"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Ramadhan 2015. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2015. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan 6 & 7

Ramadhan 6

1st time untuk berbuka buat kuih bom. Selalunya tau beli je. Oleh kerana takut tak jadi, kecilkan adunan dari resepi yang dapat kat blog orang lain & buat. Bila dah buat bulat dapat 6 biji je..hahaha...


Tak la susah pun..tapi perlu mahir jugak campuran tepungnya supaya sedap digigit gitu ha.. hihi..

Jom lah tengok menu ringkas kami pada hari itu..



Takde sun nak masak sayur. Juadah hangkut gi umah MIL untuk berbuka ramai-ramai :)
So kat sana ada macam2 juadah lah kan.. pilih je la tekak nak yang mana..

Last2 yang dibawak balik kuih bom 3 biji & ikan kicap.. kentang dah licin di kutip anak-anak.. huhu..

Selesai ramadhan 6 dengan sweetheart berpuasa penuh setakat ini..


Ramadhan 7

Ramadhan 7 yang penuh kenangan.. & pengajaran..

Seharian cuba minimakan aktiviti & elak terdedah kat panas sangat. Tu pun badan rasa melayang-layang je.. Allah..

Pesan kat abah.. tak mo berhangkut ke rumah MIL.. tak larat. Jadi kami berbuka kat rumah je..

Menu..

 Rangup-rangup cicah sos.. wuhuu..



Ni fevret sweetheart..

Tak dan snap Jus pelam apple yang khas pelamnya dari laman. Blend lambat.. sebab nak fresh.. perghhh.. penuh dengan kebaikan & khasiat :)

Alhamdulillah.. berjaya harungi hari ke 7 dengan jayanya..

Tragedi diambil sebagai peringatan dari Allah..
Tanda Allah sayang & ingatkan kita..
Aamiin..

Tuesday, June 23, 2015

Ramadhan 5

Sekejap je dah 5 hari berlalu kan. Harap cuaca bekerjasama dengan kita bagi melancarkan lagi puasa anak-anak. Kesian.. panas sangat sekarang ni.

Sweetheart pun sahur tak boleh nak minum air banyak. Harapkan secawan dua tu lah dapat membantu seharian. 


Air yang secawan dua tu mama memang pastikan campur dengan MINERAL SOLE.. insyaAllah dapat mineral mencukupi walau kita berpuasa..

Tu kisah sweetheart. Mama? Masih dengan azam memasak walau baru hari ke 5 dah takde idea. Ikutkan resepi berlambak-lambak ada.. tak tahu mana yang sedap nak buat..hihi..

Jadi, abah turun dapo buat juadah dan buat air... Mama masak nasi, lauk ..heeee... terima kasih sayang.. luv u lah :)

Jom lah tengok menu ringkas kami.. hangkut semuanya bawak gi rumah MIL berbuka puasa ..





Air tangan abah :)
Sangat sedap..
Kalau korang ada buah oren kat rumah tak abis-abis tu..try buat ni..memang syiok sangat


Mangga apple dari laman.. manis..sedap..



Blur apa dia nak buat sebenarnya jadi biarkan je dia buat sendiri. Dapur kompem berkecah.. uwaaa...
Sebenarnya kuah bolognese tu patut lagi pekat & boh dalam roti.
Tapi buat cicah pun mabeles jugak..
10 biji roti burger buat.. licin :)



Ini request dari my sweetheart..nak ayam goreng. Saja goreng ikan kembung tu sebab fresh from Sg. Melayu tau..manis & sedap

Done Ramadhan 5..

Monday, June 22, 2015

4 Ramadhan

4 Ramadhan pun sudah berlalu.. masih cuba memasak sesimple mungkin sahaja. 

Berbuka puasa 4 Ramadhan pun dirumah MIL. Apa yang mama dah masak mama bawak je la. Yang penting kita masak menu kita sebab kat rumah MIL pun ada menu sendiri. Azam nak memasak tu masih ada :)

Sweetheart kekal berpuasa penuh semalam disebalik semangat yang hampir luntur tu. Melatih semangat berpuasa anak2 memang tak mudah. Memaksa bukan satu jalan yang baik.. Tapi bagi mama dia mesti faham apabila tiba Ramadhan.. semua ummat islam berpuasa. Jadi semangat berpuasa tu lebih kuat..

Tahun lepas bangun sahur pun tak mahu..tapi tahun ini dia gigih bangun sahur. Senang dikejut & makan habis. Walau cuma suku hujung senduk nasinya.. air secawan lebih sket je dengan susu..

Love u lah sayang..

Jom tengok menu semalam..





Air yang biasa-biasa je.. belum ada buat air luar biasa lagi..

Selesai azam di 4 Ramadhan..
Alhamdulillah

Sunday, June 21, 2015

Ramadhan 1-3

Dah masuk 4 Ramadhan hari ni.. tak update apa-apa pun.. almaklumlah.. bulan Ramadhan ni masa dirasakan pendek.. mengejar masa hingga jarang on pc..

