"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Kazen Forever

Tina dengan kazen-kazen sekelian.. macam la ramai hihi 
kazen-kazen tina belah mama semua princess ok.. :)

Nur Ain Qistina
Nurul Ain Zulaikha
&
Nur Izzah Zahirah (yang comel lotte baju pepel)




sape geram dengan budak baju pepel?? comel sangat.. keletah sangat.. eyyy geram betul hahaha

Wednesday, May 12, 2010

Bila Tina Jumpa Atuk Dia..

Minggu lepas abah ajak mama & Tina balik rumah mak mama. Suka la mama.. lama jugak tak balik sebab abah asyik sibuk aje weekend. Tina pun seronok nak balik. Habis semua bantal-bantal busuk & soft toys dia dolphin, keeka, barney.... diangkutnya sama.

Kami gerak dah pukul 5 lebih sebab kat JB ujan anjing & kucing..lebat giler. Terus je balik kampung sebab mak usu mama buat kenduri potong jambul baby dia. Hampir kul 11 malam jugak baru kami balik rumah. Mandi-manda.. mama tertidur masa tidurkan Tina. Sampailah ke pagi weh.. dah cerah tanah..baru mama perasan Tina yang tidur kat ujung kaki mama tak pakai diaper!!!!!!!!! aduh..cepat2 amik diaper terus pakaikan. Nak dikejut kesian..dia masih nyenyak tidur.Bising jugak dia. Tak lama tu dia kencing..fuh!! selamat. Kot tak dengan mama sekali la kena kencing.



maaf..sila sengetkan kepala anda ye. ini video ekslusif giler nih..hahaha...


Dan ini adalah aktiviti Tina dengan atuk dia .. sila abaikan toto2 sekelian yang bersepah2 tu ye..Tina tak kasi kemas sebab dia nak melepak kat sana sambil tengok upin ipin..

Punyalah excited sampai terbelit wayar microfon kat kaki wahahaha... Tina..tina.. abah mama tu memang 'boleh' menyanyi pun.. org ada band la dolu2 kat kampung .. hehehe... mama pun pernah belajar menyanyi dengan abah mama dolu2.. tapi korang teka la.. mama buleh nyanyi ke idak..huahuahua...

Seronok tengok atuk & mak melayan Tina. Hilang rindu Tina kat dorang.. hilang rindu atuk & mak kat Tina.

Oh ye.. kat kampung mama dah nak musim 'jering kelambak' eh..korang tau ke bahasa tu? Ala..kalau peminat makanan eksotik kampung mesti tau punyalah.. so mak mama sempat belikan sikit jering tua kat pasar malam. Mestilah mama yang masak sambal jering.. favourite eksotik food la katakan. Dan tak malu mengaku..sayalah peminat petai dan jering.. aduh..nikmat dunia..

Malam ahad kena gerak balik JB sebab abah Tina nak sekolah esoknya.. rasa macam nak tinggal lagi umah mak tapi.. sian kat abah sorang2 nanti.. tempat isteri kan disisi suami...chewah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...