"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Showing posts with label Baking N Making. Show all posts
Showing posts with label Baking N Making. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Mexican Bun.. Pertama Kali

Penangan dek hari-hari nampak warga group roti buat Mexican Bun..
Makanya tergoda jua walaupun mak yong dah berat nak duduk bangun..
Gagahi..

Pesan awal-awal tau.. jangan gelak sebab mama memang tak pandai sungguh nak picit topping dia.. Ntah apa je jadi. Orang lain buat lawoo jek spiral..

Ni bila doh dah naik cukup kembang. Masa untuk picit topping. Jadi la gitu disebabkan tangan keras..tak seni..

Tapi tak pe je pun kalau tak lawoo. Masuk oven topping cair menutup bun. Tak nampak pun dia spiral ke spirulina hahahaha...

Sekali menjengah oven, alamak.. seluruh dulang pembakar dipenuhi dengan topping.. kahkahkah.. Nasib tak membuak jatuh dalam oven jek..

Mama mula2 buat 20minit jek bakar. Tapi bila habis 20 minit macam tak well done jek rupa.. Mama tambah lagi 5 ke 6 minit macam tu..

Ting!!

Nah..ni dia..
Korang tengok.. memang penuh dulang ku..
Dah lebih beso dari papa roti.. Ni mak yong roti la kot.. tembam semacam jek.. kihkihkih


Bau dia toksah cerita.. Ya Allah.. best giler..

Jangan banyak tanya.. nah resepi..

*************************************************************


Drp: Ahli KR.. Tahrunnisah Jali
Resepi roti menghasilkan +-35 biji roti...berat doh 35-40gm

500 gm tepong roti
100 gm gula yang dikisar halus/kastor
5 gm garam
20 gm susu tepong
5 gm bread softner
5 gm bread improver
12 gm instant yis
1sudu kecil baking powder
1biji telor saiz A / 2 biji saiz c - (pecahkan dlm mangkuk dan tambah garam dan kacau hingga sebati)
70 gm butter / saya guna shortening
225 gm air sejok /kalau guna 2 biji telor saiz c kurangkan air kepada 180-190gm

  cara:
*campur semua bahan kering, kalau boleh garam jgn dicampur sekali ngan yis ...sbb tu saya campurkan telor dan garam..dan curah dlm adunan nanti
*nak tau samada yis kita tu elok atau tidak..lbh baik yis dicampur dgn air suam 
   sedikit dan tambah 1 sudu kecil gula kastor .biarkan 5 minit.jika ia berbuih dan
   mengembang maka yis tu aktif
*masukkan bahan cecair, uli  sehingga sebati.
*masukkan butter/shortening, uli hingga doh licin dan elastik dlm 20-30 minit..
rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda da
* tapi kalau cuaca agak sejuk proses pengembangan agak lambat mgkn lebih pada sejam...
*doh dah kembang ..tumbuk2kan doh tersebut..bulat2kan doh seberat 35-40gm masukkan inti doh..tutup rapat2 doh tu ye..sbb nanti proses pengembangan inti tu nanti terkeluar..saranan saya baik guna papercup. doh ni akan mengembang... so dlm dulang pembakar kene jarakkan jauh2 ye.. sblm tu kalau tak nak guna paper cup terus nak letak kat dulang pembakar kene sapu butter/shortening/marjerin dulu diatas dulang pembakar
*biarkan doh naik sekali ganda..( utk proses pengembangan ni saya taruk dlm oven n saya panaskan oven saya dulu dlm suhu bawah 40 darjah/30 darjah dlm 30 minit..) tutup dengan plastik atau kain ye atas permukaan roti tu..
*kemudian bila doh dah naik..pipekan topping diatas roti itu dlm bentuk spiral bulatan..dari tengah doh sampai habis...
*kalau mochaboy tu tarukla inti dlm doh guna dark cooking chocolate yang dipotong kecik2..insyaallah coklat tak keluar. tp bila sejuk coklat tu jd sedikit keras. nak guna chocolate filling pun boleh tp  tutup doh rapat2bdan bulatkan balik dan taruk dlm papercup..tunggu dia kembang dan pipekan topping.. tabur dark choco chips 7 minit semasa proses pembakaran nanti...jangan tabur sblm proses nanti chips tu akan jatuh ke bawah.
*oven yang telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu dan bakar pada suhu 170 selama 15-20 minit. part ni kene perhati kang terhangus pulak..sbb oven berbeza tahap kepanasan ni ..empunya oven yang tau oven dia mcmana..

