"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Cerita Happy. Show all posts
Showing posts with label Cerita Happy. Show all posts

Monday, February 12, 2018

Introducing... Our 3rd Princess

Bersawang tebal dah blog..
Sampai tak boleh bukak pun ada.. haha

Ok lah.. short and sweet
Just to introduce
Our 3rd princess
NUR AMNI QAREESHA BINTI MOHD NOOR HISHAM
Yang lahir pada
 6 Ogos 2017
Jam 2.36 ptg
HSAJB
Berat lahir 3kg
Lahir pada 36 week sharp


This is her..
On her 6 month old

See ya!

Thursday, November 21, 2013

Lepas Beli "Baldi"..

Acara selepas beli " baldi" aritu..
lambat post..tak jumpa gambar..
apa lagi..
Jom Subway!!











Bulan ni dah berapa kali makan subway ek?
hihihi

Wednesday, November 20, 2013

Seharian Di Parit Baru, Pontian

Dihari wedding anniversary, kami bukannya pergi jalan-jalan, makan-makan celebration TAPI kami balik kampung abah di Parit Baru, Pontian Johor

Agak lama tak balik ke sini, seronoknya merasai suasana kampung. Kami benar-benar menghabiskan masa bersama-sama. Kait rambutan, memancing & menghayati keindahan kampung yang penuh kehijauan.. segarnya rasa walau sedikit panas..hihi



Rumah kampung ..

Paling mencuit hati bila mama berjaya snap gambar anak & abah ini sedang memancing di jambatan rumah.. Bukan selalu tau dapat best shot macam ni..





Dan ini shot paling cantik hari ini..
suka sangat dengan gambar ini..




Ok..hari dah beransur petang.. kita kena balik :)



Bonding time yang tak dapat dibeli dimana-mana..
bahagianya dihati
lapang fikiran

Alhamdulillah..

Balik pun dah penat. Malam ada bola pulak kan..Memang dah tak larat nak kemana-mana.. owh..rindu dengan rumah :)


Friday, August 23, 2013

Jalan-Jalan..Makan-Makan

Bila mak & atuk datang.. muahaha..jom kita bawak diorang jalan-jalan.. sambil makan-makan. Tina suka la mak & atuk datang.. hihi mama lagi la suka :)

Kalau mak & atuk ada.. sket-sket mak..sket-sket atuk.. mama & abah kurang popular la masa ni ;)





Monday, December 24, 2012

Misteri Parcel GD Express


Mula-mula pelik bila dapat kad dari GD Express.. sebab mama takde beli apa2 online yang akan dihantar melalui GD.. hmmm... call for 2nd delivery tapi dalam hati masih tertanya2..hihi 

So today, parcel arrived safely :) tengok kotak je dah senyum.. its parcel dari Drypers Malaysia. Hadiah 2nd Parenting circle untuk tahun yang ke-6 kalau tak silap.. 

Tina lah yang paling happy coz ada sticker cantik2 untuk deco bilik. Berkotak2 dah mama & tina dapat hadiah dari drypers ni tau.. since Tina umo 8 bulan more or less..


Hadiah sememangnya menggembirakan kan? hihi.. Tina happy..mama happy

Actually dengan hadiah dari drypers ni bukan sahaja Tina yang merasa pakai. Dengan diaper yang banyak sebelum ni kami dah hadiahkan pula kepada orang lain.. termasuk mereka yang memerlukan. Thats why mama suka hadiah diaper..

Terima kasih 
Drypers Malaysia!!

Monday, April 2, 2012

Terima kasih Atas Doa Semua..



Syukur alhamdulillah.. setelah jumpa dokte hari jumaat lepas.. makan ubat.. mama kini beransur sihat. tapi masih belum sepenuhnya.. cuma ada rasa kurang dalam sakitnya tu..

Jumaat malam start makan ubat.. mama ntah tido ntah pengsan dari pukul 8 malam sampailah pukul 3 pagi.. nasib baik mak & abah ada kat rumah. Dioranglah yang tolong temankan Tina..tidokan tina.. incik abah takde.. camping..

