"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Wednesday, February 29, 2012

Cara Terbaik Ajar Anak Menulis?

Mama sebenarnya tak tau apa cara nak buat tapi rasanya menulis ni perlukan latihan yang banyak. Baru boleh menulis dengan baik. Mama tak pandai nak mengajar sangat.. kalau suh menulis tu macam2 la alasan dia..

Kalau korang ada cara terbaik.. cara camner korang ajar anak2 korang menulis.. share dengan mama.

Mama share la tulisan tina bila dia meniru apa yang mama tulis. Rasanya she's done this fairly good la untuk 2 bulan kindie. But tulisan dia sangat2 perlukan latihan yang banyak which is sangat susah sebab nak kene paksa dia..























One thing, mama perasan yang tina sangat suka dengan board. kat rumah makcik mama ada white board sedang besar gantung kat dinding. Bila gi sana, dia akan melekat kat situ.. menulis dengan kapur

But the thing is, Tina ni alergi.. mungkin mama boleh pertimbangkan guna marker kot ke..

Tuesday, February 28, 2012

Kek Optima Pandan



Tepung kek optima yang pesan dari mak dah lama dok dalam almari dapo. Takde mood langsung nak buat. walaupun aritu masa mengoder tepung kemain berkobar2..

Tetiba arini pulak ter-rajin. Pape pun jom tengok resepi dia...


Kek Optima Pandan

Bahan-bahan:
1 peket 500g tepung optima putih ( boleh beli kat kedai barang kek, ada juga yg coklat)
8 biji telur gred A
1 cawan minyak ( minyak apa pun boleh, paling bagus minyak jagung)
Pandan paste


Cara-cara :

1) pukul telur sampai kembang
2) Masukkan tepung optima sedikit demi sedikit berselang seli dengan minyak
3) Masukkan 1 sudu besar pandan paste dan putar sampai sebati
4) Lenser acuan dengan majerin rata2 ( boleh juga pakai acuan kuih bakar)
5) bakar sampai masak. Jika guna acuan kuih bakar pastikan api kecil




Yang mama punya ni versi yang memang sengaja dibiarkan berkerak keliling. Abah & Tina sangat suka. Bagi yang tak suka kerak2.. agak2 lah..

Kek ni taklah macam chiffon pandan yang sangat lembut.. ia padat sket tapi tetap lembut jugak kalau kene cara membuatnya..

Selamat mencuba!

Thursday, February 23, 2012

AURA ALENA Slimming Series


AURA ALENA SLIMMING SERIES terdiri dari:
Hot Chilli Slimming Soap
Slimming Lotion







gambaran sebenar hot chilli slimming soap.. hampir sebesar & setebal N73


HOT CHILLI SLIMMING SOAP..Membantu anda memecahkan lemak bawah kulit ketika mandi. Dengan penggunaan berterusan, boleh membantu proses slimming anda..

Baunya amat menyenangkan.. daripada anda mandi dengan sabun biasa yang tak membantu apa2.. lebih baik lah anda mandi dengan sabun yang banyak manfaatnya ini kan.. :)



CARA GUNA:
Gosok dengan gerakan membulat pada badan semasa mandi. Pada kawasan2 berlemak cthnya pada bawah lengan, peha, perut & part berlemak yang lain, gosok dengan gerakan membulat selama beberapa minit di setiap tempat dan biarkan seketika sebelum dibilas.".


