"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Monday, May 31, 2010

Unexpected!

Maaf la ye..mama lama jugak tak bersiaran mengupdate blog. Hehehe..bila balik umah mak mama maka tinggallah semua urusan internet ku ini.. kat rumah mak mama tak de streamyx. So citenya minggu lepas abah ajak mama balik umah mak mama.. huhuhu...seronok..

Tina dah beransur sembuh tapi kena batuk pulak. Agak keras jugak la batuknya tu. Tapi dah sehari dua ni nampak ok sikit. Takde la dasyat sangat bunyi batuknya. Tengah musim agaknya batuk ni.. cepat sembuh ye sayang..

Apanya yang unexpected? ha.. unexpected tetapi sangat menggembirakan kami sekeluarga. Mama sekarang ni 5 week pregnant! Memang tak dirancang sesangat la..tetapi nampaknya rezeki dah diberi tuhan. Kami terima dengan hati terbuka. Lagipun memang niat dihati nak tambah ahli keluarga bila Tina dah berumur 3 tahun. Dan apabila dikira2..mama memang akan due tahun depan.. means Tina memang dah 3 tahun lebih.. alhamdulillah atas kurniaan tuhan.

Mama dah pergi scan pengesahan kehamilan sabtu lalu. And its confirm.. 5 week now. So sekarang ni sedikit letih dan pening. Biasalah tu. Tekanan darah ada sedikit rendah.. 100/60 ..

So mama sekarang ni kena rest bila pening dah tiba. Tina pulak..kadang-kadang ok tapi kadang-kadang sangat banyak kerenah dia. Mak mama pesan, sabar banyak2 sebab time2 macam ni Tina memang akan buat banyak ragam. Mama kena sabar layan dia.. jangan sampai mama marah2 atau pukul dia kerana ragamnya.. insya'allah mama cuba sebaik mungkin.

Usia pregnancy ni masih baru tetapi doakan ianya selamat & sihat sampailah waktunya nanti..so mama nak share berita baik ini dengan semua kawan2 blogger sekelian.. doakan yang terbaik untuk kami ye!

Thursday, May 27, 2010

Selsema & Alahan - Day 2

Bangun pagi ni mama tengok keadaan Tina beransur kurang. Walaupun selsema tu menyebabkan hingus cair sentiasa meleleh keluar dari hidung Tina makan bubur nasi dengan kicap masin begitu berselera sekali. Biasanya memang macam tu, kalau demam atau selsema Tina memang tak suka sangat makan berlauk. Dan mama rasa itu lebih baik supaya mama dapat mengawal tahap alahan dia dari jadi semakin teruk.

Pukul 1 pagi tadi Tina muntah kali pertama utk malam ini.. air plain je yang keluar..

Mama pun nak rest la dulu.. kang kalau Tina bangun ..batuk.. mama nak kena bangun lagi.. Nite semua!

Wednesday, May 26, 2010

Hmm.. Musim Buah Kuini Dah Tiba


Inilah kali pertama Tina mama beri peluang merasai betapa bestnya makan buah kuini. Buah yang ini mama beli kat pasar malam masa balik umah kota weekend lepas. Dah start musim rupanya..

Bila balik kampung pulak, mak usu mama dah simpankan buah kuini dari pokok yang arwah atuk & nenek tanam. Merasa la juga buahnya yang besar, manis dan tak berulat tu..

Sesiapa yang suka buah kuini.. boleh la cari kat pasar ye!

Setakat Jam 12.23AM Ni Je, Dah 3 Kali Muntah..

Begitulah ceritanya bila Tina diserang selsema lagi. Selsemanya baru start malam tadi.. menjangkit dari sepupu2 dia dan malam ini dia dah 3 kali muntah. Segala yang dimakan sejak maghrib tadi berlambak keluar.

Actually selsema biasa tapi disebabkan Tina ni ada alahan hidung so.. selsema jadi satu masalah yang besar dan meletihkan kami.