Cara guna BM(cara saya):
semuanya masuk dlm BM, guna dough programme no.8. saya punya BM 20 minit kneading dan 1jam 10 minit perap biarkan BM wat kerja hingga 20 minit pertama. stop kan dan tekan semula start buat lagi 20 minit dan stop smula dan buat lagi programme no 8 biarkan ia bekerja sampai habis..keluarkan doh tumbuk2kan doh. uli bentuk bulat2 kecil..berat doh lebih kurang 35-40gm.leperkan masukkan bahan inti..tutup smula..pastikan ditutup kemas ye sbb takut nanti inti terkeluar...saranan saya lebih baik guna papercup...perapkan sehingga ia mengembang sekali ganda..
pipekan filling pada doh dlm bentuk spiral bulatan dr tengah roti shingga keluar
bakar roti suhu 170 dlm tempoh 15-20 minit..part ni kene perhati kang terhangus pulak..sbb oven berbeza tahap kepanasan ni ..empunya oven yang tau oven dia mcmana..

resepi ni pula dr kak wan..citarasawan
topping rotiboy/mochaboy
100gm mentega
80gm gula aising
2 biji telor dipukul terlebih dahulu
2tbsp atau 3 tbsp serbuk kopi segera (saya guna nescafe 3 in 1 yang strong) larut dgn 2 sudu besar air panas
100gm tpg gandum
25gm tpg jagung
caranya
pukul mentega dan gula hingga kembang
masukkan telor dan bancuhan nescafe kacau hingga sebati..kemudian masukkan tpung2 dan kacau hingga sebati.. masukkan dlm piping bag dan simpan dlm peti sejuk..nak guna kluarkan..

inti/filling rotiboy/
100gm mentega bergaram dilembutkan
sedikit esen vanila
35gm gula perang
*jika taknak inti ni terkeluar masa proses pengembangan doh..kene tutup rapat2..tp kekadang tutup rapat2 pun terkeluar juga kan..saranan saya guna papercup
caranya
pukul mentega dlm kelajuan mixer sederhana dlm 3 minit kemudian masukkan esen vanila dan gula perang..pukul sebati dan letak dlm bekas kecik dan disejukkan... inti ni mmg dia akan mengeras dan nanti bila nak masukkan dlm doh ambik sikit guna sudu..


*********************************************************************

Mama memang ikut je apa dari resepi tu.. Memang jadi.. cuma mungkin adunan mama kering sikit kot. Jadi roti pun dalam dia kering.. tapi ok je.. 

Next time buat filing kene letak lebih..baru syiok!
 
 Sebiji sweetheart makan masa masih panas.. memang syiok!

Korang try pulak la eh..
Semoga berjaya!

Thursday, November 26, 2015

Satu Doh, Aneka Roti..

Sweetheart asyik kata..
"Mama dah lama tak buat roti sosej untuk saya.."

Petang tadi hujan.. tak ada nak buat apa jadi mama godek BM lah sekejap buatkan roti sosej mini kat dia.. Hujan-hujan kan sejuk..maka yis lambatlah naik.. roti pun lambatlah kembang.. huhu..

Lima enam kali jengah dapo tanya bila roti mama ni nak masak.. alahai anak.. sabar..