So the next daynya pagi..mama dah 50% ok dah.. so as today. Ada saki baki lom habis. But i'll try to rest a bit more.. :)

Alhamdulillah..

Sunday, March 11, 2012

Testimoni Dari Tuan Tanah Qees Collection

Mama start makan Catalyst VCO Softgel bulan November 2011. Tak lama lepas diperkenalkan oleh Lela Lelord & makcik abah ..

Then Bulan Decembernya pula mama amik Catalyst Collagen bersama-sama dengan VCO tu. VCO tu makan pagi 2 biji.. collagen tu makan malam..1 sachet..









Catalyst collagen ni sangat sedap. Ia dalam bentuk serbuk berperisa berry. Baunya pun best. Cara makan pun senang jek, tuang la masuk mulut..kemam2 bawah lidah sampai cair.. akhiri dengan minum air suam atau pun jus buah.. senang kan..





Ini Catalyst VCO softgel.. jangan tak tau.. hihi pun telan jek dengan air putih.. senang





Ini gambar testimoni mama bersama AURA PUTERI & AURA PUTERI GOLD, tapi masa ni mama belum makan VCO & collagen lagi..

AP & APG pun mama sangat suka sebab buat kulit nampak semulajadi cerah & membantu mengurangkan masalah2 kulit.. sape2 berkenan nak tau leh tanya dengan mama ye.. hihi




Ini gambar paling baru pada 10 Mac 2012.. selepas 6 bulan bersama AURA PUTERI GOLD, 4 BOTOL CATALYST VCO SOFTGEL, 3 KOTAK CATALYST COLLAGEN & 2 YEARS PLUS COCOA COLLAGEN POWER PLUS..

Masuk angka 30-an ni kene la ambil berat hal2 kesihatan. VCO ni memang untuk overall health & beauty. Kesannya tak de la nampak lepas sebotol makan tapi kesan tu makin la makin ketara jika kita consume berterusan..

Bila orang tanya.. cantiknya kulit.. pakai apa?.. jawapan mama adalah yang kat atas tu. Mungkin ramai akan kata, banyaknya nak kene telan.. patutlah kulit cantik. Hmm.. mama rasa kita berusaha untuk cantik dimata kita sendiri & dimata suami serta anak. Itu lebih penting. Bila suami kata.. "mama cantik kan kakak.." Mama sangat puashati.

Lagipun.. bila usia makin bertambah.. kita kene cuba ubah hidup kearah lebih sihat. Mama tak nafikan mama dolu2 tak pernah pun exercise.. jauh sekali nak jogging ditaman.. tak ada la dalam kamus hidup...

Tapi tahun ini mama & abah bertekad untuk sebolehnya meluangkan masa bawak Tina exercise kat playpark sekurang2nya sekali seminggu. kami berjogging, jalan pantas, melompat2.. sambil berpimpin tangan berbual bila dah penat. Sebelum balik kami bawak Tina main buaian.. main panjat2. Dia sangat happy & menunggu2 setiap sabtu atau ahad untuk aktiviti itu.. :D

Sihat & cantik itu adalah pilihan kita.. jadi terpulanglah pada tafsiran masing2..

Jadi jika ada yang berminat dengan produk2 yang mama amalkan.. boleh contact mama.. hihi nak jugak promo tu.. :D

Mama Rindu..




Entah kenapa tetiba rindu sangat2 dengan kakak masa baby2 dulu.. :) skrg kakak dah beso.. semalam dia tanya " kakak masuk dalam perut mama lagi.. boleh?"

hihi.. anak mama dah besar la sayang..

Friday, December 23, 2011

Dapat Star Letter Lagi :).. Rezeki..

Mama kan aritu dah up status kat FB.. mama dapat star letter lagi untuk parenting circle terbaru. Mama pun buat post aritu yg SCA email mama..kata gambar kami terpilih untuk dimuatkan dalam PC terbaru tu..

