"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, January 30, 2015

Biar Dia Buat.. :)

 Kalau tahun 1 dulu, semuanya mama yang tuliskan. Semuanya tulisan mama. Tapi tahun ni mama "dera" sweetheart sikit..hihi..

"Dera" apa? Ni ha..



Hihihi.. caiyok sayang :)

Kenapa Anak-Anak Kita Perlu Amalkan Qaseh Gold Junior?


Aktiviti harian anak-anak kita masa kini memang sangat padat. Ada yang boleh di kategorikan sendat dah. Pagi sekolah kebangsaan/ menengah, balik tak sampai 2 jam dah berkejar nak ke sekolah agama pulak, balik sekolah agama terus mengaji, rehat sekejap dah nak buat homework yang banyak, ada pula yang malam ditambah pulak dengan tuisyen. Fuh.. kesian sangat.

Jadi ibu bapa akan sangat membantu jika biasakan anak makan makanan tambahan yang baik & membantu setiap harinya yang sibuk. 

Ok, saya share tentang "Kenapa anak-anak kita perlu amalkan Qaseh Gold Junior?"


# 1 Untuk meningkatkan SISTEM IMUN
sistem imun


Anak2 perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi diri dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar. Pada masa yang sama mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Gabungan makanan SUNNAH dan makanan terpilih yang bercirikan anti bakteria dan anti oksidan dalam Qaseh Gold Junior berupaya membekalkan SISTEM IMUN badan yang lebih mantap dan kuat..in shaa allah.


# 2 Untuk TENAGA & MINDA
superkid



Berikan permulaan yang baik kepada anak2 kita seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan SUNNAH Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi. Berkonsepkan ‘Halaalan Thoyyiban’ iaitu halal lagi baik. Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan SUNNAH madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan MINDA dan membekalkan TENAGA. Madu, kurma dan kismis kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka. Selain daripada madu dan kurma, Qaseh turut menawarkan gabungan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti badam, za’faran, gingko, air zam zam, delima dan habbatus sauda’.


# 3 Untuk TUMBESARAN
tumbesaran


Gabungan makanan SUNNAH dan makanan terpilih seperti badam, bayam dan pegaga dalam Qaseh Gold Junior mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi. Nutrien2 ini adalah sangat diperlukan untuk menyokong TUMBESARAN yang lebih sihat dan kuat.


# 4 Mengandungi SERAT YANG TINGGI
kurma-tile



Anak2 sering tidak mendapat serat yang mencukupi dalam menu harian. Akibatnya masalah sembelit sangat sinonim dengan mereka. Qaseh Gold Junior membekalkan SERAT LARUT & SERAT TIDAK LARUT daripada Kurma serta prebiotik semulajadi iaitu Gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit.
_____________________________________

Untuk membina generasi yang cemerlang fizikal, intelektual dan spiritual bermula dengan pemakanan yang halal lagi baik.

Bak kata Duta Qaseh Gold sendiri iaitu Ustaz Haslin Baharim [ Ustaz Bollywood ],

” Anak2, jangan lupa minum Qaseh Gold Junior setiap pagi dan malam! Inilah warisan khazanah Nabi kita yang dicintai, Nabi Muhammad SAW. In shaa allah, berkat pun dapat, minda cerdas, badan pun sihat dan kuat!”

Haaaa, akhirnya panjang juga cerita saya arini kan..hihihihihi..takpe laa..asalkan saya puas hati dapat selitkan maklumat yang berguna ni untuk semua parents out there. jangan tunggu lagi..grab Qaseh Gold Junior sekarang untuk anak2 kita. memang tak rugi kalau nak dibandingkan dengan manfaat yang anak kita dapat nanti..
In shaa allah..
Credit to PP Chakoy Özil Baim

***********************************

Mama share amalan-amalan yang boleh dibuat oleh ibu bapa sekelian untuk anak-anak kita :)
Ajar anak-anak sekali pun lagi bagus..
Tapi jangan lupa tau.. doa ibu bapa tu lebih afdal gitu..


Berminat nak dapatkan untuk anak-anak?
FB : Nor Aisah Binti Abdan ( Qees Qaseh)
whatsapp 0177820007 

Sunday, January 25, 2015

Semai Adenium Dari Biji Benih..

Jangan bersedih lama-lama.. tak elok untuk TTC ian :)

Ok la.. nak share something yang menggembirakan. Last month mama ada beli benih adenium pelbagai warna dari Go Green ( sila cari group ni dalam FB), diposlajukan sampai kat post box hihi..

Owh bila dah dapat puas lah pula pergi cari macam mana cara nak semainya..hihi. Sebenarnya ada je cara dia dalam Go Green tapi tak perasan. Apa lah..hihi..

