"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya 2009

Tahun 2009 giliran beraya kat rumah mama. So, since last sekolah hari khamis, kami gerak balik kampung mama lepas sembahyang jumaat. Memang target nak berbuka kat rumah mak mama la. Tapi abah pulak dah janji dengan kawan dia nak deliver pc kat rumah orang tu.. so nak tak nak kena lalu bandar jugak sebab rumah orang tu kat area kg. melayu jb. Selalunya balik ikut kulai jek..senang.

Siap pasang pc orang tu jek dah pukul 5 petang. Jalan dah start jammed. Kan orang balik keje.. nak pusing balik lalu kulai terasa makan masa, mama ajak abah terus ikut tiram jek. Amik kau.. baik2 before 1 hr boleh sampai.. ni dah sampai waktu berbuka kami baru sampai kat Taman Saujana Kota Tinggi.. jauh lagi nak sampai umah mama. Tina masa tu tengah lena tido kat pangku mama. Kami berbuka air mineral jek la.. sabo je..

Dekat kul 8 batu kami sampai umah mama.. Tina mak amik..terus jek kami makan dulu..lapar beb..

Malam tu tak buat pape pun sebab mak biasanya masak awal pagi raya. So malam tu bakar kek aje.. 6 biji ke 8 biji.. penuh satu rumah bau kek..hehehe.. Jiran sebelah kanan dah tak de..balik muar. Jiran sebelah kiri riuh dengan anak-anak dia yang baru sampai.. pam pum pam pum main mercun. Sudahnya Tina tak nak turun dari dukung. Dia memang takut dengan segala jenis mercun, bunga api dan menda-menda yang berapi lah senang cite. Dengan lighter pun takut.

Mama sebenarnya kan 2 beradik jek. Adik mama bertugas kat Bagan Serai, Perak .. tak dapat balik raya tahun ni. Cuti kena tarik. 2 ke 3 ari sebelum raya dah telefon kat mak n abah .. dia dah sedih dah..tak boleh nak bagitau dia tak dapat balik raya. Mama pun sedih gak tapi control je..tu puns ebab mama tak dengar suara dia..kalu dengar sure nangis gak. Mama tengok mak n abah dah nangis...wah.. ni kena wat keje lain ni.. kang terlibat pulak.. Mama tinggalkan abah mama n mak layan perasaan. Ye la.. setahun sekali jek dapat jumpa dia...dah la ada adik sorang jek..jauh lak tu..

Abah, husbandku yang tersayang tu.. sakit tekak..demam..panas.. dan tak boleh makan. Bila nak telan makanan tekak sakit. Alahai..tapi masih dapat puasa pada hari yang terakhir. Berbuka hari last tu..abah dah teruk jugak. Badan dia panas giler..agaknya lebih 40 darjah celcius.. tapi tak nak gi klinik. Takut kena kuarantin..

Malam tu pun abah dah tak sihat.. sian sangat tengok tapi mama pun tak tau nak wat pe. Tolong picit kepala n sapu minyak jek..



Hari Raya Pertama 2009


Tahun ni abah tak dapat pegi sembahyang raya. Kronik jugak dia panas sampai tak boleh berdiri. Masih ada ati nak gi tu.. mama tak kasi..kang pengsan kang sape pulak nak mengangkat..bukannya ringan..

Makan pun abah tak boleh.. sian dia..suka sangat makan..yela..raya kan..tapi semua menda berempah dan pedas tak boleh masuk tekak..kata abah pedas makanan buat kepala macam nak pecah sebab tekak terlalu sakit. So abah makan nasi impit dengan kuah lodeh je. Kami-kami ni makan la dengan seronoknya..yela..orang tak sakit kan. Tina pun sama..makan jugak dengan kenyangnya. Sampai dia dah kata.. nyenyang ma..

