"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Jumaat Berkat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat Berkat. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar


RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

 BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

Friday, April 12, 2013

Salam Jumaat..


Terapi minda & penyeri pagi jumaat mama..
Harap dapat memberi ketenangan pada anda juga terutamanya pencinta bunga :)

Semoga hari kita lebih bersemangat & segala yang kita lakukan diberkati Allah..

Friday, November 11, 2011

Doa Meminta Dimakbulkan Keinginan


" Ertinya : Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku lahirkan terimalah uzurku"

Friday, September 30, 2011

Doa Kebahagiaan Keluarga



"Ertinya: Ya Tuhan kami! Berilah kami Isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa."

Friday, September 16, 2011

Doa Untuk Mendapatkan Cahayamata & Juga Jodoh



Maksudnya :

"Ya Allah, Janganlah Engkau Membiarkan Aku Hidup Seorang Diri, Dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik"

Surah Al-Anbiya' Ayat 89



Doa ini sangat bagus jika diamalkan oleh mereka-mereka yang berhajat menimang cahaya mata. Diamalkan selepas setiap kali solat. Semoga doa yang benar-benar datang dari hati itu dimakbulkan oleh Allah hendaknya.. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...