"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label rumah baru. Show all posts
Showing posts with label rumah baru. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Alhamdulillah..Berganti Akhirnya..

Ye..alhamdulillah berganti juga gate rumah yang menunggu runtuh..huhu.. hajat dihati nak ganti yang stainless steel..adoyai..mahal weh.. dapat ganti yang cast iron pun dah syukur

Buat dengan husband cikgu sekolah abah. Cantik buatan dia.. sangat teliti pemasangannya.. puashati betul







2 cik abg hensem sedang pasangkan gate kami..






Tuan rumah dengan gate baru dia.. :)






Tadaa.... gate baru kami..


Satu wishlist lagi berjaya direalisasikan.. alhamdulillah

Monday, March 1, 2010

Latest Updates On Our Koi Pond

Updates untuk projek tahun-tahun kini kembali. Terkini, gambar koi pond yang dinaiktaraf semasa cuti tahun baru cina lalu..







Perghh..dah jadi macam kolam renang..bukan kolam ikan. Dah siap macam ni nampak sangat besar dan luas. Terlanjur buat, kami buat sekali la atap dia..ala-ala pergola konon tapi pakai kayu biasa je. Bukan apa..area kami ni panas sangat..sian kat ikan-ikan dan pokok-pokok mama..merana kepanasan.

Actually kata abah ini baru 50% je siap. Air terjun, penapis air, tiang ala-ala batang pokok dan kerusi batu untuk bersantai belum nampak bayangnya lagi..yela..projek tahun-tahun kan..

So sekarang ni area kolam dan terrace dah kurang sket panas. Tak sabar nak tunggu pokok-pokok mama besar & panjat atap kolam, mesti lagi nyaman.. mabeles kalau berbunga-bunga cinta..fuhh!!

Saturday, January 9, 2010

Gambar-Gambar Koi Pond In Progress

Mama rasa dah post pasal koi pond abah yang sedang dinaiktaraf sambil nak diatapkan.. siap tu lom tau siap la kan.. ini projek tahun-tahun punya. Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat mama snapkan untuk post kali ini. Cuma..orang tukang buatnya je yang tak de.. Haha..yang buat tu adalah my FIL, my dad dan abah sendiri.. kreatif dan inovatif diorang nih..Layan jek la eh..

Ini gambar lubang untuk tiang atap kolam. Ada 6 lubang semuanya. Oleh kerana tanah laman ni tanah liat..bila ujan je air pun bertakung la. Dan bunyi katak sangat merdu waktu malam...



Ini gambar tangki sementara tempat semua ikan ditempatkan. Sian tau..sempit dalam nih tapi mesin dipasang secara timer. Kot tak arwah semuanya!



Dan ini gambar close up bahagian tengah kolam yang perlu disimen semula setelah dijahanamkan oleh ikan keli. Yang macam tudung saji tu pasu pokok teratai mama...



Gambar bahagian air terjun yang lom jadi kat batu bom sana tu...



Rupa overall koi pond abah. Bila dah naik lagi satu batu blok, mama rasa koi pond ni besar pulak. Macam kolam mandi pun ada rasanya..hehehe.. koi pond ke Tina pond? Tina dengan bangganya duduk berendam dalam koi ponh nih tau...dasat anak daraku! Tak sempat snap gambar je aritu!

Sunday, September 6, 2009

Lampu Raya ...

Abah dah pasangkan lampu 'raya' beberapa hari yang lepas. Uiskh..seronok sangat tengok lampu warna warni menghias porch. Tina pun seronok sangat dok kat luar bila malam. Biasanya orang pasang lampu lap lip tapi lampu kami ni tak lap lip pun..hehehe..murah je..beli kat kedai RM2...jadilah..


Photobucket
Tina dan abah..seronok sangat tengok cahaya warna warni..

 
Photobucket
Anak panah tu la lampu raya kami ek..ni gambar penuh porch tapi gelap sket pasal nak tengok kemeriahan lampu raya..

Saturday, June 6, 2009

Plant Collection & Living Room

Actually mama dah banyak jugak tanam pokok-pokok kat rumah. Pokok-pokok biasa macam serai, lada kecik, lada besar, kacang botol, kacang buncis, nenas, sireh dan kacang panjang. Pokok brocolli pun mama cuba tanam. Setakat ni dah tumbuh dengan baik, sihat tapi tak tahulah nanti. Yang bawah ni pokok kacang panjang mama. Sihat nampaknya. Tak sabar nak tunggu dia menjalar dan berbuah. Mesti cantik..


