"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Baby's Learning Stuff And Toys. Show all posts
Showing posts with label Baby's Learning Stuff And Toys. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Tina & Kawan-Kawan


Dalam laci ada banyak plush toys.. ada macam2 karekter.. tapi ni antara yang Tina paling sayang. Sibuk suruh mama snapkan gambar dia dengan semua "diorang" nih.. :)

But now dia tengah kemaruk dengan play house. Sibuk sangat nak beli playhouse lagi sebab dia nampak ada playhouse yang lagi besar dari yang kami beli aritu. 

Playhouse aritu korang ingat lagi? Ha.. setiap kali pas main, playhouse tu akan dok balik dalam kotak dia..elok2 je. Sok nak main kuarkan balik.. 

Kenapa? Korang tak tau ke..? Mama dia ni kan macam tarzan.. aritu plush toys ni dah dok dalam bakul sampah dah sebab tak dikemas.. since then, bila main.. akan dipastikan kemas balik masuk laci.. Tina dah tau dah.. susah juga nak bg tau dia mama tak suka sepah2.. huhuh..

Semakin besar.. dia semakin faham & senang dicakap..

Monday, September 3, 2012

Funny Doll House Play Set

Benda ni di kenen setiap kali gi pasaraya.. tengok..belek.. selama2 tidak kat rak. Pernah dia mintak tapi rasa mcm dia takkan main lama. So pujuk2 & tak beli..

Tapi sejak2 dia pandai main kitchen set.. fried egg set.. abah lembut hati nak belikan anak dara dia play house :)

Senyum sampai telinga la dia :D sebab dapat apa yang dihajat. Tak sabar2 nak balik main.. Ni beli kat Uda Ocean (kot..lupa nama) yang kat Danga City Mall , harga RM49.90 kot. Hehehe..mama tak tau harga sebab abah yang bayar.. ngeeee..












Ooops!! lupa nak kabo.. mama suruh mak potongkan sket rambut tina. Sebab mama rasa dah panjang sangat. Nak cuci amik masa, nak keringkan amik masa.. sian dia. So mama suh mak potongkan sekadar boleh ikat, kang kalau pendek sangat kembang pulak mcm afro..kihkihkih...

So, hari2 nak cuci pun tak de hal. Sebelum ni 2 hari sekali kene cuci. Almaklum sahajalah namanya pun budak. Berpeluh kuat. Rambut cepat masam..

So skrg ni nak sepit saja pun boleh kalau nak gi skolah.. :) senang sket keje mama.. sebab pagi2 nak ikat rambut saja amik lebih dari 5 minit..huhu.. rambut gulung2 kan..faham2 je la mcm mana nak sikat tak mo bagi dia sakit.. :)

Thursday, August 4, 2011

Suku Kata



Suku kata adalah permulaan daripada kemahiran membaca. Mama dah lama berangan-angan nak ajar Tina membaca jadi mama kena mulakan dengan suku kata dulu lah..

So, few weeks back ni mama dah start dengan beberapa perkataan yang Tina selalu sebut. Tak dapat nak tampal semua sebab flash card suku katanya sikit je

Mama cuba dengan yang dua suku kata dulu lah. Tengok perkembangannya camner nanti. Sebab so far, alphabet & Number 1-10 Tina memang dah kenal. Kalau number 11, 12 & 13 tu lepas lagi la..yg lain masih belum.

Alphabet memang dah kenal semuanya. Bila mix kan huruf besar & kecil pun nampaknya alhamdulillah dah ok.. :)


DORA - perkataan ni memang Tina ingat sebab dia selalu taip kat lappy dia..

GO - ini pun sama.. GO DIEGO GO

dua perkataan ni dah lancar.. sebab selalu dieja & ditaip kat lappy so takde masalah. Bagi yang lain-lain tu Tina masih belum catch up bunyi setiap suku kata. BUkan mudah ye nak mengajar suku kata pun.

Setiap pagi bangun Tidur mama akan ajak Tina mengeja dahulu. Tapi pun tengok mood dia la..kadang-kadang takmo pun.. :(

So kalau korang ada cara lain mengajar anak suku kata.. kongsilah dengan mama.. mama alu-alukan pendapat & komen korang. Kita sama-sama share untuk improve skill anak-anak.. :)

Monday, July 18, 2011

Buat Sang Puteri





Hadiah istimewa buat si puteri tersayang. Lepas ni tak payah la pakai kain batik mama lagi kan kalau nak ikut solat :)

Mama & abah belikan khas untuk kakak..

