"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label House. Show all posts
Showing posts with label House. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Water Heater baru Yeay!

Entri kali ni bersiaran dari rumah MIL mama. So maknanya entri tak bergambar la ye..


Penat pulak menggoggle..tak ada pulak gambar water heater yang kami beli tu. Model lama punya agaknya.


Konon-konon nak beli yang Panasonic takde pump tu..kat C4 aritu offer RM255. Huh..banyak sangat fikir agaknya..sekali pergi lagi..jangankan stok water heater tu..yang display pun dah diangkut orang.. huhu..melepas.
So, malas nak berjalan2 dan mencari lagi. Kami amik je la water heater Pensonic yang ada kat situ. Ambik kena ikut bajet ok.. jangan ikut hati..nanti mati..
Kot ikut hati memang nak yang 'JET PUMP' tu ha..amik kau RM500++ tak termasuk installation. Tapi sebab sedar diri..amik yang murah sudah la. Janji dapat mandi air panas kan..
Dan Maghrib tadi abah pun dah siap pasang water heater tu kat washroom masterbed (kat situ je yang ada wiring water heater kan?)
so..Mission Accomplish la.
Dah ada dah water heater..yahoo..
Tapi mama belum rasmikan lagi la..
Citer-citer ni..eh..mana la abah ni tak balik-balik lagi ni ha..dok menghantar MIL mama tengok adik ipar dia yang tetiba masuk ICU. Mam pun tak tau apa citer. Tapi macam nak tunggu abah balik..tapi macam ngantuk pulak..
sedap jek tengok tina tido tu ha..

Tuesday, April 13, 2010

Jom Intip 'Rumah' Sidia..

Sejak duduk rumah ni setahun lepas, mama selalu tengok-tengok kat halaman.. tak ada burung yang sudi datang buat sarang kat pokok-pokok mama.. tak sudikah agaknya memeriahkan halaman rumah mama ni ek?

Akhirnya sebulan yang lepas.. mama dengan bunyi bising kicauan burung dari tingkap masterbed..sangat kuat. Mama mengintai perlahan-lahan nak tengok apa berlaku kat porch sana.. Hah! sekawan burung sedang sibuk mengangkut helaian rumput kering membentuk sebuah sarang tepat dihadapan tingkap sliding masterbed. Memang mama ada pokok gantung kat sana tapi tak sangka kat situ diorang berkenan..

Sekarang sarang tu dah siap. Tuannya pun berulang alik setiap hari. Gembiranya hati.. dapat dengar kicauan burung tiap-tiap pagi..syok tau!

Nak intip 'rumah' si dia tu tak? Jom..




Betul-betul kat depan tingkap... syyhh.. ni tuannya masih ada kat dalam tau..baru tadi sblm amik gambar dia masuk..

Monday, April 12, 2010

Pagi Ini..


Pemandangan sebahagian halaman rumah.. koi pond area. Tak siap lagi nih...huhu..



Mama keluar ke halaman pagi ini. Terlanjur Tina masih tidur kan.. so cepat-cepat buat kerja. Mama basuh porch, angkat pasu2 dan berus lantainya.. biasa lah.. hijau-hijau itam kaler dia dah..sakit mata tengok. Penat menyusun bunga di depan. Mama masuk dan keluar pulak dari belakang. (pastikan pintu depan dah berkunci ye..hehehe...kang ada tetamu pulak)

Keluar dari belakang pulak..masa untuk membelek pokok-pokok sayuran dan pokok-pokok yang berguna untuk masakan. Semuanya tengah naik..cantik..hijau.

Teringin pulak nak kongsi pemandangan koi pond area kami yang tak siap lagi ni ha.. sejak ada koi pond ni..area tepi rumah dah terasa nyaman dan sejuk. Tunggu pokok-pokok bunga naik je..kang leh jadi sejuk..nyaman dan cantik dengan bunga-bunga.

Paling suka tanam pokok bunga bawang yang bunga putih-putih kat tiang kolam tu.. kalau tanam banyak-banyak..sekali dia berbunga serentak..haiii... menjamu mata dengan selesa...

Bila lah laman impianku ini nak menjadi seperti diharapkan agaknya...

Thursday, May 21, 2009

Home Sweet Home



Lately mama memang tak dapat nak post gambar pasal rumah sebab kabel hp mama masih tertinggal kat umah kota. But gambar-gambar ni terpaksalah di bluetooth kan kat hp abah dulu then abah yang transfer guna kabel hp dia.

Ini ialah gambar koi pond abah yang belum siap. Abah memang nak buat sendiri koi pond ni so dah beberapa lama jugaklah terbengkalai sebab cuaca yang tak menentu. Ada masa berterusan hujan turun, so koi pond abah ni akan penuh dengan air. Tanah kat rumah kami ni tanah liat oren yang sangat menampung air so kalau ujan..keadaannya agak teruk jugak la. Melekit-lekit.




