"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Cuti-Cuti Mesia 2011. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Mesia 2011. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Destinasi Seterusnya - Padang Besar, Perlis

Okeh..sambung lagi ye..

Adik mama sebenarnya tak dapat cuti, jadi kami tak dapatlah nak berjalan2 sangat seperti kedatangan sebelumnya. Nak ke Padang Besar, Perlis ni pun tak de la merancang2 pun.. hari sebelumnya adik mama ajak.. kami packing2 ala kadar..takut2 dia kene bertugas.

Dia balik duty pukul 7 pagi.. kami terus siap2 dan gerak ke padang besar. Tak jauh sangat la pun perjalanan sebab kami di Bagan Serai, Perak kan.. dah hujung dah tu. So perjalanan ambil masa lebih kurang 2 ke 2 setengah jam la.. siap benti breakfast bagai kan.. :D

Tol sehala dalam RM20 la kot. Lebih kurang halal..tak ingat sangat sebab guna touch N go..huhu

Perjalanan melintasi negeri jelapang padi negara.. kedah.. best sangat korang. Hijau kiri kanan highway.. sepanjang perjalanan.. waktu tu padi baru dalam 2 jengkal tinggi.. memang sangat damai mata memandang

Lepas Kedah..kita masuk lah ke Perlis. Ha.. kalau korang nk tau GPS korang tu betul ke tak..korang akan melalui kawasan penanaman tebu gula negara..

Korang akan lalu roundabout la lebih kurang rupa dia.. kat situ akan ada sign board

" ANDA BERADA DI CHUPING, KAWASAN PALING PANAS DI MALAYSIA"

&

" ANDA BERADA DI CHUPING, KAWASAN PENANAMAN TEBU GULA NEGARA"


Masa tu jugak terfikir.. ooo.. kawasan paling panas di malaysia ye chuping nih? Huhu sites tak tau weh.. tapi area ni memang sungguh panas. Terik betul tau panas dia. Berbeza dengan cuaca kat Bagan Serai, Perak..apalagi cuaca kat johor..huhu..



22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.
Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.





Boleh dikatakan Perlis ni masih banyak kawasan hutan & kawasan penanaman tebu gula sahaja. Dah nama kawasan penanaman tebu gula negara..mestilah luas giler kan.. tapi kalau korang tengok pokok tebu gula ni mesti korang heran.. sebab dia tak macam tebu biasa langsung yg kita tanam kat rumah tu..

Korang tengok vids nih..









Dan satu lagi scenery menarik korang akan nampak kat kawasan Chuping yang panas ni adalah ini..




giler cantik scenery nih.. tengok live lagi best.. hijau sangat..



Tak lama lepas melalui kawasan penanaman tebu gula nih.. kene lalu post guard..yang jaga tu polis la..Then pastu..hahaha...sampailah ke padang besar. Kalau pakai GPS.. destinasi yang kat GPS tu adalah tengah bandar padang besar.. Bila GPS kata korang dah sampai.. means.. depan sket tu adalah area membeli belah padang besar.. sempoi jek pun bandar dia.. tapi mmg siyes barang dia murah weh..

Rasa macam nak bawak lori jek gitu ha..







Jangan tanya kami beli apa.. bonet kereta persona & alza tu penuh weh dengan segala macam barang.. huhu




antara barang yang menarik hati mama la.. hihi..brooch daun, brooch lady bird, brooch bunga & brooch jurai sket..

Lepas mengalas perut yang kosong & tekak yang haus dek kepanasan.. sambung membeli souvenir utk family2.. kami bergerak balik ke bagan serai semula..

Malam tu semua tido mati.. kepenatan..

Monday, December 12, 2011

Katanya Bukit Maxwell (Bukit Larut) Ada Tanam Tulip.. Ye Ke? Jom Jalan & Tengok





Kita cerita2 tentang cuti2 mesia aritu ye sket. Last year punya cuti mama teringin nak tengok tulip kat Bukit Maxwell.. tapi tak kesampaian sebab tiket habis & hari selepas2 tu hujan memanjang. Adik ipar mama kata hujan2 tak elok pegi..

So mama return this year. Nekad, apa terjadi tetap nak naik jugak Bukit Maxwell tu. Disebabkan adik mama tak dapat cuti, so mama gi sendiri dengan abah jek. Bukit Maxwell tu kat Taiping tau..area2 Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & MRSM.. dekat2 tu jek..

So, berbekalkan GPS kami pun redah jek. Alhamdulillah sampai pun..hehe..

Laju jek kaki mama jalan ke kaunter tiket.. takut tiket habis lagi. So dapatlah tiket naik pukul 12 tengahari..turun pukul 2.. ok la tu walaupun masa tu baru pukul 10 pagi huhu.. Tengah kami duduk nak sarapan, uncle kaunter tiket tu datang balik.. katanya kami boleh naik pukul 11 sebab ada guest cancel tiket.. haha.. syok..

Ni kaunter tiket dia ye..



Kami sarapan nasi lemak & mee sup jek. Ok lah..perut pun tengah kosong masa tu.. pukul 10:30 kami gerak gi tempat menunggu.. saja gi awal..nak gi toilet bagai kan..



