"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Monday, October 6, 2014

Update : Perkembangan Diabetis Abah dengan SOLE

 Lama dah tak update tentang diabetis abah kan.. Last update about abah adalah pada 16 June 2014 .

Actually tiap-tiap bulan check kadar gula dia. Sebab dah beli ACCU CHECK  tu kan. So.. once a month memang akan pantau. Dari situ kami akan tahu makanan mana yang sesuai, yang mana tidak, yang mana paling cepat naikkan gula abah..macam-macam lah.

On september, once mama jadi Rakan Niaga Qaseh.. mama mintak abah & mak cuba SOLE. Believe me diorang ni tak banyak tanya pun. Just bagitau apa gunanya SOLE, macam mana nak consume, then bagi je baca kertas SOLE tu. 


Yang mana penerangan terperinci tentang SOLE ni ada kat post sebelum ni. 

Kalau tak silap dalam 6hb september macam tu abah mak start berSOLE. Alhamdulillah memang abah kata takde rasa yang pelik2 sepanjang berSOLE. Rasa macam biasa je katanya. Hmm.. ok lah tu kan. Then we decide yang sebelum aidil adha nanti baru check semula. Means ngam-ngam sebulan abah amalkan SOLE.

Ingat tak mama pernah kata nak snapkan semua catatan gula abah? Ok.. post ini baru berkesempatan (dibaca sebagai..baru ingat..) huhu.. nak snap gambar itu.

Bulan ini abah kurangkan ambil habbatussauda. Ambil pun hanya seminggu sekali atau 2 kali je. Itu pun kuantitinya hanya sedikit.

Beras masih beras Faiza Herba Tajmahal ye. Abah memang takkan makan nasi dari beras lain.

Ulam pucuk betik adalah setiap hari. Sehari sehelai. Bukan setiap kali makan sehelai tau.. sehari sehelai je. Yang ini memang abah sendiri atur begitu. Dan dia dah lali sangat2 makan pucuk betik ni.

Cuka kurma dari Iran tu masih minum jugak.

Tambahan Mineral SOLE je untuk untuk september. Dalam leaflet tulis 1.5L dengan 5ml SOLE tapi abah kata tak sedap. Terasa sangat garam. Jadi abah campur 3L air biasa dengan 5ml SOLE. Kalau mineral pot pun abah tetap campur 5ml jugak. Sebab yang penting adalah kekarapan minum.. bukan kepekatannya ye.

Dan meh kita tengok.. catatan yang mama buat untuk abah setiap bulan..



Adatlah kan.. kejap naik sekejap turun. Dan kerana catitan ini kami tahu banyak hal tentang diabetis abah. Sangat susah nak kawal diabetis. Tengok je lah catitan tu.. 12, 13, 14.. bawah 15 tu lega dah sebab asalnya adalah 28++

Tapi dengan pengambilan supplement & pemakanan diatas tu, ditambah dengan SOLE.. diabetis abah turun ke paras normal dalam masa sebulan. Sungguh tak percaya.. tapi yes.. itu memang benar berlaku.

Nampak kegembiraan & kepuasan diwajah abah sebab selama ni dia memujuk hati dengan.. " dapat bawah 15 tu pun dah ok lah.." tapi memang kali ni 5.7 perghhh... rasa nak lompat bintang kat situ jugak. 

Bagitau kat abah, nanti share2lah cerita dengan teman-teman masjid dia yang alami diabetis jugak. Manalah tahu mereka nak mencuba... :) 

Tapi bila kata beras tajmahal tu mahal..tak mampu.. aduh.. susah lah..Pesakit diabetis ni beras tu benda pertama perlu tukar.. then we go for other supplements.

Ok lah.. banyak perkongsian dah hari ni ..

Kalau ada yang berkenan nak mencuba SOLE atau pun mana-mana PRODUK QASEH.. bolehlah cari mama ye..




SMS/ Call : 017-2189100
FB: sha mama tina (Qees Collection)

Sunday, September 21, 2014

Beras Herba Taj Mahal..