Dah kembung macam ni je.. cepat-cepatlah bakar. Tak sabar sangat dah sweetheart..

Ting!!


Done..
Sejukkan atas redai sekejap je.. sweetheart dah menjenguk.. tengok muka mama..
Ambillah.. makan.. tapi agaknya panas lagi kot...
Tak tunggu dia ambil & makan.. keluar tengok redai.. mak oii.. 4 biji roti sosej mini bam bam dia makan sudah.. :)

Oleh kerana bancuh adunan 500gram tepung, maka ada banyak lagi doh yang boleh dipelbagaikan. 
Teringin sangat nak buat roti tuna..Rasa nak makan roti tuna..
Terus buka 1 tin tuna tanpa perisa.. untuk boh dalam roti..



atas tu mama paipkan mayo je tau.. ala-ala roti tuna kat bakery la kunun-kunun..

Kejadian dia..
Fluffy giler..
Texture roti memang sangat-sangat lembut




Ada gak buat yang lain-lain dek nak habiskan doh adunan. 




 yang ni benonya nak letak cheese lain..
Tapi cheese abis stock la pulak ha..
 Potong slice cheese jek..huhuhu..



Antara hasilnya selepas dibakar..




Buat ikut suka hati yang nak makan memang macam ni..hihihi..
Suka-suka nak letak filing apa..
suka-suka nak buat bentuk apa..
suka-suka nak tabur apa kat atas..
Janji sedap :)

Resepi ni mama ambil dari Kelab roti..
Resepi roti asas cikgu sya
Disharekan oleh Liza Othman kat file kelab roti..

Mama mohon sharekan kat sini sebab mama dah cuba & adunan doh ni sangat-sangat lah best

********************************************************
Bahan-Bahan:

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum ( Mama buat 350gm tepung roti +150 gm tepung gandum
100gm gula kastor ( Mama guna gula pasir jek.. kastor habis)
40gm susu tepung
5gm bread improver ( Mama guna 5gm superbake)
11gm yis atau sepeket yis
265gm ditimbang jumlah air yang campur telur ( tak kira guna berapa biji telur) ( Mama guna 2 biji telur guna sukatan & timbangan yang sama)
80gm butter ( Mama guna marjerin pelangi jek)

 Filing Tuna - setin kecil tuna original + lada putih sikit+lada hitam sikit+mayonis

Cara-Cara:
Mama guna BM. Jadi ikut aturan step air dan bahan kering lain..
Start BM.. tunggu sampai siap
Keluarkan, tumbuk bagi keluar angin
Timbang doh 35gm setiap satu
Terus bentuk
Tunggu naik 2 kali ganda
Bakar 150 darjah celcius selama 20 minit
Keluarkan, sapu marjerin semasa masih panas
Sejukkan

*********************************************************

Senang je kan..
Silakan try :)

Tuesday, November 3, 2015

Kek Pisang Lembut Gebu.. Di Petang Selasa

Malam semalam pegi belanja barang dapo. Banyak barang dah tak ada. Misi menghabiskan sisa barang yang ada sepanjang minggu peperiksaan akhir tahun sangat berjaya. 

Makanya ajak abah pegi belanja. Menyambil nak tengok beras Tajmahal yang murah..

Dalam pada berbelanja bulanan tu, kami tengok kat barang reduce, ada banyak pisang. Sangat sesuai la nak buat jemput-jemput. Tak mahal dah.. dah reduce namanya pun.

Abah amik 2 plastik pisang. Bila balik, tengok pisang tu masih cantik-cantik. Sambil makan pisang dia sebut kek pisang..

So, petang ni mama godek gugel cari resepi kek pisang yang best..

Kita guna resepi kak Azlita :)

***************************************

KEK PISANG GEBU LEMBUT
Blog: Kak Azlita

Bahan:
4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan ( * mama guna pisang montel 2 biji setengah, yang setengah lagi buat hiasan)
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
 
Cara:
Panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki  untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
 
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna

Lenser loyang dengan marjerin@butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
 
**************************************
 
Ok.. tu je resepi 
Layan gambar kek pisang mama..