Semalam belum kasi ubat lagi.. baru maghrib tadi kasi. Ni dia tidur mama tinggikan sikit bantal dia supaya hidung dia selesa. Nampak sangat tak selesa tadi bila Tina asyik bernafas melalui mulut. Kesian betul. Mama memang tak sanggup tengok dia sakit. Thats why lebih rela kurung dia dirumah ketika keadaan tak sihat berleluasa diluar. Alangkan selsema biasa pun dah rimas..apatah lagi bagi yang mempunyai alahan hidung macam Tina.. adeh...siksa dada mama menengoknya..

Tadi sempat singgah klinik amik ubat selsema waktu teman abah gi bayar kete..

Harap2 dengan bekalan ubat yang ada.. Tina akan cepat sembuh ye sayang. Aduhai.. sesak la dada mama tengok Tina sakit..

Tuesday, May 25, 2010

Hadiah Star Letter Drypers Sudah Sampai.. Hooray!

Hehe..hari ini lori skynet parking depan rumah hantar parcel dari SCA Consumer a.k.a Drypers. Kotak sedang jek tapi dalam dia padat dengan hadiah.. jom tengok apa Tina dapat kali ni..



Mama memang sengaja mintak drypantz untuk kali ni sebab senang nak pakaikan @bukak kan bila Tina pakai masa pegi jalan-jalan.


Sukanya Tina dapat glitter book lagi. Masuk yang ini Tina dah ada 2 set glitter book hadiah dari drypers. Satu set ada 4 naskhah maksudnya Tina dah ada 8 naskhah buku ini. Glitter book ni very colourful, eye catching.. sebab tu Tina suka sangat. Walaupun Tina masih belum boleh mengenal warna dengan baik dan tepat.. buku ini banyak membantunya mengenal warna.. mama pun suka..

thank you
SCA
we love SCA!

Kemana Kami Weekend Lepas?

Adeh..sebenarnya takde la kemana sangat pun. Tapi disebabkan mama hilang dari dunia siber buat seketika, ada yang tertanya2..hehehe..perasan sungguh!

Mama sekeluarga sebenarnya balik ke kampung abah di pontian. MIL mama buat kenduri doa selamat sikit untuk kakak ipar mama yang sedang mengandung 7 bulan. Mereka berdua ni dah lama sangat menantikan kehadiran ahli keluarga baru tapi belum ada rezeki. Dan kali ini Tuhan kabulkan doa mereka..

So, kami semua sama-sama mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan selamat sampailah 'baby to be' ini dilahirkan.. doakan selamat ibunya..selamat babynya..dan selamat tak cukup tidurlah jugak nanti buat bapanya.. hehehe..

Disebabkan penat, maka tak sempatlah nak online langsung... aih..

Tuesday, May 18, 2010

Bila Penutup Siling Beralih..



Kalau korang jadi mama..apa korang fikir bila semalam penutup siling ni bukan macam ni keadaannya. Bahagian yag tak bercat sepatutnya tak nampak. Dan memang mama pasti semalam ia masih begitu.

Tapi bila tengahari ni masa nak tidokan tina mama terperasan ia dah jadi mcm ni.. mama pelik & takut jugak. Apa yang telah menggerakkannya agaknya? Bahagian ini lebih kurang suku ke setengah inci kedalam. Kalau ia bergerak.. maknanya????

Memang setiap malam mama tengok kedua-dua penutup siling ni setiap kali terjaga... manalah tahu kan..ada pulak yang berniat mengintai @ mengintip orang didalam rumah ke... hish.. dah jadi tak senang hati semula la mama macam ni...

Korang rasa macam mana?

IMANINA CUTE GIVE AWAY


Ala..la..la..la...comeinya..tembamnya Imanina nih..geram tengok
And actually mama telah ditag oleh mamanajla untuk join contest ini

Give away ini adalah anjuran Emacupcakes okeh. Sila semak syarat2 penyertaan kat SINI ha!

Dan ini dia gambar family kecil mama...