Rajin2 belajar solat ye sayang.. :)

Thursday, May 5, 2011

Bila Abah Gaji .. :)

Huhu..tajuk..
memangla bila abah gaji kan..takkan la bila mama gaji plak?
gaji turun dari mana plak tu..

takde mama nak citer
"Bila abah gaji" je Tina mula la memujuk nak pegi jalan kedai buku..
katanya nak beli buku ipin..yang ada A-Y-A-M tu..

Tapi mungkir janji..
tengok lah koleksi buku dia utk bulan ini sahaja..





ini buku wajib kalau korang nak tau.. pastu dia tau pulak tu kalau edisi yang dah dibeli wpun tak pandai baca..nnt dia akan cakap.." ini kakak dah ada".. huhu




ini mama yang pilih. konon2 nak ajar suku kata la pulak..eja yang senang2 jek dulu. Macam ejaan DORA..UPIN..ha..gitu le lebih kurang.. :)




ini pun mama yang pilih..tak pernah jumpa buku mcm ni..kalau nak tau..buku ni tokey kedai bg free jek kat Tina..rugi tak amik..so amik je k la..








ini hasil dari popular.. rm6.99 kalau tak silap..







Last but not least..gambar tuan punya buku yang happy semacam sebab dapat buku idaman. Semua nak buat sendiri..nak bayar sendiri..nak bawak sendiri..dalam kete pun tak bg mama pegangkan..nak pegang sendiri..

hmm..montel..montel..

Monday, April 18, 2011

Mari Belajar ABC Cara Lain Pulak.. :)

Tak adalah lain mana pun caranya. Cara yang lama jugak. Cuma baru hari ni nak dipraktikkan pada Tina.

Sebenarnya idea ni datang masa tengah mengemas. ABC lekat2 ni dah lama terbentang dalam bilik Tina. Cuma dia tak pernah la tanggal-tanggalkan.

Bila dah penat mengemas, mama tengok Tina dah ambil semua huruf dari bloknya. Jadi kat situlah timbul idea ni

Mama suruh Tina lekatkan semula huruf pada bloknya. Sambil suruh dia angkat mana2 huruf yang mama sebut.. hehe.. berpusing2 kat atas tu.. tapi siap juga akhirnya.

Sebagai penutup pembelajaran, mama suruh dia sebut ABC hingga Z sebanyak dua kali ulang..

Good Girl!








Tina nampak seronok sangat bermain dengan huruf2 ni. Mama rasa kena cari huruf2 kecil pulak. Yang ada ni semua huruf besar (capital Letter).. agak2 korang kat mana ada small letter block yang besar2 mcm ni ek?

Tuesday, April 12, 2011

KeranaMu..Owh..Raket Badminton

Datuk Misbun Sidek tak jadi quit jadi jurulatih badminton negara kan?

Ha.. ni ada anak murid dia baru daftar nama

Hai la..ntah apa2 la Tina ni

Kat rumah MIL, digasaknya bergaduh dengan anak SIL >>>> pasal raket badminton

Berpukul2.. melalak2..

hish tak kuasa betul la

so, gi Tesco..mama lambakkan dia dengan raket kat dalam troli

mana tau dia cuma pilih nakkan raket plastik ni je la..

kussssmangat..selamat duit mama ko Tina..hahaha






Haih..dia punya senyum mcm baru lepas menang piala Thomas korang..hehehe...







Tengok la tu..bajet berdiri depan wartawan la..hahaha...



Anak2 kan korang..selalu macam ni

Tak kisahlah.. jangan dia melalak sudah..

sempit la rasa dunia ni kalau dia melalak..

:)

Friday, April 8, 2011

Tina, Buku & Learning Wallnya

Mama nak kongsikan aktiviti terbaru Tina di Learning Wall dia ni ha

Lately ni Tina suka sangat dengan sticker. Even few month ago dia buat dek je dengan sticker2 sekelian tapi sekarang ni pantang nampak sticker.. nak melekat sticker saja keje dia

So secara automatiknya, setiap kali keluar ke Tesco, C4, Giant ataupun Jusco.. bukan kita tarik tangan dia pergi kedai buku..dia pulak yang tarik tangan kita masuk kedai buku..sabo ajelah.. alhamdulillah

Bukan senang kami nak nuture semangat sukakan buku nih kat dia. Awal2 dulu kami akan luangkan masa 10-15 minit dalam setiap kedai buku setiap kali keluar jalan-jalan. Masa tu Tina kecik lagi

So sekarang ni dah nampak hasilnya usaha itu..leganya..sejuknya hati tengok dia.