INGREDIENT :
water,glycerine,carbomer,metyl salicylate,ginger,capsicum,grapefruit,fennel,red chilli oil,peppermint and menthol

HARGA:
RM29 PER PCS (COD)
RM35 PER PCS (TERMASUK POSLAJU)











Mengatasi perut buncit
membantu memecahkan lemak
membuang angin dalam badan
mengatasi masalah selulit
melancarkan peredaran darah

HALIA
mengatasi kelesuan,sengal sakit otot,kekejangan
membuang angin yg terdapat dlm usus kecil dan besar

CAPSICUM
mengandung Vitamin A yg tinggi dimana penting untuk kulit yg sihat
dpt meningkatkan sistem imun dlm badan
mengurangkan kadar kolestrol dlm darah

GRAPEFRUIT
Mengatasi obesiti,selulit,sengugut,liang kulit tersumbat,air berlebihan dlm badan,kulit berminyak

JINTAN
menghilangkan rasa letih dan lesu
menghilangkan sakit otot
menurunkan kolestrol dlm darah
menghasilkan kulit yg cerah

CILI MERAH
membantu proses pemecahan lemak


Harga :
RM40.00 (cod)
RM46.00 (termasuk poslaju)


HARGA PAKEJ SLIMMING SERIES RM75.00 termasuk poslaju

** untuk hasil yang TERBAIK gunakan selepas AURA ALENA HOT CHILLI SLIMMING SOAP..

Wednesday, February 22, 2012

Kenapa Kesedaran Baru Datang Sekarang?

Sebenarnya bukan tak sedar.. tapi cuma sambil lewa. Apanya?

Keburukan menggunakan tuala wanita aka sanitary pad. Hepp.. jenama2 jangan sebut nanti kene saman tak pasal2. Tak rasa mama sorang je tak sedar. tapi ramai kawan-kawan mama sekelian pun ramai tak ambil berat.. penggunaan tuala wanita tu sebenarnya tak sihat langsung.

Ye lah.. kita nak senang je kan. dah pakai.. cuci2..pastu boleh buang @ tanam. Konon2 dunia serba maju la. Tapi kita lupa yang hal2 berkaitan kesihatan tak boleh dipandang ringan..

Korang boleh google dan baca. Mesti korang akan jumpa perkataan klorin, pulpa, antara bahan-bahan yang digunakan untuk memutihkan material yang dibuat tuala wanita kita. pastu korang fikir tak.. kita dok syok2 pakai kat bawah sana.. berjam2.. tanpa fikir wap ke haba tak sihat ke.. habuk2 material tu meresap masuk ke dalam sistem kewanitaan.. kan.. ngeri..

Jadi, atas kesedaran tu.. mama tekad untuk memulakan menses period mama dengan tuala wanita yang lebih "sihat" sumbernya..

Setelah puas mencari2.. membaca berbulan2.. maka mama pilih MAMA PATCH, ada lagi beberapa jenama lain tapi hati terpaut pada yang ini juga.

Kalau dilihat.. dari sudut harga pun memang jauh bezanya dengan tuala wanita biasa yang RM6++ dah boleh dapat yang 20pcs tu kan..

Tapi fikirkanlah kesannya pada kita wanita, fikirkan juga berapa banyak duit dah kita buang dalam tong sampah atau tanam.. sepertimana kita melupuskan @menanam tuala wanita kita.. berapa banyak? cer kira..

So.. cer amik sket masa.. baca2 dan fikir...

Wallahuaklam.. pilihan ditangan masing-masing..


** sekarang ni MAMA PATCH ada buat monthly promotion untuk cloth pad ni..cer korang tengok .. sweet2 semua kan..













MAMA PATCH tak bayar mama tau untuk buat post ni.. mama je terasa nak share dengan korang2 semua. All the pictures.. credit to MAMA PATCH

O la la.. Chenta Baru Saya..

Sebenarnya lama dah jatuh chenta dengan ECO BOTTLE dari Tupperware nih.. cuma waktu tu kewangan agak tak mengizinkan.. huhu.. ngaku siap2 dah nih

Maka.. bila berpeluang jek.. dapat harga offer yang mampu disambar mestilah mama tak lepaskan peluang kan..

