"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, January 31, 2012

PENGUMUMAN TERKINI DARI QEES COLLECTION

BERITA TERKINI.. HANGAT..

Pengedaran AURA PUTERI & AURA PUTERI GOLD dari Indonesia akan dihentikan dalam masa terdekat atas masalah2 pengimportan & kastam..

TAPI BERITA BAIKNYA ADALAH..

AURA PUTERI & AURA PUTERI GOLD akan dihasilkan di Malaysia, menurut segala prosedur keselamatan Malaysia. Berkelulusan KKM TETAPI formulasinya adalah formulasi AURA PUTERI & AURA PUTERI GOLD dari Indonesia..

Jadi customer2 semua jangan risau. Doakan proses ini berlalu dengan cepat supaya lepas ini kita tiada lagi masalah stock AP & APG..

Stock2 terakhir masih ada pada sha. Jika ada sesiapa yang berhajat boleh order & buat payment cepat ye..siapa cepat dia dapat.

Pagi Ini Senyuman Itu Hadir Lagi.. :)


Ini lah sweet smile yang mama rindu seminggu sebelum cuti CNY.. Pagi yang menyenangkan.. hati pun lapang je hantar dia pegi kindie..


Alhamdulillah Ya Allah..

Counting! Dan Dia Dah Kembali..

Malam tadi..dalam kereta on our way balik dari makan malam kat kedai lai chi kang yang sedap tu.. Tina tiba-tiba mengira..sibuk dengan jari-jari sekali..

Kalau selama hari ni cuma pandai counting sampai 14 (fourteen) jek.. tapi malam ni dia counting sampai 29 (twenty nine).. 30 (thirty) jek yang salah.. huhu..

Happy sangat mama & abah


One other sweet thing,

Balik ..masuk rumah jek sibuk tanya mama..mana stokin dora dia..mana baju sekolah nuri dia.. so dia sendiri siap2 gantung baju kat tempat biasa.. letak stokin dora dalam kasut kiki lala..

owh..huhu.. mama happy sangat.. semangat tina dah kembali sedikit demi sedikit. Dia dah mula lupakan apa yang berlaku pada minggu sebelum cuti CNY aritu

Love you ye sayang.. sekolah rajin2 ye.. :D

Mama rindu sangat senyuman pagi Tina..




Sunday, January 29, 2012

Mari Buat Exercise Untuk Spelling & Ejaan.. Cara Mama

Kat sekolah Nuri, Tina ada kene buat spelling & ejaan. Kaedahnya lebih kurang macam menghafal la gitu. Bukan mudah okeh korang.. huhu

Mama terfikir nak buat cara macam ni to make it more interesting. Cuma bahannya kurang menarik sikit. Mama akan upgrade dari semasa ke semasa la. Nak beli bukan tak boleh tapi mama rasa lebih feel bila buat alat bantu mengajar sendiri..

Mungkin pasni boleh guna pen kaler-kaler ke.. tapi penggunaan kotak ni memang best sebab ia keras & bentuknya akan tahan lama cantik. Tau jek la budak2 nih.. asal boleh jek kan dia..

Okeh la.. kita tengok benda yang mama buat ni..korang jangan gelak tau.. janji!!


















Hehe.. ok tak? Boleh la.. bukan hanya jimat belanja malah sangat efektif.. :)

Saturday, January 28, 2012

Jom Menulis..

Lama sangat cuti CNY ni kan.. mesti jari jemari dah keras-keras belaka. So mari lembutkan jari jemari bersama mama & tina..

Bukan senang nak ajar menulis ni.. nak ajar pegang pensil pun susah. Tapi dah namanya mama kan..kene lah bersabar banyak-banyak..

Ini hasil tulisan budak yang baru 2 minggu lebih sekolah.. jadi bagi mama..hasilnya boleh dibanggakan. Menjadi la jugak huruf & nombor walaupun agak menggigil2 sket rupanya..























tulisan free hand dia boleh lah diterima.. tapi biasalah kan.. menulis ni perlu banyak latihan. Budak-budak.. cepat bosan. Jadi mama tak boleh nak paksa sangat. Takut dia benci terus nak menulis..

