"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Rakan Blog. Show all posts
Showing posts with label Rakan Blog. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Watermark Dari aieentheprinces

Aritu mama nampak ada watermark free kat blog aintheprincess
mama pun mencuba nasib la..email kat dia
tup2 dapat reply..seseorang lebih awal dari mama
huhu..mama terlewat

Mama reply email tuan punya blog
kata takpelah..lain kali boleh cuba lagi

Tup Tup arini
nampak email dari tuan punya blog aintheprincess
hoho..rupanya dia buatkan watermark free jugak untuk mama
thank you..thank you..
syukur.. ada juga orang sudi nak hadiahkan watermark kat blog mama yang sedia comel nih
Thanks Ida..

Nak tengok?

v
v
v
v
v
v
v
v
v



tu dia..comel kan..
:) mama suka..Tina pun suka
Tina kata.."eh..snail la"

sekali lagi..
TERIMA KASIH BANYAK IDA

Jom jalan-jalan kat blog ida..dia buat felt craft
http://aieentheprincess.blogspot.com

Thursday, February 24, 2011

The FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Nak join klik SINI

Thursday, July 1, 2010

Dia ... sahabatku

Diwaktu kita bersedih, ada rupanya orang yang sudi bertanya khabar setiap kali..setiap hari. Tak pernah jemu bertanya tentang apa saja yang menyesakkan fikiran dan hati. Kehadiran dia seperti sebuah bantal besar yang empuk.. sesuai untuk apa saja termasuklah dipeluk bila menangis

Dan diwaktu mama susah hati, susah fikiran.. rupanya dia sudi meluangkan masa mendengar dan memberi kata2 semangat. Juga mendoakan yang terbaik buat mama. Tak cukup di FB.. bila-bila masa mama sms pun dia sedia menjawab. Betapa baiknya hati dia..

Mama tak nak announcekan namanya disini tapi mama tau bila dia membaca post ini, dia tahu post ini untuknya..khas untuknya. Walaupun dia jauh tapi mama rasa dia macam sentiasa ada disini..

Terima kasih yang tak terhingga.. bersyukur sangat bertemu semula dengan kawan yang baik ini walaupun hanya di alam maya & alam sms.. semoga ada kelapangan untuk berjumpa kembali seperti suatu waktu dulu ya.. Thanks a lot..

Thursday, April 15, 2010

Berhati-hati & Berwaspada..

Mama ternampak post kat blog Ibu Damia tentang kejadian alarm rumah dia (sensor siling) berbunyi. Siapa nak baca tengok kat SINI ye.. Baca tau..

So mama teringat lah kisah kejadian hampir pecah rumah kami awal tahun ni aritu.. kesian Ibu Damia..masih terkejut. Sama macam mama..masih trauma hingga ke hari ini..

Dan kepada sekelian blogger-blogger.. mama harap sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada dengan persekitaran rumah kita siang mahupun malam. Sebelum tidur eloklah periksa semua pintu dan tingkap serta onkan alarm (jika ada).. Jangan lah tidur mati sangat. Nanti ada apa-apa susah pulak. Dan last sekali jangan lupa berdoa dan bacalah al-quran sebelum tidur supaya sentiasa dilindungi Allah..

Itu ajelah yang kita mampu buat. Sebab, kalau orang dah niat jahat tu.. akan guna apa cara pun untuk capai hajat dia.. minta dijauhkan...

Blog Mama Sudah DiJelajah Oleh En. Ben... TQ

Allah..tuhan aje yang tau betapa panasnya malam ni. Mama terjaga pukul 2.30pagi.. buat susu sebotol untuk Tina. Siap jek dia menyusu (mesti tunggu dia menyusu ok.. jangan sumbat je susu pastu tido ke..wat keje lain..kang lain jadinya...) mama pun capai tuala dan bersiram sekejap. Panas teramat.. tak tahan.

Selesai sudah..mama pun mula la online... hehehe..dari satu blog ke satu blog mama jalan. Sampai kat blog En.Ben, hah..mama browse2 gi kat 'jelajah blog' after baca n3 terbaru dia..yuhuu..haluu..mama nampak nama blog mama disana..dalam n3 dia! Hooray!! DISINI

Terima kasih kerana sudi turun melawat kawasan ye En. Ben.. mama menghargai sangat bantuan dan komen En.Ben tu. TQ TQ TQ....

Aiyoh..suka giler ada org wat n3 untuk kita ek. Gitu rupanya rasa dia...


Sunday, April 11, 2010

Segmen Baru : Jelajah Blog Ibu


Dah petang baru dapat bukak blog hari ni. Sangat sibuk. Hehehe.. pertama blogwalking mama pergi Blog En.Ben dulu. Apa citer dia harini ek..?