Sebelum bakar..



Selepas siap bakar..
Harum semerbak baunya menusuk hidung
 
 
 
 




Friday, October 30, 2015

Roti Pandan

Ada kawan yang add kan mama ke group roti. Waduh giler ah tengok orang-orang yang dah pro ni meroti. Cantik-cantik, kreatif-kreatif dan macam-macam rupa bentuk..

Mana yang disertakan resepi, boleh ambil untuk cuba jika suka. Yang mana tak sertakan resepi, ahli diminta menghormati empunya post yang mana kadang mencari rezeki sampingan dengan menjual roti home made kan. Lagi pun belajar buat roti ni berbayar yang bukan murah. Hormat keputusan orang lain. Senang je rules dia.

Ini salah satu resepi yang ada disertakan bersama post. Mama terasa nak cuba sebab empunya gambar roti ni..roti dia wallah.. santek woo..

Kebetulan mak abah ada ni.. makan roti sama-sama lebih seronok. Suka tengok abah makan roti panas suam. Sedap katanya..

Meh la cuba..

Resepi Kak Yus JB

500g tepung high protein
150g gula (saya guna 75g gula) * nak manis sukat lebih ye..
1 sudu teh garam
11g yis (saya guna 8g)
2 sudu besar serbuk santan (bole guna santan kotak)
1 biji telur gred A
Sedikit perwarna hijau
Sedikit perisa pandan atau pandan paste * ni saya takde
90g majerin
80g susu cair/whipping cream
190g ais+air sejuk(klau guna santan kotak air kena seimbang)

Penderhakaan yang saya buat :
 
** Perisa pandan tu saya guna 7-8 helai daun pandan fresh. Blend & sukat air ikut sukatan adunan ye

** Saya tambah 5g Superbake 

** tepung saya buat 300gm high protein + 200gm tepung gandum

** 1 kotak kecil kismis hitam. Korang boleh boh inti apa je lah yang korang nak sebenarnya..

Cara buat:
Cara buat ni saya sendiri karang, huhu.. sebab cuma resepi je yang diberi

- Guna bread maker, letak bahan ikut susunan untuk bread maker dengan betul

- On bread maker, pilih menu nombor 8 dan on. Biar bread maker menguli sampai siap. 10 minit lagi nak siap, masukkan kismis

- sapu loyang dengan butter@marjerin terlebih dahulu

- keluarkan doh, buang angin dan terus bentuk ikut apa yang disukai. Saya bulat-bulatkan boh dalam loyang sahaja

- Biar naik 40 minit @ 2 kali ganda doh asal

- Bakar. Oven saya 150 darjah celsius, saya buat 35 minit. Sebab saya suka yang kering sikit kulitnya

- Keluarkan dari oven dan terus sapu butter@marjerin supaya permukaan roti berkilat

*****************************
 





Bila dah masak..









Tak secantik roti pemberi resepi tapi alhamdulillah sangat boleh untuk dimakan. 

Korang boleh try.. mungkin tangan korang lebih berseni.. 

Mintak halal ye empunya resepi.. saya share kat sini sebab saya dah try memang jadi dan sedap

Terima kasih :)

Tuesday, October 20, 2015

Donut Gebu Gebas - Melayan Tekak..

Bila bangun pagi dengan tekak yang tak memberi kerjasama, hmmm... dok fikir-fikir apa nak makan. Since alahan hamil yang masih seronok nak berdamping.. redha je lah. Biasanya memang nasi2, lauk pauk yang memang tak boleh lalu - NO ENTRY..

Tapi makanan lain boleh juga macam roti ke.. biskut ke.. Jadinya layan lah tekak..