*
*
*
*
*


Dan sekarang adalah masa untuk menge'tag' orang lain pulak..hehehe
mama zara
mama zahra
siti mrsdJones
mamamya
mama syafi

sudah siap!

Saturday, May 15, 2010

1st Season - CUTE BABY IN BLUE contest


Miahahaha... contest glamer nih semua orang tau dah
jadi mama nak join jugak..

Contest adalah anjuran suziey & ina momguess
Ada syarat2 jugak tau..gi tengok kat SINI


Ini dia gambar contest mama..
v
v
v
v
v


nama: nur ain qistina binti mohd noor hisham
umur: 30 bulan
d.o.b : 22 oktober 2007


"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG / LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZED PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT"


contest end 15 May @ 2:00pm

BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE CONTEST

Contest mood in the air!
kali ni mama nak join contest anjuran N.A.I sempena birthday anak bujang dia yang pertama



Ok.. kita upload gambar contest ye..

v
v
v
v
v

Photo Frames. Film Strip

Photo Frames. Film Strip

Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Tarikh Lahir : 22 Oktober 2007
email Mama Dia : mama_echah@yahoo.com.my


Mama nak tagkan contest ini kepada...jeng...jeng..sape..sape..
MAMANAJLA
yeay..anda bertuah..

OK..Ok.. siap..sape nak join click kat contest banner ye!

Drypers Wee Wee Dry Snap, Send & Win Contest



Kami amat menghargai sokongan anda selama ini, justeru kami membuat keputusan untuk menganjurkan 100 Parti Hari Jadi untuk anda!

Dari sekarang hingga 15 Nov 2010, hantarkan seberapa banyak gambar si manja comel anda memakai Drypers Wee Wee DRY dan anda berpeluang memenangi Parti Hari Jadi untuk jemputan 30 orang yang hendaklah diraikan pada tahun 2010 di KFC terdekat anda.

Segalanya akan diatur rapi - termasuk kad jemputan, perhiasan, makanan lazat sehingga menjilat jari, permainan dan juga beg hadiah - kerana andalah yang menjadikan kami jenama lampin bayi No.1 di Malaysia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi agensi terpilih kami di 03-5635 1391

(Isnin - Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali hari cuti umum) atau

Talian Khidmat Pelanggan Drypers di 1-800-88-9988

1. Tangkap gambar si manja comel anda yang memakai lampin Drypers Wee Wee DRY.

2. Hantarkan gambarnya kepada kami melalui cara-cara berikut:

a) MMS :

1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat dengan format berikut: Drypers <,> nama penuh ibu atau bapa <,> No. KP ibu atau bapa <,> nama penuh anak <,> No. MyKid anak
3. hantarkan ke 016-3399950.

b) Pos :

1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat berikut: Nama penuh ibu atau bapa,No. KP ibu atau bapa, nama penuh anak & No. MyKid anak.
3. Hantarkan ke Alamat di bawah:

Peraduan “Snap, Send & Win” Drypers Wee Wee DRY,
Peti Surat 3030,
47509 Subang Jaya,
Selangor.

3. Kami akan menelefon anda jika anda memenangi Parti Hari Jadi!


*******************************

Susah betul nak dapatkan iklan ni jadi mama jumpa kat http://mamafc.com mama tumpang copy ye mamafc.. saja nak war-warkan kepada semua ibu-ibu blogger sekelian. Jomlah sama-sama meriahkan contest drypers ni..mana tau rezeki anak masing2.. dapat birthday party free..sape tau kan!

Friday, May 14, 2010

Apa Cerita Ni? Hp Baru Ke Pe?



Alkisah sebenarnya adalah makan tengahari sebelum mandi & menggodek hp je. Hp sabun ni memang Tina punya. Dia dah mastered dah godek hp ni..

Tengahari tu lauk sup kobis jek..stok ikan takde..masa tu peti ais kan rosak..

Muka serius jek macam pandai2 bebeno guna hp..isy..isy..

Thursday, May 13, 2010

3 Star Lagi!!.... Hooray

Pagi semalam representative SCA call sebab katanya mama dapat 3 star letter lagi untuk parenting circle keluaran kali ini

!!HOORAY!!

so..kita menunggu hadiah lagi ye Tina...

