"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Tragedi Sehari Sebelum Raya..



Inilah yang mama kata tadi..tragedi sehari sebelum raya..

Pagi 9hb .. sebelum bertolak ke kampung parit baru, pontian.. kaki Tina tersandung comforter dan jatuh tersembam kearah sofa. Pijar dia menangis. Bila mama tengok, rupanya batang hidung dia terhentak pada kayu frame sofa & hujung hidung melecet teruk tergeser pada kusyen sofa tu. Kejadian berlaku kat rumah mummy azie..kakak abah

Pada masa tu mama panik jugak. Mujur tak ada darah yang keluar..cuma bintik2 darah dibawah kulit hidung. Aduhai.. lama jugak dia menangis..kesian betul

Masa gambar ni mama ambil, batang hidung yang terhantuk tu belum bengkak lebam lagi..

Monday, September 6, 2010

Laman Belakang.. Batch Terkini





Ini semua gambar-gambar batch terkini projek menanam sawi dihalaman belakang. Subur & sihat menghijau nampaknya. Cuma serangan siput pergh..tension..tak terkawal langsung. Ini sikit je..sebenarnya banyak lagi yang dah 'terkorban' jadi santapan siput. Biarlah..dah rezeki dia nak buat camner..

Dan sahur pagi tadi mama ambil 3 pokok untuk ditumis buat hidangan. Cukuplah..makan berdua je kan. Pokok sawi ni masih kecik tapi sebab nak balik umah mak mama..bimbang bila balik dah tak dapat tengok pokok sawi ni lagi.. siput makan..

Hmm..hijau-hijau kan..sungguh... sayang sangat nak ambik.. :)

Sunday, September 5, 2010

Sahur Pagi ini...


gambar pinjam kat yahoo..hehehe meriahnya bunga matahari nih.
.


Mama bersiaran dari rumah MIL pagi ni. Tido sini malam tadi sebab abah takde. Abah teman MIL balik rumah kampung malam tadi lepas terawikh. So, mama terpaksalah tido rumah MIL sebab mama kan penakut nak tinggal dengan Tina je kat rumah lepas kejadian pecah rumah awal tahun aritu..

Bangun sahur macam biasa..kunci jam..bangun sendiri..masak nasi. Mama tak biasa makan nasi sejuk untuk sahur. Rasa tak sihat jek. So, macam manapun mama tetap akan masak nasi. Pukul 4.45 mama dah start makan dah. Lauk daging berbuka semalam jek la..pepagi nih tak lalu la nak makan lauk macam-macam..

Sambil berjalan-jalan blog kengkawan sekelian.. mama bukak FB jugak..main game hahaha...time Tina tido ni la nak main game dan bersukaria..bukan apa..kang dia dok mengacau jek..hehehe...tangan cam sotong tekan itu ini.. :)

Siang sket kang nak balik rumah la.. banyak keje2 rumah yang lom settle pun. Nak membasuh lagi..esok lusa nak balik rumah mak mama dah.. 7hb Tina klinik kat kota..aih.. sarung kusyen sofa pun tak basuh lagi..

Saturday, September 4, 2010

Jalan-Jalan Tengah Malam..Eh..Awal Pagi La..

Ha..lepas berbuka kat rumah MIL semalam, abah konon-kono nak mencari mentol & peralatan lampu untuk dipasang kat rumah MIL yang kat kampung. So, pukul 10 kot camtu kami keluar ke kedai dekat-dekat Tun Aminah je untuk tengok2 tapi banyak kedai dah tutup. So, kami teruslah menghala balik ke mutiara rini. Singgah kat kedai RM2 yang kat depan taman. Abah survey-survey harga barang.Pastu abah ajak jalan-jalan tau..ke Tesco..sebab Tesco kan tutup pukul 1 pagi weekend..

Balik rumah salinkan baju Tina yang basah peluh..buat susu dan ambil botol air..mama salin t-shirt pastu terus ke Tesco.. Sampai Tesco dalam pukul 11.20mlm..hehehe..tak ramai orang pun..aman jek jalan-jalan waktu macam ni. yang ramainya pekerja tengah susun-susun barang.

Lama jugak kami jalan-jalan.. oh ye..beli minyak masak sekali..asyik terlupa je nak beli. Yang kat rumah dah tinggal sikit sangat dah. Nk goreng ayam sekali lagi pun tak lepas.