Ruang tamu kami yang belum siap di interior design kan..hehehe...plan nak letak frame ayat dan cermin kat dinding tapi masih belum lagi sebab jiran sebelah rumah baru bersalin. Takkanlah nak drill dinding. Nanti baby terperanjat pulak. So kena tunggu baby besar sikit lah.

Tak tahulah apa konsep yang nak dibuat. Tapi moden lah rasanya. Tak berkenan pulak konsep yang sarat-sarat dan penuh-penuh barang. Lagipun kami kurang minat dengan Jati..abah pun tak berapa sukakan jati.

Ruang tamu kami ni tak besar so kami kenalah berhati-hati dengan pemilihan perabot dan hiasan supaya tidak berserabut. So for the time being, ini je la dulu sementara ada idea untuk menghias. Carpet adalah pilihan abah, warna dia mama yang pilih.

Warna-warna yang kami berdua minat ialah coklat, hitam, silver, biru dan krim. So warna-warna inilah yang banyak ada kat rumah. Baik juga citarasa kami sealiran, warna yang kami suka pun lebih kurang sama jadi tak banyak masalah dalam memilih. Tak payah nak berebut memilih.

Kat dinding pun cuma gantung gambar kami je..baru tiga frame je pun. Nak susun gambar nak gantung pun nak kena ada idea jugak. Pakai gantung je kang..tak menyenangkan mata pulak.

Will be continued....

Tuesday, February 24, 2009

Gambar-Gambar Rumah Baru Kami ..









Pokok Mempelam Harum Manis. Belum tambah daun dah belajar berbunga. Ntah la tu..lekat ke tidak. Harap-harap lekat la..dapat sebiji pun untuk buah permulaan ni jadi la..kan abah kan. Penat abah tanam.. Gambar Pokok Orange Sunkist abah tak sempat post lagi....tina suka makan Orange...so...abah tanam la sunkist.









Abah dan Tina sedang siram pokok jambu air madu. Tina tu lebihnya main air je..mengacau abah.





Abah berada di kitchen. Kelihatan pintu toilet di belakang sana dan 2 pintu ditepi tu ialah pintu bilik tidur 2 dan 3











Pemandangan sliding door dari dalam. Ruang ini ialah dining hall kalau ikut dalam pelan..









Car porch yang boleh memuatkan 2 buah kereta









Pemandangan halaman rumah kami dari car porch. Corner lot dengan "sedikit" kawasan tanah untuk bercucuk tanam la kot.Kat hujung sana tu abah dan Tina tengah siram pokok.


Kami dah tanam pokok la sikit-sikit.Tapi a lot more work nak kena buat. Kawasan tanah ni tak rata langsung. Tanahnya pulak tanah liat kuning yang keras kalau panas, melekit kalau hujan..



Actually there's some more picture yang tak dapat nak diupdatekan. Slow sangat internet connection.. anyway ini lebih baik dari tak ada langsung kan..

Thursday, February 19, 2009

Finally ... Kami Dah Dapat Kunci Rumah ...


Actually last week developer dah call abah, tapi abah tak dapat nak jawab phone sebab tengah mesyuarat. Then, few days later abah call mama bagitau yang developer kata kunci rumah dah boleh ambil kat ofis. So hari rabu petang 18/02/2009 abah, mama & tina pun pergi ambil kunci rumah.

And for the first time kami memijak kaki di lantai rumah baru kami. Walaupun rumah tu comel jek la..tak de la besar sangat tapi ia cukup bermakna untuk kami bertiga. So, abah telah menunaikan janjinya ... how sweet kan. Tak dapat nak mama bayangkan bagaimana happy dan senangnya hati. Kami dah ada rumah sendiri!.

Anyway, ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Abah nak kena pegi Pejabat SAJ, nak tukar nama cukai harta la.. nak siapkan form kecacatan rumah la.. isy..ada banyak la lagi. Tak pe..slow-slow abah eh..kita uruskan nanti.

Dek kerana excited sangat dapat kunci, sampai lupa nak ambil gambar ... hehehe... tak pe la..gambar akan di postkan kemudian berserta gambar kuncinya sekali hehehe...

Hmmm..perasaan yang tak dapat nak digambarkan la..happy sangat... Yang, Thanks for make our dreams come true..

Hajat di hati kalau semua hal telah diselesaikan, kami target untuk pindah masuk kerumah baru ni sebelum pertengahan tahun ini. Kalau la kan... kami berdoa agar segalanya berjalan lancar..

Wednesday, August 6, 2008

Rumah Baru Kita......




Lookin foward to our new house
..kekek
Bila Nak Pindah Nie....
Tak Sabar Dah!!
Sabar-Sabar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...