Dan dia pun ada favourite book dia sendiri. Setiap kali masuk kedai buku dia akan pusing semua section..then melekatlah kat childrens book punya section. Mama je belum berkesempatan snap2 gambar dia & ragam dia di kedai buku..nantilah..

Biasalah kanak-kanak, buku bergambar terang & eye catching memang menjadi pilihan. Antara yang selalu Tina pegang adalah : Upin Ipin, Thomas, Toy story, strawberry shortcake.. thats a few of them la

Bagusnya Tina ni, kalau sekali kunjungan ke kedai buku.. dia hanya akan pegang sebuah buku sahaja. Mula-mula akan pegang beberapa buah.. then bila dia bawak kat mama & abah, kami akan aturkan semua yang dia bawak dan suruh dia pilih sendiri..HANYA SEBUAH SAHAJA..

So, end up sekarang ni dia hanya akan pegang sebuah buku yang paling dia suka.

Dan buku2 yang provide sticker menarik akan menjadi keutamaan dia buat masa ni. Orang tengah minat kan.. :)



So, biasanya kat giant kan ada section buku2 cerita yang harganya RM0.99 sebuah tu kan? Perasan tak? ha.. kami akan ambil sebuah sesekali untuk bacakan pada dia

Sebab kami tengah nak pupuk minat membaca pulak. Kami sedang usahakan..insya'Allah. Yang penting kami sama-sama (mama & abah) usaha..bukan salah sorang jek..kene sama-sama ye..lebih mudah anak mengikut..insya'Allah





Ini gambar Learning Wall bahagian bawah yang hampir penuh dengan tampalan sticker






See..banyak kan.

Ada yang dia dah bukak semula dah pun. Bila dia nak tampal sticker baru, sticker yang rosak2 mama ajar dia kopek & buang dalam bakul sampah

Kalau tak memanjang je la asyik terpijak sticker merata ruang tv. Sampai melekat2 kat baju pun ada korang..

Hehe..

Kalau korang ada cadangan lain yang bernas, bagilah..mungkin mama boleh gunakan ke..
SHARING IS CARING kan..
:)

Saturday, August 7, 2010

Ini Meja Tina..

Kat post lepas mama dah bagitau yang kami tengah cari meja yang sesuai untuk Tina kan.. well.. susah nak jumpa meja yang cantik & tahan lasak untuk si anak dara yang lasak ini okeh.. so sebagai jalan penyelesaian sementara, mama terfikir nak guna side table yang abah amik kat umah mak dia ni sebagai meja tulis untuk Tina.

Meja ni nampak je usang sket tapi solid kayu dia. Tina panjat pun tak kan melendut punyalah..dijamin..

Ini hasil tampalan yang tak seberapa.. tahan beberapa jam jek..pastu ntah mana ntah..














So buat sementara waktu masalah meja selesai. Tina pun suka sangat dengan meja ni. Cuma dia tak kuat nak angkat-angkat kesana kemari. Kalau nak angkat..mama kena tolong.

And dia memang suka guna meja ni..untuk makan..main-main..even makan & tengok CD pun nak duduk dekat meja. Owh..lupa cerita..kerusi dia mama guna kerusi kedai RM2 tapi kerusi tu berharga RM3.50 untuk dipadankan dengan meja ni. Kerusi tu Tina memang da book awal-awal.. asyik dia je yang amik dari dapo mama...

Nantilah..mama ingat nak sampul meja ni..tampal stiker banyak2.. Tina mesti suka!

Wednesday, June 23, 2010

Aktiviti Bersama Abah

Cuti skolah aritu abah sempatlah melayan anak dara dia melukis dan belajar. yelah, abah masa cuti tu pun sibuk kan..dengan kursus..tusyen.. tapi sempat jugak melapangkan masa kul 10 malam melayan Tina nak melukis. Siap gunting-guntng & tampal kat 'Learning Wall' Tina lagi ha..



Macam-macam benda dorang ni lukis, handphone la..gajah la..cicak la..cd upin ipin la..pendek kata, apa je Tina sebut abah akan lukiskan dan guntingkan..



Ada pooh jugak, remote alarm, bola.. suka la Tina

Last but not least.. video 2 beranak ni..


Wednesday, April 28, 2010

Puas Kami Mencari... Disini Rupanya!

These past few days kami dok sibuk mencari SIDIA ni ha.. habis semua kawan-kawan mama tanya ada nampak tak DIA ni. Semua orang kata senang nak jumpa DIA.. tapi.. kenapa mama cari tak jumpa?