Lepas bayar kami terus balik..masuk je rumah mama tengok jam dah pukul 1 pagi..hehehe.. tak lama lepas tu Tina dah tertidur dah penat agaknya..hehehe...

Friday, September 3, 2010

Kata Tak Nak Pegi Tapi..Lastnya Pegi Jugak

Ini cerita majlis berbuka hari ini. Dah dari semalam lagi abah ada cakap kat sekolah dia ada anjurkan majlis berbuka untuk budak-budak sekolah & kakitangan sekolah. Mama actually malas nak pegi. Bukan apa, takut cikgu-cikgu lain tak bawak wife pun..malu la mama kang. Dan mama sebenarnya tak nak la dikata 'mengekor' jek mana abah pegi. In case sometime dia memang patut pegi sorang kan..

Tapi bila mama cakap dgn MIL mama, MIL mama suruh mama teman abah pegi. Takut abah kena ngorat hahaha.. takdelah.. Yelah, kata MIL biasanya kalau majlis berbuka cikgu-cikgu memang bawak wife & anak.. so mama boleh la pegi pun..Masa kat umah MIL tu mama memang cakap.."tengoklah mak.."

Pagi..sebelum abah gi sekolah dia tanya mama lagi untuk kesekian kalinya..nak pegi tak. Last-last mama cakap jek..pegi. Cerialah sikit air muka dia..hahaha..

Pukul 4 lebih dah gerak sebab pukul 5 agendanya dorang nak khatam quran dulu. Sesampainya kat sana memang dah ramai..kata budak sekolah..memang la ramai kan..harus! So mama sesalam-salam dan teruslah menolong apa yang patut.

Ni satu lagi..nak amik gambo-gambo sekelian malu la pulak.. sudahnya tak amik sekeping pun gambar. Sabo ajelah..

Gitu-gini..menu nasi biryani lauk ayam, dalca & acar darat. Ada kuih talam, karipap, donut, dan ada la beberapa benda lagi. Dorang ni berbuka buat air bandung..lemahnyo den. Mama memang anti air sirap bandung ni..tak suka!! Nasib baik ada air teh suam..kalau tak ntah nak minum air apa agaknya..

Pukul 9 malam gerak balik sebab nak amik encik waja kat bengkel. Hantar semalam. Brek problem, wiper problem & regulator pintu. Semuanya tu adalah tanda-tanda tak sihat untuk dibawak beraya. So, kenalah repair dulu..makan gak RM400++ aduhai..nak raya2 nih..macam-macam dugaan la..nasib baik shopping raya Tina & mama dah selesai. Mama sikit jek. Tina la yang lebih. Abah mengalah tahun ni.. buat baju melayu baru je. Walaupun sebenarnya abah ni patut kena beli baju untuk beraya.. abah ni makin sihat badannya sejak-sejak puasa ni..tapi bajet tidak mengizinkan. Dapat memenuhi untuk Tina tu pun dah syukur.. anak-anak yang nak beraya kan..

Balik..tunggu mekanik hantar kereta kat rumah MIL.. makan-makan sikit jamah.. pastu terus balik. Sampai je rumah..mandikan Tina..salin baju tidur..buatkan susu & dia lelap tak lama lepas tu. penat sangat la kot.

Mama pun cepat-cepat mandi..terasa segar rasanya kena air.. tengok blog sekejap ni ha.. pas ni bolehlah tido.. huhuhu kang pukul 4:15am dah nak kena bangun masak sahur pulak..ok lah..penat la..

Tuesday, August 31, 2010

Kisah Awal Pagi..




Actually nak cerita pasal kejadian awal pagi tadi ni ha. Mama terjaga entah pukul berapa sebab terasa panas.. bukak2 mata gelap gelita. Eh apasal nih..? Owh..blackout.. so masa tengah teraba-raba cari lilin tu..lampu pun menyala semula..alhamdulillah. Mama & abah tidur semula

Dan bermula dari sekejap itulah Tina tak lena tidur. Bising je mulutnya..sakit kaki la..sakit gigi la..gatal la.. nak selimut spongebob la..bila dah diselimutkan nangis pulak hentak2 kaki tak mau selimut. Bila dialihkan selimut..melalak beriya2..