Semenjak abah disahkan diabetis awal tahun ini, kami tukarkan beras kat rumah mak abah kepada beras ini. Taj Mahal herba. Bukan apa, satu dunia tau dah diabetis takde ubat. Kene jaga pemakanan. So oleh kerana abah adalah penggemar nasi, makanya lebih sihat jika dia makan beras ini. Banyak mana nak makan..ha makanlah.. :)

Jadi oleh kerana itu tekak kami pun dah terbiasa dah dengan beras ini. Dah rasa sedap makan beras ini. Kata orang beras ni mahal.. huhu.. beli kereta dengan henpon lagi mahal ko..

Beras ni ada masa dia murah. Yang dalam gambar ni beli kat Tesco aritu.. murah RM29.99 tak silap. Sambar 2 sekaligus untuk abah mak..

Jadinya kat dapo umah pun mesti ada beras ni. Sebab bila abah mak datang sini, semua keperluan dia ada je.. macam kat rumah jugak. Bila teringin, mama masak juga. Sedap :)

One day, nak bertukar kepada beras sihat ini juga sepenuhnya. Sebab my sweetheart pun dah terbiasa makan beras ini dah. No hal punya. Dia tak komplen :)

Korang dah try?
Sedap..
Tapi masaknya kene lebihkan air. Dan ia takkan lembik.. haaaa.. magic kan..hihi

Sedap..sedap..sedap..
:)

Saturday, June 14, 2014

Cuka Kurma Untuk Abah

Last week, khamis 5 Jun 2014 mama seperti biasa check kan tahap gula kencing manis abah. Sayalah dokte..sayalah misi :) . Sejak abah disahkan menghidap kencing manis, reading check up buah pinggangnya pun tak berapa nak cun & kolesterolnya menjangkau 7.. kami sangat risau. 

Saya tak benarkan abah makan pil kencing manis or apa2 pil langsung kerana tak mahu membebankan buah pinggangnya. Usianya dah banyak.. kami cuba berikannya benda lain untuk membantunya. Yang pastinya, pemakanan sunnah pilihan terbaik kami untuk abah..

Kalau lupa boleh baca post
 
Reading pada 5 Jun 2014 menunjukkan bacaan 8.4mmo/l .. wuhuu.. abah nampak sangat gembira. Mama apatah lagi la kan. Sungguh bersyukur.. macam-macam dah kami lakukan untuk menurunkan tahap gula sampai ke bacaan yang ini.. pencapaian terbaik abah adalah 10.0mmo/l tapi mama lupa bila. Buku catatan kat rumah mak. Mama memang catat setiap kali ujian untuk rekod. Senang-senang nanti mama snap kan & share kat sini ye..

Apa yang abah amalkan kali ini?

1. Beras Faiza Herba Ponni Tajmahal
Abah dah tak pernah lagi makan nasi biasa. Hanya nasi dari beras ini sahaja. Biar berapa kali sehari pun abah makan, jika dengan beras ini.. kami tak perlu risau.


2. Minyak Habbatussauda
Minyak ini asli dibeli dari tanah arab oleh besan abah yang memang mempunyai kedai yang menjual barang-barang asli dari tanah arab. Harganya bukan murah tapi kesihatan abah lagi mahal harganya buat kami. Adik ipar mama yang supply minyak ini buat abah. Tiap kali hampir habis, inform dia dan di rombongan umrah seterusnya dia akan belikan lagi.. tq efa & adik :)

Abah minum satu sudu teh, sekali sehari. Orang sihat pun boleh amalkan, tapi hanya setitik sahaja sehari bergantung kepada kesannya kepada badan anda. Minyak HS ini bersifat panas, bagi yang tak tahan boleh adjust pengambilan. Mama & sweetheart mama pun ambil tapi hanya setitik dan ambil dalam 2 kali seminggu sahaja.

So far, ini serasi buat abah. Lama dah kami consume minyak HS ni sejak dari sebelum abah kencing manis lagi.