Apa ke bendanya? Ni ha..
v
v
v
v
v
v
v



Si Barney ni la ha!

Dari JJ Bukit Indah ..merayap sampai ke semua level yang ada kedai toys kami pegi. Giant pun kami redah jugak. C4 pun kami masuk tapi hampa..

Waktu tu si Tina ni dah macam radio rosak dah.."nak barney tak? ulang-ulang tak berenti2.. Aduhai.. kesian betul..bayang barney langsung takde. Barang-barang dia mcm pinggan, beg, botol air, bantal tu ada la..tapi Tina tak nak pulak..

Akhirnya pencarian kami terhenti kat kedai souvenir sebelah McD tingkat bawah JJ taman u. Tu pun tinggal seekor je RM29.90. Bawak Tina gi tengok..mula2 dia seronok pegang..peluk..tiba2 barney tu menyanyi lagu I LOVE U.. dicampaknya ke bawah. Dia takut.. kihkihkih..

Tapi akhirnya mama & abah decide beli jugak la barney tu sebab dah penat kan mencari. Mama tunjuk barney tu kat Tina.. dia lari jauh2..hehehe...lupa nak amik video kalau tak mesti syok..

Lepas mama kasi Kimi anak SIL mama main setengah jam, barulah Tina nak barney tu. Berebut la pulak!! And then sekarang ni pantang tak nampak.. "barney Tina mana?"



ini gambar fresh from oven ek..baru pagi ni snap..tengoklah tu..senyum simpul

Monday, April 26, 2010

DiMana Mama Beli AQUADOODLE?

Hai selepas post AQUADOODLE tu ramai pulak yang bertanyakan dimana nak beli. Mama lupa pulak nak bagitau kat dalam post aritu. Kesian pulak kat kawan2 blogger mama yang tertanya2.. ok lah..mama bagitau semua orang yang berminat la ye..

Dengar.. Dengar ... Dengar...

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat nak beli AQUADOODLE, sila search nama LITTLE TWINKLE kat dalam facebook masing-masing. LITTLE TWINKLE ni takde website ke blog ke..dia cuma jual kat dalam facebook aje.. ADD la dia..dah tengok lah item jualannya..

Harga AQUADOODLE tu (masa mama beli ye..) RM35.90 sahaja. Tambah dengan standard courier.. (itu kena tanya..penjual..) adalah dalam RM40++.. diulangi okeh..masa mama beli. Takut pulak harganya berubah dek perubahan harga shippingnya ke ..mana la kita tau kan.

Oh ye..sedikit pesanan dari LITTLE TWINKLE ye.. add lah dia dalam facebook anda, inform padanya yang anda berminat dengan AQUADOODLE dan anda tau mengenai Aquadoodle dari mama tina ..(nor'aisah abdan) promote la mama sikit..hehehe...Dia akan tag anda bila AQUADOODLE sudah sampai stok ke tangannya.. ok..senang je kan..

Semoga kawan-kawan mama sekelian puashati.. Jom galakkan anak-anak menulis & menconteng dengan AQUADOODLE!!

Selesai dengan aktiviti promotion..harus ada gambar Tina..kan blog Tina..ek..

Ok..meh tengok gambar-gambar Tina dengan Aquadoodle lagi..hehehe kali ni dengan abah sekali enterframe..pasal abah pun seronok melukis untuk Tina guna Aquadoodle..Jom layan..


sambil baring pun jadi..dah kata dah tangan ke lain..mata ke lain..apa2 la nak asalkan bahagia





sibuk suh abah lukis lizard la..rama2 la..ulat bulu la..fish. elephant, snail, bunga, semut..hehehe abah pandai lukis..mama dia..hanyut..





tekun abah melukis layan anak dara dia..actually abah pun sukakan Aquadoodle nih..





Owh..tekunnya..




pose untuk mama..alahai..cayangnya!

Saturday, April 24, 2010

Review: Menulis & Menconteng Dengan AQUADOODLE

Few days ago mama ada pesan AQUADOODLE untuk Tina dari Little Twinkle. Bila dapat confirmation mama terus bank in payment dan esoknya dapat sms, AQUADODLE akan di courier. Dan hari ni ia dah pun sampai. Hehehe sukanya!


inilah dia bungkusan AQUADOODLE tu..





bila dah bukak..nampak lah macam ni..




ini pen AQUADOODLE.. ink dia air je..senang kan..





pastu..tu tulis je la..takyah takut conteng dinding punye lah..





complete set AQUADOODLE..