Untuk sejam dua mama sabar lah lagi kan tapi selepas tu tahap sabar memang dah sampai hujung ubun-ubun kepala dah ni. Kejut2 abah tak mahu pulak bangun. Sebab mama rasa ada benda yang tak kena ni..kalau tak Tina takkan macam ni

Nasib baik abah mama bangun dengan mak.. tapi buat apa pun masih tak berjaya pujuk Tina. Malah dia semakin ganas pulak menyepak-nyepak kita yang ada dekat dengan dia. Mama dah duduk jauh jek sebab dah tak sabar menengoknya.. sekejap tu abah bangun jugak urut2 belakang Tina.

Geram punya pasal mama bukak mengaji kat hp kuat2.. dalam 15 minit Tina mula tidur. Bila dia dah lelap mama perlahankan sedikit tapi semangat nak tidur dah lenyap pun. Mama bangun masak air..jerang nasi..dengan mengaji kat hp yang masih terpasang. Rasa aman suasana dalam rumah..

sambil bersahur pun masih pasang mengaji tu.. dah dekat azan tadi ni ha barulah mama tutup. Tina merengek..mama bagi susu dan bantal busuk dia tidur semula.

Korang pernah tak alami benda-benda macam ni..? Mungkin mama bukannya ada 6th sense tapi mama terasa ada benda yang tak kena didalam rumah bila Tina meragam2 macam ni. kalau dia demam ke sakit ke tu lain la ceritanya kan..biasalah tapi bila time sihat walafiat berkelakuan yang pelik2.. aduhai..hati sakit dibuatnya. Syaitan laknat ni pun tak reti bahasa langsung la.. Ha..amik kau..aku bukakkan ayat2 suci.. berterabur kau lari keluar dari rumah..

Sape pernah alami..? share..


gambar-gambar pinjam dari yahoo image

Kibarkan ..




SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN
KE-53


org johor haruslah kibarkan bendera negeri johor jugak kan..
Kat gate rumah pun abah ada kibarkan bendera2 ni jugak. sampaikan org skynet yang datang hantar barang kata..
" semangat betul kak"


Mama tau la rumah mama dah macam kedutaan je rupanya kan tapi ada mama kesah? hehehe

Bersama-samalah kita memerdekakan diri kita..

Monday, August 30, 2010

Buat Pertama Kali Di Bulan Ramadhan Ni.. Muntah Waktu Sahur!!

Sebelum mama cerita panjang sket, jangan buat andaian dulu ye.. mama tak pregnant tau. Mungkin mama cuma masuk angin sebab dah seharian tak makan nasi. Pastu masa berbuka pulak teruslah minum air teh ais dan melayan Tina makan KFC.

2 ketul tau mama makan. Balik dari rumah mak mama, ok jek. Takde rasa apa-apa yang pelik pun. Start bangun nak masak sahur, amik kau..dah rasa pening-pening. Tapi gagahkan jugak masak sahur. Bila abah dah start makan jek mama rasa dah tak boleh tahan sangat nak muntah. So.. uweekk kan la dlm bilik air...

Sudahnya mama tak makan nasi lagi sahur pagi ni.. dah tak selera dah. Tapi so far.. mama rasa ok sket la nih.. takde la pening lagi. Tak tau la petang2 nanti pulak...

Wednesday, August 25, 2010

Bila Mama Mula Menjahit Semula...

Ha..dah nama pun nak raya kan? Mama pun seperti orang lain jugaklah sibuk nak tukar langsir baru jugak. Tapi mama jahit biasa-biasa jek la. Actually last week dapat flyers Jakel yang tengah sale, mama ajak kakak ipar mama pegi tengok2 langsir. kebetulan kakak ipar mama tu pun mencari langsir jugak untuk ganti day curtain dia yg dah reput hihihi...

Kali ni mama pergi tanpa abah tau. Abah bawak Tina gi jalan-jalan tengok rumah uncle amy kat setia eco. So mama dapatlah menenangkan fikiran memilih langsir kat jakel sana..hahaha...

