"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Thursday, November 3, 2011

Percubaan Pertama : Kuih Keria

..tetiba teringin nak cuba buat kuih keria.. selalunya beli jek..tak pernah membuat.

Kebetulan kat dapo ada keledek tapi keledek kuning. Nak digoreng dah jemu.. nak direbus pun lg dah jemu.. dah nak tumbuh tunas dah..akar halus2 dah kuo..hahaha..

Tapi teringat Mamamya cakap aritu..keledek kuning ni lembik & melekat..ah tak pe lah.. itu je yang ada pun..

Maka pagi2 hari dah mengupas & merebus.. sambil2 mengemas. Lembut jek mama pun mula la proses. Huhuh.. memang tahap gaban dia melekat2..addehh.. takpe2.. teruskan..





Ini rupanya bila dah goreng. Hahaha.. huduh kan..almaklumlah..melekat2 giler so dapat buat camni ada rupa pun da heppi dah.. :)






Close up sket.. ehh..takde la huduh giler pun.. (puji diri sendiri)




Bila dah selesai disira.. hukhukhuk.. gini jek rupanya. Tak menjadi la menyira.








Abah kata.. kuih ni tak berapa ok sebab katanya mcm rasa tepung yang tak cukup masak. Mungkinlah agaknya.. takpelah.. lain kali mama cuba lagi buat.. hukhuk thanks yang for the comment. I'll improve it next time yer.. no worries..

Ok..sape2 nak resepi sila check kat bawah ni ye.. mama jalan2 kat home sweet home. Takpelah..mama copy pastekan





KUIH KERIA KELEDEK
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:- (anggaran 8 - 10 biji)

300 gm keledek - dikupas dan direbus lembut.
2 sudu besar gula pasir
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
air secukupnya untuk merebus keledek

Bahan Sira Gula:-

2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air

Cara-Cara:-

1.Potong kasar sikit keledek tadi, dan rebus hingga lembut. Toskan.
2.Lecek keledek sekaligus dengan gula pasir hingga hancur dan halus.
3.Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh dan boleh dibentuk.
Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya atau boleh jugak digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.


**Untuk sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbih-buih jernih dan kering sikit, masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul hingga gula bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.


2 comments:

Unknown said...

selamat pagi mama tina.. tak apa...
mula2 mmg lembik, melekat..
karang, kalau seminggu sekali cuba dan mencuba.. pasti berjaya

Sarah's Daddy and Mommy said...

This one looks like doughnut right?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...