Ini area menunggu.. sempoi jek.. Toilet kat belakang sana..


Huhu.. abang yang tengah bercerita dengan abah tu penuh berinformasi tau.. banyak dia tau pasal Bukit Maxwell nih..


Ini kenderaan kita nak naik ke Bukit Maxwell.. Huhu.. Jangan tak caya..



Mama & abah naik dengan 7 orang yang lain kalau tak silap.. Masa ni tak tau lagi apa cerita perjalanan nanti..semua orang suprise.. semua 1st time nak naik..

Okeh..perjalanan naik ke Bukit Maxwell bermula disini..





Dan perjalanan pun bermula.. huhu memang sungguh adventure.. macam camel trophy dah.. Korang bayangkanlah kalau jip ni cuma boleh guna gear 1 sepanjang perjalanan.. kiri kanan korang adalah lereng bukit..gaung tau.. kalaulah accident.. jatuh bersepai tak leh nak pungut dah..huhu

Sampai sakit 10 jari dek kerana mencengkam pemegang kerusi .. huhu.. bukan mama jek..abah pun seram sama.. sejuk2..pucat2 muka..hehehe.. tapi sangat seronok.. pengalaman baru kan..




Amacam bila dah tengok vids tu.. tu sikit jek. Ada di tengah perjalanan..entah selekoh tajam no.berapa agaknya..ada tanah runtuh..huhu mengaum2 jip tu weh..adoyai..rasa macam nak putus nyawa..

Selekoh tajam dia bukannya sikit2 punya tajam.. V shape korang.. stering pusing 360 darjah..serius.. abang driver tu yang cakap..




Jip turunkan kita di area ini ye.. dan dibelakang tu ada sedikit peninggalan penjajah. Katanya, Bukit Maxwell ni dulu tempat para penjajah berehat..ada cottage diorang di atas ni. Dan menurut ceritanya.. pokok..haiwan.. yang datang dari luar negara pada masa tersebut akan di angkut naik ke atas ni utk dibiasakan dengan udara & persekitaran tanah melayu..

Sedikit demi sedikit diturunkan ke tanah rendah.. hinggalah sampai ke tanah biasa..

Kat atas ni takde la sejuk macam genting @ cameron.. tak payah pakai sweater pun cuma udara dia nyaman..segar.. sedikit je sejuknya :D

Dari kawasan ni, mama & abah naik jalan kaki lebih kurang 5-10 minit lagi ke atas. Tapi 5 minit naik bukit ye korang.. jalan 10 langkah pun dah macam tak larat nak angkat kaki.. huhu.. tapi sempat la berpimpin2 tangan kami jalan slow2 naik ke atas lagi.. ke tempat yang dikatakan tulip ditanam..

Mengenangkan tulip..kami gagahkan kaki naik.. tapi bila dah sampai ke tempat yang dimaksudkan..







Hanya binaan hampir musnah ini yang tinggal.. menurut pekerja restoran diatas sana.. tulip terakhir yang ditanam disini dituai september yang lalu dan selepas itu tiada lagi tulip akan ditanam disini.. katanya.. cuaca tidak lagi sesuai..kurang sejuk & jika hendak ditanam juga tulip, memerlukan bantuan air cond.. alangkah sadisnya keadaan itu kan..??

Mama kecewa sungguh dengan penjelasan mereka. Tapi apa nak buat.. takde rezeki nak tengok tulip.. so kami jalan kaki turun semula sambil menikmati pemandangan & udara segar yang mungkin suatu masa nanti juga akan lenyap seperti pupusnya tulip di Bukit Maxwell ini..








Nampak tu..kami berdiri separas awan. Masa ni boleh lihat awan gelap mula berarak menutupi puncak bukit Maxwell..walau nampak cahaya matahari tapi angin sudah terasa sejuk mencucuk liang roma..








Mama bergambarlah dengan binaan yg menempatkan tulip suatu masa dulu.. kecewa betul..


Hajat nak berlama2 kat atas sana hilang entah kemana.. 2 jam diatas..kami minta nak turun lebih awal..sepatutnya kami turun pukul 2ptg tapi kul 1 kami dah mintak nak turun sama2 dengan pemegang tiket turun kul 1 jugak..

Tapi sekurang2nya sempatlah menjejak kaki..sempatlah berbual2 sambil jalan pimpin tangan dengan abah.. sempat bergurau senda mcm masa bercinta2 dulu kan.. Banyak mata memerhatikan..mungkin fikir kami ni couple kot..

Huhu..perjalanan turun pun mengerikan. abang driver tu cuma guna sebelah tangan jek korang pusing stering 360 darjah dia tu..

Setengah perjalanan dah terasa nak muntah..rasa mual..pening. Mujur kami tak makan apa2 kat atas.. kalau tak besar kemungkinan dah muntah kot..Mama menahan loya berharap..cepatlah sampai bawah..