Kat skolah pun mama ada pesan dgn teacher dia.. yang tina ni baru 1st time skolah..memang tak pandai menulis pun. Jadi kalau dia dah start tak mau buat or hilang tumpuan.. mintak biarkan dia sekejap..jangan terlalu dipaksa..

So kat umah mama kenelah continously buat exercise menulis dengan Tina. Mama tak amik masa lama pun.. dalam 10 - 15 minit la satu session. tu pun dah campur dengan kerenah2 dia semua tu..

Pagi & petang biasanya.. dapat la 2 sessi menulis. Malam mama memang tak usik sebab Tina tido awal.. tak mo bagi dia tensi sampai terbawak2 dalam tido..

Pas mandi petang jek mama biar dia buat apa dia suka.. makan malam mama suap.. sampai lah dia tertidur biasanya sebelum pukul 9 mlm..

Ok lah.. tu jek serba sedikit..nnt kita sambung kat post lain..

Friday, January 27, 2012

Hadiah dari Star Letter Drypers parenting Circle..untuk yang kesekian kalinya..

Dah kabo dah kan.. dapat 2 star jek kali ni.. tapikan..1 star pun hadiah dia dah kusmangat banyak. Boleh save banyak giler dah..

Sampai cik abang yang hantar tu pun dah kenal sangat-sangat sebab selalu hantar parcel dari drypers ke rumah ni.. hihi

Setiap kali dapat, Tina la yang paling gembira. Sibuk nak bukak2 kotak bagai walaupun dah tau isinya drypers..huhu

Kali ni dapat hadiah tambahan sebab gambar kami sekeluarga tersiar dalam parenting circle mereka. So dapat extra drypants.. yeah!

Layan gambo jek la ek..







Thursday, January 26, 2012

Nak Colour Colour.. ?

Dia mintak dibelikan kaler pencil. Dulu2 beli kaler pencil yang murah2 jek sebab asyik nak kene bali.. dan asyik gak hilang jek.. huhu.. tau2 dah tinggal beberapa batang jek dah..

Dari last week lagi Tina sibuk request kat kami yang dia nak colour. So masa kat kampung, mama & abah kuar beli barang..kami belikan sekali dia kaler pencil tapi kali ni swan stabilo punya.

Punyalah sukanya dia.. Terus2 jek amik colouring book..

















Tina belum pandai sangat buat colouring. Tapi ini dah improve banyak sangat dah. Sebelum ni dia tak pandai nak gerak2 kan jari & tangan dia kiri kanan atas bawah masa mewarna tapi kali ni dah boleh. Walaupun bila dia buat camtu..ntah mana je pegi kaler dia tu..

Anyway mama rasa ok lah.. kalau tak..nak kaler siput sebesar jari kelingking pun punyalah lama nak bagi kaler tu penuh..huhu..

Good job Tina!

Tuesday, January 17, 2012

Apa Terjadi Kat Kindie Agaknya?

walaupun umurnya baru 4 tahun lebih.. tapi bila dia tiba2 berubah.. tak mau sekolah.. mama tetap risau. Berminggu sebelum masuk sekolah mama dah usaha..start set up minda dia yang sekolah tu best..ada kawan ramai.. boleh belajar..

tiba2 pagi selasa (tadi) nangis ..tak nak sekolah..

Mama nak jumpa principal esok..mama nak tau apa yang berlaku sampai tina jadi macam ni. I need to know..



Thats my lil girl.. tuesday pagi tadi takde senyum yang macam ni lagi.. mendung..sedih je mukanya


Monday, January 16, 2012

Assembly Pic..

Bagi 1st time mom yang anak dia sekolah tadika.. setiap detik adalah sangat bermakna.. hehe harap korang faham dan maafkanlah mama ek..

Mama zoom & snap gambar Tina kat assembly nuri last week..

Saja nak tunjuk kat korang.. thats my lovely princess.. :D






Monday, January 9, 2012

Barunya Kasut Dia..!!

Alhamdulillah..nampaknya usaha mencari sport shoes sekolah untu Tina taklah sesukar mana. Merayap kat Jusco jek.. jumpa. Tak yah turun naik mana2 lagi dah..