Dalam pukul 11 pagi macam tu..mama tanya abah boleh tak kita beraya? Larat tak? Abah kata boleh tapi tak nak drive sebab kepala masih pening. Kami siap-siap dan abah mama yang bawak kereta. Kami gi rumah kakak dan abang abah mama kat kg. Sepak hulu, pergi rumah mak long (kakak mak) kat kg. Temenin lama dan last sekali pergi rumah seorang pakcik.. kat situ-situ jugak la.. Yang lain tu adik-adik je..mak n abah tunggu diorang datang rumah.

Rasanya tu je agenda raya rumah mama.. teringat arwah nenek, arwah atuk, arwah acik marina dan arwah pak teh. Ramai dah tak de raya ni. Teringat segala kenangan dengan mereka.. mama masih simpan baju kurung batik tulis tangan warna hijau pucuk pisang yang arwah acik marina pesan suruh kasi kat mama sebelum dia meninggal. Baju tu memang cantik. Mama pernah tegur masa arwah pakai dulu. Tak sangka dia nak wasiat baju tu kat mama. Bukan murah baju tu..

Bila teringat semua orang yang dah tak de..rasa sedih.. Raya ni dah banyak kekurangannya. Mama dah tak rasa nak raya.. cuma seronok untuk Tina yang baru nak seronok sambut raya. In fact mama n abah tak beli baju baru pun. Abah pakai baju konvo diploma dia warna hitam, mama pakai baju 2 tahun lepas yang tak sempat pakai sebab mengandungkan Tina, cuma Tina je yang berbaju kurung baru ..mama buat.



Abah, tengahari raya pertama. Nampak macam ok tapi muka 'tempe' jek


Tina dengan mak mama.. Ni la baju kurung Tina yang mama buat..


Susah nak amik gambar dia pakai baju kurung ni..



Gambar mama mana? Hahaha... next post ye..sekali dengan gambar kami sekeluarga. Gambar raya 2009 family mama, tunggu adik mama balik dulu dengan family dia. Baru seronok amik gambar.. continue to the next post..tunggu!

Tuesday, September 22, 2009

Masih Dalam Mood Raya



Hai...Hai...Hai....

Balik rumah sekejap jek ni. Esok nak balik kampung abah kat pontian pulak..

Raya.. Raya ... Raya...

Thursday, September 17, 2009

Tina, Upin & Ipin


Upin & Ipin kini adalah minat terbaru Tina. Sejak sebulan dua ni Tina pantang nampak gambar upin & ipin kat mana-mana. Semalam masa pergi skudai parade tu, lalu kat kedai cd Tina tepuk-tepuk abah tunjuk kat tv kedai yang tengah mainkan cd upin & ipin geng. Kecoh betul dia. Adik yang keje kedai cd tu bagitau sekeping cd rm5... cetak rompak la ni.. kami beli sekeping cd upin & ipin tu. Tina bukan main suka sampai asyik nak pegang cd tu setiap masa.

Balik kat umah jek dah tak sabar-sabar nak tengok. Bila mama pasangkan cd tu..Tina tahan duduk atau baring depan tv hampir separuh movie. Apa yang mama perhatikan, cd upin & ipin ni ada banyak memaparkan haiwan dalam cerita. Ada ayam menari-nari, ada katak, lembu, pepatung dan macam-macam lagi..

Semalam je dah bukak hampir 4 kali cd tu..


Pandai pulak dia sebut tu... upin ipin .. alahai comei sangat bunyi dia..

About last month mama dah belikan Tina t-shirt upin & ipin 2 helai.. sehelai merah dan sehelai lagi kuning. Uiskh.. pantang nampak baju tu..nak pakai aje.. kat JB ni mahal so mama beli kat kota tinggi murah sikit. Sehelai t-shirt..separuh harga kat Jb ni. JB ni apa la yang tak mahal..semua pun mahal..

Syok gak layan Tina tengok upin & ipin... mama pun suka..

Wednesday, September 16, 2009

Bersantai Ditepi Divider Parking Lot Skudai Parade..

pandai anak dara ni posing dengan abah dia..