Ramadhan 1

Berbuka puasa ramadhan 1 dengan in law family. Nak balik kg tak larat.. jadi luang masa cuti & berbuka puasa bersama. Family abah ramai.. riuh bila kami berbuka puasa.

Oleh kerana tahu nak berbuka dengan MIL.. jadi mama tak masak nasi & lauk. Just buat sedikit kuih je lah untuk dibawa. Banyak sangat makanan nanti tak dimakan..sayang kan..

Roti Jala & Kari daging Cincang
Pink gitu.. huhu..



Yang ini bawa rumah MIL


Yang ini bawa balik rumah mak abah..



Ramadhan 2

Bersahur & berbuka bersama mak & abah di kampung. Kalau kami tak balik, mak & abah berbuka berdua sahaja..

Menu berbuka mak yang masak.. tak dan snap..

Laksa penang, Ayam goreng, Nasi putih & tumis kacang panjang
Kuih lopis

Malam itu kami balik semula ke skudai..


Ramadhan 3

Berbuka kat rumah MIL jugak.. Masak yang simple-simple sahajalah sebab nanti kat rumah MIL ada juga juadah lain..

Mama masak ini sahaja..



Goreng juga seekor ikan pekasam & buat kuih kaswi sikit..


Alhamdulillah.. 3 hari berlalu sudah.. 

Alhamdulillah Ramadhan kali ini sweethart mama abah bangun sahur & berpuasa penuh .. hari ini hari ke 4 Ramadhan.. hari pertama persekolahan dibulan Ramadhan..

Balik sekolah tadi pipi merah macam pakai blusher.. berpeluh2.. 

Ajak rehat sekejap.. mandi air sejuk sebelum ke sekolah agama.. alhamdulillah nampak segar semula dia. Balik sekolah agama pun mcm tu.. merah mukanya menahan panas & haus..

Alhamdulillah hingga post ini mama tulis.. dia masih gigih berpuasa tanpa dipaksa.. Tapi jika hari panas begini berterusan, mama pula yang terfikir2kan kesihatannya. Dengan nak naik tingkat 3 sekolah agama.. mama risau dia pening, pitam sebab terlalu haus & panas..

Tengoklah nanti mcm mana..
Jangan paksa..


Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Bertamu Lagi

Esok.. Khamis 18 Jun 2015 kita semua sambut 1 Ramadhan dengan penuh syukur. Alhamdulillah berpeluang jumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini insyaAllah.. Semoga semua amalan kita diberkati & di berikan ganjaran pahala..

Tahun ini.. mama & abah berazam tak nak membeli juadah di bazar. Tahun lepas kami berjaya mengurangkan masa berkunjung ke bazar ramadhan. Few days pegi tu pun sebab terpaksa sahaja. So that abah pun setuju.. tahun ini kita takkan ke bazar. Walau berbuka dengan nasi & telur goreng je pun.. biarlah masak dirumah..

Tak dapat bayangkan harga makanan dibazar ramadhan tahun ini.. serius ngeri..

Kita tengok hujung ramadhan nanti berjaya ke tidak azam ramadhan ini. 

Makanya mama kene rajin memasak .. caiyok!

Buat semua pembaca blog kami ( ececeh..macam ramai je..haha).. kami ucapkan..



Belanja gambar sweetheart dengan instant shawl..


Jangan lupa berQASEH & SOLE ye untuk support tenaga & nutrien kita dibulan ramadhan..


Semoga kita semua sihat & semangat menjalani ramadhan yang penuh barakah & pahala. Jom rajin2 buat amalan.. pertingkatkan amal & jaga diri serta keluarga agar sentiasa sihat untuk menjalankan ibadah.. aamiin..

Moh kita :)

Friday, June 12, 2015

QASEH Ramadhan..

1 Ramadhan hampir menjelang. Beberapa hari sahaja berselang kita akan masuk ke bulan yang paling ditunggu-tunggu dalam masa setahun.. 

Bersediakah?

Kurma dah banyak dijual disana-sini.. tapi dirumah kami.. amalan makan kurma diterap setiap hari..diamal setiap hari..

Setiap hari berQASEH GOLD yang kaya kurma.. ditambah kudapan kurma asli bila masa terluang.. Nak ajar anak makan kurma tu tak mudah.. Biasakan dia ambil QASEH GOLD JUNIOR.. itu senang sikit ;)


QASEH GOLD ada banyak pilihan khas buat sekeluarga.. Tak percaya?


QASEH GOLD yang penuh dengan kebaikan kurma, kismis, air zam zam, hsauda, gam arab, al-manna.. so on.. memang sangat banyak kebaikan yang didapati dalam satu botol..


Berminat nak dapatkan.. Meh cari saya

FB: Nor Aisah Binti Abdan ( Qees Qaseh)
Whatsapp : 017-7820007
Email : shasham3932@yahoo.com.my

Seluruh semenanjung termasuk sabah & sarawak kami poskan.. Yang dekat boleh COD..
Jom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...