Owhh... ada segmen baru la. Jelajah Blog Ibu. Wah.. mama nak jugak join.. Jom Join para Ibu!! Ini dia apa yang perlu dibuat.. kira syarat segmen la gitu:


1 ) HEADER blog BEN ASHAARI - done

2) linkkan ke entri ini .. - done

3) cerita serba sedikit mengenai blog anda ... itu akan membantu promosi blog anda ..

" Blog Nur Ain Qistina adalah tempat saya mencoret segala suka duka perjalanan kehidupan saya bergelar seorang ibu buat seorang puteri comel berumur 2 tahun 6 bulan pada tarikh post ini dibuat. Saya menulis segala tentang perkembangannya, pencapaiannya, permainannnya, gayanya dan segalanya tentang dia lah. Ada selingan pelbagai cerita lain juga..Bukan nak membangga ..sekadar berkongsi cerita terutamanya dengan ibu-ibu blogger sekelian..itu sahaja. tak kurang tak lebih"


4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..

Saya tahu dari blog En.Ben lah sebab blogwalking pertama saya bermula di blog En.Ben dan saya ternampak post segmen ini...



Para Ibu sekelian..jom join! Klik kat header En.Ben tu ye..


Saturday, April 10, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...


Semalam..sorang kawan mama mintak tolong pasal blog. Katanya nak copy header blog orang tu masuk kat entri dia and nak link. Dia tak tau nak buat. So, mama dengan senang hatinya tolong share ilmu yang sinipis rambut dak kecik baru lahir tu kat dia. Alhamdulillah menjadi katanya...

Dia ada bagi mama address blog yang dia nak copy tu.. mama pegi tengok sekali lalu coz nak cepat .. dia sedang menunggu. Dan bila mama ziarah blog dia..mama nampak entri dia tu.. "saya mahu blog saya dijelajah oleh Ben Ashaari kerana..." oowwhhh... ini rupanya keje dia..dlm hati mama berkata...

Malam ni..mama pergi lagi blog Ben Ashaari ni.. membaca post-postnya.. hmmm... menarik.. tersendiri.. dan blog ini mempunyai ramai follower.. hmmm...apa rahsia dia ye?

Jadi mama taknak lepaskan peluang lah berkenalan dengan otai dunia blogger nih.. dan.. SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...

" saya ingin sangat mempunyai follower yang ramai tapi tak tau cara terbaik menarik pembaca blog datang ke blog saya. Lagipun.. kalau nak difikirkan..saya menulis blog peribadi..kisah kehidupan kami..tak yakin ramai orang sudi nak baca pun. Saya pun teringin nak dengar pendapat otai blog tentang blog saya.. sangat teringin..
Jadi En Ben.. jangan lupa tinggalkan coretan eh buat saya.. kasi ilmu sikit supaya blog saya lebih mantop akan datang..itu saja.."


Owh..panjangnya "kerana ku.." En.Ben..sudi-sudikanlah ye...

Tuesday, April 6, 2010

( Just didn't find the right title for this entry...)

Memulakan blogwalking malam ni mama ternampak post title dari mamazakwan.."tulis entry sambil nangis" tak buang masa mama terus klik dan baca.. ia membawa mama ke blog ini.. mama tak pernah ikutinya tetapi mama terus membaca apa yang membuat mamazakwan menangis..that must be something..

Inilah post yang sangat menyedihkan itu... disini..

Even mama tak tahu siapa empunya blog ini..mama juga sedih membaca kejadian yang menimpa keluarganya..menimpa arwah puteranya.. Dzafri Hisyam.. Alfatihah..

Buat empunya blog.. anda memang seorang ibu yang tabah.. saya percaya Dzafri menanti anda disyurga kelak.. Dia hanya dipinjamkan Allah dan kini Allah telah mengambilnya semula untuk kembali ke sisi-Nya..

Tak sedar..mama turut menangis. Kejadian ini tidak terduga oleh akal sihat kita.. bagaimanakah ibu ini menghadapinya.. entahlah.. berikan dia kekuatan Ya Allah..

Alfatihah buat arwah Dzafri Hisyam..

Monday, April 5, 2010

ke Birthday Party - Damia Ayyunie is turning 1

Pagi tadi mama melawat blog Ibu damia dan mama nampak Jemputan ke birthday party Damia Ayyunie. Jemputan terbuka buat semua.. mama ajak abah bawak Tina pergi. Lagipun Tina dah terkurung satu hari kat rumah kan.. so kesian kat dia..