Tuan yang nak pakai suka.. mama abah pun suka..cuma Tina request stokin mahal sket.. stokin dora..


See.. kasutnya.. KIKILALA



saiz 29 okeh.. saiz paling beso untuk kasut ni..












Nak jugak snap gambar dengan atuk.. isy..sejak2 ada atuk dok sama nih.. sket2 atuk.. sket2 mak.. huhu..

Saturday, January 7, 2012

Nuri Kindergarten - 2nd Day




2nd day ni ok jek dari kejut bangun tido..mandi..sampailah naik kete. Tina ok je. Tak sabar-sabar nak sampai kat sekolah. Tak sabar-sabar nak turun.. tapi..

Sampai jek kat gate sekolah.. dia mula buat muka bila teacher dia hulur tangan nak bawak dia masuk. Mula peluk mama..dan mula sedih..bila mama bawak dia makin dekat dgn gate.. masukkan dia dalam gate sekolah.. dia mula nangis..

Huhuh.. yang ni mama tak leh tengok la korang. Mama cium jek & terus lepaskan tangan dia kat teacher. Dia terus duduk atas lantai..nangis & tak mau bangun. Mama terus jek hilangkan diri kat belakang oarang2 ramai tu.

Nampak teacher pujuk. Dia tak mau gak. Tapi jap tu bila dia tengok kiri kanan tak nampak mama.. dia bangun ikut teacher masuk..

Hati mama sangat risau.. dia kalau nangis kan jenis yg sampai leh muntah2 bagai.. aduhai.. sayunya hati..

"mama terpaksa buat macam tu sayang" bisik hati mama

Setengah jam jugak mama perhati. Tapi Tina memang kat dalam tak kuar2.. ok lah.. mama balik..










Jam 11.15 jek mama dah siap2 nak ambik Tina. Takut dia tunggu lama macam semalam.. Masa mama sampai diorang lom kuar lagi. Sedang nak kuar la..

Bila nampak teacher dia dah bawak anak2 sekelian..mama terus gi kat gate.. Tina senyum riang kat mama..

Tina : "kakak sekolah dah mama"

Mama : kakak makan apa kat sekolah harini?

Tina : kakak makan burger sayang..

Mama : sedap tak?

Tina: sedap...

Mama: kakak minum air tak?

Tina : minum sayang.. air angry bird..


Sampai je kat kete..

Tina : eh.. mama bawak bantal bear dengan susu kakak la..

Terus jek dia masuk.. ambik susu & baring..


Sungguh lega bila dia gembira. Mama nak dia tau yang sekolah tu best. Ramai kawan.. ada teacher..



gambar balik sekolah tengahari.. masih kemas.. rambut pun tak serabai..
sayang kakak..


Balik jek teruslah pot pet mulutnya tak henti2.. sampailah dia terlelap petang tu.. letih agaknya kan.. :)

Wednesday, January 4, 2012

Her 1st Day At Nuri

Bangun pagi hari ni agak cranky sket sebab atuk & nenek ada.. so agak hak hek hakhek sana sini tapi alhamdulillah terkawal.. Siap pakai baju sekolah..siap ikat rambut semua..bagi susu dulu & dia baring sambil layan cd..

Mari bergambar sebelum pergi sekolah... :D



ni dengan nenek dia..mak mama.. huhu mak pun excited nak hantar cucu hari pertama..terima kasih mak sebab temankan mama...





buah hati mama jam 7:45 pagi rabu 4 januari 2012


Sampai kat nuri..kene parking jauh sket. Almaklumlah..ramai kan ibu bapa hantar anak2 hari ni. Mama pilih untuk jalan sket supaya kete tak kene block kang.. waktu jalan ni tina sangat excited.. hati mama je yg dup dap..tak tau nak ckp camner. Bimbang kalau nampak org nangis kang dia pun nangis sama..huhu..

Mama terus hantar Tina masuk pagar sekolah.. dia pegang kuat tangan mama sebab masa ni ramai kanak-kanak nangis menjerit2.. huhu..

Masa teacher dia bagi kertas yg ada nama & no.kelas serta no.hp teacher, mama nak la suh dia beratur sama dengan kanak-kanak lain tapi Tina pegang tangan mama kuat sangat.. muka cuak jek..