Kat gugel pun ada banyak version tapi lebih kurang je caranya pun. Jangan malas tau.. gi gugel eh..

Nak share kadar pertumbuhannya yang belum seminggu di semai :)




Harap sangat semaian ni sihat sampai boleh berbunga. Bukan apa.. takut kene cukai dek siput je huhu..

Berkebun memang mama sangat suka.. dikala hati sedih.. tengok lah bunga2 kembang pagi hari..insyaAllah mood akan menjadi baik..

Tak caya?
Try lah

Masih Belum Rezeki... Sekali Lagi..


Ujian Allah sekali lagi..
Keguguran awal berlaku sekali lagi..
Belum rezeki kami nampaknya..
kali ke berapa?
Jangan ditanya..
Dah tak mampu dihitung dengan jari..
InsyaAllah cuba lagi untuk kali seterusnya..

Pergilah rasa jemu..
Pergilah rasa letih berusaha
Pergilah rasa penat berdoa
Supaya semangat terus tinggi & redha

Diluar sana masih ramai yang diuji lebih hebat..

Ya Allah.. kami terima semua yang telah Kau tentukan 

Lepaskan rasa lelah & bangkit untuk terus berusaha :)

Thursday, January 22, 2015

Jom Tuai Sayur Di Halaman

Minat menanam tu tak pernah kurang, apatah lagi hilang. Tapi penghujung tahun lepas tahap kerajinan menurun sampai level negatif. Pokok-pokok bunga terbiar sampaikan berpasu-pasu roses mati macam tu je..huhu sadis

Tahun baru.. semangat baru. Pecahkan tembok malas huhu. Mula sikit je dengan menyemai benih kacang panjang. Tu pun kacang panjang yang beli untuk sayur. Bijinya pun belum kaler coklat. Dalam hati..ah nasiblah.. try je..

Waaa.. idup lah 4 pokok. Tapi masa baby dah kene baham siput, tinggal 2 pokok je. Jadilah. Maka teruslah menjaga.. baja.. sampai dah besar kini dan selamat dari jadi makanan siput durjana hihihi..

Buah pertama 3 biji tapi tak ambil. Nak biar jadi benih. Buah batch ke-2, banyak juga .. adalah dalam 15 batang lebih kurang. Jadilah untuk sayur sekeluarga..


kecik je pokoknya. Tapi buah kusmangat..alhamdulillah. Lepas sayur :)

Yang dipetik pagi tadi..

Bila tengok kat pokok peria, nampak 4 biji kecik2.. hmmm.. alhamdulillah.. masih berbuah. Dah tua pokoknya ni. Yang baru tengah semai ..

Dan, kat rumah ni yang paling suka kacang panjang adalah sweetheart. Tumis dengan cili padi sikit. wallah..
Alhamdulillah..siap!


Sayur apa lagi nak tanam? 
hmmmm....

Belum sempat publish post.. sweetheart datang dengan mangkuk dia..
"hmmmm.. nyum..nyum..nyum.. sedapnya mama masak..
Saya nak sikit lagi boleh tak?
Terima kasih mama sebab masak kacang .."

Senyum..tanpa perlu kata apa-apa :)
alhamdulillah..

Saturday, January 17, 2015

Sole & Lemon - Mama Style




 Kenal lemon kan?

Rutin pagi mama sejak beberapa bulan yang lalu adalah minum air lemon + SOLE setiap pagi. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jika tengah uzur maka akan minum air lemon ni setiap hari.

Khasiat mengamalkan minum air lemon di waktu pagi :

1 Ia meningkatkan sistem imun kerana lemon kaya dengan vitamin C yang melawan terhadap kesejukan dan flu. Ia merangsang fungsi otak dan menstabilkan tekanan darah , lemon kaya dengan kalium.

2 Minum air limau setiap hari mengurangkan keasidan keseluruhan badan
Ia membantu untuk mengurangkan berat badan lebih cepat

3 Lemon meningkatkan kadar pekumuhan dalam badan

4 Air Lemon melakukan pembersihan dalaman toksin dari darah yang membantu mengekalkan kulit yang cantik.

5 Membantu melegakan sakit gigi dan gingivitis

6 Kehangatan air limau suam membantu menghilangkan jangkitan di dada dan menghentikan batuk

7 Lemon adalah kaya dengan vitamin C, ia membantu melegakan apabila fikiran dan badan menghadapi tekanan stress 


hmm.. macam mana? best kan khasiat lemon ni.. sebab tu mama mulakan amalan ini dan tambahkan dengan SOLE.. 