So..inilah buktinya..alhamdulillah rezeki..

















Masa SCA call aritu tanya nak hadiah apa..mama tetap pilih hadiah diapers. kenapa? Entahlah ek korang..kat rumah ni dah ada berkotak2 drypantz..semua saiz pun ada. Banyak kotak mama dah jual atau kasi hadiah kat baby sebab Tina pun dah tak pakai kan..

Tapi kenapa masih pilih diapers? Diorang pun pelik sebab Tina dah tak guna diapers lagi..Mama masih berharap yang diapers & drypantz ni mama nak simpan untuk adik Tina.. bila Tina nak ada adik mama pun tak tau..tapi mama sentiasa berharap, berdoa & berusaha..

Semoga tuhan mendengar doa kami.. amin

Saturday, October 22, 2011

4th Birthday Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

Hari ini..jam 1:10 tengahari tadi..genaplah buah hati mama & abah yang montel tu berumur 4 tahun. Sekejap je masa berlalu kan.. rasa mcm semalam baru je bawak dia kuar dari wad bersalin :)




As for birthday dia tahun ni..Tina request nakkan kek DORA.. kami gi gak survey2..tapi rasanya macam tak berbaloi lagi membazir. Apa taknya..keknya je nak kene tempah 3kg baru leh request gambar DORA..perghh.. tak termakan. Bukannya nak buat kenduri ke pe..celebration just untuk family kecil kami jek..




So, mama buat la sendiri kek idaman Tina tu. Kami gi beli sticker DORA.. beli barang2 hiasan & macam2 lagi lah.. :)




Mama memang cetek ilmu membaking kan..so ini memang percubaan mama yang pertama.. mengujakan juga walaupun hanya buat kek untuk anak kecil.. :)




Hasilnya..


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


Jangan terperanjat!!!




Inilah hasil kerjatangan mama.. pukul 1:30 pagi baru siap segalanya..pheww..








deco simple jek yang mama buat.. itupun semua barangnya mama& abah beli..





DORA.. ini yang paling penting..





DORA & BOOTS.. 2 character penting yang mesti ada atas kek.. :)





Mama memang tk pandai men"deco".. just buat apa yang terlintas difikiran..budak2 suka tengok & nak makan..




Dan tengahari tadi kami dah siap pun adakan acara meniup lilin & memotong kek untuk Tina.. Dia memang sangat2 gembira tengok keknya ada DORA.. terharu sangat dapat memenuhi impian seorang anak kecil.. rasa puashati..walaupun keknya tak la sesedap beli kat kedai kan.. ini kek kasih sayang mama & abah.. :)





she's 4 years old today!!









Her happy face seeing her DORA cake.. seronok sangat tengok dia excited




2 orang insan tersayang.. seleranya Tina makan coklat topping tu..sampai jilat2 yang kat sticker DORA.. abah tolong teman jek..







Jilat coklat yang kat ceri pulak.. hihi







Doa mama & abah..kakak membesar jadi anak yang dengar kata, rajin belajar & tak mau nakal2 sangat tau. Mama & abah doakan kakak berjaya didunia & akhirat. Kakak adalah kurniaan Allah paling berharga bagi mama & abah.



Mama, Abah, Atuk & Mak sayang kakak sangat..



Have a wonderful Birthday dear.. :)











HADIAHNYA?















Hadiah yang Tina minta adalah angry bird. Mama & abah belikan plush toys besar & selipar angry bird jek.. aci tak?


Dan semuanya Tina pilih sendiri.. dia memang tak mahu angry bird warna lain..nak yang warna red je katanya.. huhu..


Ada banyak lagi gambar-gambar birthday..tengok lah..kalau ada masa nnt akan dikongsikan.. :)



Korang.. doakan yang terbaik untuk Tina ye.. Terima kasih untuk doa2 kalian..



Ok lah jumpa lagi next post ye..bye..
