Puas Makan Kacang bendi.. Kacang Panjang Pula Mula Berbuah



N3 menayang pokok kacang panjang.. jangan jeles ye.. hehehe
Ini buah pertama..kembar 4 gitu..
Yang ini kena buat benih.. nak makan tunggu buah yang lain..
hai..sedapnya tumis kacang panjang dengan lada kecik..
pergh..

Wednesday, May 12, 2010

Bila Tina Jumpa Atuk Dia..

Minggu lepas abah ajak mama & Tina balik rumah mak mama. Suka la mama.. lama jugak tak balik sebab abah asyik sibuk aje weekend. Tina pun seronok nak balik. Habis semua bantal-bantal busuk & soft toys dia dolphin, keeka, barney.... diangkutnya sama.

Kami gerak dah pukul 5 lebih sebab kat JB ujan anjing & kucing..lebat giler. Terus je balik kampung sebab mak usu mama buat kenduri potong jambul baby dia. Hampir kul 11 malam jugak baru kami balik rumah. Mandi-manda.. mama tertidur masa tidurkan Tina. Sampailah ke pagi weh.. dah cerah tanah..baru mama perasan Tina yang tidur kat ujung kaki mama tak pakai diaper!!!!!!!!! aduh..cepat2 amik diaper terus pakaikan. Nak dikejut kesian..dia masih nyenyak tidur.Bising jugak dia. Tak lama tu dia kencing..fuh!! selamat. Kot tak dengan mama sekali la kena kencing.



maaf..sila sengetkan kepala anda ye. ini video ekslusif giler nih..hahaha...


Dan ini adalah aktiviti Tina dengan atuk dia .. sila abaikan toto2 sekelian yang bersepah2 tu ye..Tina tak kasi kemas sebab dia nak melepak kat sana sambil tengok upin ipin..

Punyalah excited sampai terbelit wayar microfon kat kaki wahahaha... Tina..tina.. abah mama tu memang 'boleh' menyanyi pun.. org ada band la dolu2 kat kampung .. hehehe... mama pun pernah belajar menyanyi dengan abah mama dolu2.. tapi korang teka la.. mama buleh nyanyi ke idak..huahuahua...

Seronok tengok atuk & mak melayan Tina. Hilang rindu Tina kat dorang.. hilang rindu atuk & mak kat Tina.

Oh ye.. kat kampung mama dah nak musim 'jering kelambak' eh..korang tau ke bahasa tu? Ala..kalau peminat makanan eksotik kampung mesti tau punyalah.. so mak mama sempat belikan sikit jering tua kat pasar malam. Mestilah mama yang masak sambal jering.. favourite eksotik food la katakan. Dan tak malu mengaku..sayalah peminat petai dan jering.. aduh..nikmat dunia..

Malam ahad kena gerak balik JB sebab abah Tina nak sekolah esoknya.. rasa macam nak tinggal lagi umah mak tapi.. sian kat abah sorang2 nanti.. tempat isteri kan disisi suami...chewah..

Tuesday, May 11, 2010

Akhirny ia Kembali Pada Kami..

Adeh..syahdunya..semalam peti ais antik mama sudah sihat dan kembali ke rumah. Yahoo sangat suka okeh. Terasa kehilangan selama tak ada peti ais ni. Memang kurang lengkap hidup. Asyik2 tiap2 hari nak kena beli ais je.. sian abah

Kos repair nasib baik la RM185 je sekali dengan hantar. Ha kalau tak ada yang jadi monster semalam.

Anyway..hidup dah kembali indah la gitu..

Baju Baru .... Gaya Baru

gayamu menawan kalbu!




close up.. nakalnya muka




suh letak tangan kat bawah.. dia letak kat belakang pulak





aduhai buah hati pengarang jantung mama & abah...




Anak dara kecik ni dah pandai berposing nampaknya.. asyik cakap.. " lagi mama..lagi mama.." suh mama amik gambar dia banyak-banyak..