And yang ini ialah gambar terbaru living room setelah digantungkan frame ayat dan cermin. Untuk drill dinding ni kami mintak jiran sebelah yang ada baby unur sebulan lebih tu matikan alarm dia and pastikan baby tak tidur masa tu. Fuh..penat. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar dinding sebelah lagi. Mama & abah decide nak gantung frame gambar bunga yang mummy azie bagi. Cantik sangat gambar bunga tu..


Wednesday, April 22, 2009

1001 Cerita Di Rumah Baru

Officially nya kami pindah masuk ke rumah baru pada malam 7 April 2009, awal 2 bulan dari yang kami jangkakan. Bukan apa..dah tak sabar sangat nak duduk rumah baru. Lagipun kesian kat abah yang ulang-alik setiap minggu untuk jumpa mama & Tina. Seminggu sebelum tu, orang yang buat gril call kata gril dah siap and ready untuk dipasang. So kami ambil kesempatan tu untuk panggil Ady ( cousin mama ) untuk tolong kami pasangkan kipas dan lampu. Ady ni pernah belajar bab-bab elektrik ni..so percaya sikit la nak biar dia pasang.

Penat sangat rupanya pindah rumah ni. Walaupun barang-barang rumah yang kami ada tak de la banyak pun tapilain macam je penatnya. Up to this post, baru je habis angkut semua pasu-pasu bunga mama dari rumah mak ke rumah baru. Hehehe..sekali angkat dah macam orang nak jual bunga yang naik lori tu pulak dah rupanya.


Masa abah n mama pergi Giant Tampoi belanja barang dapur, Tina tinggal dengan nenek kat rumah sebab dia tidur. Masa jalan kat sana mama terpandangkan sweater hooded ni. Ada banyak warna tapi abah suka warna hijau. Kami pilih sehelai untuk Tina. Kalau jalan-jalan tak de sweater hooded ni susah. Tina alah berpeluh tapi kalau masuk tempat beraircond lama pun dia tak tahan sangat.

Jadi sweater hooded ni memang pilihan yang tepat la untuk Tina. Bila pakaikan kat dia, dah macam rupa Princess Amidala (star trek ) pulak..comei sangat.

Sehari selepas tu, Tina sibuk puting dia hilang. Merengek-rengek mintak puting. Puas mama n nenek cari tapi tak jumpa pun. Mama dah risau. Tetiba terpandangkan sound box pioneer yang abah baru beli tu. Sound tu kecik jek tapi ada lubang kat tengah dia. Mama pun angkat sound tu dan goncang pelan-pelan..ada bunyi ..tapi tak sure la menda tu puting.

Mama pun ambik handphone dan ambik gambar kat sebelah ni..ha! kan ..memang puting la tu.. Tina..Tina..



Pada 17-19 April lepas, ada pameran homefair kat Persada Johor. Mama dengan abah memang plan nak pergi sebab sejak pameran tu bermula setahun dua yang lepas tak pernah dapat pergi tengok.. ada je halnya. Jadi kali ni kami dapat tengok homefair tu. Ajak mak n mummy Azie sekali.

Tina suka betul kat dalam tu..lari sana lari sini.. bila sampai kat tempat orang buat demo toaster..dia sibuk mintak sandwich tuna. Mama risau je dia nak turun dari dukung tu. Dah la org ramai..kang hilang ke..kena culik ke..ha..nangis tak sudah pulak kang. So lepas tengok sekali lalu..kami bawak dia pergi makan kfc. Suka betul dia..


21/4/09 mama ajak Tina main crayon dan kertas lukisan for the first time. Tina nak semua crayon. Sampai duduk atas drawing book nak menconteng. Tapi crayon yang beli kat maidin ni tak bagus la..warna dia tak terang sangat so Tina macam tak seronok nak menconteng sebab tak nampak sangat hasilnya. Tapi mama biarkan jugak dia main sampailah dia sendiri kutip semua crayon nak cuba masukkan dalam kotak semula..barulah mama simpan semuanya. Contengan pertama Tina ni ada mama simpan..

Walaupun macam tu mama tak putus asa..mama akan cuba lagi tarik minat Tina untuk pegang crayon. Nanti kita mintak kat abah beli crayon yang cantik warna dia tu ye Tina..Tina mesti suka..


Gambar abah n Tina posing kat Sutera mall masa jalan-jalan tengok tv.. dan satu lagi ni la gambar ruang tv & ruang keluarga rumah baru kami. Belum ada rak tv lagi pun..guna la apa yang ada dulu untuk letak tv..

Sunday, March 22, 2009

Our Sleeping Beauty




Last Thursday mama, abah dengan Tina pergi ke rumah baru sebab ada appointment dengan kontraktor elektrik. Janjinya pukul 2 petang. Abah ada exam PTK pagi tu jadi kami ke sana lepas abah balik exam.