Leganya hati bila dah tiba di tempat kami naik jip mula2 nak naik tadi.. tapi lutut rasa lemah nak turun..huhu.. slow jalan gi toilet dulu.. pastu kami pimpin tangan lagi menuju warung berdekatan..pesan air fresh orange gitu..nak bagi hilang loya..

Hampir setengah jam duduk minum.. kami pun naik kereta balik..

Tapi memang frust sangat kerana tak sempat tengok tulip..sedih kerana alam semulajadi yang cantik itu tak dijaga dengan baik..

Persoalannya.. jika dibiarkan ada organization lain ambil alih pengurusan bukit maxwell.. bimbang sejarahnya akan hilang oleh pembangunan..kalau nak dibangunkan kemudahan diatas sana utk pengunjung.. semestinya hutan hijau akan ditebang.. dan harga tiket tidak lagi RM6 lah kan?

Mereka masih dalam dilema.. Jadi kesimpulannya.. tiada lagi tulip di bukit maxwell..

Tuesday, June 21, 2011

Her 1st Sand Art Activities..Jauh Di i-city Sana..Macamlah Kat JB takde..huhu

Menda sand art ni dah selalu tengok tapi tak pernah ada hati nak cuba. Tapi kan..kat i-city sana aritu, Tina beriya2 betul nak buat sand art nih. Ok la nak..

Layanzz..



Tengoklah betapa khusyuk & tekunnya dia buat. Semuanya nak buat sendiri. Cuma nak bukak kertas jek tak pandai. kene mintak tolong mama.. :)





Aih..sampai mama nak pegang kertas pun tak bagi. Betul2 kedukut ni anak..hehe..dia tak kasi langsung mama chance nak tabur pasir kaler2 tau..sian mama




Mama tunjuk mana nak letak pasir & kaler pe..dia pulak cakap kat mama apa kaler dia nak letak korang..hehe..lawan tokey tau..





Hehe..here..sand art saya dah siap pun.


Buat sand art ni sedarkan mama ..ada part lagi mama tak explore. Tina nampak sangat seronok bermain pasir berwarna. Mungkin mama perlu selalu ajak dia buat sand art.. ala..kat Jusco berlambak nak..nanti kita buat lagi ye.. :)

Saturday, June 18, 2011

Popeye VS KFC

Korang pernah makan kat POPEYE? Kat JB tak de popeye nih. Kat mid valley kami jumpa. Days before kitaoarg terjumpa popeye nih, kakak ipar mama ada citer. Katanya popeye nih ala2 KFC jugak..kiranya kalau korang buhsan makan KFC..popeye nih alternatifnya la gitu.

Alang-alang terjumpa..kami try la sebab kebetulan anak2 sekelian dah mengaruk2 kelaparan..huhu



























Nampak tangan montel tu tak? Ha..tangan sape lagi kalau bukan tangan Tina kan.. tak sabo betul dia.

Okeh..popeye nih punya ayam pun besh..memang ala2 KFC cuma rasa lain sket..rempah ratus tak sama la kot.

Mashed potato dia sedap.. gravy dia lain sangat but very tasty la..anak2 pun suka. Berebut-rebut masing2

KFC punya sayur kobis & carrot tu nama pe? ala lupa plak.. tapi kat popeye nih sayur tu lain rupa..tak sempat nak snap la korang. Sampai jek tangan2 montel dah menyambar..huhu

Kami cuba jugak hidangan nasi.. tapi bagi mama ok la..biasa2 jek..

Sesekali tukar selera besh gak..asyik makan KFC jek kan.. apa kata kalau korang jumpa POPEYE nih..korang cuba plak.. :)

Friday, June 17, 2011

Cuti- Cuti Malaysia Part 2 - Bermalam Di Palace Of The Golden Horses

Bilik : Minister Suits

Bilik ni harga biasanya adalah RM1000.00++ satu malam..kalau tak dek kerana org manyaport..takdenya la nak datang mama kemari..huhu banyak leh buat menda lain selain tido sini weh..




Abah posing2 dulu ha.. almaklumlah..1st time jejak kaki dalam hotel 6 star kat KL kan.. teruja seh kami.. :)







Jom!








Sampai Bilik dah... :)


wah..wah.. senangnya hati nampak..












Mama & abah..couple of the year okeh!










pemandangan pagi hari yang hening




pemandangan malam yang memukau



bilik mandi kecil dlm bilik mandi beso



ada ini jugak..







ni kat pintu depan



ni kat sebelah belakang..nak gi pool








ada banyak dinding penuh dengan gambar-gambar org2 ternama yg menginap disini..nampak tu..



abah with the montel girl hihi




Ni kat pool..tak leh nak publish banyak gambar coz guyz sekelian mandi kene pakai seluar pendek jek la..





we've been here okeh..






Begitulah..pengalaman menarik percutian kali ini. Hmm..POTGH ni memang besh la..staff2 dia friendly walaupun bukan bangsa kita. sangat polite.. even mamat yang jaga tempat bayar parking.

cuma kami tak makan disini la weh..mahal amek!.. kakak ipar mama kata..breakfast jek menjangkau RM60++.. hotel 6 star la katakan u all..

Persekitaran nyaman & redup.. thumbs up!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...