Manfaat jus lemon


1. Antibakteria

Apabila anda minum jus limau.. asid daripada jus limau bertindak sebagai kuasa anti-bakteria di dalam perut anda.

Anda juga boleh menggunakan lemon untuk membersihkan papan pemotong dan dapur anda.


2. Vitamin C

Selain meningkatkan sistem imun anda, vitamin C membantu memusnahkan H. pylori, yang merupakan sejenis bakteria dalam perut anda. H. pylori berupaya untuk menyebabkan ulser perut.

Ia adalah tonik yang bagus untuk perut yang boroi dan besar. Ini akan membantu anda pergi ke tandas dan ia akan membantu perut anda melawan mana-mana bakteria yang tidak diingini seperti H. pylori. Tonik ini boleh disediakan: 1 cawan air panas, 1/2 lemon (Juiced), 1 sudu flaxseed (biji bunga).

3. MengAlkali Badan

 Ramai orang berfikiran kerana lemon adalah masam akan menyebabkan asid dalam badan anda. Bila ia dalam badan anda leomon tidak bertindak menjadi asid, sebaliknya ia akan bertukar menjadi alkali yang boleh mengekalkan keseimbangan pH anda.


4. Pembersih Hati

Lemon merangsang hati anda dan membantu mengusir toksin seperti asid urik dan juga liquefies hempedu. Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa lemon digunakan sebagai pembersih yang besar.

5. Vitamin P

Vitamin P ialah flavonoid. Flavonoid adalah antioksidan yang kuat yang membantu meneutralkan radials bebas yang berkaitan dengan kerosakan sel dan penuaan. Flavonoids juga membantu mengurangkan keradangan.

6. Lemon Anti-kanser

Lemon mengandungi 22 sifat-sifat anti-kanser seperti limonine yang melambatkan pertumbuhan tumor.

7. Perlindungan Terhadap Artritis Reumatoid

Osteoartritis adalah sejenis penyakit degeneratif yang berlaku dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan vitamin C membantu melindungi agains penyakit keradangan seperti artritis reumatoid.

8. Membantu Anda dalam masalah pencernaan

Jus limau seperti jus sayur-sayuran yang paling segar mengandungi serat pektin. Serat Pektin adalah sejenis serat larut air yang membantu mengurangkan LDL (buruk) kolesterol. Satu lagi perkara yang hebat tentang pektin adalah bahawa ia membolehkan anda rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk Makan dan Makan...

9. Diuretik semulajadi

Jus lemon dan air suam juga membantu meningkatkan kadar kencing. Ini bagus kerana toksin dan bahan-bahan berbahaya yang lain ditolak keluar dari tubuh anda, meninggalkan badan anda dalam keadaan beralkali.

10. Penghidratan Sistem limfa


Air suam dan jus limau menyokong sistem imun dengan menghidratkan dan menggantikan cecair yang hilang oleh badan anda. Apabila badan anda kekurangan air, anda pasti dapat merasakan kesan-kesan sampingan, yang termasuk: rasa letih, lesu, fungsi imun berkurangan, sembelit, kekurangan tenaga, tekanan darah rendah @ tinggi, kurang tidur, kekurangan kejelasan mental dan stress 
 
Dan banyak lagi yang best pasal lemon ni. Korang gugel la. Kalau tak pandai pun, kat yahoo tu korang taip je "lemon".. beribu2 lemon akan keluar..hahaha..acah je. beribu site akan paparkan tentang lemon.
 
 
Dan ini pula manfaat minum SOLE.. mama letak lagi supaya semua orang boleh baca dan semua orang boleh nilaikan sendiri kenapa mama sukakan SOLE..





Jadi sekarang korang tau kan kenapa lemon bagus.. kenapa SOLE bagus..jom amalkan. Mama selalu kalau gi giant ke..tesco ke.. rajin tengok kat item yang reduce price. Mama cari lemon. Reduce price bukannya lemon tu rosak. Just kulit dia je tak cantik nak jual. Kita bukan nak makan kulit lemon, nak minum jusnya kan..

Apalagi.. sila buat :)

Eh, lupa.. bila korang campur SOLE dalam air lemon tu kan..korang akan rasa air lemon korang tu sedap la sangat2.. masamnya sangat kurang & korang takkan ada hal nak minum segelas besar pun. siyes.. cubalah..

