"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, December 31, 2011

N3 Terakhir 2011

Tak ada banyak sangat yang nak dicakapkan pun..cuma nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua pengunjung blog kami..

Semoga tahun baru memberi lebih makna, kebahagiaan, rezeki melimpah, keamanan & keselamatan sepanjang tahun..

Semoga kita menjadi ummat yang lebih baik dari tahun 2011.. lebih tabah..lebih taqwa hendaknya.. sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik!


~ SELAMAT ~
~ TAHUN ~
~ BARU ~
~~ 2012
~~

Friday, December 30, 2011

Japanese Soft Cotton Cheese Cake

Dah lama sangat teringin nak buat.. walaupun sendiri sebenarnya tak lalu cheese cake. Tapi tak tau kenapa sibuk2 jugak nak cuba. Membelek resepi dah berkali-kali. Almaklumlah..huhu

So.. inilah rupanya Japanese Soft Cotton Cheese Cake tu..mama punya version yang pakai bakar ye..




Ok lah.. ramai sangat yang mintak resepi cheese cake nih.. Mama share ye sebab mama pun dapat dari seorang kawan :)

Semak & salin resepi ye korang.. hihi





Japanese Soft Cotton Cheese Cake
(kukus & bakar)

Kredit to : Aan Raihanna


BAHAN A:

250g cream cheese
(kalau nak tukar KRAFT singles pun boleh,pakai 5 @ 6keping)
50g butter
100ml susu segar
6 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 s/b jus lemon(kalau xde perah fresh orange pun boleh)
1/4 s/t garam
60g tepung superfine
20g tepung jagung


BAHAN B:
140g gula kastor (klu xde,boleH blend gula pasir tu jadi halus)
6 biji putih telur



CARA-CARA:

ADUNAN A:

1) cairkan cream cheese,butter dan susu guna teknik double boil. bila dah cair sejukkan

2) dlm bekas lain satukan tpg superfine,tpg jagung,kuning telur,garam dan jus lemon kacau hingga sebati dan masukan cream cheese yg dah disejukkan tadi.



ADUNAN B:

1) dlm bekas lain pukul telur putih hingga kembang kemudian masukan gula sedikit-sedikit dan pukul hingga "bertanduk"

2) kemudian satukan dgn adunan A gaul sebati dan masukan dlm loyang yg dah digriskan...

3) bakar adunan tadi dgn teknik bain marie selama 1 jam atau lebih sampai masak

4) kalau nak kukus panaskan air kukusan..loyang adunan ditutup dgn kertas aluminium terlebih dulu kemudian baru masukan dlm pengukus dan kukus lebih kurang 30 min atau 40 min..



PERINGATAN:

1) TEKNIK BAIN MARIE - adunan kek yg dlm loyang tadi tu, letak dlm loyang lain yang mengandungi air, baru masukkan dalam oven..

2) Kalau bahagian atas kek dah nampak kaler brown2 yang cantik tu.. ok la.. maknanya dah masak la tu..

3) Kalau cucuk dengan lidi sate pun "agak bersih" sebab cheese kek tak macam kek2 lain rasanya. Sebab kek lain kita cucuk mesti memang totally bersih kan..baru la kira masak. Ni dia bersih la jugak..tapi takdelah licin mcm cucuk kek2 lain..



PETUA MEMBUAT MARINGE

Ramai dari kita yg tak tau mcmana nak buat maringe kan....petuanya bekas atau peralatan memukul telur putih hendaklan bersih dan kering...pukul telur putih dahulu sampai kembang berbuih kemudian baru masuk gula sedikit2...ramai yg tak tahu terus mencampurkan gula dan telur sekaligus kemudian terus pukul....sampai taun depan pun maringe tak kan jadi..he..he.



rupanya setelah dikeluarkan dari loyang..





Ini rupa dalam kek bila dah potong. Memang kene dgn namanya pun..soft cotton kan..mmg soft..cair didalam mulut gitu..

Ok lah selamat mencuba ye kengkawan sekelian..