Tina ni memang excited dengan handphone..pantang nampak


Tunggu apa tu cik kak..?

Bukan sengaja nak bersantai-santai kat sini ni..ni pun sebab abah nak tunggu penyewa kedai pakcik dia datang ambik dokumen. Kalau tak..tak kuasanya nak santai-santai kat sini de la...
Tina pun tau bosan bila lama tunggu..orangnya tak sampai-sampai..

So sebelum tu sempat gak la mama n abah jalan-jalan dalam skudai parade..singgah kat hong kong express..eh..ye ke..confuse la..hong kong ke king kong express..balun jek la.. Mama beli baju lubang-lubang untuk Tina sebab minah ni kalau cuaca tak betul-betul sejuk, tak boleh tido dengan t-shirt..jawabnya t-shirt abis basah dek peluh. And sebab tu jugak la bawah leher Tina ada rashes yang teruk..tak baik-baik..dah macam-macam mama letak. Tapi sebab Tina berpeluh kuat sangat semua ubat tak jalan. Leher berlipat-lipat lak tu. Susah nak baik..

Pukul 10pm lebih gak baru gerak balik. Walaupun dekat, tapi kan dah malam..skudai parade dah nak tutup pun...


French Fries Dip In Tomato Sauce







Aritu masa jalan-jalan kat blog KC, mama baca cerita Ryan yang suka makan french fries dip dalam tomato sauce. So, masa kitaorang bertiga pergi Jusco Taman U nak cari sandal raya Tina.. kami makan sunday ice cream,double cheese burger dan happy meal untuk Tina.

Mama terperanjat tengok Tina makan french fries cicah dengan tomato sauce. Mula-mula tu abah yang ajar dia. Lepas tu dia sibuk mintak sos.. mama kasi je kat dia..dengan cermatnya dia cicah french fries..masuk mulut..macam yang kat gambar atas tu. Comot sket..tu yang ter'snap gambar tangan abah sekali. Bila dia dah kenyang makan french fries..dia mintak ice cream pulak..dia ni kan antu ice cream..

Mama tanya abah..nape ajar Tina makan tomato sos..abah kata sian Tina makan french fries kosong jek..mesti tak best.. bia dia rasa sedap rupanya makan dengan tomato sos..Hmmm... anak dara mama dah besar..setiap hari ada macam-macam benda baru dia buat..mama happy sangat... another milestone reached...

Tuesday, September 15, 2009

Cerita Weekend.. Balik Rumah Mak..











Weekend lepas kami balik rumah mak mama.. lama dah tak balik sana rasanya sebab abah ni asyik sibuk je. Tina apa lagi..memang la suka giler balik sana. Mana taknya..umah luas..lapang la dia nak berlari dari hujung ke hujung. Pas tu rumah mak mama memang banyak buku..sukanya dia menyepah-nyepahkan buku-buku..

Lama jugak sebenarnya mama dah wean tina dari mandi dalam besen tapi kat rumah mak mama memang sentiasa ada besen dalam bilik mandi.. isy..asyik nak mandi je la si kecik ni. Pantang panas sikit..manni..manni.. (bahasa tina la ni..lom pandai sebut mandi..)

Yang mama pulak memang takut banyak nak tinggal dia mandi dalam besen.. hehehe...suh mak mama ambikkan handphone sebab nak ambik gambar tina mandi..hehehe... tut...

Susah pulak tu nak ajak dia keluar dari besen..alahai... ngantuk tunggu dia puas main air...


Another Milestone Reached..


Sejak awal minggu ni, tina asyik sibuk sebut ABC ... ABC ... asyik bagi pensel kat tangan mama suruh mama tuliskan ABC kat papan tulis dia yang boleh padam-padam tu..

One more thing, Tina dah pandai sebut 1,2,3,4,7,10 ... and dia akan bukak 5 jari..dan tutup satu persatu sambil mengira. Kalau mama sebut 1, dia akan sebut 2 dan seterusnya. Lama dah rasanya mama n abah ajar tina mengira guna jari tapi baru minggu ni dia pandai buat sendiri.

