"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, August 17, 2009

Pertandingan Gigit Tulang Gear Box & Family Celebration





Malam tadi family abah buat makan-makan untuk celebrate birthday auntie yus yang kebetulannya semalam jugak. Sekali sambut birthday kimi ( 8/8) dan Pak Su (31/7) kalau tak silap mama la.

Pak Su yang belanja makan kat Restoran Daging Segar.. hehehe..mama memang suka. Kat sini steak dia memang sedap dan berbaloi makan. Yang peginya ramai jadi.. ada 12 jenis minuman dan ada lebih kurang 12 hidangan makanan jugak.. merah kan..macam-macam ada..macam astro jugak..

Mama minum jus kiwi, abah fresh orange, mummy Azie jus dragon fruit, pak su jus tembikai + susu, ada teh madu, bandung laici untuk maklong dan banyak lagi la.. Makanan pulak ada grilled beef steak, grilled lamb steak, rib eye steak, ginger beef fried kuey teow, fish N chip dan berbagai lagi yang dah tak ingat nama makanan dia pun..ntah apa-apa..selera 12 orang la katakan. Dengan kanak-kanak makan ice cream la..coklat la..ntah pepe la..


Hehehe..dan ini adalah pertandingan gigit tulang gear box!! Gurau je.. anak-anak ni sebenarnya dah meragam-ragam dah sebab lama sangat tunggu makanan. So, sup gear box abah je yang sampai dulu jadi kasi la sorang satu..terus senyap. Tina dengan kimi dua-duanya sibuk gigit tulang.. aman sikit la restoran tu..

Yang ini aksi-aksi Tina dengan tulangnya.. apa agaknya yang dia fikir ek..?



Oh ya.. hampir terlupa pulak.. nak wish CONGRATULATIONS kat Pak Su sebab jadi CHAMPION HONDA TAC CHALLENGE ( betul ke tak eja dia ni..)yang baru lepas kat Honda Melaka weekend lalu. Sebagai juara pak su dapat hadiah home theatre + LCD tv 42 inci jenama Panasonic .. cayalah Pak su..
Tahun lepas dapat consolation prize je..no.5 dapat ipod nano tapi kali ni..pak su memang terrer!!

3 comments:

mohd noor hisham said...

correction la mama...PLASMA TV...mahal sikit la...bukan LCD TV..heheheh. Pak Su bukan saja berjaya memperbaiki rangking dia...malah telah menjadi Champion among HONDA SA di Malaysia..! Congrat la PAK SU!! Musim2 H1N1 ni Takyah la trip Over Sea...tak bebaloi pun... BAIK lepak kat umah Layan Movie ngan PLASMa n Teater Baru!! Feeweeett!!

mrsdjones said...

besnyaa makan sup gearbox ;) yummm my favortie too!

Pandai ke Tina hisap sumsum tu? hehe

Qistina's Mama n Abah said...

tak la pandai tapi bila tengok abah dia guna straw dia pun sibuk la mintak straw gak..nak cucuk masuk dlm gearbox tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...