Mama diri jap situ..pujuk2.. Tina diam jek tau korang.. muka dia sembunyikan kat belakang mama. So, sekali lagi teacher peluk dia..pegang tangan, mama pun lepaskan tangan dia yang paut peha mama kuat2 tu.. terus jalan ke gate sekolah tanpa tengok2 belakang lagi dah. Bila mama dah sampai kat belakang orang ramai..baru mama curi2 tengok..

Mak mama yg dari tadi perhatikan Tina..kata .. dia tak nangis.. diam jek duduk. Sekejap tu teacher dia bawak dia masuk dalam dah. Agak kul 8.30 mcm tu..dah reda keadaan.. mama masuk jap mintak teacher dia bagikan botol air.. pun mama tengok dia duduk kat meja..tak nangis pun. so mama pun kua, ajak mak mama balik..




Kat rumah pun mama asyik tengok jam jek korang.. risaunya hati. Kul 11.35am jek mama pun siap2 nak gi ambik Tina. Sampai kat sana..ramai ibu bapa dah ambik anak balik.. dalam hati.. "dah lama ke keluar..alahai siannya kakak"..

Parking pun kene jauh..kete dah penuh. cepat-cepat jalan terus masuk pagar.. tengok2 Tina..takde. Mama tanya teacher.. rupanya Tina cangkung paling depan sekali..huhu..Dia nampak mama terus bangun..muka terus ceria.. panas kot cangkung depan tu ye nak..hihi..

Jalan nak ke kereta..mulut tak henti2 bercerita..sempat mama tanya..

Mama : tadi kakak nangis ke?

Tina : tak lah..tak nangis (sambil badan goyang2 katanya joget bubble)

Mama : teacher ajar apa tadi?

Tina : teacher ajar nyanyi2..joget2..alphabet song..

Dan mulutnya terus tak berhenti2 bercakap hinggalah sampai kat kereta.. hihi. Dalam kereta terus ceria nampak botol susu.. ambik & menyusu..haus agaknya berjam2 tak menyusu. Botol air masak pun luak airnya..

Sampai rumah.. abah pun call.. cakap dengan anak dia..hihi..

wajah pada jam 12 tengahari 4 Januari 2012.. happy, penat & panas..




see.. dia tunjuk tag nama dia kat mama..





miss u sayang..




Dan aktiviti selepas balik sekolahnya..













Alhamdulillah.. hari pertama berlalu dengan begitu baik sekali. Harap begitulah seterusnya.. harap kakak suka dapat sekolah..dan suka nak sekolah tiap2 hari ye sayang.. :D

Tuesday, January 3, 2012

Bila Anak Nak 1st Day Kindie.. Mama Yang Risau..

Terasa cepat masa berlalu kan.. pejam celik pejam celik esok Tina dah nak start her 1st day kat Tadika Nuri. Macam masih kecik je anak mama.. tapi tu la mak kan.. tetap rasa anak dia kecik lagi. Segala persiapan dia semua dah sedia. Segala alat tulis tak yag beli coz dah bayar semuanya kan masa register aritu..

Tak pernah renggang lama..tak pernah tinggalkan dengan orang lain.. tapi esok nak kene hantar dia dijaga & diajar oleh teacher2 sekelian. Harap2 sangat dia akan ok.. tak meragam sesangat2 sampai mama pun leleh sama lak kang..

Harapan dihati memang takmo nak tunggu depan pintu sekolah la.. kalau tunggu pun cuma nak tengok dari jauh2 jek..jangan bagi dia nampak..tapi tengok dulu camner esok.

Abah memang tak leh nak hantar sebab abah pun officiallynya start sekolah kan esok. Abah memang awal2 cakap..mama kene hantar Tina sendiri.. takpelah.. nak buat camner kan.. :)

Mama rasa teacher2 sekelian pun harap mak bapak ni tak menunggu sesangat2.. supaya tak menyusahkan lagi keje teacher2 1st day esok..

Dah besar dah anak mama & abah kan..
Lets wait apa akan berlaku esok.. permudahkanlah segalanya Ya Allah.. Amin...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...