"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, November 30, 2010

En3 Terakhir

Ini entri terakhir sebelum mama & keluarga bertolak ke perak pada 1 disember nanti. Ini pun sambil2 jek mengemas pakaian..sambil online.. :)

Blog mama akan sunyi sepi selama 12 hari la sekurang-kurangnya sebab kami plan nak berada di rumah adik mama selama 10 atau 11 hari. Bergantung kepada keadaan jugak lah..

Doakan perjalanan kami selamat ye kawan-kawan
selamat pergi
selamat dalam perjalanan
selamat disana &
selamat balik

Ada umur panjang insya'Allah kita bertemu lagi disini
pertengahan Disember nanti ye..
~Doakan kami~

Sunday, November 28, 2010

Jom Kongsi : Macam Mana Mama Selesaikan Masalah Constipation Tina :)

Oleh kerana MamaLieyna & LelaLord kawan mama tanya macam mana mama buat sampai Tina lega dari masalah constipation dia.. hmm..baik mama kongsikan dengan post baru ni. So ramai2 boleh baca.. mungkin berguna untuk kawan2 lain jugak :)

Ini antara apa yang mama lakukan.. boleh ditambah & dikurangkan ikut kesesuaian keadaan & umur anak la ye..

1) First thing yang mama lakukan adalah mengurangkan tahap 'kekerasan' nasi. Maksudnya mama dah tak masak macam nasi biasa makanan org dewasa. Tak jugak lembik macam bubur..diantara keduanya la ye..

2) Mama cuba untuk masak sayur setiap hari. Tukar2 sayur setiap hari untuk elak Tina bosan. Antara sayur yang Tina suka adalah brocolli, cauliflower, bayam, sawi, bendi, kacang panjang, kobis & beberapa jenis sayuran hijau lagi. Banyak kan..so ada pilihan yang berlainan setiap hari..hahah maka penuh la peti ais dengan sayur

3) Pastikan seimbang jugak..dengan buah-buahan. Memang agak susah nak bagi dia makan buah. Paed dia kata.. mama kena makan buah sekali dgn dia dan cara tu sangat berkesan. Mama potong2 buah dalam mangkuk..suap mulut mama..suap mulut dia.. :) dia makan..

4) Pastikan sayur yang dimasak tu dia makan ye..sikit pun takpe tapi yg penting makan

5)Selang-selangkan makan nasi dengan air masak. Tipsnya..jangan sediakan air lain..air oren ke pe..kasi air masak jek. Mama masukkan dalam botol yang dia suka..maka..dia minum setiap kali.. :)

6) Cuba kurangkan makanan bercoklat & malt. Tina agak alah dengan benda2 macam ni. Cepat jek jadi sembelit. Kalau buat milo pun milo cair jek la.. manis2 buah

7) Yang terakhir ni adalah punca bagi segala masalah..jika yang diatas telah dibuat..tak jugak berkesan, maka yang terakhir ini patut dicuba..
Cairkan dos susu. Biasanya mama buat 8oz air untuk 4 scoop susu. Tak boleh..sembelit. So mama kurangkan jadi 8oz air untuk 3 scoop susu..tengok seminggu..owh..tak jugak ada perubahan then mama buat 8oz air untuk 2 scoop susu. Selepas sehari semalam, Tina berjaya membuang..maka mama teruskan..hingga hari ini..Tina 'membuang' paling kurang sehari sekali..alhamdulillah..

2nd part..

Mama kena tolong dia atasi fobia nak meneran. Sebab dah selalu sangat sembelit jadi..dia takmahu meneran..sakit kata dia. So mama pujuk.. sesekali terpaksalah guna ubat dari bwh untuk jadi pemangkin..

Dan alhamdulillah hingga hari ini dia dah hampir pulih dari fobia.. lega sangat

Ha..itulah yang mama lakukan. Dan kalau mengikut salah seorang pakar pemakanan kanak-kanak jenama susu terkenal..mencairkan susu bukan jalan penyelesaian masalah sembelit tapi.. bagi situasi Tina..thats the right thing to do..

Ini semua apa yang mama lakukan ye..kalau sape2 nak ikut..tengok kesesuaian dengan anak masing2 ye.. :)

Apa2 pun sharing is caring! :)

Fuhh..Leganya

Few weeks ago.. Mama sangatlah risau bila Tina berada dalam keadaan yang mcm ni
V
V
V
V


Masalah yang sangat menyeksakan jiwa raga seorang ibu..
menangis-nangis
menjerit-jerit
sembunyi-sembunyi
bila tiba masa nak 'membuang'
kesian sangat
Macam-macam mama buat untuk tolong
akhirnya..
percubaan yang entah keberapa kali ini membuahkan hasil yang mama mahukan
Mama happy sangat
Dan kini
Dah hampir seminggu..proses 'membuang' berjalan lancar
tanpa tangisan
Lega sungguh..