Wednesday, December 28, 2011

Persediaan Ke Kindie.. Mental & Fizikal

Huhuh.. tajuk dia :D

Tapi memang betul korang, mama dah 2 hari train Tina bangun pagi kul 7 sebagai persediaan ke kindie minggu depan. Tina ni tak biasa sangat bangun pagi, so takut dia akan nangis plak dikejut..kenelah train dia macam ni.

Dah 2 malam kami semua tido awal. Kul 11 dah tido. Dengan mama & abah sekali kene lelap. Kalau tak camner nak latih anak? Kan? So mama offline cepat ye dari biasa. Kalau sebelum ni kul 1 pagi pun masih online.. skrg dah tak leh la.

So dah 2 hari ni mama berjaya pujuk & kejut Tina bangun pagi. Tak nangis pun. Ajak mandi air suam.. so mama sekarang tengah atur rutin pagi dia la kiranya..

Bangun pagi, golek2 dulu dlm 10 minit.. pastu ajak mandi. Dah siap pakai baju.. sikat rambut dulu.. pastu susu sebotol dua.. dan biarkan dia berjaga sehingga sekurang2nya pukul 12 tengahari. Ye lah..kindie sampai pukul 12 kan..

Mental part plak..
Hari2 dok cakap.. nanti kakak dah nak sekolah Nuri. Mama hantar kakak.. (abah takde kan..dah sekolah) nanti kakak tinggal tau kat sekolah dengan teacher..dengan kawan2.. mama balik dulu..masak nasi..masak lauk. Nanti bell ring pukul 12 mama datang jemput kakak balik. Dok ulang2 yang sama setiap hari. Dengan harapan menda tu akan melekat kat minda dia..

Kene jugak cakap..
good girl kene pegi sekolah..macam abah. Abah pun sekolah. nanti belajar dengan teacher..dengan kawan2. Bila kakak pandai baca buku nanti..kita boleh baca buku upin..buku backyardigans..buku dora.. (huhu..tu buku2 pilihan dia la tu..)

Nanti mama tanya, Mama tak sekolah macam kakak ke? Tina cakap.. mama tak boleh sekolah..kakak dengan abah je sekolah.. ha.. kan.. dah melekat sket2 dah tu.. :)

Actually, anak yang nak sekolah..kita pulak yang nervous kan. Bukan apa..tak pernah renggang langsung. Jadi risau jugak la. Macam2 yang bermain kat fikiran but hopefully everything akan ok selepas beberapa hari hendaknya..

ok lah.. tu je untuk kali ni..


Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

Dapat Star Letter Lagi :).. Rezeki..

Mama kan aritu dah up status kat FB.. mama dapat star letter lagi untuk parenting circle terbaru. Mama pun buat post aritu yg SCA email mama..kata gambar kami terpilih untuk dimuatkan dalam PC terbaru tu..

So..inilah buktinya..alhamdulillah rezeki..

















Masa SCA call aritu tanya nak hadiah apa..mama tetap pilih hadiah diapers. kenapa? Entahlah ek korang..kat rumah ni dah ada berkotak2 drypantz..semua saiz pun ada. Banyak kotak mama dah jual atau kasi hadiah kat baby sebab Tina pun dah tak pakai kan..

Tapi kenapa masih pilih diapers? Diorang pun pelik sebab Tina dah tak guna diapers lagi..Mama masih berharap yang diapers & drypantz ni mama nak simpan untuk adik Tina.. bila Tina nak ada adik mama pun tak tau..tapi mama sentiasa berharap, berdoa & berusaha..

Semoga tuhan mendengar doa kami.. amin

Ho Ho Ho.. Tina & The Krismas Tree

Tina memang suka dengan pokok krismas. tak tau kenapa. Mungkin sebab pokok krismas tu decoration dia comel2..warna terang2.. atau pun dia suka sebab dia banyak sangat tengok barney krismas kot..

Ini gambar masa jalan-jalan gi IT mall kat skudai parade.. setiap kedai ada 1 pokok krismas..maka setiap kali la dia nak bergambar.. aduhai..

Paling syok sekali kat ground floor la.. ada pokok krismas besar.. ada patung2..korang tengok la gaya2 dia tu..lawak tul..