Aritu dah beli yang 1Liter tu 2 biji.. haha.. kali ni beli lagi yang kecik sikit.. 500ml pun 2 biji jugak. Bila tengok kaler2 lain.. pun masih teringin menambah koleksi tapi sabo.. sabo.. lain kali ada lagi.. :)

So, dah takde alasan nak bawak air kemana-mana pun. Abah & Tina pun dah pandai dah ..kalau nak kuo jek.. mesti tanya.. tak bawak air masak ke? Yang 1L tu berat sket la kalau isi air penuh.. so boleh bawak yang 500ml tu kalau nak kuo shopping nyopping.. tak yah dah sibuk2 beli air mineral. Bawak air masak dari rumah sendiri lagi selamat.. lagi bersih..


Jom lah.. layan gambo chenta baru mama ni..







kaler kuning & oren tu 1L.. setiap satu





yang ini 500ml setiap satu


Berkenan? ha.. gi beli kat Tupperware.. :)

Tuesday, February 21, 2012

Drypers Care Pack





Looking for a stylish carry-all to pack your baby’s diapers, clothes, food and other essential stuff? Just buy a Drypers Care Pack (either Drypers Soft NB56 or Drypers Wee Wee Dry 564) and get a FREE caddy bag!

Available only at TESCO and Giant outlets from 23rd February – 11th March 2012.

While stocks last.


Spread the word to your friends and family and grab your FREE caddy bag while stocks last.
*********************************

Jadi apa yang anda tunggu lagi.. segera dapatkan drypers..

Mama dah tak leh nak join dah sebab takde baby yang nak pakai drypers pun.. so mama share la ngan korang2 yang ada baby.. dapatkan caddy bag tu..

Kombo Value Buy 1 : Bengkung Moden Berzip & Antik Gel


KOMBO VALUE BUY 1

BENGKUNG MODEN BERZIP & ANTIK GEL
KINI HANYA RM73.00 SAHAJA(termasuk poslaju) !!!

Harga Biasa adalah RM 82.00

HANYA ADA 3 SET UNTUK DIREBUT.. BOLEH EMAIL SHA YE.. CEPAT2.. STOCK SANGAT2 TERHAD.. :D

Monday, February 20, 2012

Dekat.. Tapi Tak Pernah Pun Sampai.. Jom Exercise!




Hutan bandar.. dengan rumah tak sampai 10 minit perjalanan.Boleh kan tak pernah pegi langsung. Sampaikan Hutan Bandar tu dirasmikan pun mama boleh tak tau.. orang dok pasir gudang boleh tau.. ntah pape tau..

Jadi jumaat malam tu.. kami dah berjanji dengan tina nak pergi exercise sabtu pagi. Tina kan sejak2 sekolah ni memang bangun pagi.

So.. kul 7 dia dah bangun.. dengan semangatnya nak mandi dan nak gi exercise.. huhu.. Siap2 lebih kurang jek kami pun pegi..

Umang aii.. ramai orang. Parking full house. Sib baik masa kami sampai..ada kete nak kuar.. selamatttt...

Jom layan sket2 gambar.. tak jauh sangat jalan sebab 1st day kan.. tina tak biasa lagi. so kami cuma strolling suku daripada hutan bandar tu jek.. pemanas la katakan..









like this picture sangat2..
























berazam nak pegi lagi every week yang either sabtu ke ahad.. sambil2 jalan2.. hirup udara pagi yang segar.. segarkan minda :)

Thursday, February 16, 2012

Tu Dia!!!






Sebenarnya sejak beberapa lama ni incik nuff macam tak sudi nak singgah sebab salah mama jugak..huhu bila mama tukar layout suka suki.. ruangan incik nuff "terhilang" dan paling syoknya mama tak perasan pun..

Bila check kenapa earning incik nuff tak bergerak2.. barulah mama perasan yang ruangan incik nuff takde kat tempatnya.. hoho thats why dia majuk..

so last week mama dah letak balik elok2 ruangan untuk incik nuff.. dan minggu ni.. incik nuff kembali sudi menari2 di blog mama.. tengkiu..tengkiu.. terharu..