Ini baju baru dari mak & abah mama. Suka la Tina dapat baju baru 4 helai. Yang sehelai dah pakai lepas beli. Tak nyempat balik dah. Dalam kereta jugak nak tukar baju.. mentang-mentanglah dapat t-shirt gambar barney.. eksyen tul

Ini yang ke-2, baju seksi mak mama yang pilih. Yang 2 helai lagi top & skirt serta gaun & cardigan pendek..aduh-aduh..melaram la dia..

Nampak lagi chubby & berisi la Tina pakai macam ni kan.. abah dia suka sangat!

Saturday, May 8, 2010

LollyTot .. Tender Gift For Little Ones

LollyTot Baby Online Store

Have you ever heard about LollyTot?
Have you ever seen those banner above?
Not even once? Oh no... ruginya!

WHY?
Coz LollyTot is a cute & fashionable store for your little ones. Its true.. the have wide range of little ones stuff like good quality of clothing, all sorts of very cute accessories and toys. More, they also have party gift pack, educational DIY handicraft and all this will be yours at a very affordable price

Didn't believe me? So come and see some of the item that catch my eyes..lots of them may be catch yours too..






So how? Wanna see more.. ok ok..
HERE

At LollyTot, they welcome any enquiries, suggestion and even comments from all of us. Try them..you will be happy with their services.

Do drop by and pay a visit to their colourful store. You will find it so interesting! Just like I do..


WAIT!
Psst.. psst..
LollyTot is giving away Free Baby Gift & Free Delivery for YOU..yes YOU
all that you have to do is

browse HERE and see yourself
hehehe... kalau nak tau kena la tengok sendiri ye tak?
memang lah LollyTot nak bagi free tapi ada la caranya weh..!
tak bestlah semuanya nak spoon feed

tapi sengaja untuk membuat korang teruja.. sengaja la mama nak letak gambar-gambar free gift yang LollyTot nak bagi nih.. Ni Ha..


So.. whats there to wait?
Drop By TO :-
LollyTot Baby Online Store

Pagi ini..

Mama bangun awal sangat hari ni dan sempatlah menjengah ke laman depan & belakang. Memerhatikan pokok-pokok menghijau, hirup udara pagi yang nyaman.. dengar kicauan burung-burung.. hmm..

Keluar dari pintu dapur bawak pisau dan potong lah daun-daun pisang yang kering, potong pucuk2 daun kacang botol yang melempai ke tanah dan kemudian tengok pokok kacang.. sori ek gambo lupa nak amik..tangan dah kotor la. Pokok kacang panjang dah mula belajar berbuah. Ada 4 biji anak kacang sedang menjulur keluar..hehehe... sukanya. Dah puas makan kacang bendi..sekarang nak makan kacang panjang pulak..

Menggembur tanah pokok-pokok kacang bendi, lada kecik dan jagung.. terus tengok pokok pucuk manis ada orang panggil cekur manis, pokok -pokok serai dan pokok betik sekelian. Semuanya nampak sihat..bagus.

Menjengah ke hujung laman.. deretan pokok orkid jengking sedang rancak berbunga-bunga cinta..huhuhu... bahagianya tengok bunga yang macam-macam warna. Pergi cium bunga musang hehehe tak tau la nama dia dan terhenti di satu baldi hitam. Alamak..pokok kesidang mama mati la.. aduhai...menci tau..

Ke sebelah kanan laman.. pokok-pokok pasuan dekat kolam sedang sihat menghijau. Keladi-keladi sekelian..baru nak cantik. Kat tiang kolam pulak, pokok memanjat yang macam kat Jusco Bukit Indah sudahpun memanjat tinggi.. kar berjurainya sudah kelihatan.. hehehe...sukanya

Masuk ikut pintu dapur keluar ikut pintu depan pulak. Kunci ye pintu dapur.. mama tengok pokok-pokok pasuan dan orkid kat porch. Pun banyak yang sedang berbunga-bunga. Bunga ros, bunga tongkeng.. semuanya berbau wangi. Pokok bunga sundal malam je yang baru alih masuk pasu. Aritu ada telur ulat la kat akar dia..geram betul..