Puas memusing-musing dalam jakel, akhirnya mama amik jugak langsir yang RM2.80 semeter, after less. Kalau tak harganya dekat RM5++ jugak la. Ikut bajet la kan. Ukur baju dibadan sendiri..ukur langsir kat rumah sendiri la..takkan umah orang pulak. Oleh kerana nak sangat try buat sedondon dengan alas meja & bantal kecil maka mama amik 30 meter lebih. Takpe..yang lebih-lebih sket tu ada la menda yang nak dibuat nanti..hehe

Dari sehari ke sehari puasa..tak siap2 langsir mama..untuk satu tingkap pun tak leh siap..Allah..malas sungguh la. tetiba satu malam lepas berbuka, MIL mama bagi plastik beso kat kakak ipar mama. Ingat apa..rupanya langsir day curtain dia dah siap jahit seh!.. apa cite mama nih? MIL mama tanya.. langsir along dah siap? hahaha...dengan muka tak malu mama cakap..belum lagi la mak..malas betul nak menjahit. MIL mama senyum jek. Katanya, bila mood datang..jahit sebanyak mungkin sbb kang ilang mood dah..memang kirim salam la nak pegang mesin lagi..huahuahua...

Perghh.. dengan bersungguh-sungguhnya mama pun menjahit..dan menjahit. Update setakat hari ini..

Langsir tingkap depan - siap
Langsir tingkap bilik (masterbed) - siap
Sarung kusyen kecil x 6 biji - siap
Alas meja kopi - siap
Langsir bilik komputer - belum
Langsir masterbed - readymade (beli je..)
Langsir 2nd bed - pun readymade
Langsir tingkap singki - siap
Langsir Sliding door - satu hapa pun tak jahit lagi..huhuhu

Untuk info, day curtain tahun ni disponsor oleh mak mama from avon. Ni langsir umah mak sebenarnya.. mak kasi jek. Cantik wo..warna light peach. So, mama cuma perlu merajinkan diri menjahit night curtainnya sahaja okeh..jangan la pemalas sgt..

Nak share gambar hasil jahitan la ek.. bangga tau menjahit langsir rumah sendiri..kepuasannya terasa hingga hujung kepala bila siap pasang sekali..hahaha..betul..mama dah pasang langsir raya!! Ala.. nanti mama jugak yang terkejar-kejar pasang langsir sorang kan..baik pasang sekarang.. sila la tengok hasil jahitan mama ye..yang tak seberapa tu.. jadilah .. kena jaga bajet kan.. Fuhh..nasib baik boleh gak menjahit..kalau tak nak pakai langsir apa agaknya umah ni?

























So, camner? Okeh tak? Sila tinggalkan komen anda di kaunter pesanan ye.. TQ..

Tuesday, August 24, 2010

Gardening Di Malam Hari?

Hmm..sebenarnya sejak bulan ramadhan ni mama jarang sangat keluar ke halaman waktu siang. Tak tahan rasanya nak berjemur walaupun pada cahaya matahari pagi. Keluar pun sekejap je untuk dapatkan vitamin D..hehe

Tapi malam ni balik je dari rumah MIL mama kerana berbuka kat sana, mama ajak abah keluar kat halaman. Tapi terlebih dulu bukak CD untuk Tina. So dia asyik layan CD..tak perasan kami keluar jap lalu pintu dapur. Hmm..sejuk je kan..berkebun di malam hari.

Sempat jugak mama cabut lobak putih sepokok. Hahaha..pendek je lobaknya. Terbantut mungkin. Mama tak pernah tanam lobak sebelum ni, tak tau camner..bila nak cabut. Bila mama tengok pokok lobak tu dah siap berbunga2 sekelian..terasa pelik pulak..ah..try je cabut. Mungkin boleh buat lauk sahur esok.. :)






Sempat membuat pembakaran terbuka sikit kat laman..huahua.. sampah daun-daun banyak sangat..bila dah bakar tu nanti boleh la ambik tinggalannya untuk campur dengan tanah. Boleh buat medium penanaman.

Lagipun sekarang ni tengah mengaruk serangan siput..perghh!! tension tul. Habis daun sawi mama yang baru nak gemuk dimakannya. Jadi mama kadang-kadang suruh abah round jap untuk buangkan siput..
Lebih kurang pukul 10 malam, mama masuk dulu. Tinggalkan abah yang masih cabut rumput kat luar..



Toyol: hehehe..dah buat lauk untuk sahur dah lobak malam tadi tu.Tumis dgn bawang & ikan bilis jek...hmm..delicious!

Monday, August 23, 2010

Update : Batuk Oh Batuk..