Nasib baik mama jadi cameramum jek..kalau tak mama pun akan terjebak sama kene amik gambar dengan pokok krismas hihihi




Tengok la gaya dia tu..hehehe tak tahan tul..



Yang ni mama suka..comel sangat












Hahaha abah terjebak sama..kihkihkih...

Agak2 korang mana lagi yang ada krismas deco cantik ek.. nampak kat sutera mall tp sutera mall tu penuh sangat dengan manusia..susah la nak bergambar2..

Soalan dia yang paling tak tahan..
" kenapa kita tak ada krismas tree mama?"

Hahaha... kelu lidah nak menjawab sebab dia bukannya faham.. :D

Friday, December 16, 2011

Destinasi Seterusnya - Padang Besar, Perlis

Okeh..sambung lagi ye..

Adik mama sebenarnya tak dapat cuti, jadi kami tak dapatlah nak berjalan2 sangat seperti kedatangan sebelumnya. Nak ke Padang Besar, Perlis ni pun tak de la merancang2 pun.. hari sebelumnya adik mama ajak.. kami packing2 ala kadar..takut2 dia kene bertugas.

Dia balik duty pukul 7 pagi.. kami terus siap2 dan gerak ke padang besar. Tak jauh sangat la pun perjalanan sebab kami di Bagan Serai, Perak kan.. dah hujung dah tu. So perjalanan ambil masa lebih kurang 2 ke 2 setengah jam la.. siap benti breakfast bagai kan.. :D

Tol sehala dalam RM20 la kot. Lebih kurang halal..tak ingat sangat sebab guna touch N go..huhu

Perjalanan melintasi negeri jelapang padi negara.. kedah.. best sangat korang. Hijau kiri kanan highway.. sepanjang perjalanan.. waktu tu padi baru dalam 2 jengkal tinggi.. memang sangat damai mata memandang

Lepas Kedah..kita masuk lah ke Perlis. Ha.. kalau korang nk tau GPS korang tu betul ke tak..korang akan melalui kawasan penanaman tebu gula negara..

Korang akan lalu roundabout la lebih kurang rupa dia.. kat situ akan ada sign board

" ANDA BERADA DI CHUPING, KAWASAN PALING PANAS DI MALAYSIA"

&

" ANDA BERADA DI CHUPING, KAWASAN PENANAMAN TEBU GULA NEGARA"


Masa tu jugak terfikir.. ooo.. kawasan paling panas di malaysia ye chuping nih? Huhu sites tak tau weh.. tapi area ni memang sungguh panas. Terik betul tau panas dia. Berbeza dengan cuaca kat Bagan Serai, Perak..apalagi cuaca kat johor..huhu..



22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.
Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.





Boleh dikatakan Perlis ni masih banyak kawasan hutan & kawasan penanaman tebu gula sahaja. Dah nama kawasan penanaman tebu gula negara..mestilah luas giler kan.. tapi kalau korang tengok pokok tebu gula ni mesti korang heran.. sebab dia tak macam tebu biasa langsung yg kita tanam kat rumah tu..

Korang tengok vids nih..









Dan satu lagi scenery menarik korang akan nampak kat kawasan Chuping yang panas ni adalah ini..




giler cantik scenery nih.. tengok live lagi best.. hijau sangat..



Tak lama lepas melalui kawasan penanaman tebu gula nih.. kene lalu post guard..yang jaga tu polis la..Then pastu..hahaha...sampailah ke padang besar. Kalau pakai GPS.. destinasi yang kat GPS tu adalah tengah bandar padang besar.. Bila GPS kata korang dah sampai.. means.. depan sket tu adalah area membeli belah padang besar.. sempoi jek pun bandar dia.. tapi mmg siyes barang dia murah weh..

Rasa macam nak bawak lori jek gitu ha..







Jangan tanya kami beli apa.. bonet kereta persona & alza tu penuh weh dengan segala macam barang.. huhu




antara barang yang menarik hati mama la.. hihi..brooch daun, brooch lady bird, brooch bunga & brooch jurai sket..

