih.. macam2 benda dah di contengnya kat sini. Kadang2 siap jerit kat mama..

Tina : "Macam mana nak tulis Jessy (watak koboi pompuan dlm toy story tu)"

Mama: " J dulu.. big j tau, lepas tu small e, lepas tu small s, pas tu small s lagi, pastu small y"

Tina : " Salah la mama.."

Mama : "apa yang salah.. betul la..Jessy"

Tina : "bukan y.. small e"

Mama: "ye ke?"

Hukhuk.. sekali tengok kat buku toy story.. a'ah la korang.. Jesse.. hahaha.. sian ek mama..

Anak..anak..

Saturday, March 17, 2012

Mama & Tina VS Homework & Poster Color


Mama ada bgtau yang Tina diberi sebuah buku khas untuk March punya holiday kan. Buku tu bertajuk " Holiday Series"

Buku tu bukannya tebal pun tapi untuk menyiapkan kesemua pagesnya, memerlukan bahan-bahan yang berlainan. daripada kaler pensil, water colour, menampal2 dan buat origami.. semuanya ada.

Buku tu merangkumi semua yang dipelajari sepanjang Januari hingga Mac.. huhuh..

Maka, mama & abah pun awal2 cuti tu dah meronda bookstore, mencari segala bahan yang nak digunakan Tina..

Jom tengok Tina main warna.. hihi..































aktiviti sampingan paling disukai.. main warna2 bot kertas..hihi.. tengok.. comot2 tangan..




Bila kita involve dengan macam2 bahan bantuan mengajar.. anak pun jadi seronok.. fun & learn gitu..

So far alhamdulillah sangat.. Tina senang diajar & senang mengikut. Semoga terus kekal begitu ye nak ye.. Amin.. mama & abah doa & buat yang terbaik untuk kakak.. :D

Wednesday, March 14, 2012

Tina Punya Writing Progress

Ingat lagi entry mama yang INI?

So, sejak kerisauan itu bermaharajalela.. mama buat polisi sendiri. Setiap hari mesti buat latihan menulis. Mama percaya..sedikit setiap hari pasti boleh melembutkan otot2 jari Tina

Kawan-kawan pesan suruh mama ajak Tina mewarna selepas menulis. So mama praktikkan. Walaupun sekecil2 gambar pun mama ajak Tina warna.

Biasanya mama bagi2kan section. Tina punya & mama punya. So mama akan cakap dengan dia.. " kakak warna jangan masuk kat mama punya.. tak boleh.. nanti tak cantik"

So far ok la...progress mewarna pun dah bertambah baik.

So kat bawah ni adalah tulisan Tina hari ini..










Syukur alhamdulillah lah kan.. bertambah baik nampaknya tulisannya. Suka tengok. Ada yang montel2 macam dia jugak hihi..

Mama pun belajar cara mengajar anak2 ni dari kawan2. Terima kasih pada kawan2 yang sudi bagi pendapat & tunjuk ajar..

Semoga anak-anak kita bertambah baik..bertambah bagus.. Insya'Allah..

Wednesday, February 29, 2012

Cara Terbaik Ajar Anak Menulis?

Mama sebenarnya tak tau apa cara nak buat tapi rasanya menulis ni perlukan latihan yang banyak. Baru boleh menulis dengan baik. Mama tak pandai nak mengajar sangat.. kalau suh menulis tu macam2 la alasan dia..

Kalau korang ada cara terbaik.. cara camner korang ajar anak2 korang menulis.. share dengan mama.

Mama share la tulisan tina bila dia meniru apa yang mama tulis. Rasanya she's done this fairly good la untuk 2 bulan kindie. But tulisan dia sangat2 perlukan latihan yang banyak which is sangat susah sebab nak kene paksa dia..























One thing, mama perasan yang tina sangat suka dengan board. kat rumah makcik mama ada white board sedang besar gantung kat dinding. Bila gi sana, dia akan melekat kat situ.. menulis dengan kapur

But the thing is, Tina ni alergi.. mungkin mama boleh pertimbangkan guna marker kot ke..

Monday, November 28, 2011

Mama Ajar Tina : Progress Melatih Jari Guna Pensil

Mengajar Tina mengenal huruf & nombor tak begitu sukar.. ok la tapi melatih tangan & jari dia supaya dapat berkoordinasi (ececeh perkataan) dengan baik untuk menggunakan pensil tu agak sukar juga. Biasalah tu kan..


Since mama dah perasan kan hal tu jadi mama amik inisiatif sendiri nak cuba latih dia. On the 1st day tu memang terang2 la nak kene pegang tangan dia untuk buat circle or ikut dotted lines. Dia memang tak boleh.


So mama teruskan la hampir seminggu lebih juga.. barulah dia ada confident nak penang pensil sendiri. Tapi still nak kene pegang tangan la kalau nak buat circle & dotted lines tu..


After a week plus.. seperti biasa rutin pagi kami sejak hari itu adalah belajar menggunakan 1 buku & pensil.. so macam biasa mama buat page by page dengan dia. Pagi tu tak nampak progress.. sama mcm semalam2..


But petang tu lepas abah balik.. mama citer la kat abah progress Tina tu. So abah pun amik la buku & pensil..


abah: Jom abah ajar kakak


Tina : ajar apa?


abah : ajar tulis & garis. Nanti abah bagi kakak star kalau kakak pandai


So mama pun tengokkan jek la diorang ni. Suprisingly, Tina dah boleh buat circle sendiri..ikut dotted lines sendiri..walaupun tak berapa nak circle pun..ok la.. mama & abah puashati..


Jom tengok pages2 yang Tina belajar..







Nak bagi dia faham cerita..apa yang arahan tu nak dia buat pun agak mencabar..so gunalah bahasa2 kanak2 untuk buat dia faham yang dog tu nak pegi kat tulang (makanan dia).. so mama cakap, kakak kene draw lines, jalan mana boleh sampai kat tulang.. huhu.. gitu..


Alhamdulilah dia faham..








Yang ni dia buat takmo pakai ruler.. free hand je. Tapi ok la at least dia faham 1 pergi kat 2.. pastu gi kat 3 dan seterusnya..kat 8910 tu mama letak ruler..dia garis jek..tu pasal lurus hihihi..









Ini satu lagi.. untunglah dia faham.. padanannya.. garisan dia jek agak sememeh.. huhu.. boleh la nak..







ikut dotted lines ni betul2 dia buat sendiri.. alhamdulillah.. kami tepuk tangan untuk dia.. :D









Ok..inilah circle yang Tina buat sendiri. Yang mana SAME..yang mana DIFFERENT.. agak susah nak bagi faham. But at least dia dapay picture..apa arahan tu nak. huhuhu tak circle pun kan.. jadilah..


Abah tanda & bagi big star kat situ untuk dia.. dia suka sangat.. :D


After session yang ini..dia akan suka nak buat betul2 supaya boleh dapat star.. :D.. hihihi now i know what to do..


Semua ni 17 Nov 2011 punya lesson.. have to do more with her


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...