Good Job Mama!
Good Job Tina!
Mama happy sangat tengok Tina kembali seperti sediakala..




Friday, November 26, 2010

Bersalahkah Mama Andainya...

Mama rasa marah pada seseorang..mungkin beberapa orang
bersalahkah mama andainya..
rasa marah bersarang didalam hati bertahun lamanya
begitu kerasnya hati hinggakan
melihat jasad terbujur kaku pun hati masih begitu
sejuk..sesejuk ais..
tiada sebarang perasaan..tak rasa apa2 pun..


Kerana apa yang mereka lakukan pada mama & keluarga..
hati ini tertutup sudah untuk perkataan "MAAF"
biar sudah bertahun bersalaman raya
hati masih berkata "TIDAK"

Tuhan..
Lembutkan hati mama..
tak mahu jadi patung tak berperasaan
tapi..

Mama cuma manusia biasa
yang punya rasa marah dalam hati

Kalian..kalian yang pernah menyakitkan hatiku..
MAAF kan aku
hati ini masih degil
entah sampai bila

Habis..
kalau korang pun tak pernah mintak MAAF
camner la nak dimaafkan..?
Dunia..dunia..

Hujung Tahun... Musim Pindah Rumah Ke Pe?

Yang mama cakap ni bukan keluar kat paper ke pe..cuma situasi dalam keluarga adanya ye :)

Last week, kakak ipar mama yang 2nd pindah rumah. Tak jauh la..selang jalan jek. Dalam satu taman..tapi dah namanya pindah rumah..dekat camner pun tetap nak guna lori jugak kan.. :) huhuhu

Kerana perpindahan itu..mama & abah dapat untung..kami dapat beli perabot rumah kakak ipar mama dgn harga yang berpatutan. Antaranya.. 2 almari baju 6 kaki, satu set tilam & divan super king serta 1 peti ais 517 Liter jenama sharp. Tilam & divan tu standard hotel punya tau.. untung..untung..

Next week..abang ipar mama yang sulung kat KL pulak nak pindah rumah. Pindah depan rumah jek..hehe..dekat. Tapi macam mama cakap..dah namanya pindah..macam mana pun tetap penat..tetap serabut la..Dan yang ini tak tau la dapat menolong ke tidak ye..sebab abah masih kursus..lagipun jauh..kat KL..

Before end of december pulak abang ipar mama yang 2nd nak pindah rumah. Dari pontian ke setia eco.. pun jauh gak la kiranya. Katanya memerlukan lori 8 tan untuk angkut barang one shot..tarikhnya masih samar2..akan diberitahu kelak..

Hahaha..yang kelakarnya adalah adik ipar mama yang bongsu..dek kerana asyik nak kena mengangkat barang2 adik beradik pindah..dalam satu sms dia tulis apa tau..
"nasib baik adik beradik cuma 6 orang je..kalau ada 10 orang..gua yang no.10..faham2 je la.."

pastu dia tulis pe tau..
"aduhai...sedih tul la..nepal pun hari ahad cuti tau... "

Hahaha....orang lain cuti sekolah musim kenduri kawen..musim cuti2 mesia.. kami ni..musim pindah rumah pulak.. :)

Orang lain yang pindah rumah..orang lain pulak yang sibuk mengemas tak sudah2..hihihi

Thursday, November 25, 2010

Oh Private Hospital..

Mama baca surat khabar pasal charge hospital swasta, Suratkhabar hari ni kan.. charge mahal..layanan..

Kalau ikut pandangan mama la, ikut kemampuan sendiri. Kalau rasa mampu nak bayar, bolehlah dapatkan rawatan kat sana. Kalau tak.. hospital kerajaan ada menanti untuk memberi khidmat.

Mungkin sebab mama tak pernah mengalami keadaan yang 'menyakitkan hati & perasaan' kat hospital kerajaan jadi mama tak berfikiran negatif tentang itu walaupun ramai kawan2 ada bercerita pengalaman yang tak enak didengar telinga..