Birthday party dibuat di Restoran Ubi Kayu, Taman Universiti. Tak jauh pun. Tak sampai 5 minit dah leh jumpa..

Layan gambar dulu ye..

Tina keseronokan berada dengan begitu ramai abang2 dan kakak2..





Masa ni baru sekejap sampai..Tina dah buat macam majlis sendiri..dia gi kejar belon

Oleh kerana masa mama datang org belum ramai..maka dapat lah chat sekejap dgn Ibu damia.. wah sungguh seronok. Ibu damia memang peramah dan cantik. Aleesya & Ayyunie sungguh comel..

Mama memahami.. tuan rumah kan.. Ibu & ayah damia memang agak sibuk melayan kanak-kanak sekelian. Mama pun sibuk dok mengejar siTina.. memang tak reti dok diam..hehehe.. excited sungguh dia ada ramai kawan.

comel sangat kan Ayyunie pakai cekak yang ada sesungut tu...

Selepas nyanyi lagu selamat hari jadi.. makan dan tengok kanak-kanak main games..sambil-sambil la mengejar sianak dara yang sibuk kehulu kehilir.. Tina makan tak banyak sebab dia dah makan nasi kat rumah..

Yang kelakarnya.. mama siap dapat RM10 sebab bawah kerusi mama ada benda tersembunyi..hahaha...kunci ayah damia.. tak pasal-pasal dapat RM10..malu ai..

Lepas tu..kami berposing-posing lagi...






hajat dihati nak amik gambar Tina, Aleesya & Ayyunie sama-sama..tapi tak dapat.. Ayyunie dah lari kat bibik..hehehe..dapat lah gambar Aleesya & Ayyunie jek.. pun tak mahu dekat-dekat..

Ada gambar lagi..hehehe...


Mama, Tina, Ibu Damia & Damia Aleesya bergambar bersama... tanda kami telah bertemu dialam nyata..

Terima kasih buat Ibu&ayah Damia.. kami seronok sangat. Tina pun seronok dan kepenatan. Balik je mama bilas badan dia, sabun sket sebab dia asyik lap lantai restoran dengan lutut.. dia mintak susu lepas pakai baju tidur..tak lama Tina terus lena...

Mama harap mama dah berikan Tina pengalaman yang seronok malam ni.. Oh ye.. Happy Belated Birthay Damia Ayyunie..!!

Tuesday, November 24, 2009

Projek 'Care For Kak Yong' Telah Berjaya!!!

Bismillah,

Dengan izin ALLAH dan berkat kerjasama rakan2 blogger, maka dengan ini saya mengumumkan nilai RM 1100 yang kita kumpulkan telah dipenuhi pada malam ini. Lihat detel di bawah sebelum saya mengulas lanjut :

Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1120
Baki Sasaran : RM -40
Jumlah Penderma : 35 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang

Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 210
Jumlah Penderma : 8 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 5 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 17 orang
Penderma RM 5 : 1 orang

Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.

Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.

Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.

Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.

Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, saya akan pulangkan kepada tuan punyanya kerana orang terakhir telah bank in RM 50. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.

Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.

Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang ukhuwwah kalian dengan kakyong :)

P/S - post ini mama copy dari blog sitisifir10 ye. Mama tumpang gembira dengan kejayaan projek ini. Semoga dengan pemberian yang tak seberapa ini dapatlah kiranya kak yong menjalankan kembali aktivitinya. Ramai yang rindukan catatan kak yong.. selamat kembali kak yong!

Saturday, November 21, 2009

Project Mega Blogger- Care for Kak Yong

Terima kasih pada sitisifir10 kerana ajak mama join kempen. Mama baru mengenali kak yong dan blognya kalau tak silap puasa aritu. Blog dia meriah dengan cerita tapi belum abis ramadhan lagi kak yong dah tak kelihatan. Blog tak berupdate..tertanya-tanya juga tapi bila nampak post kat blog miela77, mama baru tau kak yong tu rosak lappynya..

Ini adalah projek untuk membantu kak yong. Bagusnya ada blogger-blogger prihatin macam ni kan. Dan ini yang mama copy paste dari blog sitisifir10

PENGENALAN Kakyong72 :
-adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
-ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
-bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
-menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
-Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
-Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.

Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
-kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
-jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
-kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan

Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??

-Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:-

1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Note : Bagi yang tak bekerja macam mama ni..tak janji dapat bantu walau hati teringin tapi mama tolong hebahkan projek ni dalam blog. Mama belum pernah buat sticky mode tapi mama nak cuba buat sticky mode untuk 1 minggu.. semoga niat yang murni ini akan diberkati oleh-Nya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...