On FB.. tak de nampak resepi menarik. Tetiba teringat kat sepupu kat kampung yang juga tengah pregnant. Minggu lepas dia tanya pasal donut. Masalahnya dia tanya salah orang, mama buat donut tak pernah lembut sampai ke petang.. lembut masa panas jek..hahaha.. adeh..

Maka blogwalking cari resepi..
Berkenan kat resepi donut blog kak Azlita

Cepat-cepat salin resepi & mula kecahkan dapur..hihihi...
Ok.. share resepi kak Azlita dulu ye..

Donut Sempoi

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti ) - 420gm tepung roti + 80gm tepung gandum..hihi habis plak stock
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional - mama ganti dengan 5gm superbake
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut

Cara-cara

Mama guna bread maker tau untuk menguli..
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor / gula icing untuk salut donut )
Set pada button uli doh, Bread maker tesco mama menu no.8
Pastu biarkan je BM buat keje dia sampai benti sendiri..

Bila dah benti, tumbuk-tumbuk sket, terus bulat-bulatkan ikut suka.
Nak timbang boleh.. tak yah timbang boleh..
Kalau nak cantik.. timbang la doh 40gm ke, 25gm ke.. sukahati lah..

** Kak Azlita pesan jangan biar naik lama sangat nanti terlalu kembang..

Bila dah naik sket, tekan dengan tangan bagi leper sket, dan tebuk lubang tengah. 
Baki yang bulat tengah tu boleh goreng gak tau.. jangan buang lak..

Sambil panaskan minyak dan bolehlah goreng
Jangan api kuat sangat nanti hangus
sedang2 elok lawoo kaler.. ok angkat..

Tos minyak, biar sejuk sket
Masuk dalam tupperware, boh gula icing@kastor, tutup tupperware.. goncang..
Wallah.. buat sampai siap ye..

*************************************

Tadaaa...



 Ini pula versi bulatan tengah doh tadi tu.. donut gebu comel..



 Adunan ni banyak. Kalau buat saiz comel memang boleh dapat kusmangat banyaknya..




Memang sangat-sangat gebu. Sangat-sangat lembut. Sama level dengan donut kat kedai kek..hihihi. Superb resepi kak Azlita..

Mintak halal resepinya..

Yang nak tengok kak Azlita buat.. klik Sini


Nak cuba?
Silakan..
Mama dah kenyang makan donut.. :)

Monday, October 12, 2015

Projek Petang : Misi Menghabiskan Inti Kelapa Homemade..

Inti kelapa dalam peti ais.. baru terperasan.. Allah.. sayang sungguh. Nak membantal peluk saloma..malas. Makanya yang sentiasa ada tu bahan nak buat roti je. Jadi kita buat roti kelapa je lah ye.. habiskan inti tu..

Ditemani sweetheart..
Dibantu dek Bread maker..

Maka terhasillah roti-roti yang dikehendaki..
Roti kelapa
Roti Sosej

Sempat buat Roti Kelapa Pooh.. hihihi















Tangan sweetheart yang montel-montel pegang roti sosej suam.. uii.. tak sabar-sabar nak makan

Bila kekasih balik.. waaa... dia senyum-senyum je sebab bau roti yang baru dibakar tu masih kuat. Seronok tengok dia makan berbiji-biji bun kelapa & bun sosej..

Hanya itu kepuasan yang dicari.. memasak..membaking..khas untuk mereka-mereka yang tersayang. Belum terniat nak ambil tempahan..jauh sekali jual..

Mama hanya minat mencuba.. itu sahaja..

Yang minat nak cuba buat.. silakan..

Resepi ikut post INI ye

Wednesday, September 30, 2015

Nak Makan Roti Panas Di Malam Hari..

Mana nak cari?
Encik kekasih hati takde.. berkursus. Takde sape nak melayan tekak ini.. hukhuk..

Nasib baik lah bahan-bahan meroti memang ada kat rumah. Persediaan kalau-kalau tekak ni merepek dimalam hari macam ni lah..