Takde lah banyak tapi cukup la kan.. meriah nampaknya blog mama..teringin nak cashout..tapi nak tunggu lagi banyak.. boleh?

Friday, February 10, 2012

Oooo.. Dah Tau Dah Kenapa Nangis..






Pagi ni masa hantar Tina sekolah.. mama sempat jumpa Teacher Renu, class teacher Tina yang baru..

Menurut teacher renu, Tina memang ok kat sekolah. Bila menulis.. dia akan selalu tunjuk pada teacher renu.. dan tanya.. "cantik tak?".. Tapi bila dia nampak kawan-kawan dia pakai kasut je.. dia akan mula nangis sebab dia dah set kat kepala dia yang kawan-kawan dia tu nak turun tangga & balik..

Padahal kawan-kawan chinese & indian dia tu cuma nak gi kelas mandarin & kelas tamil jek kat tingkat bawah.. hihi.. lawak la Tina ni..

Apa pun.. senang hati mama dengar Teacher Renu kata Tina ok..tak perlu risau sangat..

So, kalau ikut pandangan Teacher Renu, Tina akan kekal dalam kelas tu lah kot. Sebab dia lebih ok dengan kelas & Teacher Renu. Jadi mama pun mintak lah contact number Teacher Renu supaya senang kalau ada pape nnt.

Mama siyes tak kisah.. asal Tina ok.. itu lebih penting :D

Oh ye.. mama perasan yang Tina sekarang ni dah pandai sebut "want to go toilet mama".. hihi.. comel sangat.

Dan semalam Tina ada bawak balik ABC block.. bila mama tanya siapa bagi? Tina kata Teacher Renu bagi.. tanya lagi.. "should bring to school or not?" Tina kata " No" aik.. mama pulak risau. kang tak bawak..takut lah nak guna kat skolah ke..jadi mama letak je dalam beg dia..

Rupanya ABC block tu memang Teacher Renu kasi dia.. untuk motivate Tina.. ooo... ye la.. ini cara teacher nak tarik perhatian kanak-kanak la kan..

Thursday, February 9, 2012

Tukar Kelas..





Pagi tadi masa mama tengah tunggu Tina kat skolah dia, principal dia datang jumpa mama.. katanya Tina diorang tukarkan ke kelas Blue untuk sementara waktu sebab dia nampaknya lebih sukakan teacher renu & kelas blue..

Patutlah dalam minggu ni mama tengok Tina asyik beratur kat line kelas lain jek.. rupanya tukar kelas. Principal kata ..she look more attach to teacher renu..so Tina dimasukkan ke kelas blue this week untuk tengok macam mana perkembangan dia.

Bila mama sms dengan teacher kelas lama dia pun..teacher tu cakap yang sama. Tina lebih ok sket dok kelas blue..

Takpe lah..mama tak kisah pun. asalkan Tina happy & suka nak ke sekolah. Dan sekarang pun dia lebih gembira setiap kali nak ke sekolah.. malam sebelum tido dah siapkan baju sekolah.. dan setiap kali mama jemput pun dia sangat happy.. babai2 kawan2..

Mungkin kawan2 kat kelas blue lebih masuk dengan dia kot.. budak2 kan.. biasalah..

So, esok mama nak kene jumpa teacher renu.. nak ambil no.phone..dan tanya camner Tina this few days..

Wednesday, February 8, 2012

Numbers Again..




Itu hasil sepanjang cuti maulidurrasul & taipusam.. oklah.. so far so good..

Friday, February 3, 2012

"Happy Birthday Abah Sayang"

hari ini 3 Febuari 2012 adalah birthday abah.. so after Tina balik sekolah & abah balik solat jumaat tadi..kami potong kek untuk abah..

Layan gambar2 jek la ek..




























Happy birthday Abah sayang. Mama & Tina doakan abah sayang sentiasa didalam lindungan & rahmat Allah. Mama & Tina sayang abah sangat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...