Masa kami sampai, kontraktor tu dah pun sampai. Terus je abah bukak pintu dan mereka buat kerja. Mama dengan abah sambil-sambil tengok kontraktor tu..sambil cangkul rumput dan bersihkan pokok-pokok. Tina dengan gembiranya berjalan kesana kemari. Risau pulak mama, yelah..kawasan halaman tu tanahnya tak rata. Lagipun tina belum tegap lagi kalau berjalan tapi kalau dilarang dia meniarap-niarap pulak kat atas lantai. So, malas nak layan. Sambil buat kerja, sambil mengawasi dia. Berjalan melangkah-langkah pokok-pokok ubi abah pulak tu..eii hai..

Hari panas sangat pulak tu. Tina merengek nak tidur. Nasib baik abah ada bawak tikar dengan comforter. Tak lama lepas kontraktor tu balik, Tina pun tertidur dengan lena. Jadi mama tak jadi nak sambung buat kerja sebab tak nak tinggalkan Tina tidur sorang. Rumah tu kami belum pernah tinggal jadi was-was jugak nak biar dia tidur sorang. Sekejap tu abah pun join kami lepak atas comforter..so bertiga beranak la kami lepak.

Kebetulan hari hujan. Mama dengan abah chit chat chit chat la menunggu Tina bangun tapi dah pukul 4 Tina tak bangun kami decide nak angkat je dia masuk kereta. Masa mama angkat dia tu dia dah celik mata pun. Merengek sekejap. Masuk kereta.. dia senyap.


Tuesday, February 24, 2009

Gambar-Gambar Rumah Baru Kami ..









Pokok Mempelam Harum Manis. Belum tambah daun dah belajar berbunga. Ntah la tu..lekat ke tidak. Harap-harap lekat la..dapat sebiji pun untuk buah permulaan ni jadi la..kan abah kan. Penat abah tanam.. Gambar Pokok Orange Sunkist abah tak sempat post lagi....tina suka makan Orange...so...abah tanam la sunkist.









Abah dan Tina sedang siram pokok jambu air madu. Tina tu lebihnya main air je..mengacau abah.





Abah berada di kitchen. Kelihatan pintu toilet di belakang sana dan 2 pintu ditepi tu ialah pintu bilik tidur 2 dan 3











Pemandangan sliding door dari dalam. Ruang ini ialah dining hall kalau ikut dalam pelan..









Car porch yang boleh memuatkan 2 buah kereta









Pemandangan halaman rumah kami dari car porch. Corner lot dengan "sedikit" kawasan tanah untuk bercucuk tanam la kot.Kat hujung sana tu abah dan Tina tengah siram pokok.


Kami dah tanam pokok la sikit-sikit.Tapi a lot more work nak kena buat. Kawasan tanah ni tak rata langsung. Tanahnya pulak tanah liat kuning yang keras kalau panas, melekit kalau hujan..



Actually there's some more picture yang tak dapat nak diupdatekan. Slow sangat internet connection.. anyway ini lebih baik dari tak ada langsung kan..

Thursday, February 19, 2009

Finally ... Kami Dah Dapat Kunci Rumah ...


Actually last week developer dah call abah, tapi abah tak dapat nak jawab phone sebab tengah mesyuarat. Then, few days later abah call mama bagitau yang developer kata kunci rumah dah boleh ambil kat ofis. So hari rabu petang 18/02/2009 abah, mama & tina pun pergi ambil kunci rumah.

And for the first time kami memijak kaki di lantai rumah baru kami. Walaupun rumah tu comel jek la..tak de la besar sangat tapi ia cukup bermakna untuk kami bertiga. So, abah telah menunaikan janjinya ... how sweet kan. Tak dapat nak mama bayangkan bagaimana happy dan senangnya hati. Kami dah ada rumah sendiri!.

Anyway, ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Abah nak kena pegi Pejabat SAJ, nak tukar nama cukai harta la.. nak siapkan form kecacatan rumah la.. isy..ada banyak la lagi. Tak pe..slow-slow abah eh..kita uruskan nanti.

Dek kerana excited sangat dapat kunci, sampai lupa nak ambil gambar ... hehehe... tak pe la..gambar akan di postkan kemudian berserta gambar kuncinya sekali hehehe...

Hmmm..perasaan yang tak dapat nak digambarkan la..happy sangat... Yang, Thanks for make our dreams come true..

Hajat di hati kalau semua hal telah diselesaikan, kami target untuk pindah masuk kerumah baru ni sebelum pertengahan tahun ini. Kalau la kan... kami berdoa agar segalanya berjalan lancar..

Wednesday, August 6, 2008

Rumah Baru Kita......




Lookin foward to our new house
..kekek
Bila Nak Pindah Nie....
Tak Sabar Dah!!
Sabar-Sabar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...