Tak tau mana nak beli SOLE?
Tu kat gambar ada no.phone.. whatsapp je pun boleh.. ai pos seluruh mesia yu.. :)

ni tau..gambar baru SOLE pujaan hati.. kihkihkih..

daaaa... jumpa next post

Monday, January 12, 2015

Kunyit Segar Dari Halaman

Niat nak "membongkar" rumpun kunyit ni dah lama. Penyakit "M" melanda. Tak de satu keje pun jadi. Disebabkan sweetheart dah sekolah, makanya mama ada sket masa nak melayan laman belakang. Kat post2 lepas dah tunjuk.. bagaimana sihatnya rumpun kunyit mama kan.. huhu.. siap berbunga2 cinta..

Pagi semalam.. mood datang. Jom bongkar rumpun kunyit..

Jangan tak caya weh.. ini hasilnya..



Daun kunyit ni punyalah lebar.. kalah yang kat pasar..huhu. Selalu kalau nak guna untuk masak, amik yang comel2 je.
 
 Tambah sket rajin, buat rumah baru untuk pokok kunyit. Semoga terus membesar bagai johan :)


Masa proses membongkar ni.. satu laman belakang semerbak bau kunyit..

Sunday, January 11, 2015

Hari Pertama Persekolahan Sessi 2015

11 Januari 2015, hari pertama persekolahan di Johor. Sweetheart excited nak sekolah. Abah pun kalut2 nak pegi cepat ke sekolah. Biasolah kan.. cikgu.. huhu..Then as usual lah.. 1st few days ni memang agak bizi gitu disekolah, dijalan raya.. sebab budak tahun 1 punya 1st day jugak kan. 

Sebab mama dah boleh agak akan sibuk makanya dah prepare untuk kuar awal. Eceh..awal la sangat..hihihi.. sekolah depan rumah je pun. Sampai kat tempat biasa parking...kusmangat..penuhnya kereta. Dari kejauhan nampak guru besar kat tengah simpang. Hihihi.. jammed wooo..

Mama tanya sweetheart, nak hantar sampai mana? Kata dia.. mama hantar sampai dalam la. Okey.. sampai dalam sekolah. 

Lepas mama dah tengok dia duduk dalam barisan. Mama pun kuo lah. Ramai ibu bapa budak tahun 1 menunggu.. 

 Gambar pukul 6:50 pagi hihi..

Jadual tak de lagi. Jadi pepandai je la bawakkan buku. Dan waktu balik macam biasalah. Pot pet dalam kereta macam2 benda hihi..

Petang, sekolah agama. Pun hantar sampai kelas jugak. Almaklum, kelas tingkat 3.. risau ai tau. 

That was the 1st day. Harap-harap semuanya menjadi & yang baik2 sahaja untuk tahun ini. 


Selamat kembali ke sekolah sayang!





Thursday, January 8, 2015

Yeayy.. Settle Satu Lagi

Apa yang settle? Apalagi kalau bukan photobook. Buat photobook ni bermusim tau. Kadang-kadang sangat rajin.. sanggup stay up dah buat. Tapi kadang-kadang sungguh malas.. 36 page tu macam berat betul nak buat..hihi

Photobook yang dah siap ni, buat lama dah. Edit-edit pun lama dah. Rasa dah puashati..then baru upload untuk buat. Voucher pun masih ada. Guna je.. jimat..

Siyes, mama bukannya pandai buat. Mama belajar sendiri je. Tapi itulah pengalaman yang sangat berharga. Sanggup tanya sana-sini semata-mata ada yang mention suh "crop" gambar. Huhu.. siyes sangat tak pandai. 

ok ini siri terbaru photobook.. dedicated special for my sweetheart :)

Ini tanda dah upload dengan suksess..hihi

Mode menunggu photobook baru ye.. minggu depan la kot insyaAllah sampai..


Monday, January 5, 2015

Beg Ngaji..

Alkisah..
Beg ngaji sweetheart yang lama dah koyak. Aritu masa atuk ada sini, atuk dah tolong jahitkan. Sekarang ni koyak semula. Biasalah korang.. beg dah lama. Zaman-zaman dora popular dulu lagi..

Banyak kali dah sweetheart "berbunyi" .. 
"Bila kita nak beli beg ngaji baru mama?"

Hua..hua.. asyik lupa. Sebab tahun ni tak payah beli beg sekolah baru, makanya lupa jugaklah ke beg ngaji tu sekali lagi.

Malam ni tadi saja bawak sweetheart jalan-jalan.. Kusmangat.. dia nampak beg frozen. Haa... beg ngaji baru. 

Beg frozen tu macam 3D.. kepala Elsa & Anna tu terkeluar tau..bukan sekadar lukisan..huhu. Lepas ni makin rajin ngaji ye sayang :)

Demam frozen.. nakkan baju frozen kompem je tak de saiz. Makanya beli la stationery, beg.. jadilah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...