Bila mama bagi kat Tina AQUADOODLE nih..dia suka sangat. Dia kan suka menconteng. Jom tengok aksi dia dengan menda ni..

mata ke lain..tangan ke lain..janji conteng. dia bukan kira..




AQUADOODLE ni cukup besar untuk duduk atau baring menulis diatasnya..






Dan mama sangat puashati lah dengan AQUADOODLE nih. Eh, macam promote pulak..hehehe..takpe lah credit to Little Twinkle kan sebab jual produk yang bagus macam ni.

Jadi.. ibu2, mama2, mummy2.. AQUADOODLE ni sangat sesuai untuk anak2 yang sedang suka menconteng dan menulis macam Tina ni. Tak payah takut dia menconteng dinding pun. Cuma isikan air dalam pen dia..there it goes! dah boleh bagi anak menulis & menconteng..

Sekian untuk produk review kali ini hehehe... saja nak share barang yang bagus untuk anak je. SHARING IS CARING kan..

Saturday, January 2, 2010

Barang Baru..

Lama tak berblogging buat inbox mama penuh dengan aktiviti Tina. Slow-slo2 update la ek. Dan ini antara barang-barang baru yang kami beli untuk Tina...check it out!


Ini sebenarnya adalah hadiah dari nestle. Few month ago mama surf kat site diorang dan mama terpandang gambar pensil ini. Boleh request untuk sample sebab nestle tengah buat sampling untuk pensil ni. Tak rugi click kan...mama click je. After 2 month plus...sampai la pensil ni kat rumah. Pensil ni istimewa sebab bentuk dia macam 3 segi dan cukup besar untuk anak-anak yang baru belajar menulis... mama simpan untuk Tina ye!



Tina memang suka dengan Jam... yang ini kami sambar kat Maidin..hmmm...dia pegang terus tak nak lepas lagi dah. Nak tak nak kena jugak belikan...


Hehehe... toys yang comel ini kami nampak kat Giant Tampoi. Masa tu Giant tengah buat clearance sale kat parking lot. Cantik sangat... comel giler. Mama sengaja belikan untuk Tina. Dan sejak tu dia asyik nyanyi...

"tik tok tik tok ...ujan dah turun"
"tik tok tik tok...baju dah basah"
"mari kita ambil payung"

Mama nak videokan tapi selalu tak dapat je.. akan diusahakan...

Tuesday, September 1, 2009

Buku Baru, Writing Board Baru & Benjo Mayonis

Buku baru Tina

Masa pergi belanja kat giant tampoi ahad lepas, mama bawak Tina kat kedai buku dan majalah yang betul-betul kat depan kaunter cashier tempat abah beratur nak bayar. Bukan apa..penat dukung dia sebab dia tak nak diam. Dia nak turun sebenarnya.

Bawak dia tengok buku jek terus dia dok senyap-senyap bukak buku. Sedar-sedar abah dah siap bayar. Mama nak dukung dia ajak balik, dia tak nak letak balik buku. Mama pun dukung dia gi kat cashier dan bayar jek. Cashier tu nak scan bar kod pun tak kasi..takut sangat orang tu ambik buku dia.. anak..anak..

Buku ni adalah buku ABC bergambar tapi gambar dia very colourful very nice. Walaupun gambar dalam bentuk kartun tapi eye catching.. budak-budak memang suka..

Lepas buka puasa tadi pulak 1 september 09, mama ajak abah gi beli burger gerai yang sedap kat mutiara rini ni..hehehe..kat depan traffic light presint bakti tu je ha. Mama n abah beli burger daging special, Tina punya benjo mayonis. Mama kan memang peminat burger daging special..

Siap je burger, abah ajak gi kedai RM2 sekejap jalan-jalan. Kat sini mama belikan pulak Tina... apa ntah nama menda ni tapi untuk tulis-tulis..lepas tu boleh clearkan balik. Macam white board la gitu konon-kononnya..
Dan yang ini pulak adalah masterpiece terunggul Tina yang dapat mama snap gambarnya untuk disimpan..sebelum dia tarik button clear!
Dan bila mama makan burger, Tina pun nak makan burger jugak jadi..inilah rupanya bila dia makan burger benjo mayonis..
comotnya..
Yum yum yum...sedapnya
Hmmm..hingga menjilat ibu jari lagi ha...

Ada video sebenarnya tapi tak leh pulak nak upload malam ni..nape pulak ntah. Lain kali mama update video pulak la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...