Okeh.. sudah dapat vitamin D.. jom masuk dalam rumah!

Lagi Pasal Peti Ais

Aiseh.. pagi semalam mama call kedai..kan katanya petang akan bagitau dah siap ke tidak. tapi masa abah pegi tanya kat kedai..petang tadi la.. dah katanya sabtu malam la pulak..adeh..mana satu la tokey nih.. darah naik dah nih dengan orang yang main-main macam ni.. geram betul la aku!

Tu satu cerita.. dari RM180 dah naik jadi RM200 pulak dah.. kang nak sampai hantar ntah jadi berapa pulak.. isy kalau ikutkan hati mama.. kena jugak tokey ni kang. Saja je mengambil kesempatan dalam kesulitan ye..nanti kau.. ini petama kali & terakhir la kau dapat duit aku ye..LEPAS NI JANGAN HARAP!!!!

Sakit hati la dengan orang-orang yang macam ni.. please la..

Friday, May 7, 2010

Mama Rindu..!

Peti ais mama. Ye la mama rindu peti ais mama yangs edang rosak kat kedai nu. Pagi tadi call kedai kata tokey dia, peti ais tu dah siap repair cuma belum cuba on balik. Nak kena check sama ada sejuk ke tidak..

Alahai.. rimas betul la takde peti ais nih. Terasa pentingnya peti ais mama yang antik tu. huhuhu... dengan barang-barang yang biasanya dalam peti ais kena letak dalam besen..2 besen pulak tu.. aih...cepatlah sihat peti aisku!

Wednesday, May 5, 2010

Hasil Bayam Di Laman Belakang






Wah wah..segar dari laman belakang. Jangan kecur ye melihat betapa sihatnya bayam-bayam mama ni. Ini bayam kampung tau. Pokok dia boleh capat ketinggian setinggi mama berdiri malah lebih dari itu.

Aritu ada sepokok..daunnya je besarnya sepiring lauk!! Fuh..takut nak makan. Buat benih aje. dan yang mama pungut inilah anak-anak bayam tu. Banyak tumbuh merata kat laman belakang. Mama kutip dan pindahkan dalam tong hitam. Letak baja sikit. Tu yang gemuks2 macam ni.

Ini first time ambik buat sup sayur. Alamak..syoknya.. terasa kesegarannya kawan-kawan.. tak rugi berbudi kepada tanah ni..

Qistina Won Participant Prize In >>>> HUGGIES HUG ME IN RED CONTEST


Beberapa minggu lepas mama dapat email yang mengatakan Tina dapat participant prize dalam "Huggies Hug Me In Red" contest. Mama dah lupa pun bila hantar penyertaan. Tapi dah dapat tu..alhamdulillah lah.. walaupun hanya participant prize aje.

inilah gambar contest yang mama hantar..


Dan harini.. cik abang nationwide hantar bungkusan lagi. Mama tak sedar pukul berapa dia datang tapi dia tinggalkan bungkusan kat dalam gate. Dan cuma tinggalkan note suruh call dia semula je. Mama dah call dah..



ini bungkusannya...




dan ini apa yang ada kat dalamnya... kat gambar contest red tumbler..yang sampai kuning pulak..habis dah yang merah agaknya..



Anyway mama happy berganda-ganda minggu ni. Dapat redemption gift..dapat participation gift.. bila la agaknya nak dapat grand prize ek..hahaha... berangan mama berangan...

Ok lah TQ HUGGIES for the gift!

Enfamama Club Redemption Gift

About 2 weeks ago mama mintak tolong kawan keje lama tolong faxkan redemption form. Macam belum pernah redeem apa-apa pun kat enfamama club sebelum ni. Lagipun Tina dah tak minum enfa, so leceh sikit la nak kumpul point. So, this time mama nak cuba redeem!

