"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Tuesday, July 26, 2011

Jom Main Layang-Layang!!

Si anak dara abah ni sungguh sibuk ok..orang main layang-layang dia pun nak main layang-layang jugak adanya. Nak membeli..sungguh la membazir sebab dia bukannya pandai main pun. Sudahnya abah pun melayan dia buat layang-layang pakai surat khabar lama jek.

Sukanya dia kemain lagi.. Tengok lah tu.. abah melayan anak dara dia main layang-layang kat laman rumah jek..











Aih..begitu sibuk sekali okeh dia ni.. orang pegang benang nak pegang benang pendek kata apa abah buat semua dia tiru lah!






Aik..takmo naik la..anginnya tak menentu.. ke layang2 dia yang tak balance..hihihi


Begitulah cerita pada suatu petang yang ala2 panas jugak. Dah diorang melayan layang2, maka mama berkesempatan melawat pokok2 dihalaman tanpa gangguan.. :)

Selamat main layang2 semua!

Saturday, July 23, 2011

Hasil Kreativiti Mama ... Ececeh..kreatif la sangat hihihi

Seorang kawan minta buatkan blogshop untuk dia

Mama bukannya pandai sangat korang. Setakat yang basic2 tu mama tau la..

Dah orang mintak buatkan tu..

kebetulan mama ada masa sket..mama godek2 kan la jap

dan jadi!

hehe..





sila-silalah jengok2.. kawan mama ni jual baju2 & aksesori wanita

Okeh tak korang hasil tangan mama nih..hihi

Bayar berapa?

Huhu..itu rahsia antara mama dgn dia..

kan Ana kan.. :)

Friday, July 22, 2011

JUNGONG White Foot Detox.. Stok Da Sampai..



Okeh.. pagi ni stok JUNGONG white foot detox dah pun sampai.. sesiapa yang nak cuba boleh la contact mama ek.. pack 10 pcs each..

Bagi yang nak mencuba 1st time..10 pcs ni cukup.. mama jual murah2 jek dari harga pasaran yang biasa.. :)

Jom sebar2 kan..

Wednesday, July 20, 2011

Giveaway : 5 sets of Skinz UV White Skin Whitening Starter Kit



Thanks to the generous people in Wipro Unza, they agreed to sponsor 5 sets of Skinz UV White Skin Whitening Starter Kit to Jessying's readers here!!! And I always like to buy starter kit because it will me to try the products first before deciding to buy the full size!


How awesome when you can actually win it from here !!!


Oh yes, you can read more about my experience in Skinz UV White Blogger Workshop here :)





The starter kit worth RM25 comes with 3 items


Skinz UV White Purifying Facial Foam 15g
Skinz UV White Intensive Whitening Serum 5g
SKINZ UV White Whitening Day Moisturiser SPF 20PA++ 12g


To join this giveaway, you just need to fill up the google form below.


Giveaway will run for 10 days and officially ends on 29th July 2011, 12pm (Malaysian time) and 5 random qualified readers will be choose as winners!


Note: Giveaway available for Malaysian only as currently they are available for purchase in Malaysia only.


Good luck everyone!!!!


p/s: That Skinz might contact you to ask for feedback about how you feel about the products after you have tried them.

Hizami, Nak Header Satu!





'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab .......... saya ni tak pandai nak buat header sendiri..huwaaaaa...'


Nak tag :
Diella


P/s : Nak join..klik banner weh!!

Monday, July 18, 2011

Buat Sang Puteri





Hadiah istimewa buat si puteri tersayang. Lepas ni tak payah la pakai kain batik mama lagi kan kalau nak ikut solat :)

Mama & abah belikan khas untuk kakak..

Rajin2 belajar solat ye sayang.. :)

Saturday, July 16, 2011

Tina Seronok Di Karnival Upin Ipin

Mama dah kata tadi..hari ini kami ke Karnival Upin Ipin Di Persada Johor. Mula2 tak niat nak pergi tapi sebab takde apa aktiviti arini maka abah pun ajak la menerjah persada johor. Katanya..jomlah jalan2 bawak Tina..