Terkedek-kedek lah sediakan bahan. Pulaknya hari ni perut ni terasa banyak angin.. banyak kali sendawa tapi tak mahu lega.. saboo je lah..

Guna resepi yang biasa jek ye.. Resepi yang sama macam blog post yang INI
.
Cumanya.. pandai-pandailah ubah sikit sana sini nak buat roti apa dan rupa apa. Nak letak inti ke tidak..nak letak topping cheese ke gula ke .. nak hiasan kuaci ke, bijan ke..
Itu semua tak kisah

Resepi ini macam doh asas..

Oleh kerana malam ini memang nak bun kosong.. maka buat penuh seloyang bulat.. bila dah siap..
Tadaaaa!!!!

 
Pastu.. ada lebih tak muat masuk..
Boh kat loyang lain.. boh gula atas



Tadaaaa... bersama-sama..


Minat nak cuba?
Silakan..

Saturday, July 25, 2015

1st Try - Roti Benggali

Redha je la orang rumah ni nak kene makan roti hihi. Bila mama sibuk nak try resepi roti yang lain pulak. Nak memahami BM, oven & nak biasakan tangan dengan "rasa" doh roti tu mengambil masa. Sabo la banyak2 ye bila mencuba. Kalau tidak macam mana nak pandai?

Nak pegi kelas roti belum ada kesempatan lagi. Niat ada tapi kelapangan takde. Bila kelapangan ada..kelas tu jauh pulak.. macam2. Jadi kita belajar dari resepi je dulu. Nanti kot ada rezeki gi kelas takdelah zero..huhu..

Abah belikan mama loyang ini..




Alkisahnya bila balik umah gugel2..baru tau loyang ni nama loyang pullman. Dan rupanya loyang ni ada tutup dia. Ah sudah.. mana lah tau kan. Kihkihkih beli loyang tak bertutup.. tapi takpe.. still boleh je nak guna pun. Takde masalah..

Tengok2 kat tepi ada tulis 450g.. amenda tu?
Gi la whatsapp Mamamya.. bagi ler gambo loyang ni sekali. Kata Mamamya.. loyang ni boleh isi doh 450g. Loyang ni ada tutupnya. So kalau nak guna takde tutup, boleh je buat 450 bahagi 2 .. buat 2 ketul doh la masuk dalam ni maksud dia.. ooooo okeh.. faham kot..
Nest time kita gi cari tutup loyang ni ye

Mama pun berjalan sana sini cari resepi roti benggali. Teringin sangat nak buat sendiri. nak rasmikan loyang ni. 

Jalan kat DapurMaisya ..
Jalan jugak kat blog CMG

Rupanya resepi sama je.. takde lebih takde kurang.. jadinya..meh la kita try ..

Kopipes resepi Roti Benggali tu kat sini ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

Ha gitu.. nampak mudah je kan. Tapi tak semudah disangka kot. Buat roti ni ada macam2 ragam..huhu tu untuk orang yang tak pro macam mama la. Orang yang pro..cuit2 je jadi roti cantik dah.. takpe.. kita cuba sehingga berjaya ye.

Jadinya setelah penat menunggu.. inilah dia roti benggali versi percubaan pertama. Tak menghampakan tapi texture dia macam tak betul sangat je ha.. ehh.. takpelah.. sangat boleh makan :)




 Yang ni dipotong semasa masih suam. Abah dah tak sabar nak rasa..



Alhamdulillah for the 1st try. Kene banyak kutip ilmu lagi. Jalan-jalan kat banyak blog, ada banyak tips2 berguna untuk buat roti. Dan kebetulan jumpa blogger post yang juga gunakan BM tesco, memang best la kan.. ilmu yang sangat berharga. Saya minta halal ye info & ilmu yang dicedok dari 2 blog kat atas tu..

Korang nak try?
Mama doakan berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...