First time dia buat tu masa mama tengah syok lelap.. jari mama tergenggam..tina bukak satu jari..sebut 1..bukak lagi..sebut 2.. masa dia pegang jari mama tu mama dah sedar tapi buat-buat tak nampak je..bila dia tengok mama dah bukak mata tina terus buat lagi..agaknya dia nak bagitau mama dia pandai dah...

Tapi mama tak sempat lagi nak rakam video.. nanti mama usahakan ya..

Parcel From SCA Drypers




Seperti yang mama janjikan..hari ni mama dah received pun parcel dari SCA Drypers..hadiah untuk star letter hari tu..but kali ni tak semuanya pampers. Isi kandungan kotak ni ialah:

2 paket drypers wee wee dry L20

3 paket drypantz L8

1 cloth book

1 microwave tupperware

1 moms diaper bag


see my excited girl exploring her gift..

I just cant wait..!!


Tina memang tak sabar-sabar nak explore all the gift.. mama tengokkan jek.. how happy she is.. anyway, thanks a lot SCA for the gift. Ni yang buat mama bersemangat nak hantar opinion lagi ni..supaya dapat star letter lagi pada setiap terbitan 'parent circle'

Hehehe... mama happy sangat!




There are my 'star letter' ...

Monday, September 14, 2009

MOBS & Huiwearn Kids Store (HKS) Little Bookworm Contest


Does your little one love to read books?

Do you read to your babies or toddlers?

Tell us a little something about your Little Bookworm and his/her favourite book, to stand a chance to win great prizes!

Contest ends 1st October 2009.

To take part in this contest,please complete the following steps:


1) Be a follower of MOBS (http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com) &Little Red Reading Nook by HKS (http://littleredreadingnook.blogspot.com) - Done



2) Sign up for HKS store newsletter :a) Go to HKS (http://www.stores.ebay.com.my/Huiwearn-Kids-Store-Books-Toys-More)b) Click on “sign up for store newsletter” located on upper right cornerc) Just follow all the instructions there.d) Ebay will prompt you to log into your ebay account (if you have one) or if you are NEW to ebay, just click on the “register” buttone) Once registered/logged in, choose “General interest” and click on "Add to favourites" - Done


3) Copy and paste the contest banner/link in your blog. - Done



http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2009/09/mobs-hks-little-bookworm-contest.html




4) Blog about your little bookworm :

a) Name & Age


Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

22 Month


b) Include a photo of your little bookworm with his/her favourite book


Qistina with her favourite pop-up book


c) Favourite book title & short descriptionWhy is it your little bookworm’s favourite book?

Who is your little bookworm’s favourite character in the book and why? (if applicable)






My First Words


This is Qistina's favourite book because it was not an ordinary book, it is a pop-up book. Everytime she open the book, every character in the book will pop-up and stand for her. Bright and colourful things in the book make her happy and love to open it again and again. Besides, it contain not only animal, human character but also represent situation like 'in the jungle', i'n the farm', 'in a birthday party' and many more. I am glad that she love this book and I love to see her talking and mumbling everytime she study the book.

But we called her littlebookworm because she just simply love all the book that we bought for her ..


5) Once done, kindly leave a comment here


a) Name & ebay ID


Name :Nor'Aisah Binti Abdan

Ebay ID :sha_tina



Tuesday, September 8, 2009

Nade Nook Contest


Ini giveaway pertama mama masuk..harap-harap sangkut la shawl satu..jom join! Click kat banner tu dan ikut je arahan..senang kan..


Accumulated Video..



Dua video ni video yang mama rasa paling menarik sepanjang minggu..chewah...tak de la..mama cuma seronok kongsi aksi-aksi Tina. Video yang atas, Tina makan ice cream sunday, video yang bawah Tina dengan bukunya..

cute sangat bila nampak gambar kaki dalam buku..dia pun letak kaki dia atas gambar kaki tu..rupanya abah yang ajar wat camtu..