Kami pergi sekali dengan kakak ipar mama & 3 heronya.. huhu kecoh jadinya..almaklumah ada 4 perangai dalam 1 unser..hihi


Sampai kat persada..memusing jugaklah nak cari parking. Jadi supaya jangan dapat surat cinta incik polis..kami parking berbayar.. RM2.50. Dah tentu-tentunya selamat..


Tak yah la cerita banyak2 ek.. layan gambar2 Tina & abah. Mama jadi fotographer jek.. orang ramai sangat la. Kadang2 susah nak amik gambar.. :)



Budak yang terperanjat tengok maskot Ehsan & Mail.. hihi..




Giant poster yang disediakan memang banyak & cantik2 belaka.. Tina & mama





Tina & abah




Ini dekat sebelah depan persada.. ada giant poster untuk sign..hihi..mama suruh abah sign kat atas sekali.. tengok tu..







wallah..siap letak address blog lagi tu si abah ni.. Tina pun sibuk nak sign jugak ye..





Blur sket la gambar ni..terlalu ramai orang. susah betul nak amik gambar upin ipin nih..





Ini kat dalam persada.. ada pentas besar


Upin ipin bersama Lydia ibtisam & Intan Ladyana.. cantik mereka berdua ni..comel..kecik jek.. hihi..





2 orang montel mama.. berlatar belakangkan pentas upin ipin





Ini sape pulak?



Mama nampak abah bual2 dengan mamat ni. Katanya dari The Star.. buat liputan karnival..ohhh.. Siap suh abah dukung Tina sign kat giant poster tadi tu..dia amik gambo





Penat dah.. jom duduk makan ice cream & minum air upin ipin..





Souvenir yang sempat dibeli. Banyak benda dah habis. Mama nak beli t-shirt tapi yang tinggal dah tak cantik2.. malas la

Tina sibuk capai botol air..mama amik key chain yang sangat comel nih
Botol Air Upin Ipin RM10.00
Keychain RM6.00

Air minuman upin ipin tu RM2.50 sebotol. Kalau beli 4 botol dapat 1 percuma. Ada perisa blackcurrant & laici..

Mama nakkan botolnya..sebab tu beli.. hihi



Ada replika rumah opah..tapi Tina takmo pegi. so kami tak tengok yang itu.




Seronok dapat memuaskan hati anak.. seronok sangat tengok dia gembira. Berbaloi mengharung lautan manusia..asal dapat tengok anak gembira.. :)


p/s : Mama nampak opah la.. tengah joget2 chicken dance.. tak dan nak bergambar2.. mencari tok dalang tak jumpa pulak.. :)

Karnival Upin Ipin Di Persada Johor 16-17 Julai 2011


Huhu..baru jek balik melayan Tina pergi Karnival Upin Ipin kat persada Johor. Gambar2 dan cerita2 akan diupdate kemudian ye.. penat la..

5 Pasang RM10?




Curtain hook ni ha 5 pasang RM10.. Murah kan.. Hehehe.. Sape nak gi cari kat Jakel..

Wednesday, July 13, 2011

Rate POSLAJU Naik 15 Julai 2011

NOTICE

Dear valued customers of PosLaju,

Kindly be informed that effective 15 July 2011, PosLaju fuel surcharge rate will be increased further from 10% to 15%.

The above increase is in line with the increase in petrol prices, transportation costs as well as the agreement made by the Association of Malaysian Express Carriers (AMEC) to allow for its members to increase the existing fuel surcharge rate to 15% and 10% handling surcharges remain unchanged effective 1 June 2011.

The increase in the fuel surcharge is crucial for PosLaju to continue to maintain its services to its customers.

Although courier industry has begun charging this new rate effective 1 June 2011, PosLaju has taken prudent steps to implement this new rate on 15 July 2011 for benefit of PosLaju customers.

Thank you.

Friday, July 8, 2011

Memanah, Dipanah, terpanah... Apa Citer Ni?

Ini cerita aktiviti last weekend kami sekeluarga bersama kakak ipar mama & anak-anaknya. Kami jalan-jalan ke Danga City Mall. Saja sebenarnya. Lom pernah ke sini sebelum ni.

