"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, November 24, 2008

Jalan-jalan ke Tesco Tebrau City


Hari sabtu, lepas mama balik keje pukul 1 mama ajak abah jalan-jalan gi Tesco Tebrau City yang baru bukak tu dengan atuk & nenek sekali. Maklumlah..semua orang cerita pasal Tesco..teringin jugak lah nak pergi tengok. Petang tu panas terik sangat. Tina berpeluh-peluh dalam aircond kereta..kesian dia. First, kami ke bahagian pasaraya Tesco dahulu. Saja survey sambil menjamu mata. Tina duduk dalam trolley..suka sangat dia tengok orang ramai. Menjerit-jerit dia sebab ada ramai baby-baby yang menjerit-jerit suka kat dalam sana. Mama dengan abah buat kat Tesco dulu so suruh atuk dan nenek bawak Tina masuk pasaraya.. sekejap lepas tu atuk datang balik..kata atuk Tina suka sangat sampai menjerit-jerit tak berhenti..agaknya suka sangat dia sebab dapat tengok ramai orang.

Ada mahal ada murah..biasalah tu. Tapi mama berkenan sangat dengan koleksi baju kanak-kanak kat Tesco..cantik-cantik dan harganya berpatutan. Mama pun grab 2 helai baju tidur untuk Tina sebagai sourvenir first time datang kat Tesco.
Keluar dari pasaraya kami ke food court. Ramai sangat orang, sampaikan tak de tempat nak duduk. Semua penuh. Tapi sebab dah penat, kami tunggu jugak meja kosong. Tak lama la..dalam 1 minit macam tu..ada dah orang yang bangun. Kami pun duduk dan mama dengan abah pergi order makanan dan air.

Mama makan cepat-cepat dan dukung Tina ke funland yang ada kat sebelah food court. Dari sejak kami duduk kat situ..mata Tina asyik tengok budak-budak yang berlari-lari main kat dalam tu. Bila mama bawak dia masuk dalam funland tu..menjerit-jerit suka dia. Tapi budak ramai sangat berlari..mama takut diorang langgar Tina. Maklum je la..budak bawah 12 tahun boleh masuk situ..mama bawak jugak dia main kat tepi-tepi..
Selesai makan abah pulak yang teman Tina dalam funland. Tak nak keluar dia..kami layankan je dia main kat dalam tu ada la 1/2 jam. Bukan selalu dan bukan semua tempat ada funland..Tina nampak seronok sangat..

Dalam perjalanan nak keluar, mama nampak Sean Character yang mommies kat MamyPoko Club cakap tu. Mama pun apa lagi..saja singgah dan tengok-tengok sambil daftar jadi ahli. Memang ada banyak product dan barang baby kat situ. Avent, MAM, baju dan lain-lain aksesori baby..cantik-cantik.

Selesai buat kad Sean Character, kami pun keluar. Hari masih hujan. Tapi kereta masih lagi penuh kat parking. Sampaikan nak keluar ambil hampir 20 minit. Agaknya sebab terlalu penat, dalam perjalanan Tina dah tertidur.
Sampai rumah dah pukul 9 malam. Tapi sebaik sampai Tina dah terjaga..pukul 11 malam jugak barulah dia tido semula. Merengek-rengek sebab penat.

Kami pun penat sangat tapi kami seronok bawak Tina jalan-jalan,,dia gembira betul dapat tengok ramai orang..

Tina cuba topi di Sean Character..

2 comments:

Sarah's Daddy and Mommy said...

Sha, I got a tag for you
http://samydy.blogspot.com/2008/11/alphabet-tag.html

Qistina's Mama n Abah said...

thanks Joanne..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...