"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, January 23, 2009

Lovely 15 Month Girl ..





Sharing with all..semalam Tina genap 15 Bulan or 1 tahun 3 bulan.Vocab is now expanding with few more words such as:

- api

-switch on & switch off ( jadi cichon & cichop)

- Tina

- kakak & abang

Dia sekarang paling suka 'mengemas' dalam ertikata sepahkan barang. Favourite dia sepahkan kain baju yang belum lipat. Dan kemas almari tupperware dia. Kat ruang tv tu dah jangan ceritalah betapa bersepahnya kalau dia bermain..dengan mainan, kain baju bersih, baju-baju kotor dia..pening..

Akuarium abah dia yang rendah dah jadi macam dia punya tong sampah. Segala benda pun ada kat dalam tu.. biskut la, roti la, puting, toys, plastik pampers..kalau nak listkan banyak. Senang cerita segala benda yang dia pegang kat tangan akhirnya kalau cari tak jumpa tengoklah dalam akuarium tu..mesti ada. Menderita agaknya ikan-ikan kat dalam tu..

Dan sekarang ni dia dah pandai nak makan. Bila merengek je..bagi puting tak nak..bagi susu tak nak..maknanya dia nak makan bubur. Biasanya siang je yang dia makan banyak..malam cuma separuh atau 1/4 dari yang siang. Sebab malam dia kuat susu..

Lagipun sekarang ni dah pandai kai kai..kalau orang pakai cantik-cantik sikit je..dia mulalah tak nak turun dari dukung..takut sangat orang tinggalkan dia

Cuma satu benda yang belum berubah..dia masih alah pada cuaca panas dan aircond terlalu lama. Bahagian leher ke bahu akan mudah ruam..ruam yang teruk. Kalau terdedah pada aircond lama sikit je..dia akan mula menggaru bahagian leher dan bahu. Tak tau kenapa. So bila nak kai kai..maam selalu pakaikan baju yang tak terlalu menutup leher dan bahu..and then spare baju sejuk. Mungkin jugak kulit dia sensitif macam abah dia jugak..sebab abah dia alah dengan rumput tapi Tina lom tau lagi..so far rumput kat keliling rumah macam ok je..tak macam abah sangat la..

Pandai cakap kat telefon jugak..apalagi bila abah takde.. kadang-kadang macam-macam benda yang dia cakap dengan abah..ntah abah paham ke tak..tak tau la

Satu benda yang paling mama suka sangat..semua orang kata Tina ada senyuman yang cantik..macam senyuman abah yang mama suka..hehehe..walaupun gigi Tina besar-besar tapi bila dia senyum..cantik sangat..suka tengok..

5 comments:

mrsdjones said...

Happy 15th month bday Tina!
Tina mmg senyum sweet ;)

Qistina's Mama n Abah said...

Hai..lama tak drop by kat sini..bz ke..

mrsdjones said...

Busy dgn si kecik hehe ;) Kerja kat opis pon makin banyak hehe

Qistina's Mama n Abah said...

ooo..yeke..tak inform pun da bersalin? girl ke boy? skrg da brp bulan? erm..takde blog ke? boley tgk si kecik awak tu!

mrsdjones said...

eh ada blog.. link kat nickname saya tu ;) cuba click mrsdjones tu. Dah dekat 5 bulan dah my daughter.. dah pandai gigit jari kaki sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...