Lepas mengalas perut yang kosong & tekak yang haus dek kepanasan.. sambung membeli souvenir utk family2.. kami bergerak balik ke bagan serai semula..

Malam tu semua tido mati.. kepenatan..

Monday, December 12, 2011

Katanya Bukit Maxwell (Bukit Larut) Ada Tanam Tulip.. Ye Ke? Jom Jalan & Tengok





Kita cerita2 tentang cuti2 mesia aritu ye sket. Last year punya cuti mama teringin nak tengok tulip kat Bukit Maxwell.. tapi tak kesampaian sebab tiket habis & hari selepas2 tu hujan memanjang. Adik ipar mama kata hujan2 tak elok pegi..

So mama return this year. Nekad, apa terjadi tetap nak naik jugak Bukit Maxwell tu. Disebabkan adik mama tak dapat cuti, so mama gi sendiri dengan abah jek. Bukit Maxwell tu kat Taiping tau..area2 Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & MRSM.. dekat2 tu jek..

So, berbekalkan GPS kami pun redah jek. Alhamdulillah sampai pun..hehe..

Laju jek kaki mama jalan ke kaunter tiket.. takut tiket habis lagi. So dapatlah tiket naik pukul 12 tengahari..turun pukul 2.. ok la tu walaupun masa tu baru pukul 10 pagi huhu.. Tengah kami duduk nak sarapan, uncle kaunter tiket tu datang balik.. katanya kami boleh naik pukul 11 sebab ada guest cancel tiket.. haha.. syok..

Ni kaunter tiket dia ye..



Kami sarapan nasi lemak & mee sup jek. Ok lah..perut pun tengah kosong masa tu.. pukul 10:30 kami gerak gi tempat menunggu.. saja gi awal..nak gi toilet bagai kan..



Ini area menunggu.. sempoi jek.. Toilet kat belakang sana..


Huhu.. abang yang tengah bercerita dengan abah tu penuh berinformasi tau.. banyak dia tau pasal Bukit Maxwell nih..


Ini kenderaan kita nak naik ke Bukit Maxwell.. Huhu.. Jangan tak caya..



Mama & abah naik dengan 7 orang yang lain kalau tak silap.. Masa ni tak tau lagi apa cerita perjalanan nanti..semua orang suprise.. semua 1st time nak naik..

Okeh..perjalanan naik ke Bukit Maxwell bermula disini..





Dan perjalanan pun bermula.. huhu memang sungguh adventure.. macam camel trophy dah.. Korang bayangkanlah kalau jip ni cuma boleh guna gear 1 sepanjang perjalanan.. kiri kanan korang adalah lereng bukit..gaung tau.. kalaulah accident.. jatuh bersepai tak leh nak pungut dah..huhu

Sampai sakit 10 jari dek kerana mencengkam pemegang kerusi .. huhu.. bukan mama jek..abah pun seram sama.. sejuk2..pucat2 muka..hehehe.. tapi sangat seronok.. pengalaman baru kan..




Amacam bila dah tengok vids tu.. tu sikit jek. Ada di tengah perjalanan..entah selekoh tajam no.berapa agaknya..ada tanah runtuh..huhu mengaum2 jip tu weh..adoyai..rasa macam nak putus nyawa..

Selekoh tajam dia bukannya sikit2 punya tajam.. V shape korang.. stering pusing 360 darjah..serius.. abang driver tu yang cakap..




Jip turunkan kita di area ini ye.. dan dibelakang tu ada sedikit peninggalan penjajah. Katanya, Bukit Maxwell ni dulu tempat para penjajah berehat..ada cottage diorang di atas ni. Dan menurut ceritanya.. pokok..haiwan.. yang datang dari luar negara pada masa tersebut akan di angkut naik ke atas ni utk dibiasakan dengan udara & persekitaran tanah melayu..

Sedikit demi sedikit diturunkan ke tanah rendah.. hinggalah sampai ke tanah biasa..