Naik tingkat paling atas.. nampak tempat archery nih.. apalagi..pakcik & anak sedara dia pun naik minyak la..nak cuba..








kawasan memanah ni..saja je amik gambo abg yg hensem tu..hihi




Jom tengok gambar hero Malaya mama mencuba sukan archery.. hihi..






Ni mama yang suh posing nih. Kot tak..dia asyik pandang depan sana jek..khusyuk betul







Kakak ipar mama pun mencuba.. sama naik la adik beradik nih..hihi








Ini result baord abah ~close up sket~..hmm..not bad kan bagi first timer







Kakak ipar mama dengan result board dia..okey lah tu..cayalah kak.. :)



Kami ada plan lagi besar sket lepas ni. Berhajat nak main bowling pulak beramai2. Tapi masih belum diperbincangkan lagi. Mama teringin sangat nak main bowling.. memang belum pernah seumur hidup pegang bola bowling pun..hihihi..apara.. :)

Wednesday, July 6, 2011

Percubaan Pertama : Chiffon Pandan

Bahan-bahannya mama dah sediakan few weeks lepas lagi. Semalam mama dah pun berdiskusi dengan Lela Lelord aka MamaNajlaa kita. Macam-macam mama tanya kat dia. Huhuhu.. takut tak menjadi la weh..

Beberapa pesanan jugak Lela bagi, antaranya:
1 - kurangkan gula.kata dia darling dia kata manis..so mama noted. Abah pun mesti bising kalau manis kang

2 - Bahan B tu pukul sampai betul2 kembang..betul2 bila terbalikkan tak jatuh..ok lord..akan ku ingat..





Ini rupa sebelum masuk oven.. ye..tau..tak hijau pun sebab pewarna hijaunya takde..boleh terbeli perisa pandan jek..huhu..




Bila dah siap..












kenapa dia penyek camni ek.. tak gebu pun..sape tau..ni kenapa?






chiffon mama yang kurang menjadi la..



Masa dlm oven ok jek naik la dia..tapi bila tutup api dia turun separuh dari yang dia naik tu..nape ek.. sian tau..

Rupa ada, bau ada, rasa ada tapi rupanya tak macam yg Lelord punya pun..huhu..Lord!!! camner nih..


Eh lupa plak..resepi ini mama amik kat
http://yatiememories.blogspot.com/2010/04/kek-chiffon-pandan.html

resepi dia memang ok..mama je yang tak pandai kot..ntah apa yg kurang nih..
sape2 tau..leh komen untuk percubaan seterusnya plak...haih..
sib baik semangat membaking tak merudum tau..
tak pe..len hari mama cuba lagi..


apa yang lelord pesan tu mama buat dah.. siap terkurang manis lg ha chiffon nih.. (kilang gula terbakar..so gula takde..tipu jek)

Part yang terbalikkan tak jatuh tu mama dah buat dah..memang tak jatuh pun..tapi apasal tak jadi cantik gak??? Mana silap nih???

korang jgn la gelakkan chiffon mama tu.. huhu..

Saturday, July 2, 2011

White Detox Foot Patch

Orang lain dah lama dah men'detox'kan diri melalui kaki..huhu..mama baru nak cuba. Sebab sebelum ni abah jek yang selalu pakai. Mama tak pernah pun tampal menampal nih.

Tapi semalam white detox foot patch yang mama pesan dah sampai pun. Alang-alang ambik banyak pcs jugak so, mama pun berkenan la nak menampal jugak malam tadi hehe..