Semalam pagi.. cik abang nationwide courier service pun call kata nak hantar bungkusan. Malas nak tanya. Sebenarnya dah lupa tentang redeem form tu.



bekas susu ..yang mahalnya ada logo meadjohnson! Mana ada jual kat kedai ek.. :)




maternity t-shirt.. favourite kaler..




Both redemption item..


Hehe.. mama happy sangat.. seronok la redemption berjaya walaupun sekadar maternity t-shirt & bekas susu aje.. jadilah.. TQ MEADJOHNSON!

Monday, May 3, 2010

Aduhai Dugaan Betul...

Hish.. ni macam entri mengeluh je bunyi dia ek? Bulan-bulan terakhir nak habis bayar kereta ni memang sangat-sangat menduga kesabaran la. Bulan lepas kereta rosak.. bulan ni peti ais pulak yang rosak..aduhai..lemah betul

Actually abah yang tercucuk bahagian dalam fridge masa bersihkan.. apa lagi..kuar la semua gas dia. Mama rasa macam ada batu jatuh atas kepala tau...

Tanya kat kedai..kalau repair + isi gas maybe dalam RM200. Tapi tak hantar pun lagi.. berbaloi ke tidak nak repair dengan harga tu? Tolong..!!

Kontes Ibu Engkaulah Sumber Inspirasiku


Thanks Zai sebab pelawa sha join kontes ek.. lambat sket nak anta penyertaan sebab bz kehkehkeh...

sesiapa yang lom join..nak join boleh klik kat contest banner ye..

**********************

I
B
U

S
A
Y
A

v
v
v
v

Inilah mak saya..Puan Siti Rubiah Binti Kano


Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku......
dedikasimu, kasih sayangmu, pengorbananmu,
air mata & titik peluhmu yang jatuh ke bumi
menjadikan aku siapa diriku sekarang

Kini, walaupun aku juga sudah bergelar ibu
kau masih ibu dan kawanku yang paling memahami
Takkan ada ganti.. tak ada bandingannya dengan
suatu apa pun diatas dunia ini..

Doaku pada yang Maha Esa
panjangkan usia ibuku
berkatilah dia & lindungi dia dari duka
kerana..
senyumannya, pelukannya, kasih sayangnya & lembut tutur katanya
adalah ubat paling ampuh pernah tercipta
bagi seorang yang bergelar anak

Mak.. along sayang mak..
..Selamat Hari Ibu..

Sunday, May 2, 2010

Irdina Saffiyah's Birthday Giveaway

Jom join giveaway dari Nurul Azham's Family yok!


Dah siap dah..
kepada sesiapa yang nak join klick kat contest banner ye!


Jom Makan Di SEAFOOD JUNCTION

Mama, abah, Tina dan seluruh family abah + abah & mak mama (yang kebetulan ada kat sini weekend ni) pergi makan kat Seafood Junction. Actually abang ipar mama.. abg amy & kak yus yang telefon petang tadi ajak gi makan. Since kami memang takde plan apa-apa so..on ajelah..orang nak belanja makan kan..

Kedai ni macam tak susah nak cari tapi oleh kerana dihadapannya tengah ada construction menaiktaraf jalanraya kat perling ni.. faham-faham ajelah kesibukan jalannya..hehe

Okeh..Seafood Junction ni terletak kat Taman Perling tau. Ala..orang johor mesti tau Taman Perling. Tapi mintak maaflah sebab Taman Perling ni boleh tahan luasnya..jadi ..jalan-jalan cari makan la ye..Dan bagi yang tau jalan.. dari Bukit Indah pun boleh jumpa restoran ni. Dorang panggil jalan dalam.. ntahlah..dalam ke luar..kalau area perling ni mama fail sket la..


Hehe..lihatlah dunia..model2 ku sedang berposing. Yang pakai topi tu abag amy (abang ipar mama), yang pakai baju biru tu.. la..cik abang sayang mama la..abah, yang 2 orang comel gebu tu opie ( anak sedara abah) dan si comel ku..Tina.. Ini banner restoran ye ..besar tu..kalau tak nampak ..saja la..