Contohnya masa nak bersalinkan Tina dulu, mama & abah tak terfikirkan hospital swasta pun. Yelah..sebab kami ni bukannya mewah sangat. Lagipun abah 'orang gomen' kan..rugi rasanya tak ambil kesempatan atas kelebihan itu. Dapat wad 1st class.. hmmm..not bad. Bagi mama yang masuk pertama kali 1st class.. rasanya facilities sama je dgn private. Katil sama.. layanan sama..

Nurse2 yang bertugas sepanjang mama ada kat sana pun baik2 belaka. Bukan nak puji semacam tapi memang betul. Untung sangat dapat nurse yang prihatin..

Memang pengalaman yang ok jekla.. masa keluar pun bayarannya cuma RM32 sahaja. Berbanding sesetengah kawan2 yang terpaksa membayar bil bersalin kat private hospital yang mencecah RM2000.. huhuhu...tak mampu la mama& abah kot.. :)

Ini cuma pandangan tersendiri. Mungkin kalau mama ditempat & keadaan sesetengah orang..mama pun akan pilih private hospital.. tak mustahil..

Macam sekarang ni..kalau Tina demam.. mama & abah pilih ke puteri specialist..private kan tu. Walaupun klinik lain berlambak ada kat JB nih..kenapa?

Sebab setahun sebelum tu..asal Tina demam je..dokte tak dapat kesan kenapa demam dia berulang2..susah tido malam..& kalau selsema susah sangat nak baik..

Suggestion mak mama supaya bawak Tina ke puteri specialist tu..mama ikut..cuba dulu katanya..alhamdulillah kami dapat tahu pasal alahan hidung Tina dalam 2 minggu..she's cured. Memanglah alahan tu akan kembali..at least kami dah tahu apa masalahnya. Yang penting ianya tak berkaitan langsung dengan asma atau paru2 berair ke pe..ooo mintak simpang..

Jadi.. apa pendapat orang lain ek? Tepuk poket..tanyalah kemampuan... :)

Tina Beransur Sihat

After few days on medication, nampaknya Tina menunjukkan tanda-tanda kembali sihat. Selepas sehari semalam makan ubat Tina dah tak demam lagi. Cuma selsema & batuk masih ada..

Hari ini, Tina dah tak selsema lagi cuma batuk sesekali masih ada. Masih kedengaran kronik tapi hanya sesekali. Alhamdulillah..

Oh ye..mama, abah & tina nak pergi bercuti2 malaysia. Hehe.. Kami akan gerak 1 Disember nanti. Dan mungkin blog mama akan sunyi sepi selama 10 hingga 12 hari rasanya. Tengok keadaanlah macam mana. Yang pasti.. kami nak bawak Tina jalan-jalan..

Monday, November 22, 2010

Tina Tak Sihat..

Hmm..sejak kebelakangan ni mood berblogging agak kurang mama rasa. Mungkin sebab mama selalu rasa penat..dan letih. Tak tau apa masalahnya..

Tapi sejak 4 hari lepas Tina memang tak sihat dan sangat menuntut perhatian dari mama & abah. Biasalah kan bila tak sihat ni dia menjadi sangat2 la sensitif..senang nak menangis..dan susah pulak nak diamnya..

Raya haji tu badan dia memang dah suam2 jek..batuk dah mula..selsema belum lagi tapi masa raya haji ke-2 tu semuanya dah mula datang. Tina dah kurang nak bermain2..banyak baring..dan batuk dah semakin menjadi-jadi..keras bunyinya..

Jadi hari sabtu tu mama ajak abah bawak Tina pergi jumpa paed dia kat puteri specialist. Tepat jangkaan mama, Tina kena makan antibiotik. Dokte Catherine pun terkejut sebab alergi Tina menyerang agak teruk. Yang lain2..ubatnya macam biasa. Cuma kali ni tak perlu ubat kahak..tak perlu ubat selsema. Hanya ubat alahan & antibiotik.. selsema & kahak akan baik apabila alahan sembuh..

Jadi..telur adalah makanan larangan untuk sementara waktu ni. Dalam jangkamasa seminggu dua ni lah. Terpaksalah mama sembunyikan telur..

Tapi hari ni..hari ahad..
Tina dah tak demam rasanya..badan dah macam biasa, selsema dah kurang. Cuma batuk je yang masih agak keras pada pendengaran mama. Selera makannya pun dah ada.. alhamdulillah

Mungkin bagi sesetengah orang, specialist tu bayarannya mahal tapi mama tak fikir macam tu..asalkan Tina sembuh.. mama & abah akan usahakan kosnya..lagipun sejak2 dah besar ni agak susah nak cari ubat yang serasi dengan dia. First time bawak ke puteri specialist untuk diagnosis.. 2 hari makan ubat dah nampak kesan..2 minggu kemudiannya tina dah sembuh..dah sihat..tu antara faktornya kami selalu bawa dia kesana untuk check-up.