Anak..anak...memang cepat 'tangkap' apa je yang kita ajarkan..

Satu peristiwa menarik lagi yang mama nak kongsi..setelah beberapa minggu mama ajar Tina sebut benda-benda yang ada kat bilik mandi..seperti shampoo, sabun... baru pagi tadi Tina bagi respon yang bagus sangat. Mama mandikan dia..masa mama ambik sabun dettol nak sabun badan dia..Tina tunjuk dengan jari..

"mama..apa tang?" Ni memang bahasa dia la..orang ajar apa tu..dia sedap sebut apa tang jugak
Mama jawab la.."sabun" Then Tina pun sebut lagi.. "apa tang...sabun"

Hmm...mama terus cium dia..pandai anak mama...




Oh Sunday Ice Cream ...

Malam tadi ni..lepas berbuka..lepas maghrib..kami tuang terawikh..isy..apa nak jadi ni..hehehe... kami ke Jusco Taman U sebab sayur dan ikan dah tak de. Teringin lak nak makan ikan kembung goreng untuk sahur so kami ke sana sekejap..

Sebelum balik kami singgah makan ice cream sunday kat Mc Donalds. Sunday ni memang favourite mama dan Tina so kena kongsi makan..Tina lom pandai..nanti semua comot. Kalau dah pandai nanti boleh beli sorang satu k sayang..

Jom layan gambar Tina makan sunday...

Hehehe...comotnya..
Ni favourite action Tina..pinggan makan, mangkuk, besen nasi..semuanya dibuat dia macam ni..

Tu makan sunday cup..abah makan sunday cones pun dia sapu jugak tu...


Masa singgah kat Hinode Shop...abah n mama berkenan pulak dengan ranting daun kayu getah ni...untuk meriahkan jambangan ranting mama tu...
version 3 - setelah ditambah ranting daun kayu getah hijau dan kuning

 

Monday, September 7, 2009

Jambangan Ranting Pertama

First version

version yang ni setelah bunganya dikembangkan sket..


Mama sebenarnya tak pernah menggubah bunga pun sebelum ni. Tapi sejak pindah rumah, mama teringin sangat nak ada jambangan ranting-ranting macam ni and menda ni mama nak buat sendiri. Abah on jek sebab abah pun suka jugak.. kami kan sehati sejiwa gitu..

So semalam petang mama, abah n tina ajak mummy azie dan anak2 sekelian meronda Plaza Angsana..alamak..jammed giler tu. Punya la ramai manusia kat angsana tu.. sambil melihat-lihat kesana kemari, nampak ramai orang bawak bunga ranting yang mama cari tu. Nak pendekkan usaha pencarian, kami tanya je sorang kakak ni..
"kak..kat mana akak beli bunga ni?"
"oo..kat atas sekali dik.."
"Terima kasih kak"

Ha..gitu..kami pun terus la meredah lautan manusia hingga sampai kat bahagian atas sekali..dan..inilah hasilnya..dapatlah membeli bunga ranting impian mama..

Balik umah jek lepas berbuka kat umah MIL, mama teruskan cubaan menggubah bunga ni..ntahlah..citarasa penggubahan mama macam ni..means..apa yg mama nak memang macam ni la. Cuma pasu dia jek yang silap sket. Patutnya pasu kayu yang tinggi tu. Tapi pasu tu mahal sangat..kat sini RM90 kot..uiskh..pakai jek la pasu yang mak mama kasi ni..cantik gak walaupun kureng kena la..Dan agaknya mama kena buat sesuatu dengan warna ranting tu..sebab rantingnya dalam gambar tak menyerlah kerana sama dengan warna dinding.. hmmm..apa yang boleh dilakukan agaknya ek? Any idea?

Yang penting inilah citarasaku..hmmm...puas hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...