Hahaha..gelak lagi sebab gambar makanan yang diorder tak dapat diambik gambarnya. Semua orang dah lapar termasuklah mama so takde siapa nak ingatkan mama ambik gambar makanan. Ala..tapi tak yah gambar la..nanti orang kecur air liur la pulak..

Makanan yang diorder tu apa yang mama ingat aiseh sangat cantik presentationnya dan dah pastinya sedap. Memenuhi selera kami semua. Siakap stim vietnam dia agak pelik pada lidah mama tapi sedap. Ikan tak berbau hanyir..asap dari pinggan ikan pun tak berbau hanyir. Pandai dorang ni masak.. macam pakai herba2 gitu.Ada order ketam kaler merah tu..apa nama? Ketam batu ke ketam bangkang ke.. aiseh sedap la..siap sediakan pengepit untuk pecahkan kulit ketam tu..kan keras..hehehe.. berusaha bersungguh2 la mereka2 yang nak makan. Mama tak yah pasal..abah tolong pecahkan..mama makan jek.

Ada lagi daging ayam (kecik-kecik macam nugget) ala-ala masak kicap. Pun sedap. Ada mushroom macam rupa masak oyster sauce..ntah ye ke tak la.. dihidang kat tengah pinggan. Tepi-tepinya disusun penuh dengan brocolli celur..pergh..sedap & sihat. Mama makan banyak sgt brocolli..sedap seh..

Ada order jugak udang goreng tabur dengan nestum. Kalau biasa kita jumpa udang goreng ni berminyak sampaikan nestum dia bergumpal2 tapi yang ini tidak. Korang still boleh rasa kerangupan nestumnya..tak berminyak langsung..yes..thumbs up!

Minuman kami order pakai jug aje. Ada 4 jug semuanya. Air sirap sirap dia sedap la,air ice lemon tea, air carrot susu & air soya bean. Mama kan peminat ice lemon tea dan berani kata ice lemon tea dorang kick sangat..sedap..

Sebelum desert kakak ipar mama order roti muntou betul ke nama dia ni.. makan dengan kuah ketam tadi tu. Sedap jugak roti tu. Kakak ipar mama kata roti tu biasanya cina yang makan. Tapi sampai pun roti tu masih begitu panas dan rangup kulit luarnya..hehe..mama makan sikit jek la..buat rasa-rasa je..sedap..light manis..dan sangat lembut..korang patut cuba.

Dan last sekali..desert.. ntah nama apa..air tu dalam ada isi kelapa laut, laici dan dihidang dengan air batu ketul2 kat dalam..hmm..nyaman. Kalau minum siang hari mesti lagi syiok!

Jom layan gambar lagi..


pemandangan dalam restoran..tak sesak..tak serabut




ini diorang punya operation hour ye..kalau nak datang refer sini dulu..





kahkahkah..sape2 yang nak keje pun boleh datang interview. Restoran ni masih kekurangan pekerja..yang sedia ada dah tak dapat nak menampung dan melayan pengunjung restoran..sian diorang..





Yang bertopi merah adalah pemilik restoran ye.. kecik je orangnya. Yang baju kuning tu abang dia..abang muna kalau tak silap nama dia.yang 4 orang lagi tu takyah diperkenalkan lah..hahaha...




seperti biasa..Tina kalau nampak laptop memang tak senang duduk. Mengacau saja kejenya.. tengoklah..dia pulak yang duduk kat kerusi cashier..maaf ye kak.. dia ni memang macam ni..:)

Yang nak mama highlightkan ialah..restoran ni bersih. Dan kebersihannya buat mata selesa memandang walaupun deko tak de la canggih giler pun. Biasa je tapi kemas & teratur. Mama cadangkan ..kalau datang ke JB..cubalah makan di Seafood Junction. Anda pasti puas hati..

Bayar bil..masing2 balik naik kereta sendiri2.. arrgh..kenyang... sampai rumah rilek2 jap..pastu ..zzzzzz....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...