Lagipun doktor catherine tu ada pesan, kalau dapat kesan alahan menyerang awal..bawak je botol ubat ke farmasi..beli ubat alahan tu..buat masa ini..dengan dos yang dia selalu bagi tu..selamat la untuk Tina.

Tapi bila rasanya Tina kena makan antibiotik..kami kena la bawak dia jumpa doktor..antibiotik tak boleh ambil sebarangan..

Masa mama tulis ni..Tina dah tidur. Lepas makan ubat..minum susu..tepuk sekejap je dia dah lelap. Mama tak boleh jauh sangat dari dia. Takut dia batuk..nak muntah..mama tak sempat nak tadah..nanti habis muka..telinga dia kena muntah..

Harap2 Tina lena tidur.. mama rasa badan mama ni macam penat.. :)

Friday, November 19, 2010

Our 5th Wedding Anniversary

Hari ini..19 November 2010..jam 5 petang tadi maka genaplah 5 tahun usia perkahwinan mama & abah. Tak sangka begitu cepatnya masa berlalu.

Mama ingatkan abah lupa..tapi rupa-rupanya abah pun ingat. Tengah malam tadi dia dah wish happy anniversary.

Rancangan nak makan-makan terpaksa ditunda sebab Tina tak sihat. Bimbang pulak bawa dia keluar malam2 dengan cuaca tak menentu ni..

5 tahun sudah berlalu..lot more years to come
harap2 mama & abah akan tetap tabah mengharungi
cabaran hidup berumahtangga
bersama-sama
selamanya

sha'M .. Dulu, Kini Dan Selamanya..

Terbaru.. Terkini..


Wajah kesayangan hamba..

Hehehe... Suka Tengok Ni..



Actually I just love to eyeing this 2 kids.. Tina & sepupunya kimi main PS2. Lagak gayanya macam sangat pandai ye puan-puan.. sibuk betul masa abang2 main..melalak2 nak main jugak.

So, bila abang2 berhenti sembahyang..maka sikecik berdua ni dikasi peluang main. Game ultraman tau! hehehe..dorang sendiri request.

Hmm...anak2 zaman sekarang kan..macam2 jek pandainya..tak padan kecik!

Thursday, November 18, 2010

Pandai Ke Guna Menda Tu Yang oii..!!



Sharing with you all's benda baru yang Tina suka buat sekarang ni. Especially kalau kami ke Giant or C4 or Tesco.. Tina suka sangat tiru aksi kami check harga barang. She just love to pick anything yang dia suka and akan check price kat price checker..

Bila mama panggil..mula la buat peace sampai tertutup2 muka.. anyway..ni kat C4 sutera..

Freebies Dari Scott Emulsion

Sejak beberapa minggu yang lalu, mama mula beri Tina minum Scott Emulsion untuk membantu nya mengekalkan kesihatan setelah menerima cadangan dari beberapa orang rakan. Tak sangka pula rupanya scott emulsion orange sedang ada freebies!

Tengok freebies dia yang Tina sandang nih..



Mama sebenarnya nak pilih design tiger sebenarnya tapi design tiger dah takde..habis. Yang ada cuma penguin ni je..boleh la..dari takde kan



My lil princess bergaya dengan backpack barunya

Actually backpack ni agak besar juga. Tapi 'kebesarannya' sesuai la dengan Tina..

Wednesday, November 17, 2010

Surat Terakhir ..

Apa yang mama terima hari ini adalah surat terakhir dari "Milestone Program" anjuran SCA Drypers. Mama dah joinkan Tina program ni sejak Tina lahir dulu..banyak info & hadiah yang Tina dapat dari program ni.

Banyak info berguna untuk mama sebagai seorang ibu.. banyak faedah mama terima..thanks a lot SCA..

Sedih sangat program ni dah berakhir untuk Tina dengan sampainya hadiah 3rd birthday ni..


Mama nak beritahu SCA Drypers yang Tina sangat gembira dengan hadiah buku ini. Tina memang sukakan semua buku2 yang drypers pernah hantar..

We will miss u "Milestone Program"
Tina mungkin tak faham sekarang tapi mama akan tunjukkan dia Milestone File tu bila tiba masanya nanti..