Thursday, September 29, 2011

Campbell's Instant Soup Design-UR-Mug Contest Limited Edition Shroomz Thumbdrive Winner..Hooray!!!


Korang masuk tak Campbell's Instant Soup Design-UR-Mug Contest. ?
Kalau belum.. masih sempat lagi nih nak design 1 mug

Hehe..mama dah dapat email inform yang mama menang Campbell's Instant Soup Design-UR-Mug Contest Limited Edition Shroomz Thumbdrive..

Mama dah reply email diorang dah..so tunggu jek la :)

Sok dah sampai mama post kat sini bagi korang tengok jugak ye..

Tuesday, May 10, 2011

Seperti DiJanjikan : Gambar Tina Dalam Parenting Circle Drypers & 3 STAR LETTER Lagi..

Ingat lagi tak pasal phone conversation dengan Drypers psl dorang nak guna gambar Tina dalam "parenting Circle" baru diorang? Ala..entri dia kat SINI

Dan seperti mama janjikan, akan buat post pasal itu bila copy PC mama dah sampai kan? Ha..PC nya dah sampai dah last week.

Kat bwh ni la gambar Tina dalam PC tu. Gambar ni diletak betul2 kat bawah respond mama yang berjaya dapat "star letter".. hehe happy sangat tau. Kali ni mama dapat 3 star letter lagi. Hmm..banyak la hadiah bakal menjengah pintu rumah..suka la Tina



Gambar Tina dengan meja tulis dia..baru siapkan susun ABC block.. harap maaf..gambar disnap guna hp cap kucing mengiau kelaparan..so agak blur sket..



Gambar ni sebenarnya dipilih daripada blog mama. Gambar Tina tu kat entri INI..
Macam mana boleh terpilih??? Entahlah Mama pun tak tau korang. Rezeki kot.. :), walau macam mana pun mama bersyukur sangat2.. seronok korang tengok gambar anak kita dalam newsletter.. hihi






Gambar yang atas ni pulak adalah Parenting Circle Drypers yang berwajah baru. Cantik & menarik sangat kan.. Kalau dulu kat bahagian depan sekali ni ada petikan kata2 para ibu bapa pengguna yang terpilih tapi kali ni kat depan sekali ni penuh dengan info tentang peraduan-peraduan yang dianjurkan drypers bukan hanya di Malaysia Tapi juga di Singapura.

Terdapat juga info tentang hadiah sampingan bagi yang membeli produk drypers. Contohnya, kali ni bagi pembelian Drypantz, pembeli akan dapat buku aktiviti berserta stensil sebagai hadiah.. menarik kan..

Juga untuk PC tahun ini diwujudkan sudut kreatif dimana para ibu bapa boleh menghantar idea kreatif masakan mereka untuk dikongsikan bersama ibu bapa yang lain. Bagi PC kali ini idea membentuk roti menggunakan acuan yang menarik dipaparkan.. memang sangat menarik korang. Cantik sungguh roti dia..comel jek.. anak2 mesti suka & teruja nak makan.. :) idea yang sangat bagus.. mesti ramai yang nak tau kan?

Kalau korang yang tak dapat PC nak tau..korang komen kat bawah post mama ni..nanti mama usahakan untuk buat satu post mengenai sudut tu kat blog..

Ok la korang, mama tengah happy2 nak tunggu hadiah dari Drypers ni. Sambil2 baca PC baru..& nak cari idea untuk respond untuk keluaran PC yang akan datang pulak. Kalau terpilih lagi ..nnt boleh dapat hadiah lagi.. :)

Oh ye.. Terima kasih diucapkan kepada team parenting circle drypers kerana sudi memilih & menepekkan gambar Tina yang comel tu dalam pc mereka. Mama, Tina & Abah sangat menghargainya.. Kalau ada berkenan gambar Tina & nak tepek lagi..hoho mama no hal.. suka jek!

