"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Photobook. Show all posts
Showing posts with label Photobook. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Yeayy.. Settle Satu Lagi

Apa yang settle? Apalagi kalau bukan photobook. Buat photobook ni bermusim tau. Kadang-kadang sangat rajin.. sanggup stay up dah buat. Tapi kadang-kadang sungguh malas.. 36 page tu macam berat betul nak buat..hihi

Photobook yang dah siap ni, buat lama dah. Edit-edit pun lama dah. Rasa dah puashati..then baru upload untuk buat. Voucher pun masih ada. Guna je.. jimat..

Siyes, mama bukannya pandai buat. Mama belajar sendiri je. Tapi itulah pengalaman yang sangat berharga. Sanggup tanya sana-sini semata-mata ada yang mention suh "crop" gambar. Huhu.. siyes sangat tak pandai. 

ok ini siri terbaru photobook.. dedicated special for my sweetheart :)

Ini tanda dah upload dengan suksess..hihi

Mode menunggu photobook baru ye.. minggu depan la kot insyaAllah sampai..


Friday, October 31, 2014

7th Birthday Photobook Is Here!

27 Oktober 2014, mama start bayar & upload photobook ke server Pixajoy.. Semalam 30 Oktober 2014 photobook tu dah received dah. Cepat betul servis Pixajoy ni.. :)











Ramai sangat yang tanya..
" Tak ambil order buatkan orang punya ke photobook ni?"

Aduh.. 
Ilmu yang sedikit ni rasanya belum layak nak buatkan photobook orang lain. Mama belajar2 sendiri je buat. Takut tak mampu nak memenuhi expectation orang..

May be one day ye.. :D

Monday, September 29, 2014

Mini Photobook ke- 7

 Mama dah berphotobook sejakawal tahun ini rasanya. Dan hari ini photobook ke 7 selamat tiba :)



Mini photobook kali ini adalah photobook gambar-gambar baby sweetheart mama abah. Gambar baby dia banyak sangat2 sebenarnya tapi waktu PC rosak dulu.. banyak gambar dah hilang begitu je. Nasib baik blog ada. Dapatlah beberapa gambar..

Jom tengok sket gambar-gambar dia :)








Ok ..cukup..cukup

Sweetheart pun teruja tengok semua gambar-gambar ni. Riuh mulut tanya itu dan ini. 

Mama ada 4 ke 5 photobook lagi nak disiapkan. Owh idea.. datanglah dikau :)

Tunggu photobook berikutnya ..weee...

Wednesday, August 13, 2014

Mini Photobook Raya 2014

Since few days ago mama bekerja keras menyiapkan editing gambar untuk photobook raya. Almaklumlah gambarnya banyak.. tukang edit sangat cerewet..huhu makanya ambil masa banyak hari juga nak buat sampai siap. 

Memang jatuh cinta sangat-sangat dengan photobook since the 1st time buat dulu. Pixajoy & Photobook Malaysia, dua-duanya bagus & hebat

Harga photobook bukannya murah. So that mama selalu akan alert dengan deal2 dari groupon mahupun mydeal. Both can do. Kalau voucher untuk mini photobook ni hanya RM10.00 instead of RM69.00.. sape tak nak kan.. :)

So korang kene alert dengan deal2 macam tu ok.. barulah murah nak buat mini photobook nih..hihi

Ok.. ini hasil kerja mama.. sebab untuk hasilkan photobook ni korang boleh perah otak guna kreativiti korang sendiri je pun. Software memang diorang punya.. cara nak bagi lawoo..cara sendiri.. apa pun boleh kalau korang pandai..

 Just arrived je ni.. panas enjin motor tukang hantar pun tak hilang lagi :)





Kali ini mama banyak gunakan background sendiri. Gambar yang snap2 selama ni dari laman. Contohnya page ini..


Backgroundnya adalah gambar ini..


Lagi, yang ini..
background dia yang ini..


Then, nak jugak abadikan gambar bunga dari laman.. perasan sendiri yang gambar bunga tu cantik la sangat..huhu..

Ini dipage last sekali :)

Gambar family.. mestilah ada kan.

The nicest..mestilah gambar kami kan..hihi

So, kalau korang nak abadikan gambar dengan cara terkini.. bosan dengan cuci2 gambar bagai nih..photobook adalah cara paling best!

Tu kat bawah ada link dia.. pegilah skodeng2..


Saturday, April 12, 2014

Photobook Dari Pixajoy Arrived..

Balik dari kampung jam 1 pagi..
Nak bukak pintu rumah ternampak bungkusan parcel merah putih didepan luar muka pintu. Jauh juga tukang hantar ni baling parcel. tepat lak dekat dengan pintu..hihi.. Dah agak dah apa didalamnya. Tapi tak lah sangka secepat ini sampainya :)

Yes.. Inilah dia yang ditunggu-tunggu..


Lepas angkat semua barang-barang masuk rumah selesai barulah dengan tak sabarnya buka parcel..
Tadaaaa!!!! .....


Meh.. nak tengok tak.. UNDER CONSTRUCTION punya gambar dengan finish photobook punya gambar.. memang sejibik korang.. takde kurang sikit pun. Apa yang kita buat, itulah dia exactly yang diorang printkan..

Under construction dalam software, korang akan lihat kulit photobook korang macam ni..sebelah-sebelah


 

Bila dah siap.. macam ni jadinya. Ianya sebuah buku kan.. ada muka depan & muka belakangnya.. sejibik kan.. :)




ada lagi..



lagi..

Nampak tak bahagian yang mama tandakan bulatan merah? itu automatik dari software bila kita masukkan gambar yang dikatakan " Low Quality". Macam gambar dari henfon, tab & sebagainyalah. Ia akan nasihatkan kita tukar gambar sebab takut selepas printing process photobook anda tak cantik.. Tapi mama terpaksa letak sebab itu je gambar yang ada.. penuh memori buat Tina.. Gamble saja..huhu

Hasilnya.. perghhh.. tetap cantik. Cuma tak sharp macam gambar kamera la.. :)

ada lagi..


 page ini pun isinya adalah gambar yang ditandakan sebagai " Low Quality"



Hasilnya.. tetap superb!

Antara page yang lain.. tak dan nak snap semua. Muntah lah korang tengok gambar Tina merata-rata kang hihi.. satu mini photobook ni semuanya gambar dia saja.. huhu..



Actually full price untuk Mini Photobook 6' x 6' ini adalah RM69.00 tapi disebabkan mama ada beli kupon dari MyDeal aritu.. bayar RM10.00 untuk kupon & bayaran kurier RM8.00 sahaja.. Instead of kene bayar RM77.00 mama cuma bayar RM18.00 

Korang kene alert dengan Photobook Malaysia punya offer & MYDeal punya offer.. kadang-kadang Mini Photobook ni RM0.00 je.. perlu bayar kurier cost jek RM8.00.. so len kali korang try plak ye :)

Mama ada 2 lagi projek Mini Photobook nih.. :)
Lom siap..under construction lagi :)
Will reveal it soon ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...