3. Pucuk Betik
Yang ini baru je amalkan dalam 2 minggu sebelum 5 Jun. Jadi mak & abah dah tanam banyak pokok betik sekeliling rumah. Abah akan makan sehelai sehari pucuk betik tu. Ikutkan dia mampu telan sehelai setiap kali makan nasi tp nanti supply pucuk betik tak cukup. Hihi.. so kami kata sehelai sehari. Jadi boleh pusing setiap pokok betik cukup untuk seminggu lebih jika sehari 1 pucuk dari 1 pokok :)
 
 
4. Cuka Kurma


Cuka kurma Mohsein ini dari Iran. Rasanya sedap sebab lebih rasa kurmanya. 
Apa khasiat Cuka Kurma ni secara overallnya?
 
 
Dan cara pengambilannya,
 
 
So, kepada yang berhajat nak dapatkan cuka kurma ini boleh cari mama :) tapi untuk diposkan mungkin tidak lagi sebab botolnya kaca. Takut pecah diperjalanan. By hand almost welcome dan harganya sangat berpatutan. Tak padan dengan khasiatnya yang banyak :)
 
5. Kurangkan Makanan Lain

Yang part ini mama rasa kene try & error. Kalau abah, memang tak boleh makan makanan lain kerap. Makanan seperti biskut, oat, roti memang kene di HADkan pengambilannya. 

Sukar sangat nak buat kerana abah pemakan. Dia suka makan. Dia selalu lapar. Jadi mama memang suruh abah try, hanya makan nasi beras tajmahal sahaja. Makanlah berapa kali sehari pun kerana hanya nasi yang boleh buat dia kenyang lama. Makanan lain kenyang sekejap sahaja. 

Frankly speaking memang sedih buat mcm tu. but i have to. Kadar gula yang sangat tinggi akan memberi kesan sangat tak elok pada abah. Dan kami kene bantu abah kawalnya.. 

6. Kurangkan Minuman Bergula, Elak Carbonated Drinks

Ha.. yang ini pun kami try & error walau dah tau. Abah takde masalah untuk tak minum manis pun. Itu menyenangkan lagi lah kan. Air bergas dalam tin kami memang banned abah minum. Pernah minum, perghh jauh tinggi naik gulanya.. bahaya!

Abah banyak minum air masak. Dan kalau buat air manis pun kami hanya guna 2 sudu gula sahaja untuk satu koleh besar. Dengan kami2 sekali ikut pantang gula hihi.. takpe..untuk kesihatan kan

7. Keep Exercise

Abah memang tak reti duduk diam. Ada sahaja yang dia nak buat. Itu bagus dan kami takde masalah nak suruh dia exercise pun. Time rajin abah & mak akan jalan kaki diperumahan waktu petang. Kalau tidak pun, sejak pagi dia sudah akan keliling rumah buat keje dilaman. Ada saja yang nak dibuatnya.
 
8. Elak Makan Selepas 8 Malam

Ini kami sendiri pun cuba buat. Tapi abah memang akan makan sebelum maghrib. Jika lapar waktu malam barulah dia akan ambil biskut atau roti. Itu pun jarang sangat. Normal lah kan..ada masa kita memang lapar. Tapi sebab rutin abah memang akan makan nasi jam 6 petang mcm tu. Jadi kurang lapar waktu malam. lagipun abah memang tidur awal..

This is all apa yang kami bantu abah buat. Memang sejak abah disahkan kencing manis, kami banyak membaca tentang penyakit-penyakit yang bersangkutan dengannya. Disamping bantu abah, kami cuba buat juga. Sebab mencegah itu lebih baik dari merawat. Bukannya orang tua je akan kene kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi bagai.. yang muda2..yang kurus2 pun boleh kene. Jadi meh sama-sama amalkan gaya hidup sihat

We love u abah..
Gambar terbaru abah. Jauh sangat kurusnya sejak kene kencing manis. Tapi takpe yang penting terkawal. But you know la kan.. hati anak.. simpan sebak dalam dada kerana fizikalnya tak lagi seperti dulu. We will do the best for you abah

Syukur Allah masih memelihara kesihatan abah. Kita hanya berusaha & berdoa. Allah jua penentu segalanya. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Yang penting kita tak jemu mencari & mencuba..
Kami akan bersama2 dengan abah.. kita sama-sama kawal ye..
Insya Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...