Nak ikutkan ada banyak jenis foot patch ni. Korang browse la sendiri..berlambak2 info ada. Mama nak share pun, kebanyakan info ni milik blog2 yang terbabit..hak milik dorang. Kang nak share2 takut dorang bising plak. so kalau nak baca sila browse jek ye..tq



Yang mama beli ni Jun Gong White Detox Foot Patch namanya kalau tak silap. Sebab bila tengok gambar comparison kat yahoo tadi.. Detox Pad Korean OEM dengan Jun Gong White ni hampir sama..ada sikit jek beza. Tapi bab harga..banyak beza okeh.. pandai2 korang la nak cari yang murah.. ada bukan takde..tapi kene cari & beli dalam kuantiti pcs yang agak banyak la gitu.. Nak beli 10 pcs..nak dapat murah.. buat sendiri la beb..huhu

Dan macam mama cakap, bila itemnya beza, rupa result dia pun beza jugak. Jun Gong White Foot Patch ni bila korang bukak dari kaki esoknya.. kaler dia hitam okeh..

Kalau Korean OEM punya..result dia kaler coklat2 gitu..

Tapi overall function dia sama jek. Dan katanya ada yang slimming punya..kaler gold.. ye ke tidak men'slimming'kan.. wallahuaklam





JUN GONG WHITE DETOX FOOT PATCH





Psst.. kata dorang nak tau beza korean & jun gong..korang tengok line HIJAU kiri kanan bahagian atas setiap patch tu.. kalau JUN GONG line dia ada dua je kiri kanan bahagian atas. kalau korean ada 4 line..2 atas..2 bawah..






RESULT PENGGUNAAN HARI PERTAMA



Kenapa mama punya patch ada yg masih putih? Patch ni sebenarnya beso dari kaki mama. mana yang putih tu maknanya tak lekat dengan betul..ah namanya beso patch dari kaki kan..huhu.. tu sebelah mama lekat melintang, sebelah lagi lekat menegak..pun sama jek..beso patchnya..





Tengok patch abah..semua jadi hitam kan? Ha..sebab kaki abah beso. Patch ni semuat2 kaki dia sebab tu semua bahagian digunakan..






Katanya lagi.. warna hitam atau coklat (ikut jenis foot patch dia la...) ni bukanlah warna toksin yang ada dalam badan kita tu.. kusmangat kan kalau kaler itam cam ni toksin dia..takut nengoknya

Warna hitam or coklat ni terhasil kerana toksin yang keluar melalui peluh kita bertindakbalas dengan herba pada foot patch. Lalu terhasillah warna hitam or coklat. In this case, kaler hitam ye..

Dan menurut info yang mama baca lagi, warna akan berubah menjadi lebih cerah bila toksin berkurangan dalam badan.. gitu..

Dan lagi, lebih banyak toksin dalam badan maka lebih jijik la hasilnya. Katanya ada yang siap berlendir2..berminyak2.. ntah apa jenis toksin sudah terkumpul dalam badan..wallahuaklam ye..

Ok la ye korang..itu sahaja info yang nak di sharing buat masa ini

Friday, July 1, 2011

Baju Kurung Tina : Hasil Pertama Tahun Ini.. Huhu..

Baju kurung dah siap.. percubaan pertama tahun ini..baju kurung ke-3 Tina yang mama buat. Hmm..masih perlu banyak kali latihan la.. sebab bila sesekali buat..hampir lupa banyak perkara..hish..


Jangan gelak tau..mama tau..memang tak begitu kemas pun..







Mama tak begitu mahir 'tikam leher' aduhai..berpeluh-peluh nak siapkan leher nih. tapi jadinya tetap kurang kemas..

Mama baru nak mula jahit manik berpintal kat leher baju.. tu ada sket yang mama baru start tu..







Cikgu nyonya mama ajar kelim lengan macam ni.. tapi cikgu buat cantik la..mama buat biaso la..saya budak baru belajar.. :)








Mama dah kata mama belum pandai 'tikam leher' tapi nak jugak buat sendiri. hmm.. mama perlu banyak latihan kat sini la. Tak cantik V shape dia..dah jadi U shape plak..tak kemas pun kelimnya

sesiapa ada cara senang nak tikam leher..tolong ajar.. camner nak bagi cantik. Aduh..sungguh la tak pandai

Ok.. dah trykan pun kat Tina. Semua ukuran seems ok..cukup keselesaan untuk badan montelnya tu..

Ini kain dia tak buat lagi..and 2 pasang baju kurung lagi to go..

huwaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...