Senyum & Tungu lori skynet hon hantar hadiah
*wink*wink*

Monday, May 9, 2011

Mama Menang GA RedJambu.. Alhamdulillah

Bulan lepas mama ada wat post tentang GA nih..

kat SINI

Dan hari ini mama tengok kat wall RedJambu..dah announce pemenang GA

Alhamdulillah..nama mama salah seorang darinya

N3 announce pemenang tu di SINI



Terima kasih sangat kepada kawan-kawan yang undi. Yang terpaksa undi pun terima kasih banyak ye.. sayang korang semua..

Memang teringin sangat nak salah satu hadiah GA tu.. dengan bantuan undi korang2 semua mama berjaya dapatkan satu..wallah.. seronoknya..

Mama dah emailkan details tadi..sok hadiah sampai mama wat post lagi ek..


Dan kepada yang belum tengok2 lagi RedJambu ni jual apa..korang gi lawat blog tu..tak pun korang taip jek "Redjambu" kat FB..mesti jumpa punya..korang mesti teruja punyalah tengok barang2 dia..!!

Terima kasih Siti & Redjambu!!!

Thursday, April 7, 2011

SCA Nak Guna Gambar Tina Utk "Parenting Circle" Diorang.. Yeay!!

Mama baru dapat call pagi ni dari Jasmine, SCA yang mintak izin nak guna gambar Tina untuk diorang punya " Parenting Circle" terbaru..

Rupanya diorang ada browse blog mama dan 'terberkenan' dengan gambar yang satu itu

Mama? Off course la suke! Mama pun mintak izin dengan abah dah. Abah setuju.

Thats' just a piece of phone conversation jek la. SCA akan email mama katanya untuk bagitau gambar Tina yang mana menjadi pilihan diorang..

Hehe..mama suka sangat harini. Hajat nak tengok gambar Tina dalam parenting circle Drypers hampir menjadi kenyataan..

Thanks for the call ye Jasmine!

It cheer up my day




Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah.. Hadiah lagi. Thank You SCA

Dah lama sebenarnya tunggu hadiah ni. Hujung tahun lepas punya kemenangan 'star letter' tapi tahun ni baru sampai. SCA dah semakin sibuk agaknya. Tak kisahlah..yang penting hadiahnya sampai.

Budak penghantar sky net tu pun macam dah kenal mama. Mana taknya, setiap kali parcel yang guna sky net, mesti dia yang hantar. Hehe.. sampai dia pernah tanya..apa benda ni kak? Refer to kotak hadiah from SCA tu la. Mama cakap.. hadiah dari Drypers.. dia senyum jek

si comel mama yang sambut kotak depan pintu..macam tau-tau je dalam tu penuh dengan hadiah yang mama dapat untuk dia.. :)



ini dia kotaknya..sedang & agak berat jugak. Bahagian2 tertentu terpaksa di 'heart' kan ..hehe




Dan proses membuka kotak pun bermula..biasalah Tina kan..mama cepat-cepat snap gambar jek

siap request gunting tu..macam pandai je..



bersopan-santun betul la anak dara ni bukak kotak. 10 minit pun belum siap apa2. Yang bahagian atas tu mama dah gunting dulu sbb ada file & surat



Apabila dah bukak.. tadaa...




Okeh..okeh.. hadiah dia in details ye..

Dyrpantz XL32pcs x 3 pack



Coin Bank x 2



Treasured Moments photo frame x 2



Sheep sticker book x 1


And hadiah yang paling best adalah..

Recording Soft Toy from simple dimple..siap ada tuala hijau kecik lagi dalam tue!


And last but not lest tentulah gambar si comel Tina dengan simple dimple bear dia..




Tina memang sangat gembira dengan hadiah-hadiah ni. Mama tentulah lagi happy kan sebab dapat jimat duit beli diaper Tina..plus..dapat hadiah-hadiah sampingan lagi. Nak ikutkan..dah sangat banyak hadiah mama menang dari drypers.




Tina bergambar bersama hadiah-hadiah kemenangan mama untuk kali ini
Memang mama menang untuk Tina sayang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...