Kat atas ni takde la sejuk macam genting @ cameron.. tak payah pakai sweater pun cuma udara dia nyaman..segar.. sedikit je sejuknya :D

Dari kawasan ni, mama & abah naik jalan kaki lebih kurang 5-10 minit lagi ke atas. Tapi 5 minit naik bukit ye korang.. jalan 10 langkah pun dah macam tak larat nak angkat kaki.. huhu.. tapi sempat la berpimpin2 tangan kami jalan slow2 naik ke atas lagi.. ke tempat yang dikatakan tulip ditanam..

Mengenangkan tulip..kami gagahkan kaki naik.. tapi bila dah sampai ke tempat yang dimaksudkan..







Hanya binaan hampir musnah ini yang tinggal.. menurut pekerja restoran diatas sana.. tulip terakhir yang ditanam disini dituai september yang lalu dan selepas itu tiada lagi tulip akan ditanam disini.. katanya.. cuaca tidak lagi sesuai..kurang sejuk & jika hendak ditanam juga tulip, memerlukan bantuan air cond.. alangkah sadisnya keadaan itu kan..??

Mama kecewa sungguh dengan penjelasan mereka. Tapi apa nak buat.. takde rezeki nak tengok tulip.. so kami jalan kaki turun semula sambil menikmati pemandangan & udara segar yang mungkin suatu masa nanti juga akan lenyap seperti pupusnya tulip di Bukit Maxwell ini..








Nampak tu..kami berdiri separas awan. Masa ni boleh lihat awan gelap mula berarak menutupi puncak bukit Maxwell..walau nampak cahaya matahari tapi angin sudah terasa sejuk mencucuk liang roma..








Mama bergambarlah dengan binaan yg menempatkan tulip suatu masa dulu.. kecewa betul..


Hajat nak berlama2 kat atas sana hilang entah kemana.. 2 jam diatas..kami minta nak turun lebih awal..sepatutnya kami turun pukul 2ptg tapi kul 1 kami dah mintak nak turun sama2 dengan pemegang tiket turun kul 1 jugak..

Tapi sekurang2nya sempatlah menjejak kaki..sempatlah berbual2 sambil jalan pimpin tangan dengan abah.. sempat bergurau senda mcm masa bercinta2 dulu kan.. Banyak mata memerhatikan..mungkin fikir kami ni couple kot..

Huhu..perjalanan turun pun mengerikan. abang driver tu cuma guna sebelah tangan jek korang pusing stering 360 darjah dia tu..

Setengah perjalanan dah terasa nak muntah..rasa mual..pening. Mujur kami tak makan apa2 kat atas.. kalau tak besar kemungkinan dah muntah kot..Mama menahan loya berharap..cepatlah sampai bawah..

Leganya hati bila dah tiba di tempat kami naik jip mula2 nak naik tadi.. tapi lutut rasa lemah nak turun..huhu.. slow jalan gi toilet dulu.. pastu kami pimpin tangan lagi menuju warung berdekatan..pesan air fresh orange gitu..nak bagi hilang loya..

Hampir setengah jam duduk minum.. kami pun naik kereta balik..

Tapi memang frust sangat kerana tak sempat tengok tulip..sedih kerana alam semulajadi yang cantik itu tak dijaga dengan baik..

Persoalannya.. jika dibiarkan ada organization lain ambil alih pengurusan bukit maxwell.. bimbang sejarahnya akan hilang oleh pembangunan..kalau nak dibangunkan kemudahan diatas sana utk pengunjung.. semestinya hutan hijau akan ditebang.. dan harga tiket tidak lagi RM6 lah kan?

Mereka masih dalam dilema.. Jadi kesimpulannya.. tiada lagi tulip di bukit maxwell..

Sunday, December 11, 2011

Kami Dah Selamat Sampai..

Assalamualaikum...

Kami dah selamat sampai balik kat rumah maghrib semalam..

Kita cerita2 tentang cuti nanti kat next post ye..

:D

Thursday, December 1, 2011

Kami Bercuti ye..

Ok lah..mulai hari ni 1 dec sehingga sekurang-kurangnya 10 dec.. kami sekeluarga akan bercuti. Doakan perjalanan kami selamat pergi & balik..


Jumpa lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...