Thanks A Lot & Thank You Again..

Sunday, November 14, 2010

Tentang Dia..

Hehe..tentang dia tu sape ek? Sape lagi.. Tina la..si comel mama. Aritu mama ada cerita pasal dia tukar susu baru kat sini pastu mama ada cerita kerisauan mama pulak disini. Tak caya boleh klik sana tengok balik..

So, macam2 cara mama dah lakukan. Macam-macam kaedah mama dah cuba tapi banyak yang tak berjaya menyelesaikan masalah Tina. Mama keciwa betul tau!

After sebulan rasanya mencuba pelbagai kaedah pemakanan suggestion kawan-kawan, pakar pemakanan & paed Tina sendiri.. mama mengadu pada mak mama. Ye..mak mama pun risaukan keadaan ni.. memang menyusahkan hati betul.

Few days ago mak mama suggest mama teruskan pemakanan seimbang & sihat kat Tina tapi cairkan sedikit lagi sukatan susu barunya. Mama akur nak mencuba. Tapi sebelum mama bagi sukatan baru tu..terlebih dulu mama rasa..apa perasaannya bila susu baru tu dicairkan..

Hmm.. tak banyak beza pada rasa sebab susu baru tu agak pekat berbanding susu lama..serbuk susunya pun seakan 'berkerim' gitu la.. camner nak bagitau korang ek.. ala..

So, selepas sehari penuh mama beri Tina sukatan baru tu.. dia tak menunjukkan apa2 tingkahlaku yg taknak menyusu ke pe la kan. Itu sudah cukup baik.

Tetiba tengah malam semalam..actually si minah kecik ni tak tidur lagi. Mama baru je padam lampu nak tido la.. tetiba je dia bisik kat telinga mama
"mama..kakak dah berak ni..busuknya"

ha..kau..apa lagi bingkas mama bangun check..ha! yela..dia dah membuang sendiri..huhuhu leganya hati..

And mama nak tengok lagi macam mana keadaan Tina sebelum mama terpaksa buat keputusan untuk menukar susunya.. harap2 dia menunjukkan hasil yang memuaskan hati la..penat dah risaukan dia.. :(

Wednesday, November 10, 2010

Drypers 10th Anniversary Gift Pack




Mama tunggu gift pack ni dari 2 minggu lepas lagi..akhirnya sampai dah..cantik coin bank tu tau..comel sangat..

Thank You Drypers!

Tuesday, November 9, 2010

Busha Oh Busha..



Mama ingatkan Tina tak muat pakai Busha.. tujuan utama amik busha & jual kat QEES COLLECTION adalah kerana nak bagi Tina pakai busha..

Hehe..setelah dicuba..ha..kat atas tu hasilnya..comei sangat tau..yang ini busha saiz paling besar iaitu 95. Mama bercadang nak order busha lagi la.. Mama rasa Tina pakai busha sangat cute..hehe :)

Wednesday, November 3, 2010

Kebun Kecil Mama..




Ini sebenarnya entry menayang gambar kebun kecil mama.. bukanlah rajin sangat menanam pun cuma sayang pulak tanah tu kosong jek..

Bila mama tanam2 macam ni pagi2 lepas abah gi sekolah tu ada la jugak mama keje nak cabut2 rumput ke pe kan..

Tengok tu..pokok lada mama tengah berbuah dengan begitu lebat sekali..sape nak lada angkat tangan..hehehe :)

Nasi Tengah Malam..




Jam tu menunjukkan pukul 12 :15 tengah malam tau..bukan tengah hari. Alkisahnya Tina ni lately suka sangat mintak nak makan antara pukul 11 & 12 malam. Sebab biasanya bila mama & abah makan malam, Tina makan sikit je. Mungkin sebab tu bila sebelum tidur dia akan rasa lapar semula..

Bunyi ayat dia camni tau..
"mama..nak makan nasi tak?" atau pun.. "mama..nak makan mee tak?"

hehehe..poning palo den.. mama rasa macam nak pitam dengar dia mintak nasi pukul 12 tengah malam ni tapi since nasi memang ada..tak kisahlah nak. Janji Tina nak makan.

Yang bagusnya..lepas jek makan dalam setengah jam.. tutup semua lampu..dia akan tidur sampailah ke pagi..pukul 6 ke macam tu sebelum berbunyi mintak susu..

Jadi mama dia pun dapatlah layan internet lama sikit..atau pun boleh rest lama sikit..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...