"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Kreativiti Mama. Show all posts
Showing posts with label Kreativiti Mama. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Manik & Batu.. Raya Punya Hal la..

Tahun ni tema kaler purple ..ni tema tak sengaja tau sebenarnya. Ala..janji adoo.. :)

Tahun ni 1st time nak pakai jubah di hari raya.. mama teringin.. sebab tak pernah. Sessi mencari jubah yang menepati citarasa tu agak payah. tapi dengan abah.. kami dapat mencari yang sesuai & menepati citarasa abah & mama..

Baju raya abah & tina  dah settle dulu.. mama je yang kemudian.. mengikut kaler baju diorang je :) senang kan..

Nanti diusahakan amik gambo kami yang comel ni masa raya. Nak gambo cun2 gitu :)

Actually raya tahun ni sepatutnya turn balik rumah parents mama.. tapi disebabkan adik kesayangan satu-satunya tu dapat cuti raya ke 3.. makanya mama setuju dengan abah supaya raya kat umah parents abah dulu.. then kita boleh bergumbira balik umah mak mama plak kan.. no hal lah.. bukan senang nak jumpa bapak polisi tu time raya..payah woo..

Owh ye.. manik & batu batan tu mama tambah sendiri suka suka hati. Sebab nak beli yang ready made dah ada batu & manik macam melampau-lampau sangat rupanya.. malu ai nak pakai yu..huhu

Dah namanya jahit sendiri maka tak takut lah ada yang sama kan..hihi.. buat sesimple mungkin sebab takmo plak jadi kedai batu berjalan hahahaha..

Tina punya manik pun mama buat simple jek.. kat leher jek sebab dia suka lipat lengan baju kurung
jadilah tu :)




Apalah rupanya gambo raya kami nanti kan..hihihi

Friday, December 14, 2012

Bila Mama Menjahit Lagi..

Lama dah  mama tak menjahit. Setakat jahit seluar tetas tu biasalah kan..tapi menjahit yng memerlukan mama menggunting-gunting ni agak lama benti. Sampaikan langsir raya tahun lepas pun malas nak jahit.. hihihi

Tapi beberapa hari lepas, masa gi belanja kat giant tampoi, kami saja jalan2 kat kedai2.. cuci2 mata. Terberkenan kat kain cotton ala2 murah dot2 warna-warni. Mama beli 7 meter untuk buat baju sedondon dengan Tina. Tapi baju ni nak hantar kat orang je jahitkan lah :) hihi

Sebelum bayar, Tina sibuk nakkan kain gambar mickey mouse. Kata dia "nak bantal mickey.." , abah pun kata.. belilah.. nanti jahitkan yang simple2 dah la.. ok lah :)

Sejak beli, tak benti2 asik tanya.. bila mama nak jahit bantal mickey kakak?? So hari ni mama ada masa sket.. bentang kain..ukur bantal.. dan puaslah membelek sarung bantal beli tu.. camner dia jahit..

Bila dah dapat..maka mama pun nak jahit yang macam tu je lah.. 

So.. itulah hasilnya. Anak dara kecik ni ada 4 biji bantal. 1 besar bantal kepala, 1 sedang pun bantal kepala, 2 kecik untuk tutup telinga & peluk..okeh siap..

Tengoklah tu.. sukanya dia :D





Kain cotton murah je ni.. RM2.80 jer semeter.. tapi dah dia suka.. apa sajalah sayang oii..


Sunday, January 29, 2012

Mari Buat Exercise Untuk Spelling & Ejaan.. Cara Mama

Kat sekolah Nuri, Tina ada kene buat spelling & ejaan. Kaedahnya lebih kurang macam menghafal la gitu. Bukan mudah okeh korang.. huhu

Mama terfikir nak buat cara macam ni to make it more interesting. Cuma bahannya kurang menarik sikit. Mama akan upgrade dari semasa ke semasa la. Nak beli bukan tak boleh tapi mama rasa lebih feel bila buat alat bantu mengajar sendiri..

Mungkin pasni boleh guna pen kaler-kaler ke.. tapi penggunaan kotak ni memang best sebab ia keras & bentuknya akan tahan lama cantik. Tau jek la budak2 nih.. asal boleh jek kan dia..

Okeh la.. kita tengok benda yang mama buat ni..korang jangan gelak tau.. janji!!


















Hehe.. ok tak? Boleh la.. bukan hanya jimat belanja malah sangat efektif.. :)

Saturday, July 23, 2011

Hasil Kreativiti Mama ... Ececeh..kreatif la sangat hihihi

Seorang kawan minta buatkan blogshop untuk dia

Mama bukannya pandai sangat korang. Setakat yang basic2 tu mama tau la..

Dah orang mintak buatkan tu..

kebetulan mama ada masa sket..mama godek2 kan la jap

dan jadi!

hehe..





sila-silalah jengok2.. kawan mama ni jual baju2 & aksesori wanita

Okeh tak korang hasil tangan mama nih..hihi

Bayar berapa?

Huhu..itu rahsia antara mama dgn dia..

kan Ana kan.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...