"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, February 29, 2016

Owh tidak... Sakit Gigi di 3rd Trimester



Tak menyangka la gigi-gigi sekelian tak beri kerjasama.. hukhukhuk.. Masuk je 3rd trimester, satu gigi geraham bongsu belah bawah tetiba pecah!

Uwaaa.. mula-mula takde lah sakit. Bila siap makan je akan cepat2 kumur dan bersihkan. Pada suatu hari yang tak berapa nak indah.. tengah sedap makan..tetiba arghhhhhh!!!!!! sakit!!!

Mulai dari jam itu mama dah tak senang nak duduk. Terfikir kalaulah gigi ini akan terus sakit masa nak bersalin.. masa dalam pantang.. perghhh.. masak wei!

Balik kampung, mama ajak abah gi klinik gigi yang mama biasa pegi dari dulu. Sadly to say, dokte pun cakap benda yang sama. Tak boleh buat apa-apa rawatan dan tak boleh cabut jugak.. uwaaa... sebab ditakuti bius yang diberi boleh induce sakit bersalin since mama dah hujung 34weeks..

Rawatan pergigian untuk ibu hamil hanya boleh dibuat semasa trimester ke-2 sahaja iaitu bulan ke 4 hingga bulan ke 6 kandungan.

Trimester pertama dan ketiga tak digalakkan langsung.. ingat tu ye..

So, nekad jumpa dokte klinik pergigian kerajaan jugak. Tengok apa dokte cakap. Huhu dokte tengok muka.. dan bagi tau yang memang tak boleh buat apa-apa rawatan. Ayat sama macam dokte private jugak. TAPI..
Dokte tu boleh tolong bersihkan, boh ubat & tutupkan lubang yang terhasil tu untuk sementara waktu sampai habis pantang. 

Perghhh.. lega sikit rasa. Ye la.. lubang tu sikit punya besar.. suku gigi kot. 

Jadi dokte pun buatlah keje dia.. ambil masa jugak sebab lubang tu besar sangat. Tampalan sementara tu susah nak lekat. 2 kali bancuhan. Yang kedua tu baru boleh lekat tapi dokte tak jamin berapa lama..

Mama kene hati-hati masa makan. Kalau boleh jangan guna sangat belah yang ditampal tu untuk elakkan tertanggal..

Insaf sekejap okeh..
Pas pantang nanti nak buat treatment untuk gigi yang ada masalah-masalah kecil ni semua..

Sangat-sangat berharap tak sakit gigi lah sampai sudah selesai berpantang sok ye..aamiin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...