Pagi ni mama rasa batuk dah banyak kurang. Alhamdulillah.. mungkin berkat petua dari kawan mama iaitu mama najla & berkat minum air zam zam sebagai ubat. Dah 2 pagi mama amalkan minum air zam zam dengan niat untuk baik kan batuk ni..tak tahan sangat dah. Tekak sakit..perit, perut pun sakit setiap kali batuk, dada sakit setiap kali batuk dan 2 3 hari kebelakangan ni batuk sampai berdarah2 sebab tekak dah luka sangat.. jangan tak percaya tau..sampai terkucil2 pun ada sebab tekak terlalu gatal. Batuk sampai muntah2..

Kawan mama, mama najla aka Lelord pun ada bagi beberapa petua untuk kurangkan batuk :

1 - Minum pati oren sunquick
Aduhai..yang ini 3 hari mama cuba namum tak menunjukkan pengurangan pun. Mungkin tak sesuai


2 - Minum madu asli dicampur beberapa titik air limau nipis
Yang ini alhamdulillah .. ada rasa ringan kat tekak. 3 hari jugak mama cuba. setiap kali minum..terasa sedikit lapang. Setiap kali bangun pagi terasa nak batuk sesangat dan kahak keluar dengan banyak..lepas tu lega la dalam setengah hari..


Selain dari yang itu mama pun makan serbuk sediaan tradisional namanya Manja Kasturi, yang MIL mama beli. Yang ini pun rasa lega sekejap aje. Biasanya ok jek mama makan. Agaknya dah imun..tak jalan dah

Tak cukup dengan tu abah belikan Jujub lagi..Strepsils la..owh..tak jalan sgt jugak. Uiskh.. degil betul virus batuk nih..

Last last semalam abah suh mama minum air zam zam..selawat..niat buat ubat. Alhamdulillah pagi esoknya terus rasa lega yg teramat. Masih batuk tapi dah jauh kurang. Ni pun masih ada saki baki batuk dan kahak tapi dah kurang la..

Lagipun mama rasa tahun ni sama macam tahun lepas, sebab tahun lepas pun bulan ramadhan mama batuk hampir 2 minggu. sama jugak hilang suara semua la. Satu hal lagi, kulit muka terasa kering dari biasa. Mungkin sebab kurang air dalam badan kot. Rasa macam dah banyak sgt minum air tapi mungkin tak cukup 8 liter sehari kot..hehe

Tak sabar nak baik batuk..penat sangat dah..

Thursday, August 19, 2010

Tina @ Bazar Ramadhan Kipmart Kota Tinggi


First day puasa dengan mak & atuk kat kota Tinggi. Kami keluar ke bazar ramadhan kat kipmart kota tinggi. waktu tu awal lagi. Tak ramai orang pun tapi hujan. Mama pakaikan Tina plastik kuih kat kepala supaya tak kena hujan..hehehe..

Tina dukung dengan nenek. Mama tak kuat nak dukung dah..kusmangat..





Mama suruh Tina buat 'peace' tu sebenarnya tapi dia belum pandai. Asal angkat jari je peace la..hehe..muka cam puasa je Tina? Hehehe.. ini muka ngantuk sebenarnya sebab dah seharian tak tido pun. Kat rumah atuk kan..susah la nak suruh dia tido asyik berkepit dengan atuk jek..

Bila la kita nak balik berbuka dengan atuk & mak lagi ek Tina..?
(hehehe...soalan utk abah tu sebenarnya...saja je tanya Tina..)


Thursday, August 12, 2010

Bulan Puasa Jek.. Mama Batuk

Hmm.. sehari sebelum 1 Ramadhan mama dah batuk-batuk kecil..petangnya dah start suara jadi lain dah..dan akhirnya balik umah mak mama untuk sambut puasa sama-sama.. suara mama terus jadi serak-serak kering dah. Aduhai.. tekak rasa kesat jek..menci tul!

Last year punya awal Ramadhan pun rasanya mama batuk jugak sampai 15 hari puasa. Sampai terkopek-kopek kulit bibir sebab panas dalam kuat sangat. Hmm.. tahun ni dapat bahagian lagi..

Tapi mungkin sebab cuaca la kot. Asyik hujan panas..hujan panas..silih berganti jek. Inilah dapatnya. Then perasan jugak yang hidung Tina berair lagi dah.. tadi mlm ni..da start batuk2..pergh..baru tak sampai 2 minggu dia baik batuk kan..

Takde mood langsung nak puasa, sahur, gi bazar apalagi berbuka..semuanya kurang sedap ditekak..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...